28

"Jika  berpisah itu takdir, maka bertemu kembali itu juga takdir."


"ADA apa kau cari aku sampai dekat rumah ni. Macam tak boleh call je!"  ujar Ariq seraya menyelup tangannya ke dalam poket seluar.

"Tapi sebelum tu aku rasa macam nak libas-libas je kepala kau! Macam mana Alina boleh ada dekat sini?!"  balas Rudi terkejut bercampur geram. Kawannya yang satu ini suka membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

Ariq segera membuka langkah bersiap sedia dengan pukulan yang bakal dihadiahkan oleh Rudi. Rudi memandang gaya Ariq seraya gelak kuat. Orang serius dia main-main pula!

"Parents Alina minta aku jaga dia. Diaorang tak boleh datang Malaysia. Minggu depan baru diaorang boleh datang"  jelas Ariq. Dia turut bersandar di bonet kereta Rudi.

"Habistu isteri kau macam mana? Dia tak marah?"  soal Rudi prihatin. Dia sudah menganggap Najwa seperti kawannya.

"Gila kau! Mengamuklah tapi tak ada lah sampai baling perabot almari, meja, sofa semua tu. Lepas aku bagi hadiah semalam dia dah okay dah"  balas Ariq senang. Rudi gelak kecil.

"Hadiah? Hadiah apa?"  soal Rudi bingung. Hadiah apa pula yang dimaksudkan kawannya itu.

"Adalah. Orang yang dah berkahwin je boleh bagi hadiah tu. Aku bagi klu eh. Lepas dapat hadiah tu, baby lahir!"  ujar Ariq seraya gelak melihat muka Rudi yang langsung tak faham.

Seketika Rudi turut ikut gelak. "Bongoklah kau ni!"  balas Rudi seraya menampar lengan Ariq kuat.

"Kau ni tadi nak minta pendapat aku. Sekarang macam aku pula yang bercerita apasal!"  ujar Ariq cuba mengembalikan mereka pada topik asal.

Rudi menepuk dahi tanda baru teringat.

"Sebenarnya aku ada benda nak tanya. Hm, kau pernah jumpa perempuan yang tolak duit?"  soal Rudi kembali serius. Dipandang Ariq yang sedang berfikir.

"Maksud kau? Kau bagi Nisa duit sebab nak dia tidur dengan kau ke?!"  tuduh Ariq melulu. Si Rudi ni bukannya boleh dipercayai sangat!

"Hish kau ni ke situ pula! Taklah, tapi aku rasa salah satu sebab mostly perempuan nak dekat dengan aku sebab aku berduit. Kalau bukan sebab duit, sebab apa?"   terang Rudi panjang lebar. Wajah bingungnya mengundang senyuman penuh makna Ariq.

"Patutlah kau single sampai sekarang. Itulah beza kaca dan permata. Yang minat dengan duit kau tu semua kaca!"  balas Ariq .

Muka Rudi menjadi semakin bingung.

"Ala apa pula main kaca dengan permata ni. Peninglah!"  ujar Rudi. Seraya itu bahunya dipegang perlahan oleh Ariq.

"Tak semua orang pandang kita sebab duit. Keikhlasan tu lagi penting kalau nak dibandingkan dengan duit. Lagi-lagi nurse yang lurus bendul macam Nisa tu. Kau rasa dia nak ke pandang duit kau? "  soal Ariq dihujung percakapannya sengaja ingin menduga respon kawannya.

"Habistu kalau dia tak pandang duit aku, dia pandang apa? Body aku yang hot ni?! Kalau difikirkan balik, dia pun tak tahu aku pemilik RR Holdings padahal syarikat aku famous kot!"  tambah Rudi.

"See. Dia pun tak tahu yang kau ada syarikat. Maksudnya dia pandang ni. Ni yang dalam ni! Pandang body kau buat apa geli je aku tengok!"  balas Ariq seraya tangannya naik menyentuh bahagian dada Rudi tepat di kawasan jantung atau lebih mudah difahami, hati.

"Perempuan ni, dia boleh tahu apa yang ada dekat hati kita tau. Sebab tu kalau kita menipu dia, sekejap je kantoi!"  tambah Ariq lagi. Rudi hanya diam tekun mendengar pandangan sahabatnya.

"Kau kena tolong aku! Aku dah terlepas cakap dekat Nisa. Aku cakap semua perempuan memang nak dekat dengan aku sebab duit aku! Patutlah dia marah sangat!"  ujar Rudi seraya menggenggam kolar baju Ariq. Ariq lantas menjelir lidah dan gelak.

"Padan muka kau! Tu lah lain kali fikir dulu sebelum cakap. Habistu sekarang macam mana?"   bebel Ariq. Dipandang muka sahabatnya yang cemberut masam.

Sejurus itu, kelibat Najwa datang menyapa mereka berdua. Bila masa dia keluar pun mereka tak sedar.

"Memang nak bersembang dekat tempat parkir kereta ni ke? Taknak masuk? Najwa boleh buatkan air"  tegur Najwa. Dia tersenyum memandang suaminya.

"Dia ni dahnak berambus pun. Tak payah susah-susah buat air untuk dia ni. Sorang perempuan pun tak reti handle!"   balas Ariq geram. Disilangkan tangannya dan menjongketkan kening sambil memandang Rudi sengaja menyindirnya.

"Awak bergaduh dengan Nisa ke?"   soal Najwa polos. Shawl dikepalanya dibetulkan akibat ditiup angin.

"Hm not bergaduh. Just ada salah faham. Saya yang salah"  jawab Rudi kedengaran hampa. Belum apa-apa dia sudah tersalah faham akan gadis itu.

"Kalau awak nak pujuk dia saya boleh tolong"   balas Najwa dengan sengihan. Ariq memandang isterinya sekilas. Eh dia pula nak tolong!

"Betul ke ni?! Terima kasih Najwa! Tengok, isteri lagi berguna daripada suami. Nasib awaklah Najwa dapat suami macam dia ni!"  balas Rudi sengaja menyindir Ariq pula. Ariq menjeling sekilas.

Najwa hanya tersenyum berdiri di samping Ariq.

Alina hanya menjadi pemerhati yang asyik memandang ke arah mereka bertiga yang ralit berbual. Dia terasa dirinya dipinggirkan. Tangannya digenggam kuat tanda geram.







SEJAK daripada kejadian semalam, Ariq meminta Najwa memindahkan segala barangnya ke dalam bilik Ariq. Mereka sudah tidur bersama di satu katil.

Usai solat Isyak, Najwa duduk di birai katil sementara Ariq menyangkut sejadahnya.

"Kenapa Abang masih ber aku kau dengan Najwa. Najwa rasa macam Abang sengaja cipta satu jurang antara kita"  tegur Najwa. Losyen ditangannya disapu perlahan.

Ariq yang baru meletakkan kepala di atas bantal kembali terduduk apabila mendengar soalan cepumas yang diutarakan Najwa.

"Aku rasa awkward kalau aku tukar mendadak. Cuba kau bagi cadangan nama apa yang aku patut panggil kau"  balas Ariq. Dia kembali berbaring. Matanya dipejam tetapi belum tidur.

"Hm panggil je lah Najwa. Habistu nak panggil apa lagi?"  ujar Najwa. Dia bangun dan menapak ke sebelah Ariq.

Melihat Ariq yang diam tidak memberi respon, dia merengus geram. "Hish, orang tengah cakap dengan dia, dia boleh tidur pula!"  ujar Najwa geram. Dia turun dari katil ingin ke ruang tamu. Layan cerita korea lagi best!

Namun belum sempat dia berbuat demikian, tangan Ariq laju menyambar pergelangan tangan Najwa dan digenggam lembut tapi erat tak mahu lepas.

"Kalau aku panggil sayang boleh? Sebab itu je cara aku nak beritahu kau yang hari-hari aku sayang kau"  ujar Ariq. Matanya masih terpejam rapat. Ariq menarik tangan Najwa dan dibawa ke dadanya.

"Sorry, sayang"  tambah Ariq lagi. Kedengaran suara Ariq yang ikhlas menyentuh sekeping hati milik Najwa. Ya Allah, kau kekalkanlah hubungan kami seperti ini. Aku tidak meminta lebih, Ya Allah....

"Hm, suka hati Abanglah nak panggil apa. Najwa tak kisah"  balas Najwa seraya bibirnya menguntum senyum nipis. Mata Ariq kembali terbuka. Najwa sedang menghadiahkannya senyuman yang paling manis buat sang suami.

"Sayang, Abang dah rasa lain macam"  ujar Ariq membuntangkan mata Najwa. Cepat-cepat dia menarik tangannya yang digenggam Ariq.

"Dah, tidur. Jangan nak mengada-ngada. Esok Abang kerja!"  balas Najwa seraya menampar lengan Ariq perlahan.

"Nak peluk pun tak boleh?"  soal Ariq dengan bibir yang sengaja dicebikkan. Najwa tergelak kecil sebelum menelusup di antara lengan Ariq. Dia berbaring berbantalkan lengan suaminya rapat didadanya. Najwa mendongak memandang suaminya sekilas.

Ariq menghadiahkan satu ciuman lama di bahagian ubun-ubun Najwa. Pelukan semakin dieratkan. Sekejap, masing-masing sudah dibuai mimpi. Mereka tidur berpelukan. Semoga mimpi indah.





JAM tiga pagi. Tidur Najwa terganggu apabila mendengar sayu-sayu bunyi orang menangis. Najwa duduk dan cuba mendengar bunyi itu sekali lagi.

Tanpa rasa takut, Najwa bangkit dan menuruni katil tidak mahu mengganggu tidur suaminya.

Dia keluar dan cuba mencari dari arah mana datangnya bunyi itu. Sah, bunyi itu datang dari bilik Alina.

Perlahan, dia menapak ke bilik Alina. Dia menangkap bunyi yang sama datang dari bilik itu cuma kali ini lebih kuat.

Najwa cuba memulas tombol pintu itu berharap ia tidak berkunci. Alhamdulillah, pintu itu tidak berkunci. Perlahan, Najwa masuk ke dalam bilik itu dan melihat Alina yang sedang menyeringai kesakitan di atas katil. Laju langkah Najwa menuju ke arah Alina.

Wajah Alina yang pucat serta dibanjiri peluh menimbulkan kerisauan di hatinya. Digoyang bahu Alina perlahan.

"Alina, awak okay? Awak sakit ke?!"  soal Najwa bertalu-talu.

"Sakit... Sakit..."



🌸B E R S A M B U N G 🌸



Vote
&
Comment

🍁

"Kalau kau kata kau sudah maafkan tapi kau masih mengungkit, itu bermakna hati kau masih lagi tidak ikhlas untuk memaafkan."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top