26
"Hidup ni tak seindah yang disangka, tak semudah yang diduga, peritnya kadang tidak terjangka."
NAJWA menarik suaminya masuk ke dalam bilik tidur Ariq lantas mengunci pintu. Sejurus itu dia melepaskan tangan Ariq dan tergelak kecil. Tiada siapa boleh rampas suami aku!
"Kau ni dah kenapa tiba-tiba gelak macam tu? Demam eh ?!" soal Ariq seraya tanganya dilekapkan di dahi Najwa. Najwa menepis perlahan.
"Mana ada !" balas Najwa. Dia menjeling Ariq sekilas.
"Okaylah, jom tidur" ajak Ariq seraya pinggang Najwa dirangkul dan dibawa ke katil.
"Eh tak apa. Najwa boleh tidur dekat bilik Najwa sendiri. Goodnight!" balasnya lantas menjarakkan dirinya dan Ariq.
"Dah tu yang kau panggil aku tidur tadi tu kenapa ?" soal Ariq kedengaran hampa.
"Hehehe. Saja je!" ujar Najwa. Tanpa memikirkan perasaan Ariq yang kecewa, terus dia melangkah ingin keluar dari bilik Ariq.
Namun dengan tidak semena-mena, Ariq mengunci pergerakan Najwa menyebabkan dia tersandar di pintu.
Ariq semakin merapatkan mukanya ke wajah Najwa. Najwa yang pada mulanya memandang tajam Ariq kerana mengunci pergerakkannya kini hanya mampu melarikan pandangan ke sisi kanan. Dapat dia rasa deruan nafas Ariq yang menampar pipinya.
"Abang buat apa ni?!" soal Najwa geram. Dia menahan nafas. Degupan jantingnya semakin laju. Bawa bertenang wahai hati!
"Cuba untuk beri nafkah batin" balas Ariq bersahaja. Najwa terus menoleh memandang mata Ariq. Ariq sedang menghadiahkannya pandangan yang sangat redup. Mereka berdua saling berpandangan.
"Abang cintakan Najwa?" soal Najwa sengaja mencuba. Dia gugup menanti jawapan suaminya. Dia takut jawapan yang bakal didengarinya akan membuatkan dia patah hati. Namun dia ingin tahu perasaan suaminya terhadap dirinya. Perlahan dia mendongak memerhati wajah Ariq.
"Kau nak aku jawab ya atau tak?" ujar Ariq berdolak-dalih sengaja bermain tarik tali. Dia tahu isterinya itu teringin sekali mendengar luahan kata cinta daripadanya. Dan kerana itu jugalah dia membuat keputusan untuk membawa Alina pulang. Sengaja ingin menguji tahap cemburu isterinya.
Belum sampai sehari Alina berada di rumahnya, Najwa sudah melakukan perkara diluar kawalan seperti apa yang dia lakukan sekarang.
"Ei bencilah. Abang suka main-main. Orang serius dia main-main. Tepilah !" balas Najwa geram. Sejurus itu bibirnya disambar sekilas oleh bibir Ariq. Najwa tergamam. Dia menelan airliur.
"Bising sangat mulut tu kan dah dapat!" ujar Ariq seraya sengih nakal. Dipandang wajah Najwa yang terdiam.
Perlahan tangan Najwa naik menekup mulutnya sendiri.
"Gatal!" jerit Najwa seraya memasamkan mukanya. Ariq tergelak kuat sebelum mencempung isterinya dan diletakkan di tengah katil.
Ariq naik menindih Najwa dan memandang ke dalam mata Najwa. Najwa menahan tangan Ariq yang mulai membuka butang atas baju tidurnya.
"Abang belum jawab pertanyaan Najwa" ujar Najwa perlahan. Dia menunggu jawapan yang bakal keluar dari bibir suaminya.
"Aku kalah dengan permainan aku sendiri. Aku nak buat kau terseksa, tapi malah aku yang terseksa. Kalau Alina mampu buat aku sekali jatuh cinta, tapi kau buat aku jatuh cinta pada kau berkali-kali. So, aku menjawab tak pertanyaan kau?" terang Ariq penuh syahdu. Najwa memandang keikhlasan yang terpancar dari sinar mata suaminya. Dia mengangguk perlahan.
"Habistu kenapa Abang bawa Alina datang sini? Sengaja nak dera hati Najwa lagi?!" soalnya geram. Dicebikkan bibirnya.
"Sekadar rasa tanggungjawab. Aku yang keliru dengan diri aku. Perasaan cinta aku untuk Alina sebenarnya dah lama terkubur. Aku baru sedar yang selama ni aku cuma rasa bertanggungjawab atas dia disebabkan hubungan baik aku dengan keluarga dia yang minta aku untuk jaga dia. Sekadar rasa prihatin seorang kawan" sambung Ariq lagi.
"So boleh sambung?" tambah Ariq lagi sambil memandang tangannya yang dipegang kemas oleh Najwa.
"Sekejap. Najwa ada satu soalan lagi!" ujar Najwa sambil mengerdipkan matanya beberapa kali.
"Sampai esok macam ni je! Okay cepat tanya. Last question!" balas Ariq geram. Ingat tak lenguh ke macam ni!
"So Abang cintakan Najwa?!" soalnya dengan soalan yang sama. Lantas Ariq menepuk dahinya sendiri. Penat aku cakap panjang lebar!
"Iya Puan Najwa Nabilla. I love you so much!" balasnya geram. Ingin dia gigit-gigit pipi tembam milik isterinya itu untuk melepaskan kegeramannya.
Najwa tergelak kecil sebelum bertindak mencium bibir suaminya sekejap.
"Nakal eh?!" ujar Ariq seraya senyum menggoda.
"Esok biar Aku yang masak. Kau confirm tak larat punya!" ujar Ariq sebelum lampu dipadamkan. Suasana gelap yang hanya diterangi cahaya bulan yang samar-samar menjadi bukti penyatuan cinta antara Najwa Nabilla dan Ariq Ilhan.
Genggaman tangan Najwa di cadar katil menjadi bukti dendam asmara yang tersimpan antara mereka berdua. Sang isteri merelakan segalanya buat sang suami.
JAM 10 pagi, Najwa terpisat-pisat membuka matanya. Diamati suasana bilik tidur itu. Serta-merta matanya terbuka luas. Peristiwa semalam kembali menerjah di ingatannya. Mana tak terlajak tidur, berapa round semalam!
Perlahan Najwa menoleh ke kanan. Dia menghela nafas lega apabila kelibat Ariq tiada disebelah. Apabila mengingati peristiwa semalam, pipinya berona merah.
Najwa melihat semua pakaiannya yang bertaburan di lantai. Lantas tangannya naik membetulkan selimut yang membaluti tubuhnya.
Laju kakinya menuruni katil dan mencapai semua pakaiannya. Najwa menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
Najwa berdiri di hadapan cermin. Tangannya sibuk mengurut kakinya yang terasa seperti jelly. "Macam orang tua!" bebelnya sendiri. Dia mendongak memandang cerming. Pandangannya tertancap pada bahagian lehernya yang merah-merah. Apabila diselak sedikit selimut itu, kesan merah itu semakin banyak sehingga ke bahunya.
Najwa telan air liur, "banyaknya lovebite!" ujarnya seraya tangannya naik menyentuh satu persatu kesan merah itu.
Alina yang siap berpakaian dress paras lutut datang menghampiri Ariq daripada belakang. Dicuit manja pinggang Ariq yang sedang leka mencuci pinggan kotor.
Sengaja dia berpakaian seksi dan memakai wangian untuk menarik perhatian Ariq. Namun Ariq sedikit pun tidak tertarik kerana asyik memikirkan peristiwa semalam. Najwa telah menjadi isterinya dalam erti kata sebenar. Tanpa dia sedar, bibirnya menguntum senyum.
"Hei baby. You fikir apa sampai tersengih macam ni?!" tegur Alina sedikit geram apabila Ariq tidak melayani dia.
"Tak ada apa-apa. Duduklah dulu. I nak pergi tengok Najwa" balas Ariq seraya apron diletakkan di tepi sinki dan tangan yang basah dilap. Dia membawa diri ke tingkat atas untuk melihat sang isteri.
Perlahan tombol pintu dipulas. Dia ternampak kelibat Najwa sedang menyisir rambutnya. Dia cuba menangkap apa yang sedang isterinya itu membebel sendirian.
"Berapa lama nak hilang ni?!" bebel Najwa sendiri sambil menyelak rambutnya kebelakang. Dilihat sekitar bahagian lehernya yang terdapat banyak kesan merah. Ariq hanya menahan gelak. Sorry sayang!
Selepas memastikan penampilannya, Najwa bangun dan melihat dirinya sekali lagi di hadapan cermin sebelum kakinya seperti lambat berfungsi menyebabkan dia hampir jatuh. Oh kakiku kebas!
Ariq lantas menyambut bahu Najwa. Mujur sempat Najwa berpaut. "Kau okay?" soal Ariq. Dia tidak mahu isterinya sakit disebabkan dia.
"Er.. Okay.. Ya okay" balas Najwa gagap. Dia telan air liur.
"Ada sakit-sakit? Sini aku tengok" tambah Ariq lagi. Najwa senang melihat keprihatinan suaminya. Laju kepalanya menggeleng.
"Tak ada lah. Najwa okay!" balas Najwa segan. Ariq melepaskan bahu Najwa apabila Najwa sudah boleh berdiri sendiri.
"Okay, jom breakfast" ajak Ariq seraya memimpin tangan isterinya. Najwa hanya membuntuti langkah Ariq.
Sesampainya mereka di meja makan, Najwa mengambil tempat di sisi Ariq manakala Alina di hadapan Ariq.
Pandangan Alina teralih pada bahagian leher Najwa yang terdapat kesan merah. Bagi gadis yang telah pro dalam bab itu, dia pasti itu adalah lovebite. Alina menahan geram.
"Is that lovebite? Hahaha!" tegur Alina sengaja memancing disusuli dengan gelak yang dibuat-buat.
"Haah, I yang buat. Geram sangat tengok isteri i !" balas Ariq bersahaja. Tangannya sibuk menuangkan air coklat ke dalam cawan isterinya.
Najwa menampar perlahan lengan Ariq. Suami siapalah ni yang tak tahu malu!
Alina menahan rasa marah yang mula membuak-buak dalam dirinya. Dia rasa tercabar. Gadis itu terlebih dahulu dapat merasai Ariq.
"NISA, kenapa awak mengelak daripada berjumpa dengan saya?!" soal Rudi geram. Gadis itu seolah-olah sengaja tidak mahu berjumpa dengannya.
"Maafkan saya, tapi ini tempat saya berkerja. Tempat saya mencari rezeki. Encik Rudi boleh tolong jangan ganggu saya?" balas Nisa dingin.
"Kalau macam tu berapa yang perlu saya bayar untuk beli masa awak?!" ujar Rudi bengang. Nisa memandang tajam wajah Rudi.
"Saya taknak bazirkan masa saya melayan orang yang hanya tahu bergantung pada duit bukan pada kesungguhan untuk dapatkan sesuatu!" balas Nisa sengaja menyindir. Seraya itu dia terus beredar.
Namun Rudi lebih pantas menyambar lengan Nisa.
"Nisa Haura! Awak jangan mencabar saya!" seketika pandangan Nisa dan Rudi bertemu. Buat kali pertama Nisa tidak melarikan pandangannya.
🌸B E R S A M B U N G🌸
Vote
&
Comment
🍀
Stop chasing the wrong one, the right one won't run.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top