25

"I'm try hard to win your heart, but you?

Never give me chance. Why?"

SENYUMAN Najwa mati apabila melihat Alina di samping Ariq. Mata Najwa jatuh pada tangan Ariq yang membawa beg Alina. Dia sudah dapat menduga apa yang akan berlaku.

Dia teruja menunggu kepulangan Ariq untuk memandu kereta hadiah dari suaminya. Najwa yang sudah bersiap memakai shawlnya hanya mampu terkesima melihat Alina dan Ariq.

"Hai Najwa!"  tegur Alina ramah. Najwa hanya senyum sumbing dan melambai tangannya.

"Baby, I tidur bilik mana ? Boleh tak I nak tidur dengan you?!"  soal Alina gedik. Dia memaut lengan Ariq erat taknak lepas.

Ariq memandang Najwa sekilas, "Alina, behave please!"  balas Ariq tegas. Alina memuncungkan bibirnya merajuk.

"Najwa nak keluar sekejap"  ujar Najwa. Dia tidak sanggup lagi menyaksikan adegan kemesraan suaminya dan Alina. Hatinya terasa pedih saat ini.

Sempat Ariq tangkap lengan kecil Najwa. "Kau nak pergi mana ? Dah nak senja ni!"  balas Ariq tidak mengizinkan. Tapi Najwa tetap mengikut kata hatinya yang meminta dia pergi dari situ mencari ketenangan.

"Sekejap je. Nanti Najwa balik"   ujar Najwa seraya senyum hambar. Dia menolak tangan Ariq yang memegang kemas lengannya.Dia tidak mahu suaminya risau.

Alina senyum kemenangan.

Laju kakinya menuju ke kereta pemberian suaminya. Seketika, kereta dipandu Najwa memasuki jalan raya meninggalkan perkarangan rumah mereka.

Ariq meraup kasar mukanya sebelum menepis perlahan tangan Alina yang memaut erat lengannya.

"Jom, I tunjukkan bilik you"  ujar Ariq. Alina hanya membuntuti Ariq dengan muncung sedepanya.

Sesampainya di depan pintu bilik itu, Ariq meletakkan begnya di tepi pintu. "You mandi, then rest. I siapkan dinner"  ujar Ariq biasa. Alina mengangguk suka apabila ada yang menjaganya.

Dia membawa masuk begnya ke dalam bilik itu dan meletakkannya di birai katil.

Dia melihat wajahnya di hadapan cermin, " This is just the beginning!"  ujarnya sinis.






NAJWA memandu tanpa arah tuju. Jiwanya kacau. Sungguh tega suaminya membenarkan perempuan lain tinggal bersama di rumah mereka. Rumah yang sepatutnya dihiasi dan dipenuhi dengan ahli keluarga mereka kini diisi dengan kehadiran Alina.

Airmata yang deras mengalir pantas diseka. Namun semakin lebat pula tangisannya.

Dia berhenti di bahu jalan. Dia tidak boleh memandu dalam keadaan emosi tidak stabil. Najwa bersandar cuba menenangkan dirinya.

Fikirannya hanya terbayang Nisa Haura saat ini. Dia memerlukan sahabatnya waktu ini. Dia harus meluahkan segala yang terbuku di hati. Najwa kembali ke jalan raya dan memecut ke hospital.

Selang beberapa minit, Najwa memarkirkan keretanya di tempat letak kenderaan. Tepat pada masanya Najwa ternampak kelibat Nisa yang sedang duduk di laman hospital. Segera dia melajukan langkah menuju ke arah Nisa.

Pandangan Nisa tertancap pada serang gadis yang sedang berlari menuju ke arahnya. Susuk tubuh itu sangat dikenalinya. Najwa!

Terus Najwa dakap tubuh Nisa erat. Nisa lambat-lambat membalas pelukan itu kerana dia terkejut. Seketika dia menangkap bunyi tangisan Najwa. Diusap perlahan belakang Najwa untuk menenangkannya.

Seketika, pelukan dirungkaikan. Najwa menyapu airmatanya menggunakan tangannya laju. Nisa memandang tingkah Najwa. Dia mengajak Najwa duduk disebelahnya.

"Ada apa yang berlaku sampai kau menangis macam ni?"  soal Nisa bingung.

"Aku tak tahu! Aku tak tahu aku boleh cerita atau tak pasal hal ni dekat kau!"  balas Najwa. Terasa tangannya digenggam Nisa. Najwa mendongak memandang Nisa.

"Pasal suami kau?"  teka Nisa. Lambat-lambat Najwa mengangguk tanda mengiyakan. Nisa mengeluh sebelum mencari mata Najwa.

"Cuba cerita apa yang terjadi?"  soal Nisa lagi. Dia cuba menyalurkan kekuatannya pada Najwa.

"Sebenarnya aku dengan suami aku kahwin bukan sebab keinginan aku atau dia. Tapi sekarang aku dah jatuh cinta dengan suami aku sendiri"  terang Najwa panjang lebar.

"Then? Baguslah kalau kau fall in love dengan suami kau sendiri. Takkan itu pun nak menangis?"  balas Nisa disusuli gelak kecil. Sengaja menghiburkan suasana.

"Dia ada girlfriend dan girlfriend dia sekarang stay dengan kitaorang"   tambah Najwa lagi membuntangkan mata Nisa.

"What?! Suami kau ada girlfriend? Dasar lelaki. Dah ada bini pun tak cukup lagi!"  Nisa merengus geram. Digeleng kepalanya berkali-kali.

"Dia dengan girlfriend dia dah lama couple. Aku je yang jadi punca diaorang tak dapat bersama"  sambung Najwa perlahan. Nadanya kedengaran sangat kecewa.

"Lepas itu, kenapa dia tinggal dengan kauorang pula? Tak ada rumah sendiri ke? Yang suami kau pergi layan buat apa ?! Hish geram pula aku dengar!"  marah Nisa. Terasa bahang apabila mendengar masalah rumah tangga sahabatnya itu.

"Dia baru discharge. Doktor suruh dia rehat at least for a week. Setahu aku family dia tak ada dekat Malaysia. Maybe sebab tu dia cari suami aku"  terang Najwa.

"Sekejap. Nama girlfriend dia Qisya Alina?"  soal Nisa baru dapat menangkap hubung kait atas persoalan yang membelenggu dirinya.

Najwa mengangguk biasa, "macam mana kau tahu?"  soal Najwa sambil menyeka sisa tangisannya.

"Banyak kali aku nampak suami kau datang sini jenguk perempuan tu. Bila aku tanya Rudi, dia cuma cakap yang perempuan tu kawan diaorang je. Rupanya nak cover kawan! Dasar lelaki semua sama je!"  ujar Nisa geram.

Kalau nak cakap pasal lelaki, agaknya sampai ke sudah tak habis-habis.

Nisa meraih kedua bahu Najwa yang tertunduk asyik bermain dengan jari jemarinya.

"So kau nak duduk sini and menangis while suami kau dengan perempuan tu sekarang berada dalam rumah yang sama ? Kau tak nak fight for your love?  Apa salahnya kita cuba meraih cinta dari suami kita?"   ujar Nisa membuatkan Najwa berfikir sejenak.

Lantas dia terus berdiri mengejutkan Nisa. "Kenapa aku tak fikir macam tu?! Aku yang bagi diaorang kesempatan untuk berdua-duaan!"  balas Najwa baru tersedar.

"Thanks Nisa. Aku balik dulu. Tak sanggup nak biarkan diaorang tinggal berdua je dekat rumah!"   tambah Najwa seraya menghadiahkan pelukan.

"Hati-hati!"  laung Nisa sambil melambaikan tangan ke arah Najwa yang menuju ke keretanya.

Nisa memerhati kelibat kereta Najwa yang meninggalkan perkarangan hospital. Dia melepaskan keluhan berat dan duduk kembali di kerusi batu itu.

"Aku ingat selama ni dia bahagia. Rupanya tak"  omel Nisa sendiri. Nisa mengerling jam di tangan. Waktu shiftnya sudah habis. Boleh balik!







LAJU kaki Ariq menuju ke pintu utama apabila mendengar deruman kereta milik Najwa. Ariq terlebih dahulu membuka pintu dan melihat Najwa keluar dari perut kereta.

Alina yang sedang makan merengus kasar apabila Ariq sanggup meninggalkannya makan sendirian semata-mata untuk menyambut isterinya.

"Lambatnya kau balik"   tegur Ariq risau. Najwa membuka kasutnya dan disusun di rak kasut.

"Najwa singgah masjid solat maghrib tadi"  terang Najwa.

"Oh. Kau nak makan? Jom makan sekali"  ajak Ariq. Terus mata Nisa tertancap pada Alina yang sedang elok makan di meja makan.

"Hm okay"  balas Najwa biasa. Sebenarnya dia tidaklah selapar mana. Tetapi dia tidak rela membiarkan suaminya dan Alina bersama!

Ariq senyum apabila Najwa tidak menolak pelawaanya.

Najwa mengambil tempat di sebelah Ariq. Dilihat wajah Alina yang sedikit pucat.

"Awak okay, Alina?"  soal Najwa prihatin. Wajah gadis itu pucat.

"Ya, of course. Kalau Ilhan yang jaga I confirmlah I okay je"   balas Alina gedik. Lebih-lebih pula dia.

Najwa sekadar mengangguk biasa. Fokusnya adalah pada makanan yang terhidang dihadapannya.

Usai makan, Najwa mencuci pinggan kotor di dapur. Telinganya dapat menangkap suara orang bergelak sakan di ruang tamu miliknya.

Selesai mencuci pinggan, di hayunkan kakinya ke dalam bilik tidurnya. Dia mandi dan melaksanakan solat isyak. Dia duduk dibirai katil sambil melipat sejadah dan telekungnya.

Jam menunjukkan angka 10 malam. Timbul satu idea yang nakal di fikirannya. Dia tergelak kecil.

Terus dia mencapai teddy bear kesayangannya dan melangkah ke ruang tamu.

"Abang, Najwa mengantuk. Jom tidur!"  laung Najwa sengaja bagi Alina mendengarnya. Dia berdiri tepat di hadapan Ariq sambil memeluk teddy bearnya.

"uhuk-uhuk!"  Ariq yang menyisip kopinya lantas tersedak mendengar laungan Najwa. Mana pernah dia berkelakuan seperti itu.

"Abang, jomlah tidur!"  ajak Najwa lagi. Kali ini dia menarik tangan suaminya. Ariq yang tidak mengerti situasi apa yang berlaku saat ini hanya mengikut langkah Najwa dengan muka bingung.

"Nanti you tutup tv ni eh"  Ariq mengingatkan Alina. Alina mengangguk lambat.

"Cepatlah!"  Najwa memeluk lengan suaminya kemas. Ini suami aku! Langkah Ariq dilajukan lagi.

Alina termanggu sendirian di ruang tamu. Dia memerhati kelibat Ariq dan Najwa hilang di balik pintu bilik tidur mereka.

"Kurang ajar! Kau mencabar aku ya! This is Alina lah. Aku ada 1001 cara untuk menggoda lelaki!"  bentaknya geram. Ditumbuk-tumbuk sofa tanda tak puas hati.





🌸B E R S A M B U N G🌸


Vote
&
Comment



🌙

️"Redha bukan bermakna tiada tangisan. Tetapi menerima tanpa sebarang persoalan di atas setiap apa yang telah ditentukan oleh Allah."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top