24
"Redha bukan bermakna tiada tangisan. Tetapi menerima tanpa sebarang persoalan di atas setiap apa yang telah ditentukan oleh Allah."
SYAKILLA tersandar lemah. Dia termenung memikirkan nasib dirinya sendiri. Lamunannya mati dikejutkan dengan kehadiran Doktor Haqim.
Syakilla memerhati langkah Doktor Haqim yang mengambil tempat di di sebelah katil Syakilla.
"Saya nak minta maaf" ujar Doktor Haqim terus. Sejujurnya dia berasa bersalah yang teramat sangat kerana telah menuduh gadis itu tanpa usul periksa. Hatinya dihimpit rasa bersalah.
"Its okay" balas Syakilla biasa. Dia senyum hambar.
"Saya pun nak minta maaf" sambung Syakilla perlahan. Doktor Haqim memandang Syakilla bingung.
"Kenapa awak minta maaf pula?" soal Doktor Haqim disusuli gelak kecil.
"Hm, pasal saya serang girlfriend awak haritu" terang Syakilla. Doktor Haqim yang baru teringat adegan simbah menyimbah air itu lantas mengangguk.
"Hahaha, Saya tak sempat lagi nak jadikan dia girlfriend saya" jawab Doktor Haqim membuntangkan mata Syakilla.
"Maksud awak?" soal Syakilla polos. Dia tatap wajah Doktor Haqim yabg berubah kecewa.
"Mungkin dia bukan jodoh saya" ujar Doktor Haqim seraya menggerakkan kedua bahunya ke atas tanda tidak tahu. Seraya itu, Doktor Haqim tergelak. Syakilla senyum tipis.
"Awak rehatlah dulu. Saya akan check keadaan awak dari semasa ke semasa" Doktor Haqim mengemaskan selimut yang membaluti Syakilla. Syakilla sekadara mengangguk dan memerhati langkah Doktor Haqim yang menapak keluar.
NAJWA menguak pintu utama apabila terdengar deringan loceng di rumahnya. Mujur sempat dia mencapai shawl dan disarung ala kadar. Dia yang berada di dapur cepat-cepat melajukan langkah dan membuka pintu.
Terlihat dua orang lelaki yang sedang tersenyum.
"Ya ada apa yang boleh saya bantu?" soal Najwa sopan.
"Betul ini rumah Encik Ariq Ilhan?" soal seorang lelaki yang berbadan tegap itu.
Najwa mengangguk perlahan, " Ya, betul. Saya isteri dia" balas Najwa berhati-hati.
"Encik Ariq meminta kami menghantar kereta ini ke rumahnya. Untuk makluman Puan, kereta ini berada di bawah nama Puan. Nama Puan Najwa Nabilla, bukan?" ujarnya lagi. Najwa mengangguk laju kali ini.
"Jadi suami saya belikan kereta tu untuk saya?" soal Najwa minta kepastian. Anggukkan kedua-dua lelaki itu mengundang senyum lebar Najwa.
Dihampiri kereta mewah yang bewarna royal blue itu. "Kami minta diri dulu ya. Ini kunci keretanya" ujar lelaki itu sambil menyerahkan kunci kereta ke tangan Najwa.
"Terima kasih" ucap Najwa disusuli senyum manisnya. Mereka berdua membalas senyuman Najwa dan beredar dari situ.
Laju dia masuk ke dalam rumah dan mencapai telefon bimbitnya.
Nombor telefon suaminya pantas didial. Seketika terdengar suara Ariq menyapa gegendang telinganya.
"I love it so much!" ujar Najwa teruja. Dia kembali ke luar rumah dan melihat sekali lagi kereta yang elok terparkir di kawasan perumahannya.
"Laju diaorang buat kerja. Bagus" balas Ariq bersahaja. Fokusnya pada kerja teralih apabila mendapat panggilan daripada isterinya.
"Tapi macam mana Abang tahu Najwa ada lesen memandu?" soal Najwa bingung. Dia menggaru kepalanya.
"Masa dekat kampung haritu aku nampak buku memandu kau. Biasanya orang yang ada buku tu orang yang ambil kelas memandu je" balas Ariq. Najwa mengangguk-angguk mengiyakan.
"Terima kasih tau. Najwa tak sangka Abang boleh bagi hadiah semewah ini pada Najwa. Totally my style!" ujar Najwa teruja sangat. Dia tidak sabar untuk memandu kereta itu.
"Tengok orang lah. Aku pun style kau juga kan ?!" soal Ariq sengaja menduga respon isterinya.
"Hm, entah." Najwa sengaja menyakitkan hati suaminya. Dia menahan senyum.
"Tak apa, nanti aku ambil balik kereta tu baru tahu!" ugut Ariq. Najwa jadi cuak.
"Ei buruknya perangai. Dah bagi mana boleh ambil balik!" marah Najwa. Dicebikkan bibirnya. Mana boleh ambil balik!
"Alah, aku bergurau je. Nanti aku balik kita pergi test kereta tu sama-sama. Tunggu aku tau!" ujar Ariq. "Okay Boss!" sambut Najwa seraya gelak kecil. Ariq turut gelak sama.
"JAUHNYA termenung!" tegur Rudi yang datang membawa air tin sejuk dan dilekapkan ke pipi Nisa. Mujur tidak dihayunkan penampar bisanya.
Nisa mengesat pipinya yang basah dengan tangannya sebelum menjeling Rudi sekilas.
Air tin perisa soya disua ke muka Nisa. Lambat-lambat dia menyambut.
"Boleh saya tahu apa yang awak fikir?" soal Rudi sebelum mengambil semula air tin Nisa dan membukakannya. Nisa hanya memandang semua tingkah Rudi.
"Saya cuba letak diri saya dalam situasi Syakilla. Saya rasa mungkin saya tak setabah dia" balas Nisa perlahan. Di sisip perlahan air tin soya sejuk itu.
"Setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza mengikut kemampuan tersendiri. Saya percaya awak adalah seorang gadis yang lebih kuat bahkan lagi kuat daripada apa yang saya bayangkan" ujar Rudi mengundang senyum Nisa. Entah kenapa dia rasa ayat yang diberikan Rudi sedikit sebanyak memujuk hatinya agar terus kuat mengharungi dugaan hidup.
"Terharu la tu!" tambah Rudi menyebabkan Nisa berdehem kecil. Potong mood betul lah Rudi ni!
"Hm, yang awak ni kenapa masih ada dekat sini? Awak tak kerja eh? Tapi semua barang-barang awak nampak mewah. Takkanlah awak ada syarikat sendiri macam dalam novel cinta tu. Hahahaha" ejek Nisa seraya dia gelak. Di pandang wajah Rudi yang tidak terkesan dengan lawaknya.
"Unfortunately yes. I have my own company and its called RR Holdings" balas Rudi separuh riak. Sengaja dia betulkan rambutnya dan menjongketkan keningnya sebelah.
Seraya itu laju tangan Nisa menekup mukutnya sendiri tanda terkejut. " RR Holdings? Antara syarikat besar dan ternama dekat Malaysia ni awak punya?!" soal Nisa minta kepastian.
"Yup, my sweety!" balas Rudi dengan nada berbisik seraya dia mengenyit matanya ke arah Nisa. Nisa masih lagi tidak percaya dengan fakta yang dikeluarkan.
"Oh ya, RR stand for Rudi Rayqal. Kenapa saya tak perasan sebelum ni ?!" ujar Nisa. Dia menepuk dahinya sendiri.
"Its okay dear. Not your fault okay" balas Rudi. Dia gelak kecil melihat telatah Nisa.
"So do you wanna have a date with me? Saya ada banyak duit!" ajak Rudi membuatkan Nisa tergamam seketika.
Lantas dia berdiri dan memandang Rudi tajam, " Ingat semua perempuan boleh dibeli dengan duit awak tu ke?" soal Nisa pedas. Rudi terkebil-kebil sebelum ikut sama berdiri.
"Well, perempuan suka duit kan? " soal Rudi semula. Sah lelaki ini mencari maut!
"Pergilah cari perempuan yang berminat dengan duit awak tu. Saya tak berminat" balas Nisa sengaja menyindir Rudi.
Tiada langsung terlintas di benaknya berkawan dengan Rudi semata-mata kerana lelaki itu berduit.
Nisa berlalu meninggalkan Rudi yang terkesima. Dia melihat langkah Nisa yang semakin hilang.
"Salah ke apa yang aku cakap?!" omelnya sendiri. Dia juga tidak mengerti. Lantas dia mengerling jam ditangannya. Menyedari dia sudah lambat je office, laju kakinya melangkah ke kereta. Nanti-nantilah fikir!
BIBIR Alina menguntum swnyuman lebar apabila melihat bayang Ariq yang memasuki wardnya.
"Hai baby. You look handsome today!" tegur Alina ramah. Ariq senyum dan mengambil tempat di birai katil.
"Hari ni je I handsome? Hari-hari sebelum ni tak handsome?!" balas Ariq dengan nada merajuk.
Alina memeluk lengan Ariq sekejap, "Of courselah hari-hari you handsome!" Alina memandang Ariq yang sedang tersenyum.
"Oh ya ada apa you minta I datang sini?" soal Ariq baru teringat tujuan dia datang ke hospital.
"Guess what? I dah boleh disharge start pagi ni!" ujarnya teruja.
"Oh really? Alhamdulillah" balas Ariq tumpang gembira sebelum riak wajah Alina berubah sedih.
"Tapi, Doktor minta I berehat dekat rumah. So, boleh tak I nak stay rumah you ? Seminggu je." pinta Alina.
"Hm..."
🌸B E R S A M B U N G🌸
Vote
&
Comment
🌳
"Aku percaya, tak semua kesakitan itu derita. Dan tak semua kegembiraan itu bahagia."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top