18

"Not all people came into your life will stay forever. Someone will come just to hurt your feelings. Someone can be your source of happiness but after you get attached, they'll leave. Not everyone will stay."

"KENAPA kita berhenti sini? Bukan awak cakap awak nak hantar saya balik?"   soal Nisa bingung melihat Rudi memarkirkan kenderaannya betul-betul di hadapan sebuah cafe.

"I have to eat my dinner"  balas Rudi seraya mematikan enjin kereta. Tali pinggang keledar dicabut. Dia berpusing menghadap Nisa.

"Tapi saya tak lapar. Saya nak balik rumah"  ujar Nisa. Sebenarnya dia sedang berjimat memandangkan duitnya yang hanya tinggal sedikit. Ditambah lagi dengan suasana cafe yang kelihatan mewah itu pasti mahal harga makanannya. Dia segan pula kalau Rudi yang ingin membelanjanya.

"Saya ni baru nak sembuh. Awak tak kasihankan saya ke?"  bibir Rudi dicebikkan. Dia memandang Nisa minta simpati.

Tiba-tiba mata Rudi tertancap pada perut Nisa yang berbunyi minta diisi. Laju tangan Nisa menutup perutnya. Dia memandang Rudi yang sedang menahan senyum.

"Dah berbunyi dah tu perut awak. Jomlah makan dulu nanti saya hantar awak balik. Jangan risau, Abang Rudi belanja!"  ajak Rudi. Cermin mata hitam mahal miliknya di letakkan di dashboard kereta.

Nisa hanya mampu menturuti langkah Rudi masuk ke dalam cafe itu. Makanan apa yang dipesan oleh Rudi, itu jugalah yang dia pesan. Sebenarnya dia rasa kurang selesa bukan sebab Rudi tapi dengan suasana cafe yang ramai orang.



"SEDIAKAN Operation Room. Lagi 5 minit saya sampai!"  arah Doktor Haqim laju. Keadaan ER menjadi riuh dengan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang model terkenal, Qisya Alina.

"Baik doktor!"  jawab salah satu nurse.  Masing-masing sibuk menguruskan kelengkapan pembedahan.

Ada beberapa nurse yang mengambil kesempatan untuk bergosip.

"Tadi masa ambulan sampai, diaorang cakap yang mangsa mungkin keguguran. Bila masa Qisya Alina tu kahwin? Kalau dia dah kahwin mestilah satu Malaysia tahu. Dia kan model terkenal dekat Malaysia ni"  ujar nurse yang berbadan tembam itu.

Seorang lagi nurse mencuit lengan nurse tembam itu, "entah-entah anak luar nikah?!"  ujarnya menyebabkan mereka berdua menutup mulut sendiri terkejut. Isu hangat ni!

Ssketika, Doktor Haqim melewati kawasan ER. " Saya nak awak call keluarga pesakit. Dan beritahu pesakit kemalangan dan perlu dibedah segera"  arah Doktor Haqim. Laju langkahnya menuju ke OR.

"Seksi kan Doktor Haqim tu. Rajin pula tu. Mana lah ada doktor yang sanggup terima pesakit dari ER lepas tu buat emergency operation macam ni. Memang style aku!"   ujar nurse tembam itu lagi. Dikerdipkan matanya beberapa kali sambil memerhati langkah Doktor Haqim yang semakin hilang.

"Kau ni tak ada dengar cerita ke pasal Doktor Haqim tu suka Nisa, nurse baru tu?!"  celah nurse yang satu lagi.

"What?! Nisa Haura?! Nurse yang lurus bendul tu?! Kau biar betul? Doktor Haqim tu buta ke ? HAHAHAHA!"   mereka sama-sama gelak. Dasar makcik bawangs!

"Tapi kalau dia suka kau lagi lah tak masuk akal!"  tambah nurse yang satu lagi. Nurse tembam itu hanya memandang hambar usikannya.






"BERTUAH punya anak menantu! Habis basah kuyup. Tengok, lantai pun dah basah. Pergi masuk ikut pintu belakang!"  jerit Ibu sambil menampar-nampar punggung Najwa perlahan. Najwa dan Ariq hanya gelak seraya menuju ke pintu belakang.

"Najwa mandi dulu. Sejuk sangat ni!"  ujar Najwa. Dia terus menerobos ke dalam bilik mandi. Sempat pintu ditahan Ariq.

"Aku lagi sejuk. Bagilah aku mandi dulu!"  balas Ariq. Tangannya menolak kuat pintu bilik mandi. Najwa membalas tolakan di pintu dengan habis dayanya.

"Ei mana boleh. Najwa dah masuk dulu! Abang tunggu turn lah!"  jerit Najwa taknak kalah. Namun kudratnya terlalu lemah jika ingin dibandingkan dengan suaminya.

"Jom mandi sama-sama!"  ajak Ariq. Laju kakinya masuk ke dalam bilik mandi.

"Taknaklah Najwa!"  ujar Najwa. Dia terus keluar dari bilik mandi.

"Hahaha taknak sudah! Aku mandi dulu!"  tambah Ariq. Sempat dia menjelirkan lidahnya sebelum menutup pintu.

Sudahnya Najwa hanya mampu duduk di kerusi berselimutkan tuala untuk mengurangkan rasa sejuk. Kurang asam punya suami!

Seketika Ariq memanggil Najwa. Dia membuka sedikit pintu bilik mandi.

"Tolong ambilkan tuala"  ujar Ariq sopan. Bila nak minta tolong tahu pula cakap baik-baik.

"Taknak! Pergilah ambil sendiri!"  balas Najwa sinis. Dia menyilangkan tangan dan bersandar di dinding. Padan muka!

"Alaa tolonglah. Takkanlah kau nak aku keluar dalam keadaan naked!"  ujar Ariq separuh jerit. Dia geram melihat Najwa menahan senyum bila melihat muka marah Ariq.

"Cakap dulu Najwa cantik" arah Najwa. Dia menahan senyum. Ariq bingung mendengar permintaan Najwa.

"Memang taklah! Ei cepatlah ambilkan aku punya tuala!"  bentak Ariq. Di hentak-hentak kakinya tanda protes.

"Oh taknak cakap tak apa. Bye Najwa pergi dulu"  balas Najwa sengaja menyakitkan hati Ariq.

"Kau tengoklah nanti aku ngadu dekat Ibu dengan Ayah. Ya Najwa cantik! Paling cantik dalam dunia ni!"  jerit Ariq. Najwa geli hati mendengar jawapan Ariq.

Segera dia berlari ke bilik mengambil tuala dan menyuakannya kepada Ariq.

Seketika, Ariq keluar dengan hanya berbalut tuala di pinggang. Dia memberi pandangan tajam kepada Najwa.

"Siap kau nanti!"  ugut Ariq. Najwa bertindak mencubit hidung Ariq laju dan berlari masuk ke bilik mandi. Segera tangannya menekan tombol kunci risau Ariq menyerangnya kembali.

"Sakitlah! Kau ni memang cari gaduh!"  ujar Ariq geram. Dipukul-pukul pintu itu beberapa kali sebelum keadaan menjadi senyap.

Entah kenapa dia suka menyakat suaminya. Dia segera mandi apabila teringat solat maghrib yang masih belum ditunaikan.

BARU mulutnya ingin menyuapkan makanan yang baru sampai itu, deringan di telefon Rudi mematikan niatnya untuk makan. Dia kembali meletakkan sudu dan garfu lantas mencapai telefon bimbitnya.

"Hello"  ujar Rudi. Nisa hanya memandang Rudi sekilas sebelum menyambung suapannya.

"Ya betul saya kawan dia. Kenapa ya?"  Rudi meneguk perlahan jus epal miliknya.

"Astaughfirullahhal'azim! Okay saya datang sekarang"  sambung Rudi. Nisa memandang Rudi yang masih terkejut.

"Saya minta maaf sangat-sangat. Tapi kawan saya kemalangan and saya kena pergi tengok dia dekat hospital sebab keluarga dia tinggal dekat luar negara. Awak boleh balik sendiri kan? Jangan risau makanan ni saya dah bayar. Awak makan dulu okay. Sorry sangat!"  terang Rudi panjang lebar lantas dia bingkas bangun dan menerobos ke dalam perut kereta.

Seketika, laju kereta hitam mewah milik Rudi memecut ke jalan raya. Nisa mengeluh berat sebelum menyambung suapannya.

Nisa yang berasa bosan makan sendirian cuba menghilangkan bosannya dengan bermain telefon. Tetapi, dia baru menyedari bahawa begnya tertinggal dalam kereta Rudi. Dahlah telefon bimbit dan beg dompetnya juga tertinggal. Nisa menepuk dahi sendiri.

"Macam mana aku nak balik ni?!" 







USAI mengerjakan solat Isyak berjemaah, Ariq duduk di birai katil. Telefom bimbitnya dicapai. Terdapat banyak panggilan yang tidak di jawab daripada Alina dan Rudi. Dah kenapa Rudi ni telefon aku banyak kali!

Nombor Rudi di dial. Seketika kedengaran suara Rudi dihujung talian.

"Ada apa kau call aku banyak kali? Kau lupa ke aku ada dekat kampung isteri aku?"  tegur Ariq seraya gelak perlahan.

"Aku tahu dan aku memang taknak kacau kau tapi aku rasa kau perlu tahu perkara ni!"  balas Rudi panik.

"Hahaha apa yang kau cakap ni. Okay beritahulah apa yang kau nak cakap tu"  ujar Ariq.

"Alina kemalangan!"  sambung Rudi membuntangkan mata Ariq.

Ariq memandang Najwa yang sedang menyangkut telekungnya.

Tanpa sebarang jawapan, butang matikan panggilan di tekan. Ariq mengeluh berat sebelum mendongak memandang Najwa yang sedang memandangnya.

"Kenapa muka Abang macam tu?"  soal Najwa separuh gelak. Muka Ariq persis muka orang yang tidak tahu untuk membuat pilihan. Alina memerlukannya saat ini. Dia tahu bahawa keluarga Alina tinggal di luar negara dan hanya Ariq dan Rudi sahajalah teman rapatnya.

"Alina kemalangan"  luah Ariq.

🌸B E R S A M B U N G🌸

Vote
&
Comment

🌿

"Barangkali setiap persoalanmu sudah lama dijawab oleh Tuhan. Hanya saja kamu yang masih tidak mahu menerima semua itu sebagai jawapan."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top