14

"People said, happiness depends on your attitude, not on what you have."

RUDI menurunkan bajunya setelah siap luka jahitannya disapu ubat dan dibalut semula. Direnung muka Nisa yang asyik termenung. Beberapa kali dia menegur Nisa tadi kerana asyik termenung ketika menyapu ubat di lukanya.

"Hui, cik adik! Jauhnya termenung dah sampai mana tu?" tegur Rudi membawa Nisa ke dunia nyata. Matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum berdehem perlahan.

"Huh? Awak ada cakap apa-apa ke dengan saya ?" soal Nisa blur. Dia membuang kain balutan dan kapas yang telah digunakan dan menyimpan yang bersih di dalam bekas itu.

"Awak ni kenapa daripada tadi asyik termenung?" soal Rudi balik. Ditongkat dagu menggunakan tangannya dan merenung Nisa ke dalam matanya.

Nisa melarikan pandangan. "Tak ada apa-apa. Oh ya Doktor cakap luka awak akan sembuh dalam masa seminggu. Jadi esok atau lusa awak dah boleh discharge" balas Nisa cuba menukar topik. Dia tidak ingin terbawa-bawa masalah peribadinya ke tempat kerja.

"Esok atau lusa? Awalnya!!! Kalau saya rindukan awak macam mana?!" luah Rudi. Sengaja dicebikkan bibirnya minta perhatian. Menyampahnya!

"Awak punya rindu awak settle kan lah sendiri. Saya taknak masuk campur" balas Nisa dingin. Jujur dia tiada niat ingin bergurau saat ini.

"Tapi orang yang saya rindu nanti tu awak! At least bertanggungjawablah sikit!" ujar Rudi keras. Dia memalingkan muka tanda merajuk.

"Kenapa awak nak rindu saya? Awak kan ada ramai lagi perempuan dekat luar sana yang tengah tunggu awak!" balas Nisa membuntangkan mata Rudi. Dia tidak menyangka jawapan sebegitu akan keluar dari mulut Nisa.

"Aik, jeles ke? Diaorang yang tunggu saya tapi saya tunggu awak sorang je" jelas Rudi. Dia memandang Nisa dengan senyuman lebar. Ingat Handsome!

"Hm, dahlah. Saya nak pergi tengok pesakit yang lain" balas Nisa seraya kakinya melangkah laju keluar dari ruangan ward Rudi. Mukanya mulai berona merah.

"Sukalah tu" omel Rudi sendiri. Dia pun ikut tergelak. Seketika, Nisa kembali lagi ke biliknya untuk mengambil bekas ubat yang tertinggal di birai katil Rudi. Rudi tersengih apabila melihat kekalutan Nisa sehingga terlanggar kerusi. Rudi menahan gelak.









KUIH karipap, donat, popia sayur goreng dan lain-lain menarik nafsu Ariq yang baru selesai mandi. Ditambah lagi dengan bau aroma kopi dan teh menambahkan seleranya pagi ini.

'Kalau hari-hari macam ni, hilanglah semua biceps aku' gumam Ariq.

Tanpa disedari, dirinya diperhatikan Najwa yang sedang elok berdiri di sinki dan ibu ayah yang sudah sedia mengambil tempat dimeja makan.

"Tercegat dekat situ buat apa lagi? Marilah sini sarapan. Tak lapar ke?" ajak Ayah mematikan lamunanya. Ariq tersengih seperti kerang busuk sebelum melangkah ke meja makan. Najwa menahan senyum. Kantoi mengendap!

Seketika, kuih donat selamat masuk ke dalam mulut Ariq. "Hm sedapnya. Pandai ibu buat!" puji Ariq mengundang gelak semua.

"Ayah beli je dekat warung depan tu" balas ayah biasa. Ariq tertunduk malu. Niat nak mengambil hati ibu mertuanya.

"Manalah ibu rajin nak buat kuih banyak-banyak macam ni. Beli saja kan mudah" tambah ibu mengundang gelak Ariq. Dipandang Najwa sekilas yang sedang gelak.

"Berapa lama kamu dekat sini?" soal Ayah sebelum menyisip perlahan kopi panas.

"Ariq ambil cuti seminggu je, Ayah" balas Ariq sopan.

"Mesti isteri kamu yang paksa balik kan! Nabilla ni memang macam ni. Suka memaksa orang ikut kehendak dia. Maklumlah anak tunggal. Harap kamu fahamlah" tambah ibu. Ayah mengangguk-angguk tanda setuju dengan ibu.

"Hish mana ada Nabilla paksa Abang Ariq. Nabilla ajak saja. Abang Ariq on, Nabilla pun on lah" balas Najwa riang. Ditambah dengan gaya kebudak-budakannya mengundang tawa semua.

"Abang, nanti kita pergi jalan-jalan eh. Najwa nak tunjukkan abang semua tempat yang Najwa suka lepak masa kecil-kecil dulu" tambah Najwa lagi.

Ariq hanya mengangguk-angguk tanda setuju. Tanpa disedari, bibirnya menguntum senyum buat sang isteri.





DOKTOR Haqim menghalang Nisa daripada lewat kawasan situ. Kebetulan terserempak dengan doktor Haqim di pantry membuatkan Nisa tak mampu nak melarikan diri. Jujur dia marah dengan apa yang berlaku. Hatinya memberontak.

"Tolong bagi saya kesempatan untuk explain perkara yang sebenar pada awak. Kalau awak terus menjauhkan diri daripada saya, sampai bila pun masalah ni takkan selesai!" ujar Doktor Haqim keras. Dipegang kemas lengan Nisa.

Nisa menarik lengannya kasar daripada pergelangan tangan Doktor Haqim.

"Untuk pengetahuan Doktor, masalah yang wujud bukan antara saya dan doktor tapi antara doktor dan dia. Saya tak nak dilabel orang ketiga yang cuba membina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain!" balas Nisa seraya keluar dari pantry. Dipandang tajam sekilas doktor Haqim. Bukan senang untuk dirinya membela diri sendiri seperti itu. Diurut perlahan hatinya yang sedang menahan marah.

Doktor Haqim meraut kasar mukanya sebelum mengeluh. Dalam dia tidak sedar, perbualannya didengari seseorang.




PINTU bilik Rudi dikuak seseorang. Terpapar wajah Laila, PA nya sedang tersenyum manis.

Diletakkan sebakul buah-buahan di atas meja sebagai tanda buah tangan.

"Boss apa khabar?" soal Laila sambik mengambil tempat di sofa diikuti oleh Rudi.

"Saya dah nak discharge baru awak datang jenguk saya? Awak memang PA yang kejam!" balas Rudi. Dia berpura-pura menangis.

"Maafkan saya, Boss. Lepas Boss masuk hospital, saya terpaksa cancel semua meeting dan appointment boss dengan client. Di tambah lagi dengan projek besar kita yang tergendala, saya tak cukup tangan nak handle semua perkara. Tu yang baru hari ini dapat jenguk Boss dekat sini. Sorry ya boss" terang Laila panjang lebar.

Rudi berasa simpati dengan nasib perkerjanya yang bersusah payah menguruskan syarikatnya semasa ketiadaannya di pejabat.

"Saya beruntung memiliki awak sebagai PA saya. Sebagai balasan, saya akan memberikan bonus untuk bulan ini kepada semua staf termasuk awak!" Rudi mendepakan tangannya di sofa. Dia tersengih memandang Laila yang menahan senyum melihat karenah bossnya yang over confident.

"Oh ya Boss, tadi saya terserempak dengan seorang nurse. Dia cakap boss dah boleh discharge esok atau lusa. Boss nak saya beritahu driver boss untuk jemput Boss bila Boss discharge nanti?" soal Laila.

"Boleh juga. Cadangan yang bagus!" balas Rudi mengundang senyum Laila. Dia mengangguk.







"CEPATLAH Nabilla oi! Suami kamu dah tunggu dah ni. Kata nak bawa Ariq pergi jalan-jalan pusing kampung" jerit ibu yang sedang menyapu dedaun di halaman rumahnya.

"Ya, sabar!" sambut Najwa. Dia sedaya upaya cuba membawa dua basikal menggunakan kudrat kecilnya. Ariq yang perasan terus ke arah Najwa dan mencapai satu basikal.

"Abang pandai naik basikal kan?" soal Najwa. Kening dijongketkan.

"Of courselah! Ini Ariq Ilhan lah!" jawab Ariq mendabik dada. Terus ditunggang basikal itu begitu juga dengan Najwa. Ibu dan Ayah hanya tersenyum melihat Najwa dan Ariq.

"Jom. Abang ikut belakang Najwa okay!" Najwa memberi arahan sebelum dia mula mengayuh basikalnya yang berwarna biru.

"Baik Tuan Puteri!" Ariq mengekorinya dari belakang.

Seketika, mereka sampai di kawasan sawah padi. Najwa memberhentikan basikalnya diikuti Ariq.

"Hari tu Abang nampak jakun sangat tengok sawah padi ni sampai lupa yang Abang tengah drive. Nah tengoklah puas-puas" ujar Najwa menyindir. Dia menahan senyum.

"Kau kata aku jakun? Bukan jakun tapi aku terpukau dengan kecantikkan sawah padi ni sama macam aku terpukau dengan senyuman kau" balas Ariq. Matanya masih tertancap akan pemandangan sawah padi. Najwa memandang Ariq lama.

"Sorry, aku selalu sakitkan sakitkan hati kau" sambung Ariq. Najwa termenung seketika. Dia tersenyum mendengar luahan Ariq sebelum dahinya dijentik perlahan oleh Ariq.

"Sakitlah!" jerit Najwa. Ariq sudah sedia menunggang basikal dan mengayuhnya terlebih dahulu.

"Lain kali jangan termenung!" sempat lagi Ariq menjelirkan lidah. Najwa memandang Ariq geram sebelum mengejarnya menggunakan basikalnya.

Mereka berlumba basikal sehingga masing-masing kepenatan.

"Aku surrender! Aku penat!" laung Ariq. Dia turun dari basikal dan duduk di atas sebatang pokok yang telah tumbang.

"Abang yang ajak lumba lepastu penat. Dah gemuk kot" ujar Najwa seraya tergelak. Dia juga kepenatan.

Belum sempat Ariq membalas, mereka ditegur oleh seorang lelaki yang dikenali Najwa tetapi sangat asing bagi Ariq.

"Eh Najwa. Awak buat apa dekat sini?" tegur lelaki itu.


🌸B E R S A M B U N G🌸



Vote
&
Comment





🌙️

"Aku pasrah dengan kehendakmu . Hanya satu yang aku mahu katakan , jangan pernah hadir kembali di saat aku sudah bahagia bersama yang lain suatu hari nanti."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top