13
"Never put trust on people 100% because once they have feel jealous with you, they can betray you with many ways."
"SAYA lupa nak bawa teddy bear saya!" teriak Najwa. Dia memuncungkan bibirnya. Serupa dengan muncung itik.
"Ya Allah, kau ni. Nasib tak terkeluar jantung aku! Teddy bear je! Macam budak kecil lah kau ni" balas Ariq seraya menjeling Najwa.
"Ini bukan masalah macam budak kecil. Awak tahu tak betapa pentingnya teddy bear bila waktu tidur. Saya perlu dan wajib peluk teddy bear tu baru saya boleh tidur" balas Najwa taknak kalah. Dia merengus kasar dan menoleh ke luar tingkap. Rosak moodnya balik ke kampung bila tiada teddy bear disisi.
"Haritu boleh je kau tidur tanpa teddy bear tu. Siap berdengkur lagi! Elok je peluk aku" ujar Ariq seraya senyum penuh makna.
"Itu daruratlah!!!" jerit Najwa. Pipinya mulai berona merah.
"So dalam kata lainnya, aku boleh je jadi teddy bear kau. Sedap dipeluk" ujarnya sambil senyum nakal. Najwa telan airliur.
"Tak apa lah, terima kasih je" balas Najwa.
"Aku akan pastikan kau peluk juga aku nanti. Kau tengoklah nanti" ujar Ariq sambil matanya memandang Najwa sekilas. Kening dijongketkan. Ei gatal!
Najwa membuat muka geli sebelum dia senyum. Dia perasan perubahan sikap positif Ariq yang berubah dari hari ke hari sedikit sebanyak menjadikan hari-hari Najwa lebih bahagia.
"DOKTOR, sakit tak nak buka jahitan tu?" soal Rudi. Dia memandang muka Doktor Haqim seraya mencebikkan bibirnya.
"Tak sakit pun. Jangan risau. Awak kan lelaki. Takkan nak tunjuk lemah depan nurse yang lain" jawab Doktor Haqim.
"Saya cuma tanya je. Kawan saya suruh tanyakan" entah kawan yang mana satu minta dia tanyakan padahal kawan rapatnya hanyalah Ariq. Dia membetulkan rambutnya yang jatuh.
"Ye lah" balas Doktor Haqim seraya memegang bahu Rudi dan menepuknya beberapa kali sebelum senyum. Dia datang untuk membuat pemeriksaan terakhir sebelum membuka jahitan itu.
Rudi terkebil-kebil memandang kelibat Doktor Haqim sehingga tidk kelihatan.
"Apa maksud doktor tu? Dia nak cakap saya penakut ke macam mana ?!" soal Rudi tak puas hati. Dia menoleh ke arah Nisa yang sedang meletakkan ubat dan air di hadapan Rudi.
"Saya tak tahu. Saya minta diri dulu" balas Nisa biasa. Dia terus menapak keluar meninggalkan Rudi yang termanggu!
"Aku tak takut lah!" jeritnya sendiri. Dihempas-hempas kakinya di atas katil tanda protes.
"NISA, shift awak habis kejap lagi kan? Boleh tak saya nak ajak awak pergi dinner malam ni?" soal Doktor Haqim. Patutlah dia meminta aku ke pantry tadi. Nak ajak keluar makan.
"Doktor ajak saya? Oh nurse lain pun ada eh?" soal Nisa kembali. Wajah polosnya mengundang senyum Doktor Haqim sebelum dia menggelengkan kepalanya.
"Nope! Kita berdua je" jawab Doktor Haqim. Nisa garu tengkuk. Di pandang kiri dan kanan akhirnya dia terpaksa akur. Tiada alasan yang munasabah untuk dia cipta saat ini.
Lambat-lambat dia mengangguk. "Okay" jawab Nisa sepatah. Dia senyum hambar.
"Nanti jam 8 malam saya jemput awak" ujarnya dan dia terus meninggalkan Nisa sebelum sempat gadis itu membalas apa-apa.
Nisa mengeluh perlahan. Jam tangan dikerling. Hampir menunjukkan angka 6 petang. Shiftnya akan berakhir.
SESEKALI pandangan Ariq tertumpu pada suasana kampung yang menarik perhatiannya.
"Sini kan kawasan rumah kau?" soal Ariq minta kepastian. Dipandang sekilas isterinya yang sibuk memandang ke luar tingkap. Rindunya suanana kampung!
"Haah. Abang ingat lagi? Kan masuk kali ni baru dua kali Abang jejakkan kaki dekat sini kan " balas Najwa seraya senyum.
"Kau ingat aku dah tua sangat ke? Setakat jalan balik rumah kau aku ingat sangat" jawab Ariq taknak kalah. Dibuka spec mata hitamnya dan diletakkan di dashboard.
Panorama sawah padi yang terbentang luas menarik perhatian Ariq.
"Tengok depanlah!" Najwa menampar kuat lengan Ariq. Dia terkejut apabila merasa kereta yang dipandu Ariq semakin senget. Silap haribulan masuk dalam sawah padi ni!
"Sakitlah! Kalau cakap tangan tak payah bergerak tak boleh eh?! Aku ikat nanti tangan tu baru tahu!" ugut Ariq. Digosok-gosok perlahan lengannya. Mesti merah! Najwa hanya tergelak melihat Ariq.
Seketika keretanya membelok memasuki satu perkarangan rumah papan yang bewarna biru itu. Walaupun rumah kampung, tapi hiasan dan ukiran pagar dan rumah itu sangat cantik dan kelihatan mewah.
Ariq membunyikan hon sebelum berhenti di hadapan rumah itu.
Ibu dan ayah yang mendengar bunyi itu terus ke luar rumah untuk melihat gerangan siapa yang datang.
Najwa terus berlari keluar dan memeluk ibunya erat. Ibu yang terkejut hanya senyum dan membalas pelukan anaknya.
"Assalammualaikum ayah. Ayah sihat?" tegur Ariq seraya dia bersalaman dengan ayah.
"Waalaikkummussalam. Alhamdulillah, Ayah sihat. Kenapa tak beritahu dulu yang kamu berdua nak datang sini?" soal Ayah pula. Ditepuk tepuk bahu menantunya itu.
"Najwa yang nak buat surprise katanya. Ariq ikutkan saja" balas Ariq seraya senyum. Dipandang isterinya sekilas. Rindu sangat dengan ibunya. Lama mereka berpelukan.
Seketika pelukan dileraikan. Tangan ibu di salami Ariq dan Najwa. Ciuman juga dihadiahkan untuk anaknya yang dirindui,Najwa.
"Ibu, surprise!" jeritnya riang. Ibu dan ayah menggelengkan kepala seraya gelak.
"Surprise la sangat. Barang-barang dapur pun habis. Kamu berdua makan angin je lah. Lain kali beritahu awal-awal kalau nak balik sini. Bertuah punya anak menantu!" balas ibu seraya menepuk perlahan punggung Najwa. Najwa mengaduh sakit dan menggosok punggungnya.
"Dah masuk dulu. Dah nak senja ni" arah ayah. Najwa membantu Ariq mengeluarkan beg-beg di boot belakang kereta sebelum masuk ke dalam rumah.
Usai meletakkan beg, Najwa terlebih dahulu mencapai tuala dan peralatan mandinya.
Tiba-tiba ada tangan yang menahan lengannya.
"Kau nak aku temankan kau mandi tak? Sebagai balasan kau kena temankan aku pula mandi nanti" ujar Ariq membingungkan Najwa. Kenapa nak kena teman pula!
"Tak apa. Najwa boleh pergi mandi sendiri" balas Najwa. Dia menolak perlahan tangan Ariq yang memegang kemas lengannya.
"Tapi nanti kau kena temankan aku! Aku tak biasa mandi dekat luar tu malam-malam macam ni! Kalau ada orang ke jembalang ngendap aku mandi macam mana ?! Aku dahlah handsome, seksi dan sado pula tu" Ariq mendabik dada. Dipandang Najwa sekilas. Najwa sedang memandangnya dengan pandangan yang menyampah.
"Abang ingat rumah Najwa ni macam rumah kampung zaman dulu-dulu ke? Sekarang semua bilik air dan tandas dah ada dalam rumah. Tak payah nak pergi mandi dekat luar rumah, angkut air dalam baldi kalau nak buang air besar. Bilik air tu dekat dapur je. So tak payah nak berangan ye Cik Abang. Tak ada jembalang atau orang yang nak mengendap awak. Kalau ada, saya korek biji mata diaorang!" Najwa membuat gaya tangan sedang mengorek biji mata dan memandang tajam Ariq sebelum dia beredar ke bilik mandi.
" Kalau macam tu selamatlah aku" omel Ariq sendiri. Sambil dia menunggu giliran untuk mandi, dia mengamati segenap ruangan bilik tidur Najwa. Banyak gambar-gambar Najwa yang tergantung di bilik itu. Pandangannya tertarik pada satu gambar.
Gambar Najwa dan Ariq sedang bermain pasir di pantai suatu masa dulu. Dia ingat keluarganya dan keluarga Najwa pernah bercuti bersama-sama. Dia tersenyum melihat gambar itu.
BLOUS warna soft pink dan berbunga kecil menjadi pilihannya. Dililit shawl yang bewarna soft blue sama dengan warna bunga di blous labuhnya. Setelah dilihat beberapa kali dihadapan cermin, Nisa berpuas hati dengan penampilan ringkasnya. Beg tangan bewarna lilac itu dicapai. Telefon bimbit di masukkan kedalamnya.
Deringan mesej mematikan langkahnya. Nisa mengeluarkan telefon bimbit dan melihat mesej yang dihantar dari Doktor Haqim menyatakan bahawa dia telah sampai di hadapan rumah Nisa.
Sebaik sahaja melihat mesej itu, kakinya terus laju menuruni tangga dan membuka pintu utama. Kasut sarung berwarna kelabu dicapai dan disarung laju. Lebih selesa daripada memakai high heels!
Nisa disapa dengan senyuman manis doktor Haqim. Nisa segera memakai tali pinggang. Sejurus itu, kereta mewah milik Doktor Haqim memecut ke jalan raya.
Seketika, mereka tiba di satu restoran yang agak mewah. Tidak terlalu ramai pelanggan jadi Nisa rasa lebih selesa. Jujur, dia tidak suka berada di kawasan yang ramai manusia.
Nisa mengikuti langkah Doktor Haqim diiringi oleh pelayan yang menyambut mereka tadi.
Baru dia perasan akan kesegakkan Doktor Haqim mengenakan sepasang suit hitam lengkap. Style rambut yang berbeza tetapi masih sesuai dengan mukanya yang bersih. Dilihat penampilan dirinya sendiri sebslum dia mengeluh. Penampilannya terlalu ringkas. Dia berasa malu.
Sepanjang masa menunggu makanan sampai, Nisa hanya diam membisu. Dia tunduk bermain dengan tangannya.
"Kenapa awak senyap? Awak rasa tak selesa ya?" soal Doktor Haqim lembut. Suaranya sangat romantik. Dihiasi dengan lampu-lampu yang tidak terlalu cerah menambahkan lagi suasana romantik restoran ini.
Nisa terus mengangkat muka dan menggeleng perlahan, " Saya tak tahu nak cakap apa dengan Doktor" jawab Nisa perlahan.
Seketika, makanan yang dipesan sampai. Makanan yang kelihatan lazat itu membuatkan Nisa rasa tak sabar ingin merasai makanan yang dihidangkan. Confirm kenyang!
Namun, belum sempat dia berbuat demikian, seorang wanita datang dan bertindak menyiram Nisa dengan freshorange yang harusnya masuk ke tekaknya bukan disimbah ke mukanya.
Nisa terpisat-pisat membuka matanya yang dipenuhi dengan jus oren sejuk itu. Tidak cukup dengan disimbah, pipi kanannya ditampar laju oleh wnaita itu.
Doktor Haqim yang terkejut terus berdiri. Dia menolak kasar wanita itu menjauhi Nisa.
"Apa yang awak buat ni Syakilla?!"
🌸B E R S A M B U N G🌸
Vote
&
Comment
🍂
"Don't ask yourself why someone hurt you but ask yourself why you letting someone to hurt you."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top