11
"Kadang kita perlu lepaskan seseorang yang kita cintai, hanya semata-mata untuk melihatnya lebih bahagia dari sebelum ini."
AFIQAH bingkas bangun dan menuju ke pintu utama sebaik sahaja mendengar bunyi pintu kereta di tutup.
"Kak Najwa!" jerit Afiqah. Terus dia memeluk Najwa. Najwa gelak seraya membalas pelukan Afiqah.
"Eh eh kau peluk isteri orang tak reti nak minta izin dulu?!" bebel Ariq. Najwa hanya gelak melihat celoteh adik beradik suaminya. Inilah nikmat memiliki adik beradik!
"Peluk sikit pun kedekut. Kak Najwa okay je. Angah yang over!" balas Afiqah taknak kalah. Terus dia tarik lengan Najwa untuk mengikutinya.
Mama, papa dan lainnya hanya gelak sambil menggelengkan kepalanya. Bila tak jumpa cari, bila ada depan mata asyik nak gaduh je.
"Kak Najwa, Kak Najwa nak tahu tak yang Kaklong mengandung lagi!" ujar Afiqah teruja.
"Betul ke Long, Kaklong?" soal Ariq yang turut mendengar berita dari Afiqah.
"Kalau ikut pregnancy test tu ya. Kaklong pun belum pergi check lagi" balas Husna. Bahunya dipeluk Aqil sekejap.
"Angah dengan Kak Najwa bila lagi? Hehehe" soal Afiqah sambil menjongketkan keningnya sebelah. Dia menahan gelak.
"Sabarlah. Dalam proses! Ingat senang ke? Lainlah Along dengan Kaklong dah pro!" jawab Ariq dengan suara yang keras. Bertenaga sungguh bunyinya! Dipandang lama wajah Along dan Husna.
"Tu lah, Along dah suruh work out kau malas. Tengok sekarang dah jadi masalah!" balas Along taknak kalah. Dia gelak kuat sebelum Husna bertindak mencubit kuat pinggang suaminya. Terus masam cemberut muka Aqil. Padan muka!
Najwa hanya mampu menunduk. Dia rasa segan dengan isu itu. Pandangannya hanya tertumpu ke lantai.
"Dah dah, mari makan dulu. Nanti boleh sambung sembang. Makanan tu dah sejuk" celah Papa. Papa dan mama sudah sedia mengambil tempat di meja makan.
"Patutlah bau sedap sangat! Lama tak makan ni masakan mama!" tambah Ariq.
"Eleyh adik yang stuck dekat Sabah tu lagi lama tak makan masakan mama! Sana lah sibuk je!" ujar Afiqah. Mereka berpusu-pusu ke meja makan.
Aqil meletakkan Hafiey yang telah lena di sofa dan diselimutkan tubuh kecil itu sebelum bergerak ke meja makan.
Masing-masing ralit menikmati makanan yang di masak oleh mama. Beberapa kali Najwa mencuri-curi merenung suaminya yang sedang leka bergurau senda dengan adik beradiknya.
'Kan handsome senyum macam tu'
SEBUAH keluhan dilepaskan. Dirinya berasa lemas tinggal lama di hospital. Dia merenung ke luar tingkap.
Seketika, dia terdengar bunyi pintu dibuka. Rudi menoleh dan melihat Nisa Haura membawa satu bekas berisi alat dan barang untuk mencuci dan membalut luka.
Rudi mengambil tempat di birai katil. Dia memandang Nisa Haura seperti hendak menelan gadis itu.
"Kenapa Encik pandang saya macam tu?" soal Nisa gagap. Dia melarikan matanya daripada bertembung dengan Rudi.
"First of all, kalau awak datang sini sebab nak cuci luka saya, saya nak awak buang encik yang awak selalu guna. Kalau tak, saya taknak cuci luka saya. Biar bernanah, berkuman!" arah Rudi tegas. Dia menahan senyum.
"Habistu saya nak panggil apa?" soal Nisa bingung. Macam-macam ragam pesakit!
"Panggillah sayang ke, abang ke" balas Rudi. Dia senyum senget.
"Taknaklah saya!" jawab Nisa. Dia bingkas bangun dan ingin beredar.
"Saya gurau je lah. Sini duduk. Panggil je apa yang awak selesa. Saya tak selesa awak asyik panggil saya encik" terang Rudi.
Nisa kembali duduk berhadapan Rudi.
"Awak, baringlah" arah Nisa sambil mengetuk perlahan bantal.
Seraya itu kedua tangan Rudi naik bersilang menutupi dadanya dengan gaya gediknya.
"Oh no! Awak nak buat apa lagi dengan saya? Tolong! Saya dinodai!!!" jerit Rudi. Nisa lantas menekup mulut Rudi.
"Saya nak cuci luka awak lah! Susah saya nak cuci dalam keadaan awak duduk!" terang Nisa panjang lebar. Rudi mengangguk-angguk faham. Dia menahan gelak dengan kebodohannya. Dia geli hati melihat kekalutan Nisa.
"Okay dah" ujar Rudi. Nisa menghampiri perlahan tubuh Rudi.
"Izinkan saya ya" pinta Nisa. Dia menyelak baju Rudi sedikit.
"I'm yours!" balas Rudi sambil merenung Nisa.
Nisa tidak mengendahkan Rudi yang sedang merepek.
Plaster dicabut perlahan menampakkan 6 jahitan yang dikenakan.
"Dalam tiga empat hari lagi, jahitan ni dah boleh buka" ujar Nisa. Dia ralit menyapu ubat luka yang bewarna oren di permukaan tempat jahitan.
"Lepas tu saya boleh balik ?" soal Rudi teruja.
"Yup" jawab Nisa. Dia terpandang wajah Rudi yang berubah sedih.
"Kalau saya balik, awak ikut? Awak kan kena jaga saya" ujar Rudi.
"Saya ditugaskan untuk jaga pesakit sepanjang mereka berada di hospital sahaja. Bila mereka dah discharge, tugas saya dah tamat" jawab Nisa. Baju Rudi di turunkan kembali. Dah siap!
Rudi sandar lemah. Dia memaparkan muka sedih dan minta simpati.
Nisa sibuk mengemas alatan dan barangan itu tanpa melihat muka Rudi. Seketika kedengaran namanya di laung.
Nisa bingkas bangun dan berlari keluar.
"Hulk mana yang mengamuk tu?" bebel Rudi sendiri.
"SORRY pasal tadi. Aku tak tahu yang Adik akan tanya soalan macam tu dekat kau" ujar Ariq. Dia menahan langkah Najwa yang ingin masuk ke bilik.
" Its okay. Bukan salah awak pun. Saya masuk bilik dulu" balas Najwa.
"Hm kau nak solat maghrib berjemaah dengan aku? Dah nak maghrib ni" ajak Ariq. Najwa mengerdipkan matanya beberapa kali sebelum mengangguk lambat.
"Nanti masuk bilik aku" ujar Ariq sebelum berpaling dan masuk ke biliknya. Sebenarnya bilik Ariq dan Najwa berhadapan.
'Dia nak imamkan aku? Aku tak bermimpi kan?' gumam hati Najwa. Dia mencubit pipinya. Sakit!
Selesai memakai telekung dan membawa sejadah, Najwa mengetuk perlahan pintu bilik Ariq sebelum memulas tombol pintu.
Ariq sedang elok duduk di birai katil siap berbaju melayu, bersongkok dan berkain pelikat sedang menunggu Najwa.
Usai solat maghrib dan berdoa, Ariq menoleh belakang dan menghulurkan tangannya. Najwa menyambut huluran Ariq dan menyalami tangan suaminya. Lama.
Dia mendongak dan menghadiahkan senyuman paling manis untuk suaminya.
"Jangan senyum macam tu!" arah Ariq tegas. Dia bingkas berdiri dan menyangkut sejadahnya.
"Senyum pun salah ke?" soal Najwa bingung dengan sikap suaminya. Tadi elok tiba-tiba berangin pula!
"Aku lelaki yang masih bernafsu terhadap perempuan. Lagi-lagi kau yang sah sebagai isteri aku" terang Ariq. Najwa terus membuntangkan matanya. Baru mengerti maksud yang dikatakan oleh Ariq.
Segera dia keluar dari bilik Ariq dan masuk ke biliknya. Dia menghela nafas lega.
"KAU pergi mana hah perempuan! Daripada tadi aku panggil kau, baru sekarang kau nak datang? Kau memang sengaja nak bagi aku marah kan?!!!" jerit Kak Rina. Semua mata kini tertumpu ke arahnya. Nisa hanya menunduk memandang lantai.
"Aku tanya ni jawablah!!!" berang dia melihat Nisa yang diam membisu. Ditonjol beberapa kali kepala gadis itu. Nisa hanya diam menunduk. Airmatanya mula merembes keluar.
"Kau ni dah bisu ke!!!" tambah Kak Rina lagi sebelum menghayunkan tangannya ingin menghadiahkan sebuah tamparan.
Namun belum sempat dia berbuat demikian, terdapat satu tangan yang menghalangnya.
"Violence in hospital. Aku tak sangka benda tu pun berlaku dekat sini. Kau ni betul-betul qualified ke untuk jadi nurse?!" soal lelaki itu sinis. Tajam matanya merenung Kak Rina.
Genggaman kuat lelaki itu telah membuat Kak Rina mengeluh kesakitan minta dilepaskan.
"Dah berapa lama perangai dia macam ni? Kenapa tak ada sorang pun yang nak ambil tindakan?!" jerit lelaki itu kuat menggegarkan segenap ruang hospital.
Nisa memberanikan diri melihat si gerangan yang membela dirinya. Dia ingin berterima kasih kerana melindungi dirinya daripada menjadi mangsa keganasan.
"Rudi Rayqal?!"
🌸B E R S A M B U N G🌸
Vote
&
Comment
🌈
Andai hidup ini tiada dugaan,
nescaya kau tidak setabah sekarang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top