08
"There will always be a reason why you meet people.
Either you need them to change your life or you're the one that will change their life."
KEADAAN sunyi sepi menemani Ariq dan Laila yang masih menunggu doktor keluar dari ruangan ward Rudi. Detik-detik cemas Rudi pengsan benar-benar mengejutkan semua staff RR Holdings.
Jam menunjukkan angka 7.15 malam. Ariq meraup mukanya sebelum menoleh ke arah Laila yang sedang bersandar.
"Kalau awak nak balik, baliklah dulu. Dah malam ni tak elok pula kalau awak perempuan balik lambat-lambat" ujar Ariq.
"Okaylah kalau macam tu saya balik dulu ya. Saya doakan supaya boss cepat sembuh" balas Laila seraya mengangkat punggung. Ariq hanya mengangguk-angguk.
Seketika Ariq menahan salah satu jururawat yang lalu di situ.
"Tumpang tanya nurse, surau arah mana ya?" soal Ariq sopan.
"Encik terus, kemudian ke kanan" terang jururawat itu. Ariq menjeling sekilas tag nama jururawat itu. Nisa Haura.
"Terima kasih" balas Ariq seraya senyum.
Nisa hanya tunduk dan berlalu pergi.
NAJWA di kejutkan dengan sayu-sayu kedengaran laungan azan maghrib yang berkumandang dari arah masjid berdekatan rumahnya. Dia lantas bangun dan duduk. Mukanya diraup kasar.
"Ya Allah, macam mana aku boleh tidur waktu ni!" bebelnya memarahi diri sendiri.
"Eh senyap je rumah. Suami aku tak balik lagi ke?" soalnya pada diri sendiri. Dia terus naik ke tingkat atas menuju ke bilik suaminya.
Sepi dan tidak berpenghuni. Pintu di tutup kembali. " Aik, dah maghrib tak balik lagi?" soalnya lagi. Digaru kepalanya yang terasa gatal.
Namun kewajipannya menjadi keutamaan. Najwa bingkas ke kamar mandi untuk menyucikan diri dan melaksanakan kewajipannya.
Usai mengerjakan solat maghrib dan mengaji beberapa muka surat al-quran, telefon bimbit di capai dan nombor Ariq di dial.
Tut tut tut
Seketika terdengar suara Ariq di hujung talian.
"Sorry aku lupa nak call kau. Sekarang aku ada dekat hospital ni. Rudi pengsan. Nanti dia dah sedar aku balik. Kau tak perlu tunggu aku. Tidur je dulu" terang Ariq panjang lebar. Suaminya ni kalau bab membebel memang power!
"Kenapa dia pengsan?" soal Najwa cemas.
"Aku pun tak tahu. Tengah tunggu doktor keluar. Dahlah, aku nak sembahyang maghrib dulu. Assalammualaikum" balas Ariq.
"Waalaikkummussalam" ujar Najwa sebelum mematikan talian.
MELIHAT sahaja doktor lelaki yang keluar dari ward Rudi, Ariq terus menuju ke arah doktor tersebut.
"Saya kawan pesakit. Macam mana keadaan dia?" soal Ariq risau. Rudi sajalah satu-satunya kawan rapat yang mengetahui semua rahsia dan memahami sikap dan perangai Ariq.
"Gastrik pesakit sudah sampai tahap hampir teruk. Ditambah lagi dengan sikap ambil mudah dan tidak menjaga waktu makan menjadi punca utama pesakit pengsan. Kalau ikut hasil pemerhatian saya, pesakit tak makan lunch dan skip breakfast" terang doktor Haqim panjang lebar.
"sekarang ni pesakit masih tidak sedarkan diri lagi. Saya akan terus pantau keadaan pesakit dan lihat jika ada tanda-tanda yang memerlukan dia dibedah. Buat sementara waktu, saya minta encik untuk hubungi ahli keluarga pesakit in case kalau kami memerlukan kebenaran untuk mengoperasi pesakit" tambahnya lagi. Ariq mengangguk angguk tanda mengerti. Sesekali mukanya diraup. Timbul rasa simpati terhadap diri kawannya.
"Tapi doktor, kawan saya tu tak ada family. Yang saya tahu, ibu bapa dia dah meninggal dan dia tinggal sendiri" balas Ariq.
"Kalau macam tu, Encik boleh mendaftarkan diri sebagai ahli keluarga bagi pesakit. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu" Doktor Haqim berlalu pergi. Ariq hanya memerhati langkah doktor Haqim sehingga hilang dari pandangan.
Ariq melangkah ke dalam ward tempat Rudi diletakkan. Dia terlihat sekujur tubuh yang sedang berbaring tidak sedarkan diri sedang lena di atas katil.
"Rudi, kenapa kau tak beritahu aku yang kau sakit gastrik teruk ?! Apa guna aku sebagai kawan?!!" luah Ariq geram.
Dia terduduk melihat keadaan Rudi terbaring tidak sedarkan diri.
"AKU nak kau bawa pakaian ni and kau tukar pakaian pesakit yang baru masuk tadi. Aku nak balik dulu!" arah Kak Rina sambil melemparkan sepasang pakaian pesakit tepat ke muka Nisa.
"Tapi kak, pesakit tu lelaki. Saya malu lah nak tukarkan baju dia" balas Nisa. Dia sudah mahu mulai menangis.
"Sejak bila dekat hospital kita ni ada nurse lelaki? Nurse lain boleh je buat kenapa kau tak boleh? Kau jangan nak bagi alasan banyak sangat eh! Dah pergi sana!" jawab Kak Rina sinis. Matanya merenung tajam memandang tepat Nisa Haura.
Nisa memeluk pakaian tadi dan melangkah pergi mencari ruangan yang tertulis nama Rudi Rayqal seperti yang di arahkan.
Belum sempat dia ingin memulas tombol pintu, Ariq terlebih dahulu berbuat demikian.
"Nurse, tolong tengokkan kawan saya kejap ya. Saya lupa saya belum solat maghrib!" ujar Ariq sebelum memecut menuju ke surau. Belum sempat Nisa menjawab apa-apa, bayangan Ariq sudah hilang. Laju betul dia lari!
Nisa kembali memulas tombol pintu itu perlahan. Dia menapak perlahan menuju ke katil pesakit.
Pakaian pesakit itu dia letak di birai katil. Dia merenung muka Rudi sekilas sebelum mengeluh.
"Izinkan saya menukar pakaian awak wahai pesakit. Ini kes darurat ya. Saya bukan mahu ambil kesempatan tetapi keadaan mendesak saya. Maafkan saya Encik Rudi Rayqal!" luahnya sambil memandang Rudi yang sedang tidak sedarkan diri dengan harapan Rudi akan mendengarnya.
Ini kali pertama dia menukarkan pakaian pesakit lelaki. Sebelum ini pernah juga dia menukarkan pakaian pesakit tetapi pesakit lelaki yang hampir seumur dengan ayah dan datuknya jadi dia tidak risau timbul isu nurse mencabuli pesakit.
Tambahan pula pesakit lelaki ini dalam keadaan tidak sedarkan diri. Nisa cuba mencari kekuatan.
Perlahan-lahan, tangannya naik membuka satu persatu butang kemeja hitam yang dipakai oleh Rudi. Namun belum sempat butang terakhir dibuka, tangan kecilnya di tangkap seseorang.
"mak! mak! Tolong Nisa!" jeritnya kuat sehingga hampir menggegarkan hospital itu.
"Apa yang awak cuba lakukan? Saya tak sangka dalam keadaan saya sakit, awak cuba mengambil kesempatan untuk memperkosa saya?!" ujar Rudi perlahan. Suaranya kedengaran lemah.
Tangan Nisa masih digenggam erat. Dia cuba untuk duduk sambil menahan sisa rasa pedih di perutnya.
"Saya tak ada niat sikit pun nak memperkosa encik. Saya cuma nurse biasa yang menjalankan tanggungjawab saya memastikan semua pesakit berada dalam keadaan selesa. Niat saya baik. Saya cuma nak tolong encik tukar pakaian sahaja. Percayalah cakap saya" rintih Nisa. Dia menayangkan muka sedih.
"Okay kalau macam tu saya bagi awak chance untuk meneroka tubuh saya. Saya tak larat nak tukar pakaian sendiri" balas Rudi sambil mengerdipkan matanya. Nisa memandang Rudi dengan pandangan yang menggelikan.
"Terima kasih atas pelawaan yang diberikan tapi maaf, saya tidak berminat. Ini pakaian Encik Rudi. Sila tukar ya. Saya keluar dulu" balas Nisa seraya berdiri. Dia ingin cepat-cepat beredar dari situ.
Tiba-tiba Rudi mengaduh sakit datang dari bahagian bawah abdomennya dekat dengan pusat. Rudi memicit perlahan perutnya.
"Aduh! Nurse... Sa...kit!" jerit Rudi tersangkut-sangkut sambil tangannya menekan perutnya sendiri.
Nisa menoleh semula ke belakang dan melihat Rudi sedang menahan sakit dengan peluh yang menitik laju di dahi dan mukanya berubah semakin pucat sebelum dia rebah.
Mujur Nisa sempat menyambut kepalanya daripada tersembam ke lantai. Butang emergency call terus di tekan.
"Doktor, emergency collapsed!" Jerit Nisa panik. Dr Haqim yang berada di ward sebelah, terdengar jeritan Nisa lantas menerjah ke ward Rudi.
"Sediakan Operation Room. Kita akan proceed dengan pembedahan. Tolong panggilkan Dr Amar sekali!" arah Doktor Haqim tegas. Nisa mengangguk lantas segera bertindak.
🌸B E R S A M B U N G🌸
Vote
&
Comment
"You can't go back and change the beginning but you can start where you are and change the ending".
🍀
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top