07
"Semua orang nak bahagia. Tiada seorang pun sukakan derita. Cuma kau takkan mampu capai bahagia, tanpa ada luka."
PAGI itu terasa janggal bagi Najwa dan Ariq. Masing-masing senyap melayan perasaan sendiri. Pelik kerana Ariq makan sarapan bihun yang di buat oleh Najwa.
"Awak, boleh tak hujung minggu ni saya nak balik kampung? Saya rindu ibu dengah ayah" tanya Najwa memecahkan kesunyian. Rasa janggal dan malu ditolak tepi.
"Kau nak balik sorang?" soal Ariq kembali sambil meneguk kopi.
"Ya lah" balas Najwa perlahan.
"Taknak ajak aku?" kening Ariq dijongketkan.
"Awak nak ikut ke? Selalu awak hujung minggu pun tak ada dekat rumah" ujar Najwa.
"Nanti aku apply cuti seminggu. Kita balik sama-sama. Aku taknak ayah dengan ibu ingat aku dengan kau gaduh pula" terang Ariq. Najwa hanya mengangguk kepalanya tanda mengerti.
Najwa menemani Ariq hingga ke pintu utama sebelum tangan Ariq dihulurkan di hadapan muka Najwa. Dia nak aku salam dia ke?
Lambat-lambat Najwa menyambut huluran tangan Ariq sebelum disalam dan di cium tangan suaminya sekejap.
Najwa memerhati kereta Ariq sehingga hilang dari pandangan. Betul ke dia suami aku? Seram dia melihat tingkah laku Ariq hari ini.
"LAILA, tolong ambilkan fail projek SPA tu. Saya lupa nak ambil tadi. Hehehe" ujar Rudi sambil menayangkan segaris senyuman manis buat Laila.
Laila tersenyum melihat muka bossnya lalu dia mengangguk. Seketika Laila kembali membawa satu fail di tangan.
"Boss, kejap lagi waktu lunch. Boss ada nak order apa-apa atau Boss nak keluar waktu lunch nanti?" soal Laila sambil menghulurkan fail ke tangan Rudi.
"Hm tak apa lah. Saya tak lapar. Saya nak siapkan proposal untuk projek ini. Awak pergilah lunch ya" balas Rudi. Mata dan fokusnya masih tertancap pada fail projek SPA itu.
"Baiklah kalau macam tu. Saya keluar dulu" ujar Laila. Dia keluar dan menutup pintu perlahan.
Jam dikerling menunjukkan angka 1 tengah hari. Matanya kembali fokus kepada kerjanya.
HARI ini Ariq membuat keputusan untuk lunch di rumah. Entah kenapa dia berasa ingin melekat di rumah sahaja.
Namun belum sempat dia mengangkat punggungnya, Alina terlebih dahulu menyapanya.
"Hai baby. I tahu you mesti nak pergi lunch kan!" ujar Alina teruja.
"Hm macam mana you tahu?" balas Ariq sambil mengemas mejanya.
"Of course lah I tahu. Okay jom I bawa you dekat satu restoran ni. Restoran tu baru buka tau. Kawan I kata tempat tu famous and boleh tahan sedap makanannya" tambah Alina. Dia terus menarik lengan Ariq. Ariq tiada pilihan. Dia mengikut saja langkah Alina.
Dari jauh, Aqil Idham memerhati gerak adiknya seraya menggelengkan kepalanya. "Dah ada bini tapi gaya macam tak ada bini!" ujar Along geram dengan adiknya, Ariq.
Seketika telefon bimbit milik Aqil berdering. Nama mama tertera lantas butang jawab di tekan.
"Assalammualaikum mama" tegur Aqil riang.
"Waalaikkummussalam. Along sihat? Lama Along tak bawa Husna datang sini" ujar mama. Nadanya kedengaran sedih barangkali rindu akan anak-anaknya.
"Sihat je mama. Sorry ya ma, Along busy sikit. Esok, Along datang rumah bawa Husna sekali ya" pujuk Aqil. Dia lemah mendengar suara sedih ibunya itu.
"Bagus sangatlah tu. Esok minta cuti sehari. Mama nak minta tolong Along jemput Acik dekat airport, boleh?" soal mama. Aqil terus mencari kalender yang diletakkan di atas meja. Seraya itu dia menepuk dahi. Tak sangka cepat masa berlalu. Adik bongsunya telah menamatkan pelajarannya sehingga peringkat ijazah sarjana muda.
"Okay mama. Untuk mama semua boleh. Hahahaha. Jumpa esok ya mama" balas Aqil seraya tergelak.
"Ya lah. Assalammualaikum" ujar mama sebelum mematikan talian.
"Waalaikkummussalam" jawab Aqil.
Kunci kereta di capai. Isterinya sedang menanti dirinya di rumah untuk makan tengah hari bersama. Bila memikirkan Husna, terus bibirnya menguntum senyuman.
"YOU kena try ni. Sedap tau. Say aaaa" ujar Alina sambil menyuakan makanan di atas sudu ke mulut Ariq.
"Its okay. I boleh makan sendiri" tolak Ariq perlahan. Dia tidak mahu gadis ini merajuk lagi.
Alina merengus kasar. Dia memandang tajam ke dalam mata Ariq. Ariq yang merasakan dirinya diperhatikan lantas mendongak dan meletakkan sudu dan garfunya. Dia turut memandang Alina.
"You ada apa-apa nak cakap dengan I ke?" soal Ariq biasa. Dia meneguk fresh orange dihadapannya perlahan.
"Okay look. I rasa I dah sedia nak kahwin dengan you. I dah sedia for marriege. I dah sedia nak lahirkan anak you ramai-ramai!" luah Alina menyebabkan Ariq tersedak.
Alina menghulurkan tisu dan disambut Ariq. Bukan riak bahagia yang ditunjukkan oleh Ariq, malah riak terkejut dan bingung pula yang keluar.
"Baby, you mesti happy sangat sampai tersedak kan?!" teka Alina melulu. Dia gelak perlahan.
Ariq hanya senyum hambar sebelum kembali menyambung makan. Tekaknya terasa susah menelan makanan mendengar luahan yang keluar dari mulut Alina.
"Sekarang, I dengan Rudi tengah fokus pada projek besar. So I taknak fikiran I diganggu oleh perkara macam ni. You bagi I masa sikit boleh?" ujar Ariq.
"Well. Boleh je. Anything for you. I cuma nak beritahu yang I dah sedia nak jadi wife" balasnya sambil tersenyum manis.
"Oh ya, lepas ni I nak singgah office Rudi. Nanti I drop you depan office then you boleh balik sendiri kan?" soal Ariq cuba menukar topik. Dia rasa kurang selesa dengan topik yang dibangkitkan Alina.
Serta-merta ingatannya waktu dulu menerjah fikirannya.
"Ilhan, you tahu kerja I as model kan. Kalau I kahwin dengan you sekarang, jatuhlah reputation I as artist. Lagipun I tak ready lagi nak jadi wife especially to be a mom?! Oh my god! Bila I bayangkan je dah cukup seram" ujar Alina sambil memeluk tubuh.
" tapi Alina, kita dah setahun together. I dah taknak terus buat dosa macam ni. I nak halalkan you" ujar Ariq tegas. Sedaya upaya dia cuba memujuk Alina. Satu-satunya wanita yang dia cintai.
"No! Never! I lagi sayangkan body I daripada perkahwinan yang you megahkan sangat!" balas Alina. Dia terus meninggalkan Ariq yang terduduk mendengar kata-kata Alina. Benarkah kau mencintai aku, Alina?
Lamunan Ariq di matikan apabila Alina memegang tangannya perlahan.
"Hey, no need to be serious sampai macan tu sekali. Takut I tengok muka you. Ya, I boleh balik sendiri. You temankan I lunch pun I dah happy sangat. Lama kita tak spend time macam ni" ucap Alina.
Ariq hanya senyum hambar. Hatinya kosong. Entah kemana hilang perasaan cintanya untuk Alina. Dia mengeluh perlahan.
JAM menunjukkan angka 3.30 petang. Rudi memegang perutnya yang tiba-tiba terasa pedih.
"Hai bro! Busy nampak cik abang Rudi kita ni" ujar Ariq seraya melabuhkan punggungnya di sofa.
Rudi bangkit dan turut mengikuti langkah Ariq duduk di sofa.
"Busylah nak siapkan proposal tu. Cepat siap, cepat projek boleh start" balas Rudi. Rasa pedih di perutnya diabaikan.
"Oh baru aku ingat. Aku datang ni sebab nak tengok progress proposal kau. Mana tahu ada yang boleh aku improve dekat proposal aku. Well kau kan mentor aku" sambung Ariq seraya gelak.
"Boleh je. Kejap eh aku ambil" jawab Rudi. Dia bangun untuk mencapai fail di atas mejanya.
Tanpa di duga, Rudi rebah dan failnya jatuh berantakkan. Ariq yang terkejut lantas mendapatkan Rudi.
"Rudi! Rudi!" pipi Rudi di tampar perlahan tapi Rudi tidak menunjukkan sebarang respon.
"Laila! Call ambulans sekarang!" Laung Ariq panik. Laila yang tergamam melihat bossnya terbaring layu terus mencapai telefon dan menghubungi ambulans.
"Kenapa pula dah kau ni pengsan tiba-tiba! " bebel Ariq.
🌸B E R S A M B U N G🌸
Vote
&
Comment
🌻
"Hide your sadness, show your happiness.
Because only people who love you really care about you, not public."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top