06

"Cintaku tak kan pudar walaupun seinci.

Kasih sayangku tetap sama dari dulu hingga selamanya.

Rinduku akan sentiasa bertambah buatmu"



"AWAK memang langsung tak ingat saya ke? Kita kan satu sekolah menengah"  ujar lelaki itu sedaya upaya dia cuba membuatkan Najwa ingat padanya.

"Sorry tapi saya memang tak ingat. Bukan awak sorang je kawan saya yang sekolah dekat kampung tu dulu kan"  balas Najwa geram. Orang dah tak ingat tu janganlah main paksa-paksa. Ingat aku ada masa nak main teka-teki.

"Okaylah. Saya, ZulFaiz. Ketua pengawas masa tu"  sambung lelaki itu. Najwa cuba mengingat kembali kenangannya semasa sekolah menengah.

"ohh Faiz budak pandai!"  jerit Najwa tiba-tiba menyebabkan ramai mata memandang mereka berdua.

"Ingat pun! Tak sangka jumpa awak dekat sini"  ujar Zulfaiz teruja.

"Haha tu la kan. Awak sorang je?"  soal Najwa cuba menjadi peramah.

"Yup sorang je lah. Masih mencari yang sesuai di hati. Mana tahu yang di depan mata ni yang di cari?"  gurau Faiz mengundang situasi hambar apabila Najwa mengambil masa beberapa saat untuk memahami maksud di sebalik ayat yang di sampaikan oleh Faiz.

Najwa hanya senyum sumbing.

"Em, sorry tapi saya nak cepat ni. Ada banyak barang nak kena beli"  ujar Najwa. Dia ingin cepat beredar dari situ. Dia berasa kurang selesa.

"Awal lagi. Jomlah, kita minum-minum dulu ke?"  ajak Faiz beria. Sungguh dia gembira berjumpa dengan Najwa.

Gara-gara sikap pemalunya semasa zaman sekolah telah menyebabkan dia kehilangan kesempatan untuk menyatakan cintanya kepada Najwa. Tapi kini, peluang itu datang lagi. Zulfaiz tekad, dia tidak akan mensia-siakan peluang ini.

"Sorry sangat-sangat. I have to go"  balas Najwa lalu menolak trolinya laju tanpa menunggu balasan dari Zulfaiz. Zulfaiz hanya memerhati bayangan Najwa sehingga hilang dari pandangannya.

Seketika, "Nombor phone dia!"  ucap Zulfaiz sambil menepuk dahinya.




FAIL di atas meja di ambil satu persatu dan dibuka. Ada beberapa halaman yang memerlukan tanda tangan Ariq. Kata-kata Along menerjah di ingatannya.

'Satu hari nanti jangan kau marah pula kalau Najwa ada kawan lelaki. Well, kawan je kan!'

"It is impossible! Minah kampung tu mana ada kawan. Masa wedding haritu sorang pun tak ada. Inikan pula kawan lelaki!"  desis hatinya sendiri. Kepalanya di geleng-gelengkan.

Lamunannya mati dikejutkan oleh suara lemah gemalai milik Alina.

"Baby, kenapa you ni? Are you okay?"  soalnya sambil mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan meja Ariq.

"Alina! Boleh tak lain kali you belajar ketuk pintu dulu sebelum masuk?"  ujar Ariq sedikit keras. Wajah tegasnya terpampar saat ini.

"Okay sorry. Tak payahlah marah-marah I"  balas Alina. Bibirnya dimuncungkan tanda merajuk.

"Okay look. Ini office tau bukan tempat you bermain. I tak suka you keluar masuk office ni macam hotel. Lagipun you hanya mengganggu kerja I!"  kali ini suara Ariq sedikit tegas dan dia memaksudkan apa yang dia ucap.

"I nak lepak dengan you pun tak boleh dah sekarang?! You memang dah berubah! Kenapa you always marah-marah sekarang? Mesti maid bodoh you buat hal kan! Mana you kutip dia? So kampung!"  ujar Alina sambil menyilangkan tangannya.

"Apa yang kita cakap sekarang ni tak ada kena mengena dengan Najwa, okay. I just tak suka dengan cara you yang datang and keluar office ni sesuka hati you. Ini tempat I buat kerja"  balas Ariq. Keadaan mula menjadi tegang.

"Okay! Fine! I boleh pergi!"  tengking Alina lalu terus dia mengangkat punggung dan keluar dari bilik Ariq. Keluhan kasar dilepaskan.

"Menyusahkan aku betul!"  mukanya diraup kasar. Pen diletakkan. Fail ditutup. Ariq melihat jam di tangan menunjukkan angka 5.30 petang.

Dia singgah ke masjid untuk menunaikan solat Asar  berdekatan pejabat sebelum pulang ke rumah.




ARIQ melangkah masuk ke dalam rumah. Belum sempat kakinya menaiki tangga, telinganya menangkap bunyi plastik dari arah dapur. Dibatalkan niat ingin naik ke bilik lantas dia ke dapur.

Dia ternampak kelibat Najwa sedang menyusun barang-barang dapur ke dalam laci meja dan bahan basah ke dalam peti ais.

Dia menahan gelak apabila memerhati Najwa yang cuba meninggikan badannya untuk meletakkan barang di kabinet yang tinggi itu. Sedaya upaya dia cuba mencapai tombol kabinet itu tapi tetap juga tidak sampai.

Najwa merengus kasar. " Hish kenapa kabinet ni tinggi sangat! Aku ni dahlah tak cukup tinggi! Penat tahu tak!"  bebelnya sendiri.

Najwa tidak perasan dirinya diperhatikan. Perlahan-lahan, Ariq menapak ke arahnya dari belakang. Rapat sehingga bahagian belakang badan Najwa bertemu dengan bahagian depan badan Ariq.

Ariq mencapai barang yang berada di tangan Najwa dan di letakkan di dalam kabinet itu. Najwa telan air liur. Dia terdiam.

"Dah tahu diri tu pendek, kerusi kan ada"  ujar Ariq seraya menjarakkan dirinya. Lengan baju dilipat hingga ke siku.

"Kau balik pukul berapa?"  soal Ariq lagi apabila melihat Najwa diam tidak berkutik.

"5.00 petang tadi"  jawab Najwa perlahan. Pipinya mula merah. Imaginasinya menerawang jauh membayangkan yang bukan-bukan.

"Kenapa muka kau tu merah semacam je? Kau demam ke?"  ujar Ariq seraya tangannya laju naik menyentuh dahi Najwa lembut. Najwa tahan nafas.

Tangan Ariq ditolak perlahan, "Mana ada saya demam. Saya okay je. Terima kasih tolong saya. Saya masuk bilik dulu"  balas Najwa gagap. Dia terus berlari menuju ke biliknya.

Ariq menyelup tangan ke dalam seluar. Kepalanya di sengetkan. Bingung dia melihat tingkah laku isterinya itu.

"Takkan dah gila kot bini aku?!"  ujarnya sendiri sambil gelak. Dia terus menapak ke biliknya.




JAM sembilan malam. Najwa sedang ralit menonton drama korea kesukaannya. Tak pernah bosan tengok cerita korea!

Sedang dia menjiwai watak heroin dalam drama itu, telinganya menangkap satu bunyi yang tidak pernah dia dengari sepanjang dia tinggal di rumah itu.

Alunan bunyi gitar dari tingkat atas telah menarik pendengaran Najwa. Dia mencari bunyi itu. Sah, bunyi gitar itu datang dari bilik Ariq.

Ini bukan bunyi daripada music player. Ini live ada orang yang sedang memetik gitar.

Perlahan Najwa menapak ke bilik Ariq. Ditolak perlahan pintu bilik Ariq sebelum melihat tiada siapa yang berada di dalam bilik. Najwa telan air liur.

Dia teringat akan pintu bilik yang lagi satu. Namun dia menyedari kesalahannya masuk ke bilik Ariq tanpa kebenaran, dia kembali menutup pintu dengan perlahan.

Namun sifat ingin tahu dalam dirinya membuak-buak. Dia kembali membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik Ariq.

Lafaz bismillah di baca, semoga tidak ketahuan, dia menolak daun pintu yang satu lagi dengan sangat perlahan. Dia menangkap sekujur tubuh yang sedang duduk bersandar sambil memetik gitar.

Sesekali kedengaran suara Ariq menyanyi. Najwa cuba mendengar lagu yang dimainkan oleh Ariq. Tidak dia sangka suaminya pandai bermain gitar.

Sedang dia ralit mendengar suara merdu milik Ariq di temani dengan bunyi gitar menjadikan Najwa leka. Dengan tidak semena-mena badannya jatuh menyebabkan pintu terbuka luas.

Ariq yang terkejut segera menoleh dan melihat Najwa sedang duduk di depan pintu sambil menayangkan sengihannya.

"Hehehe, sorry. Salah bilik"  ujar Najwa seraya bangun dan terus berlari keluar.

Namun apakan daya, langkah Ariq yang besar terlebih dahulu dapat menyambar lengan Najwa.

"Salah bilik ya?"  soal Ariq sambil senyum senget.

"Sorry sorry. Saya minta maaf. Saya janji tak buat lagi!"  balas Najwa. Dia minta di lepaskan.

"Kau ni memang sengaja cabar aku kan? Kenapa? Sekarang kau nak tuntut nafkah batin pula dari aku?" soal Ariq membuntangkan mata Najwa.

"Tak! Mana ada! Tolonglah lepaskan saya"  rintih Najwa.

"Kalau kau berani masuk, kau pun kena berani tanggung akibatnya"  ujar Ariq seraya menolak Najwa jatuh ke atas katil.

"STOP!"  jerit Najwa membantutkan niat Ariq yang ingin menindih badannya.

"Saya tak nak awak sentuh saya bila perasaan awak hanya penuh dengan nafsu semata-mata bukan kerana cinta!"  ujar Najwa tegas. Airmatanya di tahan daripada gugur.

"So, kau cintakan aku?"  soal Ariq sambil mengangkat keningnya.

"ya, saya cintakan awak"

🌸B E R S A M B U N G🌸

Vote
&
Comment

"Apa beza saya dengan awak? Tak ada beza, dua-dua saling mencintai."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top