BAB 4(DAH EDIT✔️)

BAB 4

   SEMINGGU  telah pun berlalu. Seperti yang dijanjikan Dalila mahu membawa Qaifa ke majlis perkahwinan sahabat baiknya itu di Puchong, Selangor.

Dari Tanjung Malim hendak ke Puchong mengambil masa sejam lebih juga.

Tiba di Seri Puteri Hill Puchong, Qaifa dan mak sunya keluar dari perut kereta seraya meregangkan pinggang yang terasa lenguh itu. Manik mata Qaifa yang mengelih sekitar, tertegun seketika dengan keunikannya. 

“Wow! Cantiknya tempat ni... ni rumah kawan mak su tu, eh?” 

“Ya, inilah alamatnya yang tertera dalam kad jemputan ni,” akui Dalila sambil membetulkan solekan serta baju kebaya coklatnya yang sedikit terangkat itu.

Selendang panjangnya yang dililit di kepala itu dibetulkan sehingga dia berpuas hati dengan penampilannya. 

Qaifa menilik wanita itu dari atas hingga ke bawah. Vouge habis. Kalah ratu cantik dunia.

Qaifa pula hanya mengenakan baju kurung cotton bercorak bunga kecil pink hijau bertanah putih. Bertudung satin bercorak bunga ros hanya pin di kiri kanan. Sangat ringkas tapi comel. Tampak ayu di situ. Solekannya pun nipis. Hanya oles April skin cushion pada wajah. Secalit lip balm nivea cherry pada bibir dan parasnya agar kelihatan memerah ala-ala gadis arab. Gadis itu tersenyum sendiri mencermati diri pada pantulan cermin tingkap kereta.

Setelah Dalila berpuas hati membelek diri pada kaca cermin tingkap keretanya itu, dia mengajak Qaifa masuk ke dalam Duplex Villa & Condominium Puteri Hills di hadapan mereka. Qaifa hanya membuntuti dari belakang.

Tiba di hadapan rumah milik Datin Nabilah a.k.a Bell iaitu rakan lama Dalila, terlihat tetamu sudah memenuhi ruang rumah. 

Dalila langsung menghubungi sahabat baiknya itu.

 Qaifa hanya jadi penunggu di sebelah mak sunya dengan muka yang tak habis mempamerkan riak terujanya itu dengan kemewahan dan kecantikan dalam kawasan vila. Lensa mata gadis itu menyorot setiap genap sudut vila itu. 

Tanpa sedar, ada seseorang sedang perhatikannya dari satu sudut. Lelaki itu merenung  Qaifa dengan penuh asyik tanpa gadis itu sedari.

“Hei, Lila? Datang jugak kau, ya?” sapa rakan Dalila mesra. Siap peluk cium wanita itu erat yang baru keluar dari dalam rumahnya.

Qaifa hanya jadi pemerhati adegan jejak kasih itu.

“Maaflah lambat. Cari rumah tak jumpa tadi. Lama tak datang, ingat-ingat lupa dah haih,” ramah Dalila seiringan tawanya. 

Disambut tawa oleh Datin Nabilah. Rapat betul gayanya. 

Datin Nabilah mengalih pandangan ke arah Qaifa di sisi Dalila. “Ini siapa?” soalnya ingin tahu.

“Oh yeah, lupa nak kenalkan. Inilah anak saudara aku yang kau nak jumpa hari tu. Nur Qaifa Aghnia.” Dalila perkenalkan Qaifa terhadap Datin Nabilah.

Qaifa yang berada agak jarak dua depa dari dia, ditarik dan disuruh menyalam serta mencium tangan sahabat baiknya itu.

Qaifa hanya menurut tanpa banyak tanya dengan penuh kesopanan tingkahnya. Tidak mahu memalukan mak su nanti di hadapan sahabat baiknya tu.

“Oh, cantiknya Qaifa... mesti Dz suka melihatnya,” puji Datin Nabilah kemudian matanya melurut jatuh pada jari manis gadis itu yang tersarung cincin bertatah berlian.

Bibirnya mengulas senyum bahagia. Lantas, bahu gadis itu dirangkum kemas. 

Tindakan dan layanan wanita 40-an itu menimbulkan rasa aneh di lubuk hati Qaifa. Sedangkan ini baru kali pertama mereka bertemu.

“Mari masuk! Mari makan dulu. Dah lewat ni. Nanti Mama Bell kenalkan Qaifa dengan anak-anak Mama Bell ya, sayang?” ujar wanita yang kelihatan lebih tua dari ibu saudaranya itu.

Dalila sudah melorek senyum gembira melihat Qaifa sudah biasakan diri dengan Datin Nabilah. Dia turut berjalan masuk beriringan dengan Datin Nabilah dan Qaifa ke dalam rumah.

Meriah majlisnya. Makanan pun sedap. Siap ada kumpulan muzik lagi. Kompang lima beradik turut dijemput hadir. Itu pertama kali Qaifa dan Dalila menyaksikannya secara berdepan kerana selama ini hanya menonton dalam youtube sahaja.

 Kelihatan pengantin sedang bersanding di singgah sana pelamin indah. Tema garden. Sungguh cantik. Mulalah Qaifa membayangkan dia yang naik pelamin itu bersama Darrel. Berbaju gaun putih dan black tuxedo. ‘Pergh, menyerlah der!’ Qaifa tersengih sendiri.

Sesudah makan tengah hari, Datin Nabilah membawa anak menantunya menemui Qaifa dan Dalila. 

“Qaifa, Lila... kenalkan, ini anak sulung Mama Bell, Deanna Dharren. Dan ini… menantu mama, Karl Syafiq. Deanna, ni kawan mama dan ni anak buahnya, Qaifa.”

 Deanna melemparkan pandangan terhadap Qaifa dari atas hingga ke bawah penampilan gadis itu. Sejurus itu, bibir wanita cantik itu mengukir senyuman termanis. 

“Hi, i'm Deanna. This is my husband, Karl Syafiq. Nice to meet you, my sister-in-law.” Gadis itu menghulur tangan pada Qaifa yang masih duduk tercegat di kerusi meja makan itu.

“Qaifa? Qaifa?” Dalila cuba menyedarkan Qaifa yang seakan berkhayal sendiri.

Qaifa yang terjelengar dia dipanggil ‘adik ipar itu’ bingkas berdiri dan menyambut huluran itu dengan senyuman senada. Cuba menutup rasa pelik dan tanda tanya pada riak wajahnya itu.

“Wow... cantik orangnya. Look like arabic. Pergh, mesti Acu Dz suka. Tak sia-sia kita datang rumah Auntie Lila minggu lepas kan, ma?” bicara Deanna lagi. Siap menyelit ayat pujian buat Qaifa.

Kata-kata yang dilontarkan Deanna menambahkan lagi kebingungan yang melanda diri Qaifa.

“Auntie dah cakap, dia  cantik orangnya. Tengoklah mak saudara dia siapa. Ini mak su vouge~lah. Tentu anak buah pun vouge. Tak gitu?” sela Dalila sempat memuji diri sendiri. Sekadar berseloroh.

Gurauan Dalila disahut tawa oleh Karl, Deanna dan Datin Nabilah serentak.

“Auntie memang cantik dari dulu. Untung Acu Dz ada dua mama yang letop kebabom,” balas Karl Syafiq yang sejak tadi berdiam diri.

Dalila sudah tersipu malu disanjung begitu dengan sengihan meleret dihadiahkan.

 Qaifa pula hanya menayangkan senyuman nipis kerana tidak mengerti dan tidak tahu hujung pangkal siapa yang disebut-sebutkan mereka itu. Tindakan terbaik adalah berdiam diri.

“Hah, mana Dz? Lama tak jumpa sejak dia study di luar negara tu. Dari tadi tak nampak dia. Mana dia?” soal Dalila pada Datin Nabilah.

“Oh ya, tadi ada je kat sini melayan kawan-kawan satu universiti dengan dia dulu tu. Hantar kawan-kawan dia balik dekat parking agaknya tu. Kejap lagi baliklah tu. Boleh kita kenalkan dengan tunangnya ni. Qaifa pun tentu tak sabar nak jumpa encik tunang, kan?” Apa yang dikatakan Datin Nabilah benar-benar menginjutkan Qaifa.

Termati terus senyuman Qaifa. Dengan tidak semena-mena dadanya berombak bernafas kencang. Dia bercengkam mata dihanyut resah. Wajah mak su di sisi dicenung lama, meminta penjelasan.

Dalila turut mematikan senyuman di situ apabila melihat perubahan pada riak wajah Qaifa. 

“Auntie Bell cakap apa tadi? Tunang?” soal Qaifa ingin tahu apa sebenarnya maksud sahabat mak su vouge~nya itu.

“Ya, tunang. Qaifa dengan Dz anak mama kan dah bertunang? Buktinya, tu cincin tunang yang kami bawa hari tu Qaifa dah pun pakai. Itu tandanya Qaifa setuju dengan lamaran kami bagi pihak Dz,” terang Datin Nabilah pada Qaifa.

Sungguh wanita itu berasa hairan, mengapa gadis itu beriak terkejut sebegitu jika dia telah pun menerima lamaran mereka untuk ditunangkan dengan Dzaki Dhiyauddin, anak bongsunya itu? Berkerut wajah Datin Nabilah memikirkannya.

“Hah? Cincin ni cincin tunang? Te… ta… pi... mak su cakap cincin ni... hadiah birthday Qaifa. Apa ni, mak su?” Tanpa terduga, Qaifa melampiaskan rasa tidak puas hatinya di situ.

“Ya, sebenarnya cincin tu cincin tunang yang dilamar oleh Mama Bell untuk anak bongsunya, Dz. Bukan hadiah hari jadi.” Akhirnya Dalila membuat pengakuan membuatkan Qaifa terduduk lemah segala urat sendi.

Kenapa dia mesti ditunangkan dalam diam sebegitu? Hah, apa akan jadi hubungannya dengan Darrel lelaki yang sangat dicintainya itu sejak di bangku sekolah lagi? Adakah segala anganannya bersama Darrel akan musnah dengan sekelip mata?

Tanpa menunggu, Qaifa meminta diri dan bergegas keluar dari situ bagi menenangkan hatinya yang tengah galau.

 Saat itu semua tergemap dengan ekspresi yang ditonjolkan gadis itu.

Qaifa bengang dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Dia tahu mak su vouge~nya membuat keputusan begitu demi kebaikan dia juga. Cuma bukan dengan orang yang dia tidak cintai. Bukan itu yang dia mahu. Dia akan turuti segala kemahuan wanita itu tapi, bukan dengan berkahwin. Dia hanya akan berkahwin dengan orang yang dia cintai iaitu Darrel.

Dalila turut meminta diri untuk memujuk Qaifa. Tinggal Datin Nabilah dan anak menantunya terkulat-kulat di situ tidak mengerti dengan apa yang berlaku.

“Qaifa... maafkan mak su sebab tak beritahu kamu perkara sebenar. Mak su buat semua ni demi kebaikan kamu jugak,” pujuk Dalila sebaik mendapatkan Qaifa yang sedang berehat di Garden Puteri itu.

“Mak su... kenapa mak su buat macam ni? Qaifa akan ikut semua kemahuan mak su. Tapi… bukan yang satu ni. Kahwin bukan perkara mainan.” Nada Qaifa tidaklah kasar namun, masih kedengaran jelas ketidakpuasan hatinya tika itu. 

“Mak su tahu mak su tak patut buat macam ni pada kamu. Tapi, Mama Bell tu kawan baik mak su. Dia beria sangat nak jodohkan anaknya dengan Qaifa. Dia dah banyak bantu mak su dulu. Mak su tak sampai hati nak tolak permintaan dia. Lagipun, mak su yakin hidup kamu akan berubah seratus peratus selepas berkahwin dengan Dz nanti.” Dalila tidak putus asa dan cuba terangkan situasi sebenar berharap Qaifa fahaminya.

“Mak su, Qaifa tak nak! Dahlah tak kenal siapa dia. Tiba-tiba je dah jadi tunang Qaifa. Entah mala'un mana jadi tunang Qaifa nanti. Entah kaki pukul ke kaki botol ke kaki judi ke siapa tahu? Qaifa jugak yang merana nanti,” bengkeng Qaifa mula menceceh berjela membuat pelbagai spekulasi negatif sendiri tentang tunangan yang tidak diketahui asal-usul dan salasilah keluarganya itu.

“Ish, budak ni! Mulut dia kalah Mak Jemah jual petai di pasar tu pot pet pot pet! Hei Qaifa, mak su kenal lelaki tu. Kacak bergaya dan lulusan dari luar negara lagi tu. Ada  masa depan yang kukuh. Mak su percaya, dia boleh jaga Qaifa dengan baik nanti. Lagipun, dia anak kawan baik mak su. Mustahil dia akan buat bukan-bukan pada kamu. Dan mak su tak nak kamu buat perangai nanti sampai nak putus tunang bagai. Ingat tu!” cantas Dalila bersama amaran keras dilontarkan buat Qaifa sebelum beredar dari situ meninggalkan gadis itu tergagu sendiri.

Qaifa menunduk lemah. Terasa bagaikan hendak dilontarkan diri itu jauh dari lubuk hatinya. Apakan daya, dia tidak mampu melakukannya tatkala terkenangkan jasa wanita itu. Tak tergamak untuk dia menghancurkan hati wanita yang telah banyak memberi kebahagiaan kepadanya. Tetapi, tidak juga mudah untuk dia menyingkirkan hati dan perasaan cinta terhadap Darrel Adzkia yang disemai sejak di bangku sekolah lagi. Dia kebuntuan daya fikir.

EDIT SEMULA 21 OKT 2021

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top