BAB 3(DAH EDIT✔️)

BAB 3

 Taman sentosa, Tanjung malim.

  “ASSALAMUALAIKUM, maksu oh mak su vouge... bukaklah pintu pagar ni. Qaifa dah balik!”  pekik  Qaifa memberi salam dari luar pagar rumah teres setingkat itu.

Beberapa saat kemudian, kelihatan pintu gelangsar dibuka dari dalam rumah. Terpacul wajah Dalila a.k.a mak su vouge dengan wajah berkerut seribu menahan geram dengan sikap tak sabar anak buah kesayangannya itu.

“Waalaikumussalam, haisy!” jawabnya perlahan tapi berbaur menahan amarah sahaja.

“Mak su pergi mana? Lambatnya buka pintu?” soal Qaifa setelah pintu pagar di luar itu dibuka mangganya. 

“Ada je tertidur masa tengah tengok TV tadi. Yang kamu ni tiba-tiba muncul, bila sampai? Mana kawan kamu tu?” soal Dalila pula sambil menjengah kepala tercari-cari kelibat kawan kepada anak buahnya itu.

“Dia dah baliklah lepas hantar  Qaifa tadi,” sela Qaifa sebaik menyedari wanita itu seakan sedang mencari Darrel.

Tidak sempat Dalila hendak bersuara, Qaifa sudah meluru masuk ke dalam rumah. 

Dalila menggeleng kepala melayankan perangai Qaifa. Tanpa menunggu, dia mengunci pintu pagar rumah dengan mangga sebelum berlalu masuk rumah.

Qaifa melabuhkan duduk di atas sofa sambil mengipaskan dirinya dengan tudung bawalnya yang sudah ditanggalkan itu. Kepanasan. Musim panas agaknya.

Dalila turut menghenyak duduk di sisi anak buahnya itu, mengelis pandang Qaifa sejenak. 

Qaifa yang menyedari dirinya menjadi tatapan mak su, memandang arah wanita itu.

 “Kenapa mak su pandang Qaifa macam tu?” soalnya pelik.

Dalila berkalih renungan dan kembali tertumpu  pada siaran yang bertayang di kaca TV. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk maklumkan pada Qaifa apa yang dibincangkannya tengah hari tadi dengan kawan baiknya itu. 

“Tengah hari tadi kawan baik mak su ada datang rumah satu family...” Dalila mengujar lembut kemudian berjeda seketika.

“Then?” Qaifa masih lagi merenung mak sunya di sisi menanti apa yang seterusnya.

“Then, dorang nak jumpa kamu Qaifa tapi… kamu lambat sampai. Jadi, dorang baliklah dulu. Dalam pukul empat lebih macam tu,” sambung Dalila lagi namun, ayat hujungnya masih tergantung.

Qaifa sudah pun tegakkan posisinya masih merengung mak sunya itu. Hatinya tertanya-tanya.

“Kenapa dorang nak jumpa Qaifa pulak? Dorang bukan kenal Qaifa pun.”

“Sebenarnya, dorang datang ada hajat. Kami pernahlah berbincang tentang hal ni lama dah dari dalam telefon lagi. Tapi hari ni, dorang datang pulak ke rumah kita. Jadi, perbincangan itu pun jadi serius dan kedua pihak telah pun setuju untuk...” Dalila berjeda lagi dan memandang Qaifa semula.

“Untuk apa? Qaifa tak faham apa yang mak su cuba sampaikan ni?” Qaifa mula merasa tidak senang di hati dengan cara penyampaian emak saudaranya.

“Sekejap... tunggu!” Dalila terus menghilang  di sebalik  dinding ruang tamu itu memasuki ke ruangan kamar beradunya. 

Qaifa berkerut kening memikirkan apa yang maksunya cuba beritahunya.

Beberapa saat kemudian, Miss Dalila keluar ke ruang tamu dengan membawa sekeping kad dan kotak baldu merah kecil untuk cincin ke arah Qaifa.

Qaifa menilik barang yang dibawa maksunya itu dengan pandangan yang aneh.

 “Apa benda ni mak su?”

“Ini kad jemputan kahwin anak perempuan kawan maksu. Minggu depan majlisnya. Nanti kita pergi okey?” terang Dalila tentang kad warna pink berbentuk hati yang dipegangnya itu.

“Okey. But, yang ni apa?” Qaifa menunjuk arah kotak baldu merah itu.

“Yang ni... er... macam mana nak cakap ni?” Dalila terkial-kial mencari idea untuk terangkan pada gadis itu. Takut Qaifa tak boleh terima dan melampiaskan amarahnya nanti.

“Mak su, baik cakap... apa benda ni?” Mata Qaifa sudah dikecilkan merenung mak sunya itu.

“Okey. Cincin ni mak su saja beli untuk Qaifa. Pakailah. Haritu birthday Qaifa mak su tak sempat beli apa-apa, kan? Ni mak su belikanlah untuk Qaifa. Pakailah. Mesti muat di jari manis ni.”

Benarkah apa yang diceritakan Dalila? Lagaknya seperti sedang menyembunyikan sesuatu dari Qaifa sahaja.

Qaifa merenung kotak baldu itu dengan penuh keraguan. Boleh percayakah apa yang wanita itu katakan? Hadiah hari lahir? Mak su bukannya banyak duit pun nak beli cincin emas macam tu. Mesti ada apa-apa ni. Tapi dek kerana tidak mahu kecilkan hati mak sunya itu, dia mengambil juga kotak baldu itu dan spontan matanya terbelalak. 

“Wow! Biar betul ni mak su yang belikan untuk Qaifa? Cincin berlian ni mahal ni. Tebal pulak  tu. Baik cakap betul-betul, mak su yang beli ke atau ada perkara lain yang Qaifa tak tahu?” Qaifa seakan tidak percaya setelah melihat cincin mahal itu jika mak sunya beli semata-mata untuk hadiahkan padanya. 

Bukan dia tak kenal mak sunya itu. Dia suka beli barang mengikut keperluan sahaja. Berjimat. Memandangkan gajinya pun ciput sahaja, mana nak bayar duit kereta lagi dengan duit sewa rumah lagi. Bil api, air, astro, banyak juga jumlah kalau nak dihitung kesemuanya. Masa bila dia menyimpan duit sebanyak itu untuk hadiahkan cincin berlian yang mewah tersebut? Sesuatu betul ni.

“Apa yang tak betulnya? Memang mak su yang belikan tu. Apa? Kamu ingat mak su tak mampu? Kamu ingat mak su ni sengkek sangat? Selama ni mak su yang tanggung kamu tau. Dengan kamu yang tak kerja ni. Lagi banyak kos nak tanggung kamu. Tapi, mak su okey je. Ha, mampu je. Kamu pakai cincin ni sekarang kalau kamu sayangkan mak su!” tegas Dalila.

“Tapi...” 

“Kalau kamu tak pakai cincin ni... mak su akan kecik hati sampai mati. Penat mak su kumpul duit untuk hadiahkan kamu cincin mahal ni tau. Kamu pulak meragui mak su. Sedih... Huh!” cantas Miss Dalila kedengaran seperti orang yang sedang berjauh hati.

Qaifa rasa serba salah dibuatnya. Lantas, bahu mak sunya itu dirangkul kemas.

“Okeylah mak su. Qaifa pakai sekarang jugak. Tengok ni buktinya...” Qaifa terus mengambil cincin dari dalam kotak baldu itu dan disarung ke jari manis sebelah kirinya.

Jarinya ditayang hadapan mak sunya. 

“Mak su… cantik tak?” soal Qaifa dengan nada ceria kerana tidak mahu mak sunya berkecil hati nanti.

Dalila tersenyum melihatnya. Lega hatinya bila anak buahnya sudi memakai cincin itu. Pujukannya berjaya.

 “Cantik... sesuai dengan jari manis Qaifa. Dah, lepas ni jangan gatai pi tanggal cincin ni. Kalau hilang cincin ni... Siap kamu!” pesan Dalila siap dengan ugutan lagi. 

“Ya, mak su. Qaifa akan jaga cincin ni seperti nyawa Qaifa sendiri, okey? Hm... Qaifa nak mandi dululah. Dah naik berlengas badan ni.” Lantas gadis itu berdiri dan meninggalkan mak sunya setelah mak su vouge itu mengangguk dengan senyuman.

Qaifa sudah terasa penat tubuhnya kerana lama perjalanan mereka tadi. Dia masuk ke bilik dan mengurungkan diri di ruangan mandi yang sudah tersedia di dalam kamar beradunya itu. Usai mandi, dia menunaikan kewajipannya sebagai umat islam dengan mendirikan solat maghrib dan Isyak. Kemudian, terus melelapkan mata kerana tubuhnya yang sudah terasa lesu. Mak sunya pun tidak kejutkan dia kerana memahami akan keletihan anak buah kesayangannya yang satu itu.

Dalila yang tengah berehat di ruang tamu usai makan malam termenung sendiri dengan senyuman mekar tersungging di bibirnya.  

“Bell... hajat kita berdua hampir termakbul. Sikit je lagi, Bell. Lepas ni, bolehlah aku pulak yang kahwin. Tak de nak risaukan Qaifa lagi. Abang Dahlan... Kak Mira... Lila hampir penuhi permintaan abang dan akak. Inn shaa Allah, Lila akan pastikan ia terjadi. Benda baik tentu Allah akan bantu Lila dan Bell. Aamiin...” bicara hatinya sendiri kemudian mengaminkan doanya sendiri.

Terbayang wajah arwah abangnya, Dahlan dan arwah kakak iparnya, Amira. Mereka pergi meninggalkannya sejak usianya belasan tahun itu akibat kemalangan jalan raya. Ibu bapanya pula meninggal selepas beberapa bulan Dahlan dan Amira meninggal akibat kemurungan dengan pemergian anak dan menantu sulong mereka itu. Jadi, Nur Qaifa Aghnia telah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaganya hingga umur gadis itu melangkau 23 tahun. Akhirnya, dia terlena jua di sofa itu dengan TV yang masih terbuka itu.

21 OKT 2021 EDIT SEMULA VERSI BARU

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top