BAB 20(DONE EDIT✔️)
BAB 20
KEDENGARAN bunyi bising di dapur rumah Dalila membuatkan Dz yang lena dibuai mimpi indah itu, terjaga.
Dia bangkit dari tidurnya dan mata dipisat-pisat dengan jari. Dilihatnya Qaifa tiada di bawah katil tempat dia tidur kerana semalam dia dengan selamba tidur dahulu terbongkang atas katil milik wanita itu. Dia tahu wanita itu tidur di bawah kerana terlihat gulungan tilam di bawah katil bersama bantal tersusun rapi.
Dia bingkas turun katil dengan rambut serabai keluar dari ruangan itu menuju ke ruang dapur.
“Haih, awal bangun?” suara yang menegur itu memranjatkan Dz.
Dia memandang ke arah suara itu. Kelihatan Qaifa sedang memasak. Dz meliar mata ke sekeliling sebelum dia mendekati wanita itu. Khuatir jika Dalila terdengar apa yang bakal dikatakan nanti.
‘Hmph, kau perli aku ke apa ni?’ bisiknya di cuping telinga Qaifa.
“Perli apa pulak? Tanya je pun tak boleh ke?” sangkal Qaifa seraya menjeling Dz, nasi goreng yang siap digoreng disendukkan ke dalam mangkuk sederhana besar.
“Awas kau kalau perli perli aku depan mak su!” Sempat lagi Dz memberi amaran keras sebelum berlalu ke bilik air.
Entah apa-apa Dz punya perangai. Pagi pagi lagi sudah mencari salah Qaifa. Ada sahaja bahan untuk dibalahnya.
Qaifa hanya menjuih bibir mendengar amaran itu. Sedikit pun tidak takut. Mangkuk nasi goreng itu dibawa ke meja makan.
Qaifa berlalu masuk ke bilik mak su yang masih berbaring kesejukan. “Mak su, mak su nak mandi? Qaifa dah masak air panas.” Qaifa menawarkan diri dalam nada lembut sambil meletak tangan di dahi maksunya. Agak kurang panasnya. Tak lama lagi kebahlah ia. Qaifa menarik nafas lega.
“Boleh juga,” jawab Dalila lemah. Entah mengapa hari itu badannya semakin rengsa hingga tidak mampu untuk bangkit.
“Mak su dah kebah sikit ni lepas makan ubat semalam. Kejap lagi lepas breakfast telan ubat lagi okey?” pesan Qaifa prihatin sungguh tentang kesihatan maksunya.
“Tak usah risau tentang mak su. Pergilah layan suami kamu. Tak baik abaikan dia,” tegur Dalila sambil mengelus lembut lengan Qaifa.
“No no no... Dz faham mak su tak sihat. Mak su jangan risau pasal dia. Lepas Qaifa uruskan mak su, Qaifa akan layan dia pulak. Sekarang meh Qaifa bawa mak su pergi mandi.” Qaifa sudah bersiap untuk membantu membangunkan wanita itu.
Dz yang baru keluar dari bilik air itu tercari kelibat Qaifa. Kala dia ingin berlalu ke ruang makan, dia terlihat Qaifa sedang berusaha untuk memapah maksunya. Dz mendekati mereka berniat mahu tunjuk keperihatinannya. Tidak mahu terlihat biadap tidak mengambil berat tentang wanita itu pula nanti.
“Biar saya tolong mak su. Awak ke tepi.” Dia sudah pun memaut tangan Dalila lembut dan dipapahnya.
Qaifa beralih ke tepi dan ralit mengamati tingkah Dz.
‘Alangkah bagus kalau sikap sebenar awak begini. Baik, prihatin, penyayang... sayangnya semua perbuatan dan riak yang awak pamerkan pada mak su hanya sandiwara semata. Tapi, tak pelah. Asalkan mak su bahagia. Aku tak nak mak su tahu sikap sebenar Dz. Biarlah aku sendiri je yang tahu. Aku tak nak mak su susah hati dan jatuh sakit bila dapat tahu apa yang diharapkan selama ni terhadap Dz sama sekali bercanggah. Tidak. Itu takkan terjadi. Sampai bila tu aku tak pasti. Selagi aku mampu bersabar,’ bicara hati kecilnya kemudian mengikuti Dz yang sudah memimpin mak su dibawa ke bilik air yang sudah tersedia ada dalam ruangan itu.
Qaifa yang mandikan mak su dengan air suam. Dz pula menunggu di luar sambil melayan laman sosial dalam telefon pintarnya.
Sebaik selesai menguruskan Dalila, mereka sarapan semeja. Pada waktu yang sama, lagu Myself nyanyian Bazzi berkumandang dari ponselnya, tanda ada panggilan masuk. Lantas, dia meminta diri untuk menjawab panggilan itu.
“Helo, ma!” Ceria nada Dz apabila menjawab panggilan dari mamanya.
“Helo… assalamualaikum, acu?” Datin Nabilah memberi salam.
“Waalaikumussalam, mama…” jawabnya perlahan. Terasa diri disindir pula oleh wanita itu.
“Acu... pergi mana? Mama, papa, along dan abang long semua dah ada depan vila ni nak tengok rumah baru acu dengan Qaifa. Tapi tak de orang pulak. Korang pergi mana?” Datin Nabilah sudah bising pagi itu.
“Ye ke? Kenapa tak call acu dulu? Memang kitorang tak de di rumah. Kami ada di Tanjung Malim sekarang ni,” beritahu Dz, spontan tangan menepuk dahi kerana terlupa beritahu mama papanya yang mereka berada di Tanjung Malim.
“La... kenapa tak beritahu awal awal? Kalau mama tahu tak delah kami semua sampai ke vila ni. Aduhai.”
“Sorry, ma. Kitorang pun balik mengejut sebab mak su demam panas semalam. Kami risau itu yang balik terus ke sini. Lupa nak beritahu mama papa.”
Dz rasa serba salah kerana buat mama papanya risau.
“Ya Allah! Demam panas? Kasihannya dia. Sekarang macam mana keadaan dia?” Kedengaran nada kaget di hujung talian sebelah Datin Nabilah.
“Hari ni kebah sikit demamnya. Tengoklah esok kalau mak su dah okey kami baliklah ke Klang. Nanti masa tu mama bolehlah datang dengan papa, along dan abang long ke rumah kami.”
“Alhamdulillah lega mama dengar bila acu cakap mak su kamu tu dah kebah sikit. Tak pelah papa pun ada hal ni. Acu sampaikan salam dari kami semua pada mak su dan Qaifa.”
“Baik, ma. Inn shaa Allah acu sampaikan nanti.”
Tidak lama kemudian talian dimatikan. Dz masuk ke rumah. Dilihatnya Qaifa sudah bawa mak su berehat atas sofa panjang di ruang tamu. Dia malas mahu mengganggu wanita itu yang tengah tidur rehatkan badan. Dia langsung mendekati Qaifa di dapur yang tengah mencuci pinggan mangkuk.
“Eh, mama papa along abang long kirim salam,” maklum lelaki itu membuatkan Qaifa menoleh kepala yang sedang membelakanginya.
“Waalaikumussalam. Kenapa mama call tu?” soal Qaifa ingin tahu.
“Tak payah tahulah. Sibuk je nak tahu,” respons Dz kasar dan terus beredar masuk ke dalam bilik.
Qaifa melemparkan kerlingan berang.
“Awak, nanti bawak saya ke pasar. Nak beli barang dapur untuk masak tengah hari ni.”
“Malas!”
“Kalau malas, tak payah makan tengah hari. Kita semua puasa okey?”
“Hmph!”
Pagi itu juga Dz terpaksa membawa Qaifa pergi ke pasar beli barang basah untuk dimasak tengah hari. Tinggal mak su sendirian sebentar.
…………………………………
Pasar Tani Tanjung Malim.
“QAIFA, lama tak nampak kamu?” tegur Mak Jemah jual petai, ramah.
“Ha, baru balik semalam, jengok mak su demam pulak.” Qaifa turut beramah.
“La... demam ke? Patut beberapa hari tak nampak dia. Ate... sekarang macam mana?”
“Alhamdulillah hari ni okey sikit,” jawab Qaifa sambil memilih petai yang bermata besar.
“Itu suami kamu ke? Hm… helok orangnya. Tinggi kacak. Untung kamu Qaifa. Haisy, jelesnya Mak Jemah tau. Amboi, sungguhlah hensem sungguh noh. Apa nama suami kamu yang kacak tu?” puji Mak Jemah membuatkan Qaifa rasa hendak termuntah.
‘Harap muka je helok tapi perangai hodoh nak buat apa.’ Sempat dia mengutuk Dz dalam hati.
“Nama dia, Dz.” Qaifa menjawab persoalan Mak Jemah sambil melemparkan senyuman manis.
Dz hanya menjeling sahaja gelagat si penjual dan Qaifa. Tidak suka berlama di situ kerana tak tahan bau hanyir di pasar. Lalu, dia mendekati wanita itu membisikkan sesuatu. “Hey, cepatlah sikit. Aku tinggal kau kat sini kang. Baliklah kau jalan kaki.”
“Sabarlah. Yang awak nak cepat sangat ni kenapa? Lepas ni pun nak balik rumah mak su jugak kan?” balas Qaifa senada.
“Masalahnya aku tak tahan bau hanyir kat sini kau faham tak?” dengus Dz.
“Kalau tak tahan lain kali tunggu je dalam kereta. Tak payah masuk sini. Dan kalau awak nak cepat sangat, apa kata awak je yang pergi beli barang-barang basah tu.” Qaifa mencabar Dz kerana geram dibuatnya dengan sikap tak sabar lelaki itu dan mengada-ngada baginya.
“Kau nak aku beli? Okey, tapi kau jangan terkejut kalau aku beli nanti.” Dz terasa dirinya dicabar mula menyahut cabaran itu.
“Eleh, betul ke awak boleh beli? Macam tak yakin je.” Qaifa skeptis dengan kebolehan lelaki itu.
“Tengok oranglah. Ini Dz-lah. Hemph!” Dz mula berjalan mencari bahan yang hendak dibelinya.
Qaifa terlopong menyaksikan Dz sudah membeli pelbagai jenis bahan basah dan dibawa kepadanya. Lalu, diserahkan semuanya ke tangan Qaifa. Banyak pula tu. Terkejut Qaifa. Balik-balik dia juga yang kena bawa barang-barang itu semua bukan lelaki itu.
Dz dilihatnya sudah meninggalkannya terkial-kial bawa barang dengan kedua-dua belah tangan dijinjing penuh.
“Kurang asam punya Dz. Dia yang beli banyak~banyak, balik-balik aku juga yang kena bawa semua ni. Tak guna betul mamat ni!” gumamnya sendiri sambil berjalan ke arah kereta.
Dalam perjalanan pulang Dz hanya buat derk dengan ekspresi wajah yang Qaifa tayangkan waktu itu.
Qaifa pula berwajah cemberut menahan rasa dengan sikap Dz yang boleh buat muka tak bersalah. Kedua-duanya diam membisu.
Tengah hari itu Qaifa masak seorang diri memandangkan Dalila tidak sihat.
Dz pula sibuk membasuh keretanya di luar. Khuatir jika terbawa balik bau hanyir pasar itu.
Qaifa membelek bahan basah yang Dz belikan tadi. Tercetus sebuah senyuman senget. “Pandai jugak dia beli semua barang basah ni. Hm not bad,” puji Qaifa sendiri.
Itu kalau Dz dengar, mahu kembang setalam.
Setelah siap masak semua, mereka makan tengah hari bersama. Dz orang yang paling berselera makan hingga tidak sedar dia diperhatikan Qaifa.
***
MALAM itu, mereka rehat di ruang tamu rumah bersama. Dalila pula masuk tidur awal. Qaifa menonton filem hindi. Dz hanya melayan telefon pintarnya melayari laman sosial.
Saat itu, tiba-tiba Qaifa melelehkan air mata melayan filem hindi bertajuk Dil Hai Tumhara. “Sedihnya cerita ni…” Air mata yang meleleh itu dilap dengan tisu. Hampir penuh meja dengan tisu.
Dz yang tengah khusyuk melayari internet mengerling Qaifa apabila kedengaran suara tangisan sendu walau tidaklah kuat mana. Namun, masih mampu didengari lelaki itu. Dz menjuih bibir.
“Oi, kau nak tengok tv ke nak berdrama air mata kat sini?” soalnya bersahaja.
“Ish... cerita ni sedih tau. Tengok perempuan tu dihina emak dia sendiri. Rupanya tu mak tiri dia je. Dia anak luar nikah. Kasihannya. Sudahlah tu, kekasih dia pulak mak dia tunangkan dengan kakak tiri dia. Sedih tau... awak tak sedih ke?” beritahu Qaifa diiringi kepiluan.
“Ah poyo je kau ni. Tak sedih pun aku tengok,” sangkal lelaki itu dengan muka menjengkelkan dipertontonkan.
“Awak tak de hati dan perasaan memanglah tak rasa. Awak pergilah tidur. Jangan kacau saya nak layan movie ni. Menyibuk je.” Dihalaunya lelaki itu pergi tidur. Bertuah punya Qaifa.
Dz membenyotkan bibir menyampah. “Eleh, layan hindi apa barang, huh!”
Pantas Dz mengambil alat kawalan jauh dari atas meja dan menukar siaran sukan.
Terbeliak biji mata Qaifa dengan tindakan refleksi lelaki itu. “Dz! Pasang balik movie hindi tu. Awak... please!”
Lantas remote TV itu direbut dari tangan Dz. Dz lebih pantas mengelak dengan selamba tanpa rasa bersalah. Qaifa tidak berputus asa. Dia berusaha mendapatkan juga remote itu hingga terlompat-lompat mahu mencapai alat kawalan jauh di tangan Dz yang sengaja di angkat tinggi.
“Bagilah… Dz!” Qaifa bercekak pinggang. Berang.
“Nope! Nanti kau menangis lagi.” Dz berkeras tidak mahu berikan remote kepada Qaifa.
Qaifa sudah hilang sabar. Idea spontan datang dan dia terus bertindak drastik dengan menghentakkan kakinya atas kaki Dz. Automatik membuatkan lelaki itu terpekik sakit.
“Aduh! Sakitlah gila! Kau ni pakai kaki besi ke apa, hah?” marah Dz dalam keadaan terjingkit-jingkit kaki menahan rasa denyut.
Qaifa sudah tersenyum puas dengan pantas alat kawalan jauh yang berada dalam genggaman lelaki itu dirampasnya. Lalu, dipasang kembali siaran hindinya.
Dz memprotes. Hendak dibalas, bimbang jika Dalila terdengar pula. Jadi, jalan yang terbaik adalah pergi tidur.
Qaifa hanya mengendahkan reaksi Dz yang masih mengerang kesakitan sambil berjalan mahu masuk ke bilik dalam keadaan hati yang membengkak.
Dalam berjalan terhinjut-hinjut hendak masuk ke bilik, tiba-tiba…
Tang!
Kakinya tersepak kaki meja membuatkan dia terjatuh hampir terhempap atas Qaifa berdepan namun sempat lelaki itu menahan kedua-dua tangannya di mozek. Wajahnya menghadap figura Qaifa terlalu dekat hingga tinggal ruang laluan angin seinci sahaja. Manik mata mereka bersatu. Suasana mula membeku dan sepi sehingga terasa deruan nafas masing-masing. Kaku kerana terkejut.
Beberapa saat kemudian, Dalila keluar dari biliknya apabila terdengar bising di ruang tamu.
“Apa bising-bising ni? Mak su nak rehat pun tak senang. Apa halnya ni?” Dalam membebel, dengan tidak semena-mena anak matanya tertancap ke arah sepasang suami isteri dalam adegan romantik. Menyengkang kelopak matanya.
“Ha? Ops, sorry... tertengok pulak.” Laju tangan Dalila naik menekup mulut sendiri gara-gara terkinjat.
Dz dan Qaifa yang tersentak disergah langsung terduduk. Tergaru kepala keduanya dalam keadaan kalut. Dz tidak menunggu lama, terus berlalu masuk ke bilik menahan rasa malu pada mak su.
Qaifa pula pura-pura menonton TV.
Dalila terus menghilangkan diri masuk ke kamar. Malas mahu mengganggu Qaifa yang pasti sudah termalu dengannya.
Dz mengurut dadanya menahan debaran yang menggila dan terus baring atas katil.
“Gilalah! Macam mana boleh jadi macam tu? Aduhai... yang jantung ni berdebar semacam kenapa? Ish, sudahlah. Lupakan. Tidur lagi baik.” Dz terus pejamkan matanya cuba buang perasaan yang bercelaru.
“Kenapa aku rasa lain macam tadi? Jantung ni berdebar lain macam. Ish, sudahlah! Lupakan je. Tidur kat sini jelah. Nak masuk bilik confirm malu dah ni nak menghadap muka dia. Ish, tak boleh. Malu weyh… dia tenung aku tadi lembut je tak senakal dan menggerunkan macam selalu. Apakah maknanya tu? Oh tidak, lupakan ia Qaifa. Itu cuma tak sengaja. Lupakan. Ya, Jangan fikir bukan-bukan!” Qaifa terus melayan filem hindinya semula sendiri. Dia cuba melupakan insiden yang berlaku tadi.
Esoknya, sebaik memastikan Dalila benar-benar sudah kebah dari demamnya, mereka kembali ke Klang. Insiden malam itu kedua-dua lupuskan begitu sahaja tanpa mengingatinya semula.
DONE UPDATE NEW VERSION 21 OKT 2021
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top