BAB 17(DONE EDIT✔️)
BAB 17
DI sepanjang percutian itu, Dz sudah tidak seceria seperti pada hari mula mereka ke situ apabila terkenangkan kata-kata Qaifa.
‘Walau kita cuba sedaya upaya sembunyikan kesalahan yang kita lakukan dari pengetahuan kedua ibu bapa kita tapi jangan lupa, ada yang sedang melihat perbuatan terkutuk kita tu. Allah!’
Ayat itu masih terngiang-ngiang di gegendang telinganya. Suara itu sentiasa mengganggu fikirannya membuatkan tidur malamnya tak lena.
“Ah, aku pun tak tahu apa aku buat malam tu dengan Erin. Aku tak sedar apa-apa. Belum tentu lagi aku buat benda tak elok dengan dia lagi, kan? Tak mungkin terjadi. Senakal-nakal aku, tak pernah terlintas untuk merosakkan anak orang lagi. Ta… ta... tapi... apa yang jadi malam tu sebenarnya? Takkan Erin plan sesuatu kat aku? Ish... takkanlah. Ah, mungkin aku tertidur sebab keletihan berjalan seharian dengan dia hari tu. Who's know? Abaikan jelah,” monolog Dz sendirian, cuba sedapkan hatinya.
Ya, sebenarnya malam itu selepas makan malam dengan tidak semena-mena dia berasa khayal. Bila dia sedar waktu pagi, dia sudah berada di atas katil siap berpelukan dengan Erin hanya bertuala mandi yang membaluti tubuh mereka berdua. Apa yang terjadi Dz sendiri tak pasti. Dadanya berombak kencang. Sungguh dia tak habis fikir soal itu.
“Honey, come here! Let's take a selfie together.” Erin menyergah seraya menarik lengan Dz mengajak berswafoto berdua telah berjaya meretakkan kaca lamunan lelaki itu.
Dz hanya menurut sahaja tanpa membantah. Dalam masa yang sama, dia tercari-cari juga bayang Qaifa yang tidak kelihatan di situ. Ke mana dia pergi?
Qaifa pula berjalan sendirian dalam kawasan pulau tersebut. Cuba mencari ketenangan. Malas mahu memikirkan suaminya itu. Lebih baik dia menikmati cutinya dari melayan perasaan yang lara entah apa-apa. Lagipun, dia dan lelaki itu diijab kabulkan bukan atas dasar cinta. Untuk apa dia bersedih jika lelaki itu mahu keluar dengan mana-mana perempuan sekalipun? Qaifa menghela nafas lembut sembari menghirup udara segar dari laut.
Ketika dia berjalan menikmati bayu segar, secara tak sengaja dia bertempuh bahu dengan seseorang. Mereka bertentangan dalam riak terkejut.
“Aik, awak?” Kedua-dua bersuara serentak dan kemudian terdiam seketika.
“Tak sangka dalam banyak-banyak tempat dalam dunia ni, di sini jugak kita terserempak, Darrel.” Akhirnya, Qaifa bersuara terlebih dulu seiring dengan senyuman rindu yang dipamerkan buat lelaki itu.
Lelaki tersebut tidak bersendirian. Tetapi, bersama rakan -rakannya.
“Itulah dalam banyak-banyak tempat di sini jugak kita terserempak. So, how are you?” soal Darrel membalas senyuman itu walau tidak seceria dulu.
Dia sudahpun terima hakikat bahawa mereka berdua tiada jodoh.
“Yeah, macam yang awak tengok saya sekarang. Masih sihat walafiat. How’s it going guys?” jawab Qaifa dalam nada kekok kerana sudah agak lama tidak bertemu sebaik dia bergelar isteri kepada Dzaki Dhiyauddin.
“I’m doing okay. Just, uh, trying to stay positif. Lama betul tak jumpa lepas awak dah jadi tunangan orang dan sekarang telahpun berkahwin. Awak nampak bahagia sekarang?” Darrel juga dalam keadaan yang sama dengan Qaifa, gugup.
Maklumlah status hubungan mereka bukan seperti dulu lagi. Jadi pergaulan itu agak terhad. Sudah seperti baru kenal pula gaya mereka berdua.
“Em yeah, ba… bahagia. Hurm..” Jawapan ya tak ya dari Qaifa membuatkan Darrel pelik.
“Weh, kau buat kita orang macam tunggul je kat sini? Mentang-mentang dah jumpa kekasih lama, kita orang kau lupa ek? Sekeh kang!” celah salah seorang rakan karib Darrel yang dikenali sebagai Syahir.
“Oh lupa pulak. Sorry~lah geng, jangan marah. Oh Qaifa, kenalkan ni kawan-kawan saya. Yang mulut banyak ni, Syahir.” Darrel mula perkenalkan rakan-rakannya kepada Qaifa.
“Suka hati kau je kutuk aku depan awek ek? By the way, hi Qaifa. Salam perkenalan dari saya, Syahir.” Syahir menghulur tangan tanda mahu berjabat salam sebaik menyangkal gurauan Darrel.
“Hai...” Qaifa hanya menjawab dengan anggukan kepala. Huluran itu dibiarkan sepi tidak berbalas.
Syahir termalu sendiri salamnya tak bersambut, terus tangannya di angkat ke belakang kepala dan menggosok lehernya mengawal perasaan malu. Rakan-rakan yang lain sudah memburaikan tawa lucu.
“Padan muka kau. Kau ingat Qaifa ni sama macam perempuan lain yang boleh bersentuhan? Hah, Qaifa kenalkan yang ni Khairil, Sham, dan Sufyan,” bidas Darrel sebelum memperkenalkan kawannya yang lain kepada Qaifa. Malas melayan Syahir yang sudah berubah riak cemberut akibat ditertawakan rakan-rakan.
Qaifa hanya mengangguk bersama senyuman terbias pada wajah.
“Cantiknya Qaifa. Macam siapa tu? Hannah Delisya… patutlah Darrel ni asyik terangaukan awak je kat tempat kerja. Aduhai... ternyata, gadis yang diangaukan ni cantik Ya Rabbi. Sekali pandang bisa mencairkan hati lelaki yang memandang chia chia chia!” Sakan Sham mengusik Darrel.
“Ish, itu dah berlalulah. Dia milik orang sekarang. Jangan nak over sangat.” Darrel menjeling sahabatnya itu, tanda tidak suka diusik sebegitu.
“Jangan dilayan diorang ni. Diorang memang pantang nampak perempuan cantik, menjadi-jadi menganjingnya.” Sufyan menyela.
“It's okay. Saya faham. Awak semua hanya bergurau,” tutur Qaifa, bersahaja.
“Ha... betul tu. Dalam hidup ni perlu ada gurau senda. Kalau tak de, suramlah hidup kita. Ya tak?” sokong Khairil pula.
Yang lain mengangguk setuju.
“Ah, tak pelah awak. Saya nak pergi makan angin jap. Awak datang sini nak bercuti ke atau ada kerja?” Qaifa sudah berkira untuk pergi dari situ.
“Eh saja datang bercutilah dengan kawan kawan. Dah lama tak bercuti. Awak tentu datang honeymoon kan? By the way, mana suami awak? Tak nampak pun dia.” Darrel tertanya-tanya keberadaan suami Qaifa yang tidak kelihatan di situ setelah menjawab persoalan Qaifa.
Qaifa terdiam seketika sebelum meminta diri. Persoalan tersebut dibiarkan sepi. Darrel bertambah hairan. Apa yang tidak kena pada rumah tangga wanita itu? Tidak bahagiakah dia? Pelbagai persoalan bermain di benaknya. Tidak lama di situ, dia turut berlalu bersama rakan-rakannya yang masih tercengang dengan pemergian Qaifa secara tiba-tiba.
Pada masa yang sama, Dz tercengung jauh.
“Oh, dalam diam… kau pun buat temu janji dengan bekas kekasih kau tu? Uh, kau pun tak de beza dengan aku. Pandai kau eh berlakon alim depan mama papa aku. Ternyata, di belakang... ini kerja kau. Berdating dengan mamat bajet bagus tu. Tak pe, kalau ini kerja kau di belakang aku, so… lepas ni kau tak boleh mengadu apa-apa dekat mama dan papa aku. Gambar ni akan aku simpan sebagai senjata.” Rupanya dia ternampak Qaifa berbual dengan Darrel tadi ketika dia berjalan dengan Erin.
Sempat dia mengambil gambar wanita itu dengan Darrel yang sedang berbual bersama rakan-rakan lelaki Darrel.
Erin datang padanya mengajak naik jetski berdua. Dz dengan senyuman ceria terus mengikuti gadis itu. Puas mereka menikmati sehari itu. Langsung tidak pedulikan Qaifa.
Malam itu mereka ada bakar-bakar makanan bertiga, Dz, Qaifa dan juga Erin.
Dz langsung tidak melayan Qaifa yang sedang membakar ayam dan sosej itu. Qaifa hanya menahan rasa memirsa pandangan Dz yang sibuk makan bersuap dengan Erin di persisiran pantai. Siap petik gitar menyanyi lagu Akur Janji nyanyian Eddie Hamid dan Wanie versi akustik.
Pada masa yang sama, Darrel sengaja mengambil angin pantai malam itu. Dia terlihat Qaifa sedang membakar makanan sendiri. Sedangkan Dz sibuk berkepit dengan Erin tanpa menghiraukan isterinya. Dia merengus geram. Tertumpah rasa simpati terhadap wanita itu.
“Hai, Qaifa?” sapa Darrel mesra, sengaja mahu sakitkan hati Dz.
Qaifa tersentak, lalu terus memandang Darrel di hadapannya.
“Awak? Awak buat apa kat sini?” Qaifa risau jika Dz ternampak dan fikir yang bukan-bukan nanti.
Ya, memang Dz nampak namun, sengaja dia pura-pura tidak melihatnya. Hanya tumpukan perhatian terhadap Erin.
“Saja ambil angin pantai. Kawan kawan keletihan. Tertidur awal. Esok baru mula aktiviti. Dan saya bosan. Saya datanglah sini. Awak seorang je ke?” balas Darrel.
“Taklah, Bertiga. Tu, suami saya dengan kawan dia, Erin.” Qaifa cuba sembunyikan status sebenar hubungan Dz dan Erin dari pengetahuan Darrel.
“Oo... bertiga rupanya. Sebabnya saya nampak awak seorang je. Yang lagi dua tu macam tak wujud pulak. Betul tak?” Darrel menyindir Dz apabila mendapati lelaki itu hanya endahkan mereka berdua. Seakan tiada perasaan pula.
Qaifa membulatkan matanya. Darrel siap kenyitkan mata sebelah kanan lagi. Dia menyoroti figura Dz yang turut sedang merenung dirinya dengan muka tak puas hati dipertontonkan dari sebalik cahaya unggun api.
Darrel menghadiahkan senyuman sinis terhadap lelaki itu.
“Assalamualaikum, bro! Lama tak jumpa lepas kau kebas Qaifa dari aku.” Darrel mendekati Dz sambil menghulurkan tangan, mahu berjabat salam dengan lelaki itu.
Dz hanya membiarkan huluran itu tidak bersambut. Dia terus memetik gitar dan hanya menjawab dalam hati.
Erin pula memandang kedua-duanya silih berganti dek kerana tidak memahami apa yang sedang berlaku saat itu. Siapa lelaki yang menyapa mereka? Dia tertanya-tanya.
“Haih, susah orang gila talak ni. Dah putus tu buat cara putus. Lagipun, kau yang tinggal dia dulu kan? And now, what? Sampai sini kau cari dia ek? Tak boleh move on lagi ke, dude?” bidas Dz.
Kata-kata bidasan Dz langsung tidak berbekas di hati Darrel. Malah, dia masih kekal dengan senyuman sinisnya.
Erin yang tidak mengerti apa-apa itu, berlalu menyertai Qaifa. Malas masuk campur urusan lelaki.
Qaifa pula sesekali mencuri pandang kedua lelaki tersebut. Khuatir jika berlaku perkara yang tidak diingini nanti.
“Dude, aku datang sini untuk bercuti. Tapi tak sangka pulak boleh terserempak dengan Qaifa. Ya, aku lepaskan dia bukan beerti aku lemah. Tapi, aku berharap lelaki yang dah kebas dia dari aku itu akan menjaga hati dia dan sayang dia seikhlas hatinya. But now, apa yang aku nampak kau sedang sakitkan hati dia. Sikit pun kau tak jaga hati dia. Aku tersalah tafsir pasal kau selama ni. Dan aku rasa macam... aku nak ambil balik apa yang pernah jadi milik aku dulu yang kau dah ambil dari aku. Amacam?” Kening Darrel dijongketkan merenung Dz di hadapannya.
Dz berhenti memetik gitar setelah mendengar kata-kata Darrel. Entah kenapa dia terasa egonya tercabar.
‘Nak main fight dengan aku ke mamat bajet bagus ni?’ dengusnya.
“Uh, cubalah. Aku nak tengok sampai bila Qaifa boleh bertahan dengan cinta kau. Jangan nanti dia terjatuh hati pada aku, kau pulak yang melopong. Masa tu aku hanya mampu tertawakan kau meraih kemenangan sebab berjaya meragut hati Qaifa dari kau.” Dz tidak mahu mengalah dengan renungan jengkel tanpa secalit senyuman.
Darrel tergelak mendengarnya.
“Kau? Nak ambil hati dia? Uh, sekarang ni pun kau dah sakitkan hati dia. Celah mana kau nak ambil hati dia? Aku tak fikir Qaifa akan jatuh hati dengan sikap annoying kau ni. Aku jauh lebih kenal hati budi dia. Aku tahu lelaki yang macam mana dia suka. Yang pasti, lelaki itu bukan kau!” bengkeng Darrel dan terus merampas gitar dari tangan Dz. Lalu, lelaki itu memetik gitar mengalunkan sebuah melodi bertajuk Sinar nyanyian Megat Rahim. Siap menyanyi lagi. Sedap juga suaranya. Sengaja dituju khas lagu itu buat Dz semata-mata mahu membakar hati lelaki itu.
Dz sudah mengemam bibir menahan geram. Dia langsung mendapatkan Qaifa dan menarik lengan sang isteri dibawa pergi jauh dari situ dengan muka ketatnya.
Qaifa terkulat-kulat diheret Dz jauh dari Erin dan Darrel. Erin sudah membulat mata melihatnya dan tergagu di situ. Terbit rasa cemburu di hati menyaksikan adegan tersebut.
Darrel hanya tersenyum dan terus menyanyi tanpa menghiraukan Erin yang tengah menahan rasa.
Manakala Dz dan Qaifa pula, tiba di satu tempat agak jauh dari Darrel dan Erin, Qaifa merentap lengannya yang terasa sengal akibat dicengkam kuat oleh Dz.
“Apahal ni? Sakitlah!” bentak Qaifa, berang diperlakukan sebegitu.
“Ni kerja kau, kan? Kau nak balas dendam dekat aku, kau pergi panggil mamat bajet bagus tu datang sini, kan? Kau saja nak cari pasal dengan aku, kan?” soal Dz bertubi-tubi sambil bercekak pinggang tanpa mengendahkan amarah sang isteri.
“Mana ada!” nafi Qaifa senada.
“Mengaku jelah yang kau nak balas dendam. Kau nak buat aku cemburu, kan? Kau saja panggil dia, kan? Kau saja buat semua ni kat aku! Mengaku jelah!” tempelak Dz gara-gara bengang disindir dan terasa diperlekehkan oleh Darrel.
Dakwaan Dz benar-benar membuat benteng kesabaran Qaifa roboh separuh. Nafas wanita itu mula turun naik.
“Apa benda awak melalut ni? Saya tak pernah panggil dia datang sinilah. Saya pun tahulah nak jaga batas saya sebagai seorang isteri. Dia yang datang dengan kawan-kawan dia untuk bercuti. Lagipun, ni kebetulan je. Dan saya tak pernah terlintas untuk balas dendam dekat awaklah. Buang masa je. Buat apa saya nak buat awak cemburu kalau awak sendiri pun tak de hati dan perasaan pada saya? Saya ingat lagi hari pernikahan kita hari tu, awak cakap takkan jatuh hati pada saya sampai mati. Dan awak larang saya untuk jatuh hati pada awak. Awak lupa ke? Dan kenapa awak nak kisah pulak kalau Darrel datang join kita? Awak kan dah bersama Erin. So just enjoy with all this.”
Terkesiap Dz dibuatnya dengan ungkapan yang dilemparkan Qaifa. Mereka berbalas renungan.
‘Maaf, saya terpaksa cakap macam ni. Bukan beerti saya tak hormat awak sebagai suami. Tapi sikap awak benar-benar menyakitkan hati saya. Jadi saya perlu sedarkan awak, Dzaki Dhiyauddin. Maafkan Saya jika saya melukai hati awak. Tapi, kesabaran saya ada hadnya,’ bisik Qaifa dalam hati dan terus berlalu pergi meninggalkan Dz termangu sendiri.
'Shit!' Dz berdecit di situ melampias rasa tidak puas hatinya.
Sungguh dia termalu sendiri. Alih-alih dia balik yang kena bidas dengan hujahan Qaifa yang benar-benar mendap masuk ke kolam rasa.
Akhirnya, Dz kembali pada Erin yang tengah berbarbeku sendiri.
Tika itu, manik matanya dapat menangkap sepasang kekasih sedang berdua di hadapan unggun api. Suasana pandangan yang dijamah itu benar-benar menikam jantungnya. Siapa lagi mereka itu jika bukan si Qaifa dan Darrel. Dilihatnya Darrel memetik gitar memainkan lagu Hatiku Milikmu nyanyian Siti Nordiana.
Aku telah merasakan
Pahitnya kau tinggalkan
Pernahkah dihatimu mencintaiku
Takkan pernah habis kasihku padamu
Selama jiwaku masih untukmu
Jangan pernah biarkan aku
Untuk kembali pada kekasih aku
Yang lalu
Aku hanya ingin mendampingimu
Hingga nadiku tak dapat kau rasakan...
Sengaja Qaifa tujukan pada Dz. Dz hanya merenung Qaifa yang berada di sebelah Darrel. Entah apa perasaannya ketika itu. Seperti dapat mengagak bahawa lagu itu ditujukan padanya. Erin pula sudah merengus geram sendiri tatkala mendapat kekasihnya Dz berbalas kerlingan dengan Qaifa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top