BAB 14(DONE EDIT✔️)
BAB 14
TAP! Tap!
Ada air menitis jatuh ke atas pelupuk mata Dz yang terpejam rapat membuatkan lelaki itu rasa tidak selesa. Lantas jemarinya naik menyapu matanya. Lalu, bibir matanya dikoyak perlahan.
Tap! Tap!
Sekali lagi terasa ada titisan air mengenai wajahnya. “Ish... air apa pulak ni?” Dz dalam keadaan rengsa tubuh, bangun duduk meliar pandangan ke sekitar mencari kelibat Qaifa.
Dalam kepalanya beranggapan bahawa mungkin Qaifa yang sengaja titiskan air ke mukanya berniat untuk mengganggu tidurnya. Mungkin mahu membalas apa yang dia buat pada wanita itu tadi.
Malangnya, setelah mengamati sekeliling… tiada sesiapa. Air itu masih menitik dari siling jatuh di atas kepalanya membuatkan dia mencongak. Tiba-tiba matanya menjojol. Ada sesusuk melekat di siling dengan lidah panjang terjelir hingga hampir mencecah ke mukanya. Lelaki itu mereguk liur sembari terkebil-kebil bibir mata di saat bertentang dengan makhluk yang menakutkan itu. Lama mereka bertentang mata.
Tiba-tiba makhluk itu melompat ke atas Dz. “Mama!” jeritnya sekuat hati kerana terkejut.
Sesusuk itu ditendangnya hingga melambung ke dinding dan dia berlari keluar dari bilik. Dilihatnya sesusuk itu masih mengejarnya. Serupa hantu kopek bentuk figura makhluk aneh itu. Berpeluh Dz melarikan diri. Suasana rumah tersebut kelam dan sunyi seperti tidak berpenghuni.
“Mama! Papa! Qaifa! Mana semua orang? Anybody help me please?” Puas Dz melaung memanggil penghuni dalam rumah itu.
Sunyi. Dia berasa aneh. Langkahnya sudah diperlahankan kerana kepenatan berlari sebaik memastikan sesusuk yang menakutkan itu tidak lagi mengejarnya. Kini, dia sedang berdiri berhadapan dengan kolam renang. Kelihatan seorang gadis sedang berenang di tengah kolam itu membuatkan Dz tertarik untuk pergi melihatnya dari dekat.
“Hello? Hai, miss?” sapanya, mendatar.
Gadis itu berhenti berenang dan berdiri membelakanginya. Hanya mematung di situ. Dz hairan juga gadis itu boleh mandi seawal pagi begitu. Tidak sejukkah dia?
“Miss? Tak sejuk ke mandi awal begini?” soal Dz setelah melihat kekakuan si gadis.
Masih lagi sepi. Dz tak puas hati, lalu dia berjalan ke sebelah kanan tebing kolam untuk melihat gadis itu secara berdepan. Tiba di hadapan gadis yang sedang menunduk itu, lelaki itu duduk mencangkung. Dia mahu lihat rupa sebenar gadis itu. Biasalah manusia ni, selagi tak dapat tengok apa yang dia mahu tengok, selagi itu dia tak puas hati. Begitulah Dz.
“Miss?”
“Ya, abang....” jawab gadis itu dengan suara garau persis suara lelaki versi air menggelegak membuatkan Dz terduduk kerana terkejung tubuh mendengarnya.
Gadis itu mengangkat kepalanya melempar tenungan tajam terhadap Dz seraya tersenyum menyeringai membuatkan lelaki tersebut sekali lagi menyengkang pelupuk mata. Tubuhnya automatik terundur ke belakang sedikit demi sedikit.
“Qaifa?” Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya setelah melihat rupa Qaifa yang berubah jadi pucat dan berurat-urat hijau timbul pada setiap genap wajahnya sambil mendatangi Dz.
“Cantik tak saya yang sekarang setelah awak membiarkan saya selama berjam jam dalam bilik mandi tu? Hingga saya mati kesejukan. Itu yang awak mahu dari saya, kan? Nak tengok saya mati! Sekarang saya nak awak ikut saya. Kita mati bersama-sama.” Terburai tawa nyaring wanita itu, menyeramkan Dz.
Dz geleng kepala dan cuba untuk bangkit. Dengan tidak semena-mena kakinya ditarik masuk ke dalam kolam. Terpekik dia minta tolong. “Tolong! Tolong!”
Malang sekali, tiada siapa yang mendengarnya. Akhirnya, dia lemas dan tidak lagi bernafas. Daya penglihatan lelaki itu juga kian terhapus dan lenyap.
“Awak? Bangun!” Kedengaran suara seseorang sedang memanggilnya meminta dia bangun.
‘Malaikat dah datang ke nak soal aku? Alamak, aku tak sedia lagi,’ soal hati kecil Dz, gementar.
“Dz? Bangun solat,” suara itu masih lagi kedengaran.
Terasa tubuhnya dicuit-cuit dengan hujung jari membuatkan dia terjaga. Kelopak matanya dibuka sedikit. Figura Qaifa terpacul di hadapan muka dengan siap bertelekung. Apalagi, Dz terperanjatlah melihatnya terus terbangun duduk. Riaknya seperti orang ketakutan benar.
“Kau siapa? Kau hantu, kan? Jangan bunuh aku! Jangan! Aku janji tak kacau kau lagi! Janji, pergi pergi pergi! Jangan bunuh aku. Aku merayu...” Dz sudah bersujud di atas katil menghadap Qaifa dengan kelam-kabut jemari disusun memohon ampun.
Qaifa memberi pandangan pelik melihat keadaan Dz. “Siapa pulak yang nak bunuh awak? Saya manusialah bukan hantu. Awak ni dah kenapa? Dahlah subuh tadi kutuk saya pocong. Lepas tu, tinggalkan saya dekat bilik air tu seorang diri sampai naik kering saya dekat situ. Sekarang awak tuduh saya nak bunuh awak pulak? Apa masalah awak ni, hah?” Berjela dia menceceh membuatkan Dz termalu sendiri.
Automatik dia berlagak normal dan kembalikan riak wajah ketatnya itu. Hilang habis riak ketakutannya tadi. Cuba mengawal perasaan malu. Baru dia sedar yang dia cuma bermimpi bahawa Qaifa telah menjadi hantu dan mahu membunuhnya hanya kerana dia membiarkan wanita itu kesejukan dalam bilik air begitu lama. Huh, gila punya mimpi. Wajahnya disapu beberapa kali dengan kedua telapak tangan sebelum kembali memfokus pandangan pada Qaifa.
“Er... em... kau… kau buat apa dekat sini? Bukan ke kau dalam bilik air tadi?”
“Ya, tapi saya keluar lepas saya tengok awak dah terlena. Saya dah siap keluar breakfast lagi. Mak su pun dah balik. Awak tu yang tidur mati sampai tak sedar apa jadi. Now, dah masuk waktu zuhur. Jom, solat berjemaah. Subuh tadi awak dah terlepas.” Qaifa mengajak Dz menyertainya solat zuhur berjemaah setelah menjelaskan apa yang berlaku pagi tadi.
Dz mengehmbus nafas lega kerana dia sudah yakin figura di hadapannya itu bukanlah hantu tetapi manusia. “Kau pergilah solat. Tak payah nak ajak aku. Aku tahulah nak solat kejap lagi. Tak payah nak berlagak alim sangat. Kau tu pun belum tentu masuk syurga,” balas Dz walau dalam nada mengendur namun, masih kedengaran berbaur sinis kerana tidak suka ditegur perempuan itu tentang agama. Dia merasakan seolah-olah dia buta agama pula.
“Awak... saya cuma ajak awak menjalankan kewajipan kita sebagai hamba Allah berjemaah supaya nanti kita boleh masuk syurga bersama. Bukan saya nak tunjuk alim di depan awak. Saya pun tahulah banyak kelemahan saya dalam ilmu agama sebab tu saya yang memang status Islam ni pun masih mendalami ilmu agama kita. Masa muda nilah kita kena perbanyakkan ibadat kita sebelum maut memanggil. Tak begitu, Dz?” Qaifa memberi tazkirah.
“Kau tak payah nak sekolahkan akulah. Kalau nak solat ke apa, pergilah jelah! Yang kau tazkirah aku tengah hari buta ni apahal? Ingat, kau tu isteri aku. Hormat sikit.” Dz tersentap ditazkirah oleh Qaifa dan terus menghilang ke dalam ruangan mandi.
“Saya bukan nak sekolahkan awak. Saya cuma ajak awak buat kebaikan. Sama-sama dapat pahala. Saya tahulah saya ni isteri awak. Saya tahu nak hormat awak. Bukannya saya tengking awak pun masa ajak solat tu. Saya cakap lembut je, kan. Awak yang nak melenting tak tentu pasal.” Qaifa cuba membetulkan prasangka sang suami.
“Diamlah! Aku nak mandi. Kau pergilah sana. Sibuk je nak jaga tepi kain orang,” tempelak Dz.
Qaifa tergeleng kepala bila dia dimarahi sebegitu. Setelah itu, dia terus solat zuhur sendiri tanpa menunggu Dz. Jika ditunggu pun belum tentu lelaki itu mahu berjemaah dengannya. Sudahnya, wanita itu solat sendirian sehinggalah selesai berserta doa dipanjat ke hadrat Ilahi.
Sesudah itu, dia melamun sendiri mengenang nasib diri. Sampai bila lelaki itu mahu bertutur kasar dengannya? Sampai bila Dz mahu bersikap dingin dengannya? Sampai bila lelaki tersebut mahu bersikap jengkel dan psiko sebegitu? Sungguh Qaifa tidak mengerti mengapa dia bersikap seperti itu? Mengapa hanya dengan dia lelaki itu menjadi seorang yang kasar dan menyakitkan hati? Mengapa dengan orang lain dia kelihatan seperti seorang yang baik dan penyayang? Tanpa sedar sebuah keluhan hampa terluah dari bibirnya.
“Qaifa... kau dah tersalah anggap tentang Dz selama ni. Kau sangkakan dia seorang yang baik dan penyayang. Tetapi, apa yang kau fikirkan itu semuanya bercanggah. Bertabahlah wahai hati…” Qaifa menghela nafas seketika sebelum berlalu keluar dari bilik itu meninggalkan Dz sendiri dalam kamar mandi.
EDIT NEW VERSION UPDATE 21 OKT 2021
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top