05 🍎 FOTO HAIWAN
Beryl dan Sylvan berkerut seribu. Kenapa begitu banyak gambar haiwan yang terpampang di sini?
"Siapa yang letak gambar binatang ni dekat sini?"
Beryl mengusap dagunya yang berjambang.
Sylvan mengangkat bahunya.
"Entah. Tapi foto ini semuanya begitu cantik."
Ikhlas Sylvan memuji.
"Betul. Aku setuju. Comel betul."
Beryl mengangguk sambil terus merenung foto-foto haiwan tersebut.
"Tapi mengapa, ya?"
Sylvan menjongketkan keningnya.
"Apa?"
"Apa tujuan gambar ini dipampangkan?"
Sylvan tertanya-tanya.
"Aku yang letak! Wohoo!!"
Suara seorang gadis berkerudung menyampuk.
"Er? Siapa kau?"
Beryl menjongketkan keningnya.
"Aku adalah gadis yang meletakkan foto-foto itu semua di sini. Wohoo!!!"
Ujar si gadis berkerudung dalam nada teruja dan penuh ceria.
Sylvan dan Beryl berkerut dan berpandangan sesama sendiri. Perempuan pelik
Sylvan menahan ketawa.
"Apa motif kau?"
Tanya Beryl sambil menyilangkan kedua tangan di dada.
"Pertandingan."
Si gadis yang menyembunyikan wajahnya di sebalik kerudung tersenyum.
"Pertandingan apa?"
Sylvan bertanya.
"Pemenang akan dapat 10,000 keping syiling emas!Wuhuuuu!!!"
Ujar si gadis riang sambil menggoncang uncang yang kellihatan berat.
Biji mata Sylvan dan Beryl terbuntang luas! Apa kena budak ni?! Tapi Ini peluang keemasan!
"Apa patut aku buat untuk menang?"
Beryl bertanya. Cuba menyembunyikan perasaan terujanya.
"Ini pertandingan kapsyen. Berikan kapsyen berdasarkan foto-foto tadi. Pemenang akan dapat hadiah tersebut! Tiada had perkataan! Kapsyen yang paling menarik dan mampu menangkap hati aku akan menang! Wohoooo!!!!"
🎉🎉🎉🎉
Ujar si gadis penuh riang dan meriah! Seperti biasa.
"Oh! pembaca pun boleh cuba! Wuhuuuu!!"
"Boleh aku bagi kapsyen tu sekarang?"
Tanya Beryl tidak sabar.
"Ya! Silakan!!Wuhuu!!!"
"Kasih sayang ibu.."
Ujar Beryl penuh yakin.
Si gadis terdiam. Tergamam. Apakah?
"Kau ingat boleh menang dengan kapsyen remeh macam tu.?"
"Remeh kau kata? Kasih syg ibu luar biasa tau!"
"Haiwan memiliki perasaan dan kasih sayang."
Sylvan mencuba.
"Bosan...."
"Setiap ibu memiliki cinta luar biasa!"
Cuba Beryl lagi sekali.
"Bosan...."
"Tanpa ibu tiada keindahan."
Sylvan mencuba nasib sekali lagi.
"Bosan..."
"Cinta ibu tiada nilai!"
"Indah dunia kerana kelahiran."
"Anak baik ibu sihat!"
"Dunia yang dipenuhi dengan kehidupan adalah hadiah."
"Hargai ibu!"
"Tanpa ibu tiada kelahiran."
"Kuasa ibu!"
"Kasih sayang ibu ibarat dunia yang luas."
"Kasih sayang ibu ibarat 10,000 keping syiling emas!"
Bersungguh-sungguh Beryl dan Sylvan memberi kapsyen. Bergilir-gilir dua orang sahabat itu berteka-teki.
1 JAM KEMUDIAN
"Bosannya...tak ada faktor gempak langsung."
Si gadis berkerudung menguap.
"Aku ada satu yang paling gempak dan unik."
Beryl tersenyum sinis dengan penuh yakin.
Sylvan menjongketkan keningnya.
"Apa?"
"Mak cantik. Anak cantik. Mak buruk. Anak buruk."
Beryl berseleroh. Tertawa kecil setelah bosan mengutarakan kapsyen.
Sylvan menyiku Beryl.
Si gadis menjuihkan bibir.
"Kepala otak kau."
"Setiap kelahiran itu adalah indah dan perlu dihargai."
Sylvan mencuba bersama seulas senyuman.
Beryl menjeling Sylvan. Cis, bunian ni cuma positifkan ayat negatif yang disuarakan Beryl tadi.
"Cuba lagi. cuba lagi!"
Si gadis membentak!
"Maafkan saya, tapi boleh saya cuba?"
Seorang lelaki siluman datang menyelit di antara Beryl dan Sylvan.
"Graig?"
Sylvan terkedu.
"Uh..apa kau buat kat sini?"
Beryl mencebik. Musuh tradisinya suatu ketika dahulu. Itu pun kalau korang ingat.
"Sila cuba tuan! Berikan kapsyen luar biasa berdasarkan foto di sini! Pastikan kapsyen itu mampu memenangi hati aku untuk memenangi 10,000 keping syiling emas! Tiada had patah perkataan! Wohoooo!!! 🎉🎉🎉🎉 "
"Oh, menarik! "
Graig teruja.
"Jangan haraplah kau boleh menang. Aku dan Sylvan dah berejam duduk sini mencuba. Perempuan ni menipu."
Beryl berbisik geram.
"Semoga berjaya Graig!"
Sylvan menepuk bahu Graig.
"Hmph..jangan haraplah boleh menang."
Beryl menghembuskan keluhan.
"Tak apa. Aku nak cuba sekali je untuk suka-suka. Lagipun aku sibuk."
Graig tersenyum.
"Nyatakan kapsyen tuan!"
Si gadis bersuara nyaring!
Hmmm.. jari telunjuk diletakkan di dagu. Graig berfikir sejenak. Pandangan matanya merenung setiap foto dengan penuh penghayatan.
"Hmmm.. Haiwan bersifat kemanusiaan. Manusia pula lebih kebinatangan."
Ujar Graig bersama senyuman.
"Apahal ?"
Ujar Beryl tak puas hati. Kenapa bangsa manusia yang dicuit?
Si gadis terdiam.
"Heh, aku dah agak, Tak akan dapat punya."
Beryl tersenyum sinis.
"TAHNIAAHHHH!!! KITA SUDAH ADA PEMENANG!!! WOHOOO!!!"
Si gadis melompat riang!!! Terkinja-kinja!!!
"Wahh.. tak sangka."
Graig tersenyum.
Sylvan menepuk tangan dengan pandangan mata terbuntang. Susah nak percaya tapi apa boleh buat?
"Apa ni?! Apa hal pulak dia menang?!"
Beryl tidak puas hati!
"Inilah kapsyen yang aku nantikan! Sempena kempen hapuskan pembuangan bayi!"
"Tapi ini tak adil!Apahal bangsa manusia yang disebut!Kenapa tak bunian atau djinn ke apa?"
Beryl merenung tajam pandangan mata Graig Rastus Greguska.
Tidak sudah-sudah Beryl tidak puas hati.
"Sebab manusia memang binatang."
Ujar Graig selamba seraya itu dirinya terus berlalu pergi bersama 10,000 keping syiling emas.
Sylvan hanya sekadar tersenyum seperti kerang busuk.
****
"Don't forget to vote!"
P/S : Sedih tengok article bayi yang dibuang masa tlg buat kerja sekolah adik. Binatang pun tau sayang anak. Maka siapa yang lebih kemanusiaan? Siapa yang lebih besifat binatang?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top