11 Januari

Oh, saya sedang berada di dalam kelas! Agaknya, tahun berapa ya ini?

Saya mengatur langkah ke hadapan kelas. Beberapa contengan di atas meja yang saya yakini miliknya Shahrul, ketua kelas saya, saya baca perlahan sambil terkekeh sendiri.

Saya bergerak ke meja yang selanjutnya. Beberapa perkataan tidak dapat saya tangkap kerana ada yang kabur. Walhal, misi saya di sini adalah ingin mencari maklumat di bawah sedar milik saya.

Entahlah, saya masih tidak pasti dengan perasaan saya. Indahkah jika kita ingin mengimbau kenangan?

Tetapi, kalau pada saya, ianya indah. Saya mahu jadi 'forever young'!

Akhirnya, saya mula sampai ke penghujung kelas. Nama yang tertera di atas meja, saya amati dengan perasaan sebak.

"Adam Lee."

Saya menghela nafas penuh sayu. Entah mengapa, pelbagai kenangan masa lalu, menderu masuk tanpa henti di minda saya. Yang pahit dan yang manis, segalanya.

Kepala saya tiba-tiba sahaja berpinar. Tangan saya terketar-ketar mencapai apa apa sahaja yang ada untuk dijadikan pemangku kepada badan saya yang mulai melembik ini. Saya ingin pergi dari kelas ini!

Saya mula mengambil langkah untuk merangkak. Saya benar-benar tidak sangka, dengan pergi ke kelas ini, mampu menimbulkan luka yang paling dalam ke dalam hati saya.

Saya terpandang tangga di hadapan kelas.

Ah! Kenapa segala perkara yang berlaku, mengingatkan saya kepadanya?

"Saya mahu bangun.." Kata saya sambil menepuk pipi saya sendiri.

Lima saat, tiada apa-apa perubahan. Saya mula berasa berang. Seakan diri dipermainkan di dalam mimpi sendiri.

"Hei bangunlah! Cukuplah bermimpi! Saya mahu bangun!! Saya mahu lupakan segalanya!"

'Tipu,' Sekilas, saya menoleh. Rasanya tadi, ada sesuatu seakan berbisik pada corong telinga saya.

'Kau tipu. Kau tak nak pun lupakan dia kan?'

Sah! Ada sesuatu sedang berbisik ke telinga saya.

"Diamlah! Saya mahu bangun!!!" Entah dari mana saya dapat kekuatan untuk berdiri semula. Dan hei! Ini kan mimpi saya.

Saya tarik baju saya ke atas. Parut pada bahagian perut belah kanan itu saya cubit sekuat hati.

"Lupakan tentang misi! Saya mahu bangun!!!"

-

-

-

Dan saya pun terbangun.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top