03 ; Beg

❀❀❀


Setelah selesai membeli barangan mentah untuk dimakan selama seminggu, Rahee melabuhkan punggungnya di atas sofa. Sungguh bahagia hidupnya apabila tiada sebarang gangguan mahupun sesuatu yang mungkin membuat dirinya stress.

Tiba-tiba, terlintas wajah seseorang di dalam mindanya. Wajah seorang lelaki yang kelihatan segak berpakaian sut lengkap seperti orang-orang atasan. Lelaki yang pernah membantu mendapatkan kucingnya yang tersangkut di atas pokok.

"Eh kejap. Kenapa aku tiba-tiba terfikir pasal lelaki tu?" Soalnya sendirian sambil berkerut tanda hairan.

"Kalau tengok daripada muka dia, aku rasa umur dia..." Rahee cuba berfikir.

"32 tahun?" Rahee meneka.


❀❀❀


"Uhuk!" Jungkook terbatuk-batuk selepas tersedak ketika meminum latte panas yang diberikan oleh Taehyung.

"Eh tuan! Jangan mati dulu! Gaji saya tuan tak bayar lagi!" Jerit Taehyung gelabah.

"Aku tak mati lagi setan. Aku tersedak je." Marah Jungkook lalu membaling kasutnya ke arah Taehyung.

"Aduh!" Taehyung menjerit kesakitan.

"Hmm aku ada benda nak tanya kau ni."

"Apa dia?"

"Mana kau dapat maklumat tentang Rahee?" Soal Jungkook ingin tahu.

"Ouh. Hari tu dia ada campak beg sandang dia atas jalan sebelum dia tendang tuan dan pergi macam tu je. Jadi saya ambil dan bawa balik. Tak sangka dalam beg tu penuh dengan maklumat peribadi dia." Balas Taehyung lurus.

"Jadi, mana beg tu sekarang?" Soal Jungkook menahan geram.

"Ada dalam— kejap. Kenapa tuan tanya?" Soal Taehyung hairan.

"Apa kau fikir aku nak biarkan orang asing ada maklumat peribadi bakal isteri aku?" Soal Jungkook semula sambil menaikkan sedikit keningnya.

"Ehehehe sorry. Saya akan pulangkan sekarang juga." Kata Taehyung lalu segera beredar daripada pejabat milik Jungkook.

Malas hendak melayan kerenah pelik Taehyung itu, Jungkook hanya mengabaikannya dan menyambung kerjanya semula. Sesekali anak matanya tertancap pada gambar Rahee yang sudah diletakkan di dalam sebuah bingkai gambar.

Kadang-kadang kerjanya agak terganggu kerana gambar Rahee itu. Sungguh tidak senang hatinya apabila masih tiada masa untuk memperkenalkan dirinya kepada bakal isterinya itu; bakal isteri tak rela.

"Jeon Jungkook!" Jerit satu suara.

Satu suara yang amat dikenalinya. Satu suara yang membuatkan dirinya rimas dan lemas. Jung Hera. Adik perempuan kepada kawan baiknya, Jung Hoseok. Walaupun adik kepada kawan baiknya, dia tetap berasa rimas kerana hampir setiap hari gadis itu datang melawatnya.

"Apa awak buat dekat sini?" Soal Jungkook dingin.

"Alahai. Salah ke nak melawat bakal suami sendiri?" Soal Hera semula sambil tangannya memegang bekal makanan.

"Tolong jangan jadi perigi cari timba." Kata Jungkook memerli Hera atas sikap dan perbuatannya itu.

"Nah. Ini bekal yang saya masakkan untuk awak." Hera tidak mengendahkan kata-kata Jungkook malah memberikan Jungkook sebekal makanan.

"Awak makan sajalah. Saya tak ada selera." Kata Jungkook menolak tawaran Hera yang memberikannya bekal makanan itu.

"Awak sakit ke? Awak demam? Jom kita pergi—"

"Mata saya sakit tengok muka awak. Jadi tolong keluar sebelum saya panggil pengawal untuk heret awak keluar." Arah Jungkook sambil menunding jarinya ke arah pintu.

"Apa yang saya dah buat sampaikan awak benci sangat pada saya?" Soal Hera sambil menahan marahnya.

"Saya tak suka pada perempuan yang terhegeh-hegeh dan berusaha dapatkan apa yang dia nak. It's more like, pathetic?" Sinis Jungkook berbicara.

"I hate you, Jeon Jungkook!" Tengking Hera sebelum dia berlari keluar meninggalkan Jungkook sendirian.

"Run and go far far away! Bye!" Jerit Jungkook membalas tengkingan Hera.

Tidak lama kemudian, Taehyung kembali bersama beg sandang yang dimaksudkan olehnya. Perasaan ingin tahu jelas terukir di wajahnya.

"Apa yang jadi? Kenapa Hera menangis?" Soal Taehyung hairan.

"Nothing." Ringkas Jungkook membalas soalannya.

"Tch. Nah. Ni beg yang saya maksudkan tu." Taehyung meletakkan beg sandang itu di atas meja selepas menghadiahkan satu jelingan kepada Jungkook.

"Kau pasti kau tak curi apa-apa maklumat tentang Rahee?" Soal Jungkook sambil memandang tajam ke arah Taehyung.

"Alahai. Buat apa saya nak curi maklumat tentang Rahee? Takkan lah isteri saya yang dekat rumah tu saya nak abaikan? Please. Saya bukan playboy macam tuan." Balas Taehyung dengan kata-kata pedas.

Lidah Taehyung yang tajam itu bagaikan pisau belati yang mampu menikam dada seseorang. Itulah apa yang dirasakan oleh Jungkook.

"Mulut kau memang tak ada insuran kan? Kalau boleh, nak je aku jahit mulut kau tu." Kata Jungkook geram.

"Umur baru 22 tahun, tapi cepat sangat marah. Mohon cepat tua!" Balas Taehyung dengan beraninya lalu keluar meninggalkan Jungkook.

"Sial punya assistant. Sabar je lah aku dengan dia." Kata Jungkook menyumpah Taehyung lalu menggosok dadanya agar dirinya dapat bertenang.


❀❀❀


Rahee yang duduk bersila diatas sofa itu berkerut dan kelihatan serius sambil berfikir tentang sesuatu. Sesekali jarinya bermain di dagu dan di dahi. Dia.. terlupa sesuatu.

"Hmm. Aku yakin aku hilang sesuatu. Tapi aku tak pasti apa benda. Haih." Rahee mengeluh berat.

"Ish geramlah!" Rahee mencampak bantal yang dipeluknya ke atas lantai.

Kemudian, Rahee kembali sedar dan teringat pada sesuatu.

"B-beg aku..." Rahee terkedu.

"ARGHHHH!"


❀tbc❀

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top