terdesak: desperate

Sesungguhnya aku adalah manusia gila. Aku terima hakikat bahawa aku adalah gila. Aku tidak lari dari pernyataan dan keadaan kegilaan aku, malah aku menerima ia dengan isi hati yang terbuka. 

Selain itu, aku adalah seorang penulis. Aku menulis karya-karya yang berkiaskan dari dunia realiti aku dan aku campur adukkan ia dengan sesuatu yang aku namakan sebagai sebuah mimpi dan harapan. 

Dan apabila yang aku masukkan itu adalah kegilaanku, aku maksudkan ia dengan segenapnya. Aku melangkah dan mencabar diri aku untuk sentiasa menerima sesuatu. Caci lah aku. Aku akan berasa duka, berasa sakit. Berasa ada yang pecah di dalam dada ini dan berasa kepalaku yang meluap seperti mahu pecah.

Tidak, aku tidak akan memberhentikan ia. Berikan aku segala rasa. Aku mahu rasa semuanya. Semuanya. Agar aku dapat luahkan, ekspresikan dan terjemahkan dalam bentuk penulisan. Aku ingin karakterku, ceritaku, situasiku untuk sentiasa berasa hidup.

Aku adalah manusia terdesak. Setiap apa yang aku lakukan akan menjadi sebuah obsesi sehingga ada manusia yang waras akal serta bernaluri prihatin menarik aku keluar dari kancah ini. Seperti dia, manusia baru.


Mungkin kerana itulah, aku selalu menolak dia. Kerana diri aku yang sebenar cintakan segala kegilaan ini. Kegilaan yang berasaskan kedukaan, kesedihan, keperitan dan berakhir dengan letusan kemarahan dan seterusnya rasa kosong yang membawa kepada tertawa besar terbahak-bahak penuh puas. Kemudian, kamu tahukan apa yang akan terjadi kepada sifat dan syarat kepada keseimbangan dunia setelah aku mula lelah bersuka ria?


Benar, putaran itu membawa aku kembali kepada rasa hiba.


Maka kerana itulah, aku sukar untuk sebenarnya pulih.



Diri aku cenderung untuk jatuh di dalam lohong kegelapan rasa ini.


Aku sukakan ia. Aku cintakan ia.



Dan aku,



Obsesi kepadanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top