malam bunga api

--

Februari, apa yang indah tentangmu?

Aku duduk termenung menghadap tingkap. Percikan bunga api yang menghentam kuat, halwa telingaku, aku nikmati bunyinya dengan seadanya. Kalau dahulu, lolongan anjing-anjing gila yang menjadi santapan sepasang telinga kecil ini, namun situasi mula terganti sama dengan masuknya tahun baru pada hari ini.

Aku mencapai kertas kajang berlambangkan sekolahku yang lazimnya aku simpan di dalam rak. Perlahan-lahan, jemariku mula ikut menari, seiring dengan betapa rancaknya bunyi bunga api itu.

Merah, oren, kuning dan hijau. Refleksi warna-warna bunga api yang mengambil tempat dan menukar kondisi sesama mereka, tidak menganggu tumpuanku untuk melakarkan apa sahaja perkara yang bergentayangan di dalam minda sibuk ini.

Apa yang aku tulis? Yang pasti, bukan benda puitis. Jika diketahukan oleh teman-teman kaki menyalak, pasti tujuh keturunan, tidak habis aku dibahan. Cukuplah, momen sampahku dengan satu dua perenggan yang dinamakan puisi itu, bermaharajalela di dalam ingatanku. Aku serik.

Aku membaca kembali apa yang telah aku nukilkan di atas kertas kajang itu.

Februari, apa yang indah tentangmu?

Selain daripada tarikh lahir inspirasi kehidupanku iaitu Jung Hoseok, apa lagi?

Sebentar, adakah kau sedang mentertawakanku?

Kawan, andai kau tahu, betapa lagu-lagu merekalah yang telah berjaya menahan gelora bunuh diriku dari terlaksana serta dengan izin-Nya.

Kau tidak tahu, kawan. Kau tidak tahu. Malah, senang untuk aku katakan, kau tidak menyelidik. Maka, lebih baik kau teruskan membaca sambil membuang niatmu yang ingin mencemuh perilaku-ku yang mencintai mereka.

Aku kembali membaca lagi, bait ayat seterusnya.

"No one in this house will ever ask, 'Afrina, are you okay?'."

Sungguh menyayatkan, fikir aku.

Dahulu kala, aku pernah membicarakan tentang bagaimana kita boleh mencari kebahagiaan kita sendiri. Ternyata, ayatku itu telah mula memakan kembali tuannya. Sedikit demi sedikit.

Adakah aku menyesal? Ya. Adakah aku mahu memperbetulkannya? Tidak.

Bukankah ia senang?

Mungkin.

Malam bunga api, aku habiskan dengan melambung badan ke arah katil lalu menarik gebar ke paras kepala.

Selamat malam, Februari.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top