Kerinduan Terakhir.
A piece of art. Adam Lee juga pernah berkata, kesakitan itu indah.
Sampai sekarang, saya masih sesalkan perkara yang jadi sewaktu saya bersama Adam Lee. Saya gagal memahami dia. Saya gagal menerima dia. Saya gagal segala-galanya.
Saya memaksa dia menjadi seseorang yang bukan dia. Saya terlalu buru inginkan dia hidup dalam acuan saya. Saya katakan pada dia, agar tidak terlalu melayan kesakitan ini.
Saya silap apabila saya katakan hidup dalam kesedihan itu tidak normal. Saya menghukum dia di atas kesakitannya. Ya allah..betapa tidak rasionalnya saya pada ketika dahulu.
Adam Lee, jika kamu membaca ini, ketahuilah. Saya sudah menerima kifarah saya. Kifarah kata kata 'aku kecewa pada kau' oleh seseorang yang melahirkan saya yang dituturkan di depan muka saya. Saya sudah melalui itu.
Kini, saya mengekspresikan perasaan ini dalam bentuk penulisan. Sama sahaja olah gerak yang saya pernah lakukan sewaktu saya bersama kamu. Bezanya, waktu itu kita bersama-sama di Wattpad. Dan sekarang, saya sendiri di Twitter.
Adam Lee. Maaf kerana imbauan yang berlaku secara tiba-tiba ini. Saya kira, saya belum cukup meminta maaf kepada kamu. Semoga memori bersama kamu, dihapuskan Tuhan. Terima kasih kerana mengajar saya erti kehidupan.
Yang terindah, Ezzuwan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top