gelap pekat malam
Oh God, bagaimana aku mahu memulakannya?
Dalam banyak-banyak bulan, entah kenapa ada sesuatu tentang Februari yang sering mencengkam pedih ke dalam jiwaku. Segala titik mula kepada sesuatu yang dinamakan sebagai kesengsaraaan, kesemuanya bermula dengan bulan ini.
Mengimbau kembali memoria dua tahun yang lalu,
Di saat aku berjumpa dia yang aku yakin bahawa dia adalah yang terakhir.
Maka dengan sucinya, aku mempergadaikan kesemua cebisan hatiku yang masih tertinggal. Untuk aku berikan kesemuanya kepada dia.
Ah...how pathetic..
Aku bangkit dari perbaringan. Tahun ini, 2023, percikan bunga api sudah berakhir dari seawal purnama. Aku toleh jam dan kalendar di dinding.
2.14 pagi, 16 Februari 2023.
Aku tidak mengeluh walau tiada sebarang percikan bunga api berkilauan megah di langit. Bagiku, kesunyian gelap malam ini lebih mendamaikan dari segalanya.
Aku sudah mati jiwa dan rasa untuk meminta apa-apa. Aku rasa, perkataan harapan pun mungkin sudah hilang di dalam kamus hidupku.
Tidak. Bukan bererti aku sudah mahu mati. Cuma, aku sudah tidak ada keinginan untuk berharap langsung. Yang ada teruskan ada. Yang tiada, biarkan sahaja.
I don't even care anymore. Whatever.
Aku memeluk tubuh di sebelah tingkap. Fon telinga berwayarku yang sudah gila aku dakap erat di telingaku. Kenapa sudah gila? Kerana di hujung wayarnya telah rosak. Maka, sebarang pergerakan hatta seminimal mana sekalipun, bakal merangsang segala sensor yang menghubungkan antara fon telinga itu dan juga telefonku. Boleh jadi telefonku akan memainkan ramalan kaji cuaca, boleh jadi juga telefonku membuat panggilan kepada entah siapa-siapa atau jika bernasib baik, telefonku akan memain sebarang lagu yang ada di laman Spotify milikku.
Aku membetulkan posisi badanku. Automatik, alunan takdir dari band Indie, Dialog Senja yang bertajuk Lara berkumandang di telingaku. Aku kira lagu ini adalah sebuah takdir.
Ketika senja datang
Ku merasa setengah diriku menghilang
Bagikan tak berdosa
Kau hancurkan rasa yang selama ini ku tanam
Saat semuanya telah pergi
Bayangmu kembali mengisi
Entah apa yang kau mahu
Ku tak berhak lagi tuk mengungkit kembali.
Menghapus tinta yang pernah kau lukis di kanvas hatiku
Merobek semua
Bayangan
Yang tampak di relung sukmaku
Ego telah menghasutku tuk kembali padamu...
Namun logika berkata baiknya ku menjauh.
Jauh
Jauh
Jauh
Jauh.
"Kanvas."
Aku mula duduk di meja belajarku. Lacinya aku tarik lalu aku keluarkan sehelai kanvas putih dan sepasangan bekas krayon.
Aku tutup mata. Jemariku ligat mengikut alunan melodi yang sedang ku dengar. Aku bukan pelukis. Jauh lagi ahli muzik. Tetapi, pada waktu itu, aku serah dan persembahkan jiwaku kepada kanvas putih itu.
Jauh
Jauh
Jauh
Jauh.
Perlahan-lahan, pelupuk mataku aku buka. Aku merenung kosong kanvas yang masih putih itu. Sekosong renunganku.
Oh.
Aku lupa.
Aku mana ada lagi baki jiwa dan rasa untuk aku ceritakan pada dunia.
Segalanya telah hitam dan malap.
Ditelan gelap pekat malam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top