5+6 untuk 10 hari

November 13, 2018.
Mungkin Tuhan Mahu Menduga.

November 13. Jemari terketar, sakit terasa di atas lengan. Tuhan, binasa apa ini?

Menari jemariku, menulis tiap bait. Terkenang memori meraih markah 39/40 sewaktu mengkaryakan tajuk karangan yang seratus peratus sama. Aku memaksa kotak minda mengingati isi yang telah ditulis. Ku cuba sedaya upaya menghasilkan yang terbaik.

Tetapi aku tewas. Mungkin aku terlalu buru memikirkan kesakitan di atas lenganku itu. Mungkin aku terlalu banyak bersoal 'apakah salahku, Tuhan'. Mungkin aku tidak bersyukur dengan nikmat lain yang telah Dia kurnia.

Mungkin.

Aku termenung. Isi karanganku dibaca kembali. Tunggang terbalik. Sejenak arahan dilontar.

"Masa menjawab telah tamat. Calon dikehendaki meletakkan pen di atas meja. Kertas 1 Bahasa Melayu akan dikutip sebentar lagi."

Melangkah keluar dewan, tidak sedar sudah ada mutiara mengalir deras di pipiku.

"Mengapa ini yang terjadi?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top