06
"Gong Xi Fa Cai, Huan!" Ucap Chenle, Yangyang, Sicheng, Lucas, Hendery, Dejun, Ten dan Kun. Pada hari itu, iaitu pada Hari Raya Cina pertama, mereka berlapan beraya di rumah pertama pilihan mereka, iaitu rumah Huan.
"Gong Xi, Gong Xi. Masuklah", jemput Huan yang berbaju cheongsam yang sangat cantik. Kawan-kawan Huan semuanya berpakaian samfoo, membuatkan mereka kelihatan begitu segak.
(Bayangkan diorang pakai baju samfoo, FUH CAIR AKU (T▽T))
Kelihatan Puan Hee sedang menyediakan makan untuk tetamu yang akan datang. Sebaik dia nampak kelibat kawan-kawan Huan, dia terus melampirkan senyumannya.
"Awalnya datang", kata Puan Hee.
"Kami ikut pilihan, jadi kami pilih rumah ni dulu", bagitahu Kun. Mulut Puan Hee membentuk huruf 'o'.
"Mama, okey ke baju ni?" Tiba-tiba sahaja Hao muncul di tangga. Kawan-kawan Huan terkejut melihat kehadiran abangnya.
"Sejak bila abang Hao balik?" Soal Lucas.
"Baru semalam." Jawab Huan.
Kemudian, nenek pula muncul. Kawan-kawan Huan semua menyapa nenek, "Gong Xi Fa Cai, nenek!". Nenek Huan mengangguk.
"Kejap, aku nak pergi telefon Junnie. Nak bagi ucapan", kata Huan kepada Chenle. Dia hanya mengangguk. Huan segera keluar dari rumah lalu berjalan menuju ke taman permainan yang dia dan kawan-kawannya selalu lepak.
Huan mendail nombor telefon Renjun. Sebaik Renjun mengangkat telefonnya, Huan terus berucap.
"Gong Xi Fa Cai, Junnie!"
"Gong Xi Fa Cai. Macam mana dengan awak? Okey? Gembira?" Soal Renjun.
"Mestilah gembira! Junnie macam mana? Okey di sana?" Soal pula Huan.
"Okey je. Ermm, Huan. Boleh tak saya nak minta satu permintaan pada awak?" Tanya Renjun.
"Apa dia?" Huan keliru.
"Saya nak awak tutup mata, pusing ke belakang, lepas saya cakap 'buka mata', awak buka mata perlahan-lahan", arah Renjun. Huan menurut arahan itu. Dia menutup matanya dan memusing ke belakang.
"Awak boleh buka mata, Huan", lalu Huan pun buka mata dengan perlahan. Reaksinya selepas itu sungguh mengejutkan.
Kelihatan Renjun sedang berdiri tegak dengan tangannya memegang telefon manakala lagi satu memegang sebuah bakul berisi buah-buah mandarin.
Mata Huan mula berisi dengan air mata. Dia tidak sangka bahawa Renjun sedang berdiri di hadapannya, tersenyum. Huan terus berlari ke arah Renjun lalu memeluk erat. Renjun membalas pelukannya, menepuk belakangnya dengan lembut.
"Sejak bila awak balik?" Tanya Huan, masih menangis.
"Semalam baru balik. Rindu tak?" Huan mengangguk, Renjun senyum. Dia kemudian mencium pipi Huan perlahan. Muka Huan mula merah akibat malu.
❝ I'm home, my mandarin love ❞
- the end -
HAHAHAHA SORRY KALAU CERITA NI TAK BEST HSHSHSH
anyways thanks for reading!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top