04


"Mama nak buat kuih bakul ke?" Soal Huan kepada mamanya. Pada hari itu, Puan Hee merancang mahu membuat kuih bakul untuk mereka berdua makan. Lagipun, Raya Cina dah nak dekat, buat apa tangguh kerja?

"Ya, Huan nak tolong ke?" Cepat-cepat saja Huan mengangguk. Dia kemudian duduk di atas lantai dapur, menunggu mamanya menyediakan bahan.

Tiba-tiba,

Ting! Tong!

Kedengaran loceng rumahnya berbunyi, bermaksud ada seseorang sedang berada di luar rumah. Huan bangun semula menuju ke pintu rumah. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia diterjah dengan suara seseorang.

"Huan!!" Rupa-rupanya kawan-kawannya mengunjung ke rumahnya untuk melawat.

"Eh, kamu semua datang?" Soal Huan, pelik dengan kehadiran mereka.

"Kitakan best friend forever, mestilah datang sekali-sekala." Ujar Dejun.

"Mama awak dekat mana? Nak bagi buah tangan ni, mama saya bagi." Tanya Kun kepada Huan.

"Ada dekat dapur", jawab Huan sambil menunjukkan arah di mana mamanya berada.

Mereka semua bergerak ke dapur, kelihatan Puan Hee sudah bersedia untuk membuat kuih bakul. Puan Hee nampak kelibat kawan-kawan Huan, terus melemparkan senyuman manisnya.

"Sejak bila sampai?" Soal Puan Hee.

"Baru je, auntie. Nah, ni ada buah tangan sikit untuk auntie, mama saya yang bagi", kata Kun sambil menghulurkan buah tangan itu kepada Puan Hee.

"Terima kasih banyak-banyak, Kun." Ucap Puan Hee.

"Auntie tengah buat apa? Maaflah kalau kami mengganggu auntie", soal pula Sicheng.

"Tak ada ganggu pun, auntie baru nak buat kuih bakul. Kamu semua nak belajar ke? Nanti bawalah balik hasil air tangan kamu kepada mama papa kamu." Cakap Puan Hee. Mereka semua tersenyum lalu menyiapkan diri mereka untuk membuat kuih bakul.

"Baiknya hati auntie. Saya berdoa agar auntie dengan Huan diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan." Ucap Dejun, diikuti dengan yang lain. Puan Hee ketawa kecil.

"Kamu semua pun baik orangnya. Auntie berdoa agar kamu semua dan keluarga diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan." Ucap pula Puan Hee. Mereka semua berterima kasih.

♡🍊♡

Huan dan kawan-kawannya sibuk menyiapkan kuih bakul. Habis satu dapur bersepah, namun begitu mereka gembira bahawa dapat berkongsi kenangan bersama-sama, walaupun tanpa Renjun di sisi.

Akhirnya, mereka pun selesai membuat kuih bakul. Baunya sungguh menyelerakan. Tidak sabar mahu dimasukkan ke dalam mulut. Pasti penuh dengan selera!

Mereka segera mengemas dapur yang bersepah akibat kekecohan oleh sekumpulan remaja. Setelah selesai, mereka membungkus kuih bakul masing-masing untuk dibawa pulang.

"Kami balik dulu, ya! Terima kasih, auntie, Huan!" Ujar mereka serentak.

Huan dan Puan Hee melambai, turut dibalas lambaian mereka berdua oleh kawan-kawan Huan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top