Bab 2 Puasa

Ketika orang lain berpuasa, Zamri tidak. Dia dengan selamba membuat pesanan di kedai-kedai makan pada waktu siang. Apatah lagi zaman sekarang, boleh beli secara online dan senang terus hantar sampai rumah. Semenjak dia belajar di luar negara, dia sudah terpengaruh dengan rakan-rakan nya di sana. Tidak berpuasa pada bulan puasa. Walaupun ada beberapa kawan nya sudah mula berubah sedikit demi sedikit, Zamri...... Masih tidak berpuasa. Zamri seorang pekerja di sebuah syarikat. Office dan berketerampilan dalam pekerjaan nya. Dia bukan lah orang jahat. Dia baik. Suka tersenyum, buat hati orang lain senang dan berpewatakan natural. Dia sangat jujur. Namun pada bulan puasa.............

Note*waduh mcm kutuk diri sendiri plk hahaha..

Pada tahun itu, 1 Ramadhan al-Mubarak di mulai dengan hormat menurut Zamri. Adik lelaki nya menegur Zamri yang sedap bermalasan di katil.

Adik : puasa pula kau..
Zamri : hormat lah bulan puasa ni.. tak kan 1 Ramadhan tak puasa...

Adik nya sudah terbiasa dengan perangai abangnya itu.. memang tak dapat nak nasihat lagi lah orangnya. Setiap tahun sama saja. Hanya keajaiban lah yang dapat memperbetulkan abangnya itu.. masa berbuka pula, dia ada di meja makan bersama keluarga nya. Dia kelihatan paling lapar antara semua orang itu.

Note* ye la. Memang betul. Kalau tak puasa, lebih cepat lapar dari berpuasa.. ini fakta...

Ayah : umur dah 30 tahun. Masih saja tak puasa.
Ibu : itulah abang . Saya dah cakap kahwin kan je dia. Mesti dia dah berubah. Tak payah nak tunggu dia cari. Memang sampai bila kita tak dapat timang cucu.
Adik : tu lah. Sibuk sangat..

Zamri sudah terbiasa dengan ayat-ayat kutuk. Dia tidak merasa apa-apa. Di tempat kerja, orang lain juga tahu dia tak berpuasa atas alasan ada gastrik dan kalau tak makan dia tak boleh buat kerja. Bos nya tidak berkata apa. Asalkan kerja Zamri siap. Lagipun, Zamri kerja di situ sudah lama. Orang-orang di situ masak dengan perangai Zamri. Setiap tahun, setiap hari pada bulan puasa mereka memberi nasihat. Suatu hari dia bertemu rakan lamanya sewaktu belajar di luar negara.

Zaman : eh kau Zamri!! Lama tak nampak .
Zamri : Zaman! Apa kau ni? Sini kan tempat asal lahir tumpah darah aku... Kau buat apa sekarang .
Zaman : hahaha.. aku..  kahwin dengan orang sini lah.. tahun ni balik sini daaaa..
Zamri : amboi . Dah kahwin tak ajak...
Zaman : kecil-kecilan je. Tak meriah raja sehari pun.. jimat la katakan..
Zamri : ye lah. Beli apa ni?
Zaman : barang raya lah.. cepat ye dah nak raya.. raya tiba-tiba..
Zamri : tu lah. Cepat bulan puasa sekarang. Tahu-tahu dah lagi seminggu raya.

Note*Tiba-tiba hari raya ... Cat rumah separuh nampak baru, separuh cat lama. Hahaha..

Zaman : kau tak puasa memang lah.. aduh...
Zamri : eh tahu-tahu je.. hahaha..
Zaman : berubah lah zamri. Nanti kena azab kang..
Zamri : jangan lah cakap mcm tu..
Zaman : ye lah. Ok lah aku gerak dulu. Raya datang rumah..

Zaman terus berlalu dari situ..

Zamri : suruh datang rumah.. alamat rumah tak bagi..

Itulah Zamri... Dia mungkin nampak jahil bulan puasa tetapi dia sayang akan agama nya. Fasal kawan nya itu, dia juga menyampah.. kenapa dia belum jumpa jodoh lagi ?!!

Akhirnya, berlalu lah sudah bulan puasa, tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira.. Pagi itu, Zamri bangun dan terus mandi untuk pergi solat raya. Dia tidak makan langsung waktu itu.. kemudian, dia balik rumah.. dia sudah tak sabar nak makan makanan kegemaran nya pada hari raya iaitu ayam masak merah yang di buat oleh ibunya. Dia ambil nasi rempah dan ayam merah itu letak di pinggan. Banyak dia ambil. Zamri pun makan.. dia kunyah makanan itu. Ada sesuatu yang ganjil berlaku ...

Zamri : aik? Kenapa rasa lain?
Ibu : apa yang lain? Sama je macam biasa ibu masak .
Zamri : bukan itu ibu. Rasa macam....

Zamri makan lagi sekali. Dia suap ke mulut nya. Memang dia rasa ganjil. Ya, ada sesuatu yang dia rasa ganjil.

Zamri : sepatutnya, zam rasa lapar. Tak makan pun pagi tadi.. kenapa rasa kenyang je ni?
Ibu : aduhh zamri . Apa kau merepek?

Pada akhirnya, Zamri tetap juga menghabiskan makanan itu walaupun dia tidak bernafsu untuk makan. Dia tidak merasa ghairah untuk makan banyak-banyak. Kenapa? Zamri pergi beraya di rumah saudara-mara. Namun Zamri hanya makan sedikit dan minum air. Itu membuatkan ahli keluarga nya merasa hairan. Zamri yang mereka kenal, orang yang kuat makan meskipun badan maintain begitu saja.

Berakhir sudah syawal... Hari itu hari cuti. Ibu nya membuat cucur udang.. Zamri cuba makan cucur udang itu.. dia tidak merasa kan apa-apa. Kerana ragu, dia bertemu doktor. Namun doktor kata deria perasa Zamri dalam keadaan baik.

Zamri : tapi.. kenapa saya tak de... Tak de .. rasa... Macam berselera nak makan..  saya tak selera nak makan. Rasa macam saya kenyang sepanjang masa doktor!
Doktor : sabar.. saya juga tak tahu apa yang terjadi. Cuma di pasti kan deria perasa awak baik-baik saja. Semua ok.

Di tempat kerja ... Rakan sekerja nya mengajak Zamri makan tengahari namun di tolak oleh nya. Satu ruangan tersebut terkejut..

Mura : apa? Sejak bila kau tak nak makan ni?
Syikin : biasa orang tiba-tiba tak makan ni mesti tak lama dah ni.
Jamal : haish kau ni.. bukan-bukan je cakap. Kau putus cinta ke zam...
Zamri : tak ada apa lah. Aku cuma tak ada selera nak makan..

Petang itu pula, di hari yang sama, dia terserempak dengan Zaman di pasaraya besar bersama isteri nya dan anak Zaman.

Zaman : zam! Sini!
Zamri : heiii..

Isteri zaman dan anaknya di suruh Zaman untuk masuk dahulu ke kedai tersebut...

Zamri : buat apa sini?
Zaman : beli barang dapur la.. hujung bulan kan.. apa khabar sekarang? Tak datang pun raya hari tu.
Zamri : sekali aku siku kau, apa pun tak dapat. Alamat tak bagi, macamana aku nak datang. Ingat aku ada poket Doraemon ke?
Zaman : eh sorry sorry... Hahaha.. aku lupa. Lain kali bagi nombor..
Zamri : kan ada fb ..

Mereka cuma borak kosong selepas itu. Zaman juga tahu isteri nya tentu lama kerana cuci mata dalam pasaraya itu.

Zaman : kau nampak runsing je ?
Zamri : nampak sangat ke?
Zaman : dahi kau tu. Asyik berkerut...
Zamri : tu lah. Aku ada masalah yang buat aku fikir setiap masa.
Zaman : pasal duit ke?
Zamri : huh duit? Alhamdulillah semua cukup.
Zaman: habis tu?
Zamri : aku hilang nikmat makan. Sekarang aku tak ada selera nak makan. Tapi aku makan juga untuk hidup. Cuma tak da rasa apa-apa..
Zaman : dah jumpa doktor ke? Mana tau...apa tu .
Zamri : dah. Deria perasa aku ok. Aku sentiasa rasa kenyang. Sebelum ni aku kalau makan punya lah lahap habis. Licin pinggan kalau aku makan.. sekarang.. nak tengok sesenduk nasi pun aku muak...
Zaman : pelik masalah kau ni.. kau dah tanya mana-mana ustaz ke?
Zamri : ustaz? Belum. Nanti aku tanya...

Biarpun tidak ada kena mengena masalah itu dengan ustaz, Zamri tetap cuba untuk menanyakan kepada ustaz. Dia menceritakan masalahnya kepada seorang ustaz...

Ustaz : pertama sekali, kamu kena sabar dengan ujian ini. Ini mungkin ujian untuk menguji kamu.
Zamri : sampai bila ustaz?
Ustaz : cara Allah sayang dengan kita makhluk ini berbeza. Kita tak boleh banding kan nya. Memang nampak seperti azab tetapi sentiasa ada hikmah dalam ujian nya itu. Kamu kena mula dari sekarang untuk berubah. Cuba dekat kan diri dengan Allah.

Zamri di rumah nya, termenung dengan apa yang di katakan oleh ustaz. Apakah benar Allah sedang menguji dia ? Kalau azab, apa pula salah nya?
Kemudian, dia ambil wuduk dan solat ... Dia mula belajar semula tentang solat. Dia ingin sebutan nya benar. Waktu berlalu......

Ibu : Zamri.. anak mak cik siti tertarik lah dengan kamu..
Zamri : hah? Dah 31 tahun umur ni. Tak kan lah ada orang nak.. anak dia pun kita tak pernah nampak...
Ibu : ibu dah tengok. Lawa anaknya. Soleha lagi tuu.. sejuk perut mak dia..
Zamri : jadi?
Ibu : kalau kamu nak, mak boleh tolong pergi merisik..
Zamri : ya lah...

Zamri sudah mula berubah sedikit demi sedikit.. dia belajar tentang agama lebih dalam.. namun masalah nya dari tahun lepas masih belum selesai. Dia juga tidak mahu ambil tahu tentang itu lagi. Lagi sebulan sebelum bulan puasa, Zamri pun berkahwin dengan anak mak cik siti. Jiran sekampung dengannya. Dekat nak balik raya. Tak ada lah pergaduhan nak balik raya mana. Fikirnya.

Setelah berkahwin, dia tinggal di sebuah taman perumahan dua tingkat. Dia sudah membeli rumah itu pada harga murah sebelum ini. Apa-apapun, kehidupan nya sudah menjadi lebih baik.... Malah isterinya cantik dan sopan orangnya. Sebelum berkahwin, dia cuma dapat melihat mata sahaja kerana bakal isterinya memakai niqab. Dia sungguh bersyukur di usia 31 tahun masih ada yang mahu dengan nya. Masih muda pula orang nya. Zamri juga banyak menyimpan duit namun dia memilih untuk hidup bersederhana. Duit itu dia boleh bayar fidyah puasa yang sebelum ini. Boleh juga bersedekah dan pergi umrah sebelum Ramadhan. Dia tahu pada bulan Ramadhan ramai orang pergi ke sana. Penuh!!..

Note*ye penuh.. tu belum padang Mahsyar..

Ketika pulang nya dari umrah.. dia bertemu kawan nya di hadapan pejabat.

Zaman : eh zam.. balik kerja ke?
Zamri : ya. Kenapa?
Zaman : aku dengar kau dah kahwin? Betul ke?
Zamri : haa betul.
Zaman : baiklah. Termakbul doa aku..
Zamri : terima kasih.. aku jumpa kawan sebaik kau.. ada apa kau datang ni?
Zaman : aku nak belanja kau makan.. lagi dua hari puasa ni. Esok aku belanja bini dengan anak aku pula..

Tak selera nak makan. Namun dia tak berani nak tolak ajakan kawan nya itu. Pada akhirnya, Zamri juga yang belanja.

Zaman : aku yang nak belanja, kau pula yang bayarkan.
Zamri : haha tak apa lah. Bukan aku makan sangat.

Bermula puasa pada tahun ini.. Zamri berpuasa kerana dia tahu kalau dia tak puasa, tak ada guna nya... Dia tak ada selera nak makan...

Isteri : abang ?
Zamri : ya ?
Isteri : tema warna apa raya ni?

Zamri tahu soalan maut itu.. hahah.. tanpa banyak soal dia mengajak isteri nya ke pasaraya besar.. lagi dua minggu nak raya. Baik beli awal-awal. Nanti tak kelam kabut macam penulis cerita ini.

Seminggu sebelum raya..... Waktu berbuka

Isteri : sedap tak makanan ni? Baru belajar semalam.
Zamri : oh ye ke? Patut lah sedap.. sayang?
Isteri : ya abang? Nak lagi?
Zamri : eh tak. Best juga puasa kan? Dapat rasa zaman-zaman nabi Muhammad dulu.
Isteri : betul tu abang . Nabi puasa makan kurma je. Cuma abang makan kurma je.. hahaha..

Katanya bergurau dengan suami nya..

Zamri : ohh cik puan jangan mencabar saya. Baiklah.  Esok kita buka makan kurma je..
Isteri : bang.. saya gurau je..
Zamri : tak.. abang betul ni.. esok nak makan kurma je..

Isteri nya hairan dengan sikap suami nya. Padahal dia bergurau saja. Ternyata, Zamri tidak pernah cerita tentang masalah yang dia tak ada selera nak makan. Isterinya dapat tahu dari ibu mertuanya.. tetapi dia tak percaya terus.. dia tetap masak untuk berbuka nanti.... Mana tahu tiba-tiba dia lapar pula..

Tiba lah waktu berbuka.... Zamri memang benar-benar hanya makan kurma... Isteri nya bertambah hairan melihat dan gelabah melihat sikap suami nya.. esok nya,...

Isteri : abang ok tak ni? Dari semalam abang makan 3 kurma je tau.
Zamri : eh ok lah.

Ujar zamri dengan senyuman.

Isteri : betul je abang tak ada selera nak makan?
Zamri : mana awak tau?
Isteri : mak awak cerita...
Zamri : ohh haha. Ye betul..

Zamri terpaksa mencerita kan semula masalah nya....

Isteri : Alhamdulillah..
Zamri : eh tiba-tiba...
Isteri : syukur lah dapat suami istimewa macam ni.. ini makna nya Allah selalu mengingati abang. Abang je tak ingat dia sebelum ni...
Zamri : ya, manja sungguh abang dengan Allah.. di saat abang tak ingat Dia yang maha besar, Dia tetap ingatkan abang..
Isteri : puasa kita ni bukan untuk diri sendiri. Tapi untuk Allah..

Zamri tersenyum... Tibalah hari raya Aidilfitri. Seperti biasa, dia bangun pagi awal di rumah ibunya.. dia mandi dan pergi solat raya.. balik dari masjid .

Zamri : tak sangka tahun ni aku puasa penuh....

Ujarnya di dalam hati.. ketika itu ibu dan isterinya menghidangkan makanan di atas meja. Ada ketupat, ayam masak merah, nasi, lemang, rendang daging, dan macam-macam lagi.

DAaNnnnnnN untuk pertama kali setelah setahun.. perut nya berbunyi. Dia merasa lapar. Zamri perasan dengan keganjilan itu.. dia mengambil lemang yang di potong itu lalu di suapkan ke mulut. Airmata Zamri mengalir... Dengan deras.... Dia makan lemang itu dengan cepat. Setelah sekian lama tak rasa perasaan nikmat berselera waktu makan.. akhir nya dia dapat makan...

Zamri : Ya Allah, ampunilah hamba-Mu manja ini.

Zamri, berselera semula...

Tamat.......

Miara menangis dengan kisah itu.

Miara : sedih cerita kau ya...
Burung nuri : huhuhu sedih. Saya pun rasa sedih...

Miara menguap mulutnya.

Miara : mengantuk pula.. tidur dulu...
Burung nuri : fuh selamat. Kalau tidak, habislah aku kena makan..

Burung Nuri itu merasa lega. Waktu sudah pun menjelang pagi. Hari itu dia selamatkan puan rumah itu dengan amanah Lutfi berikan.

Burung nuri : lepas ni, cerita apa pula aku nak cerita ?

Bersambung.....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top