Bab 1 Burung Nuri

Pada abad ke 17, terletak lah sebuah desa yang berdekatan dengan laut. Walaupun begitu, desa itu memiliki hutan tebal yang masih belum di terokai sepenuhnya oleh orang-orang desa. Desa tersebut tidak pernah di ketahui keberadaan nya dan juga nama desa. Penduduknya ramai namun desa nya tidak sebesar mana. Itu kerana mereka memilih penempatan di sekitar pantai. Dalam kata erti lain desa ini terletak di sebuah pulau. Orang-orang hanya membina penempatan mereka hanya di sekitar pantai. Sedang kan hutan mereka jadikan tempat memburu, memancing, meneroka, mencari tumbuhan untuk di makan dan di buat ubat dan juga tempat seorang lelaki yang apabila cukup umurnya akan mengharungi cabaran dalam hutan itu selama seminggu. Itu semua untuk membuktikan mereka sudah menjadi lelaki sejati layaknya.

Al-kisah seorang lelaki yang berkahwin muda di desa tersebut. Lelaki tersebut memilih anak gadis yang paling cantik di desanya. Ramai yang ingin mengahwini anak gadis itu. Lutfi dan Miara sudah berkahwin 3 bulan yang lalu. Lutfi mendirikan rumah yang dekat dengan hutan agar senang dia pulang selepas memburu. Sekali juga ingin mengharungi cabaran di dalam hutan selama seminggu. Lutfi meninggalkan isterinya di rumah selama seminggu itu. Dia pergi dengan rakan sebaya nya yang juga ingin mengharungi cabaran itu. Mereka berdua sudah bersahabat dari kecil. Mereka juga di kagumi dan dipuji atas kepandaian mereka. Lutfi mahir dengan selok belok hutan, sedangkan sahabatnya Haziz mahir dengan pengetahuan tentang haiwan. Suatu hari mereka menjerat burung untuk di makan. Namun cuma ada satu burung yang sangkut di jerat mereka.

Lutfi : eh burung apa ni? Cantik betul
Haziz : ini... Burung nuri.

*Untuk org yang tak tahu rupa burung nya.

Lutfi : terlalu cantik. Tak kan nak makan.
Haziz : kalau tak makan, nanti kita lapar. Tinggal esok je hari terakhir kita dalam hutan ni. Tapi Burung ni hebat. Dia kalau makan guna kaki.
Lutfi : memanglah, mana ada burung makan guna sayap dia.
Haziz : ye la. Burung ni juga boleh tiru suara manusia.
Lutfi : haa ye ke? Eh aku nak bela lah burung ni. Hehehe.. burung ni makan apa?
Haziz : burung ni omnivor. Apa je makan. Tapi spesis burung ni lebih suka makan buah-buahan.
Lutfi : oh macam tu eh. Makan buah je lah.. nak beli daging, huhhh mahal!
Haziz : masalahnya kita nak makan apa?
Lutfi : kita memancing ikan je lah.
Haziz : ye lah.

Jawab Haziz dengan pasrah. Kerana dia terpaksa menunggu lagi sekali untuk makanan. Keesokkan paginya, mereka sudah boleh keluar dari hutan tersebut. Orang-orang kampung menyambut mereka dengan meriah. Isteri Lutfi gembira dengan kepulangan nya.

Miara : rindu saya tunggu abang.. rasa macam 7 tahun.
Lutfi : ehh padahal baru 7 hari
Miara : tak rindu lah tu.
Lutfi : mestilah rindu.. nah hadiah.
Miara : wah cantik nya burung ni. Burung apa ni?
Lutfi : burung nuri.
Miara : kita nak masak apa burung ni?
Lutfi : kita masak merah... Ehhhh bukan bukan. Ini untuk di bela.
Miara : saja je. Hahaha..

Selepas pesta desa itu, mereka pulang ke rumah. Lutfi menjalankan kegiatan biasanya iaitu menjual ikan. Tahun itu Lutfi sudah pun cukup umur. Dia mula berfikir ingin menjelajah laut tetapi dia tidak ingin meninggalkan isterinya di rumah sendirian. Ya, mungkin dia boleh tinggal di rumah ibu-bapa nya. Waktu pulang kerja, Lutfi di sambut mesra oleh Miara.

Lutfi : masak apa dia hari ni?
Miara : ikan.

Lutfi kelihatan kecewa.

Lutfi : ikan lagi..
Miara : banyak sangat ikan awak beli.
Lutfi : ya lah. Tak elok membazir. Burung ni ada cakap apa-apa tak?
Miara : tak ada pun...

Lutfi pun berdiri menuju ke sangkar burung itu di depan rumah nya..

Lutfi : cakap "Assalamualaikum"...

Burung itu hanya berdiri tegak kaku di sangkar nya.

Lutfi : mati ke apa burung ni? Makan dah bagi cukup.

Dia pun menggayakan "Assalamualaikum" berulangkali. Namun burung itu tetap diam. Mungkin dia takut dengan manusia. Ramai juga orang yang datang rumah Lutfi untuk melihat burung itu. Sambil-sambil mengajar burung itu berbicara. 6 bulan kemudian...

Lutfi : tolonglah cakap apa-apa je.
Miara : apa lah abang ni. Itu kan binatang. Bukan dia faham apa kita cakap.
Lutfi : dia faham ni. Dia ni cuma bergerak masa makan je.
Miara : tak semua burung suka duduk dalam sangkar. Diorang nak bebas.
Lutfi : ............

Lutfi hanya mendiamkan diri. Dia terus mengajarkan burung itu berbicara.

Lutfi : abang ingat nak ke laut lah.
Miara : tak kan saya kena tinggal sendiri.
Lutfi : tak lama.. 3 bulan je. Boleh tak? Rumah bapa awak pun tak jauh. Dekat sini je. Senang lah awak balik bila kesunyian. Kan?
Miara : hmmm...
Lutfi : abang janji balik nanti bawa pulang gelang emas..
Miara : apa? Betul ke?
Lutfi : amboi.. bukan main lagi ya..
Miara : janji ya..

Seminggu kemudian, Lutfi sudah di pelabuhan dengan beberapa orang desa yang rapat dengan Lutfi. Haziz juga ada di situ tetapi dia tidak ikut kerana takut laut. Lutfi sudah berada di dalam kapal pelaut di situ. Dia akan berlayar selama 3 bulan sesuai janji nya.

Miara : abang hati-hati nya.
Lutfi : ya abang hati-hati lah. Abang dah biasa lawan dengan ikan jerung.
Miara : hish abang! Jangan cakap macam tu. Saya dah terbayang bukan-bukan.
Lutfi : haha ya sayang. Ehhh... Alamak!! Lupa!! Tunggu kejap ya..

Lutfi terus berlari ke rumahnya dengan pantas menemui burung nuri belaan nya.

Lutfi : woi burung nuri.. jangan ingat aku tak ada kau boleh diam-diam. Tolong jaga bini aku. Jangan sampai dia keluar jumpa dengan lelaki lain waktu malam. Bini aku tu dah lah lurus sikit.. ingat! Kau kena jaga bini aku. Kalau tidak, aku balik aku bersumpah... Aku akan goreng kau. Ingat. Ini janji kita.

Lutfi pun terus pergi ke pelabuhan. Dia mengucapkan salam perpisahan dan terus berlayar meninggal kan desa tersebut. Beberapa minggu kemudian, ada seorang lelaki yang sama menaiki kapal dengan Lutfi datang ke rumah Lutfi untuk menemui Miara. Dia datang bersama orang-orang desa. Dengan wajah yang sedih.

Orang kapal : kapal kami terkena ombak besar.
Miara : mana suami saya?!
O. K : kapal kami tenggelam. Hanya beberapa orang saja yang selamat dari laut itu. Kami juga tidak menemui Lutfi. Keberadaan jasad juga kami tak jumpa. Mungkin hanyut di bawa ombak.
Miara : tidak... Tidakkkk!!!

Miara menangis sekuat hatinya. Ibu nya datang untuk menenangkan Miara. Orang itu menjelaskan segalanya kepada bapa Miara. Bapa nya juga terkejut dengan berita tersebut. Hampir 40 hari sudah, Lutfi tak kunjung pulang ke Miara. Miara sudah mula putus asa untuk percaya yang Lutfi masih hidup. Suatu hari, ada seorang lelaki yang ingin menjadikan Miara sebagai isterinya. Tetapi dia tidak boleh terlalu terang-terangan, jadi dia membuat satu pesta keramaian di rumah nya dan mengajak Miara untuk datang.

Miara yang sudah berputus asa cuba meyakinkan diri bahawa ini lah waktunya untuk melupakan suami nya yang telah meninggal dunia. Dia pun setuju dengan undangan tersebut. Malam itu, Miara yang sudah bersiap-siap untuk datang ke pesta itu berpakaian merah yang sungguh menawan. Burung nuri melihat itu terus teringat kata-kata Lutfi..

"Aku akan goreng kau"
"Aku akan goreng kau"
"Aku akan goreng kauuuuuu"

Mata burung nuri itu membesar mengingatkan itu. Baru sahaja Miara hendak melangkah tangga rumah nya.....

Nuri : nak pergi mana?! Nak pergi mana?! Nak pergi mana?! Assalamualaikum!!

Miara terpegun melihat burung nuri peliharaan Lutfi sudah mula berbicara! Burung itu berbicara sambil mengibas-ngibas kan sayapnya.

Miara : kau? Boleh cakap?

Miara yang terpegun melihat burung itu berbicara menuju ke sangkar burung itu.

Nuri : nak pergi mana?!
Miara : ada undangan dari lelaki desa ni. Dia ajak aku ke pesta dia. Baiklah. Aku pergi dulu.
Nuri : nanti!!!
Miara : hah?
Nuri : sudikah puan mendengar cerita saya?
Miara : kisah apa?
Nuri : kisah tentang makhluk Allah yang manja.....

Bersambung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top