Part 6
Author's POV
Yoongi, Seokjin dan SinB tiba di kantin dengan selamat.
Sebaik sahaja masuk,
"Jin, kau pergi kutip je lah mana-mana sisa makanan tengahari yang masih tinggal." ujar Yoongi.
Seokjin mengangguk, dia terus menuju ke tempat makanan sementara Yoongi dan SinB mengawal sekeliling.
Pang!
Mereka terdengar bunyi benda jatuh dari arah dapur.
Masing-masing menelan air liur.
SinB memandang Yoongi.
"Pergi cek." kata SinB
"Kau lah pergi." balas Yoongi.
"Ish penakut." ujar SinB lalu melangkah ke arah pintu dapur.
Mahu tak mahu Yoongi terpaksa menemankan SinB, risau pula dia jika terjadi sesuatu kepada gadis itu.
Seokjin turut sekali dengan mereka.
SinB menolak perlahan pintu dapur.
Sebaik sahaja pintu dibuka, mereta terlihat 4 kelibat di satu sudut dapur tersebut.
Dengan perlahan mereka mendekati kelibat kelibat itu. Keadaan yang gelap menyebabkan penglihatan mereka kurang jelas.
Yoongi sudah bersedia untuk memukul makhluk tersebut,
Sebaik sahaja senjata diayunkan,
"Hyung ni kami lah!" kata Taehyung, menyebabkan niat Yoongi untuk memukul terbatal.
Yoongi, SinB dan Seokjin menghembuskan nafas lega.
"Buat takut je lah korang ni." ujar Seokjin sambil mengurut dadanya.
"Unnie." kata Eunha dan Yerin seraya mendapatkan SinB.
"Yoongi hyung! Seokjin hyung!" panggil Jungkook sedikit kuat.
Seokjin menutup mulut Jungkook.
"Jangan bising, benda tu banyak dekat luar." ujar Seokjin.
Jungkook mengangguk faham.
"Mana yang lain?" tanya SinB
"Kami semua terpisah tadi. Kami tak tahu yang lain dekat mana." jawab Eunha.
"Namjoon dan Sowon ada dekat bilik cleaner hujung sana. Kat situ tempat persembunyian kami." kata Yoongi.
"Habis tu korang kat sini buat apa?" soal Taehyung.
"Ni hah si Jin perut dia buat hal. Lapar lah apa lah, spoil betul." kata Yoongi.
Serentak Taehyung, Jungkook, Eunha dan Yerin terkejut.
"Kau ada makan makanan depan ke?" soal Yerin kepada Seokjin.
"Kalau ada makan pun kenapa?" soal Seokjin, wajahnya kelihatan panik.
"Hyung makanan dekat kantin ni semua dah tercemar dengan bahan kimia dalam tong tu." Taehyung menunjuk tong yang mereka jumpa.
"Bahan-bahan tu yang buatkan pelajar jadi tak tentu arah." sambung Jungkook.
Seokjin terdiam, matanya membulat. Begitu juga dengan SinB dan Yoongi.
Serentak keenam mereka menjauh dari Seokjin.
"Kau ada makan tak?" soal Yoongi, dia sudah bersedia dengan senjatanya.
"Aku..aku makan roti je tadi. Yang lauk-lauk semua tu aku tak makan." ujar Seokjin.
Mereka melepaskan nafas lega.
"Nasib kau tak makan. Kalau kau makan, aku tak dapat bayangkan wajah tampan kau berubah jadi zombie." kata Yoongi lalu memeluk Seokjin.
***
Sowon's POV
Aku pandang jam,
8:50 PM
Lama lagi nak hari esok.
Aku pandang Namjoon.
Dia tengah menyandar sambil tangan dia memicit-micit bahu. Lenguh lah tu.
"Kau okey tak?" aku soal dia.
Namjoon pandang aku,
"Okey." jawabnya.
"Er kau nak aku urut kan?"
Ceh sejak bila pandai tawarkan pertolongan ni.
"Kau pandai mengurut?" soal Namjoon.
"Pandai. Sini aku urutkan bahu kau."
Aku berdiri mendapatkan Namjoon. Aku berhenti di belakang dia.
Lalu tanganku ligat memicit-micit bahu dia.
Senyap seketika.
"Whoa sedap nya, pandainya kau urut." ujar Namjoon.
Aku hanya tersenyum. Memang aku sering nampak Namjoon picit bahu dia dekat kelas. Dia mungkin terlalu over study sampai bahu dia selalu sakit. Maklum lah budak pandai.
"Aku selalu nampak kau picit bahu, mesti kau over study kan?" soalku.
"Mana kau tau ni?"
"Kau kan budak pandai dekat kelas, mestilah dekat rumah kau rajin study."
Namjoon senyum, walaupun aku kat belakang dia tapi aku tahu dia tengah senyum.
"Ya. Aku berusaha belajar nak sambung pelajaran dekat luar negara. Aku nak banggakan ibu bapa aku."
Dia kata dengan teruja. Tak sangka budak nakal macam dia ni pun ada cita-cita yang tinggi.
"Bagus lah, nakal-nakal kau pun ada cita-cita. Aku ni entah lah nak jadi apa." aku kata sedikit sedih.
Dia pusing belakang, urutan aku terhenti.
"Jangan cakap macam tu, setiap orang mesti ada minat dan bakat tersendiri. Kau minat dalam bidang apa?" soal Namjoon. Whoa first time dia bagi aku kata-kata motivasi macam ni.
"Hmm aku minat menyanyi dan menari. Sebenarnya kami berenam ada rancang nak jadi idol." kataku sedikit malu.
"Oh kalau macam tu teruskan lah. Aku sokong kau. Lagipun aku selalu dengar kau nyanyi dalam kelas, merdu apa suara kau."
Aku tunduk malu, selama ni dia ambil kisah ke setiap kali aku nyanyi dalam kelas?
Diam sekejap...
"Thanks sebab bagi motivasi kat aku. Kau ni walaupun pemusnah tapi kadang-kadang berguna juga erk."
"My pleasure. Ehh bukan pemusnah lah, tapi cuai. Aku ni memang banyak kegunaan pun."
"Eleh kegunaan apanya, setiap benda yang kau pegang mesti rosak. Barang-barang aku dah banyak yang kau rosakkan."
"Yelah aku mengalah. Malas nak gaduh dengan kau yang tak nak mengalah ni." Namjoon pusing depan balik. Alahai merajuk lah tu.
Tiba-tiba bunyi diketuk dari luar. Ketukan bertubi-tubi, buat aku kurang yakin itu manusia.
Kami berpandangan.
"Mungkin diorang Yoongi hyung." ujar Namjoon.
Namjoon segera berdiri, perlahan dia menapak ke pintu.
Tanpa ragu-ragu dia membuka pintu.
"Huwaaarghh!"
Bunyi zombie, aku dah agak bukan manusia!
"Arghhh!" aku terjerit. Namjoon berundur. Dia ambil kayu yang berada disebelah pintu. Dengan sekuat tenaga dia pukul kepala zombie tu.
Air mata aku mengalir tiba-tiba, darah memercik dari kepala zombie tu.
Aku terpana seketika, zombie tu merupakan salah seorang rakan sekelas kami, Seungkwan.
"Sowon kita kena lari dari sini!" Namjoon menarik tanganku untuk keluar dari bilik. Aku pandang belakang, lebih ramai zombie mengejar.
Mungkin kah ini pengakhiran bagi kami?
***
Author's POV
Jimin dan Hoseok berjalan terhuyung- hayang. Mereka tidak senang hendak duduk.
Yuju dan Umji hanya memerhatikan lelaki lelaki itu.
"Korang boleh tak duduk diam?" ujar Yuju.
"Tak. Aku dah tak tahan dekat sini." kata Hoseok.
Yuju melihat jam, 9:10 PM.
"Kalau kau keluar pun, kau nak pergi mana?"
"Aku nak berkumpul dengan yang lain." balas Hoseok.
Diam seketika.
"Kejap, rasanya bilik audio ada kat tingkat ni." kata Umji lalu berdiri.
"Tapi elektrik kan takde, macam mana nak guna speaker." ujar Jimin.
"Alahh, sekolah kita kan ada mic yang tak pakai elektrik tu." balas Umji.
Mereka berpandangan.
"Okey jom." kata Hoseok.
-----
TBC
Next chapter akan ada yang terjangkit 😛
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top