Part 5
Jimin's POV
Aku dan Hoseok berpura-pura jadi zombie. Kami cat muka kami guna warna merah. Dengan baju sekali penuh warna merah. Keadaan yang gelap menyebabkan warna tu tak nampak terang sangat.
Kami jalan ikut cara zombie-zombie tu berjalan. Ni lah idea paling teruk pernah aku terfikir tapi berkesan.
Zombie-zombie tu pula hanya lepasi kami. Bodoh betul.
Aku nampak tandas perempuan tak jauh dari sini,
Aku dan Hoseok segera masuk tandas perempuan tu, bukannya ada orang pun kat dalam tandas time-time macam ni. So hentam je lah.
"Huwaaaarghh!" kami pura-pura buat suara macam zombie.
Sebaik sahaja masuk dalam tandas, kami kunci pintu.
Tiba-tiba kami dengar bunyi mangkuk tandas kena flush.
Kami menggigil. Tak sangka pula zombie pun pandai guna tandas dan flush.
Aku pandang Hoseok, dia pun pandang aku juga.
Gulp!
Perlahan-lahan kami menuju ke cubicle paling hujung.
Kami dengan serentak tolak pintu,
"Arrrghhhhhh!"
Kedengaran jeritan,
Lahh Umji dan Yuju rupanya.
Diorang pejam mata.
Diorang ni betul-betul ingat aku dan Hoseok dah bertukar jadi zombie ke?
"Hoseok, aku minta maaf kalau ada salah. Tolong lah jangan makan kami!" kata Yuju, aku pandang Hoseok, dia hairan.
Dia ni dah kenapa?
"Ya aku pun sama. Maafkan aku Jimin. Aku nak bagitau kau sebenarnya aku suka kat kau. Jangan makan kami!" ujar Umji.
Ahh dia pun sa-
Kejap!
Dia cakap dia suka aku? Apa maksud dia?
"Er korang, kami tak kena jangkit lagi lah." kata Hoseok.
Yuju dan Umji buka mata. Diorang mengeluh lega.
"Tapi kenapa muka korang penuh darah ni?" soal Yuju.
"Ni cat, kami menyamar." jawab ku.
Aku pandang Umji, dia tidak berani pandang aku.
Malu lah tu lepas luahkan perasaan kat aku.
"Aish buat takut orang je korang ni." marah Umji, mereka keluar dari cubicle.
"Kalau kami tak menyamar, aku takkan tau yang kau suka aku." perli aku.
"Ahh pasal apa yang aku cakap tu, lupakan!" ujar Umji, dia membelakangi aku.
"Eleh malu lah tu." aku usik dia.
"Tak. Dah lah kau sana." dia pergi belakang Yuju.
Aku just senyum tengok dia. Comel pula bila dia malu macam tu.
***
Author's POV
8:20 PM
Seokjin berdiri. Dia sudah tidak tahan. Perutnya dari tadi asyik berbunyi minta diisi.
"Yoongi, aku lapar." ujar Seokjin.
Yoongi mendongak.
"Wrong timing lah kau ni."
"Tapi aku dah tak tahan. Kalau aku dapat gastrik lagi teruk."
Yoongi mengeluh. Terpaksa juga dia turutkan permintaan Seokjin.
"Aku temankan kau, korang bertiga tunggu sini."
Yoongi berdiri.
"Aku ikut!" ujar SinB seraya berdiri.
"Tak payah. Kau jaga diorang."
SinB memasamkan muka.
"Takpe kami dua boleh jaga diri." kata Namjoon.
Yoongi diam sekejap. Tengah berfikir. Akhirnya dia mengangguk.
"Okey lah kau boleh ikut."
SinB tersenyum gembira.
"Hati-hati, kalau benda tu masuk sini korang sembunyi disebalik kotak sana. Jangan buat bising." pesan Yoongi. Namjoon dan Sowon mengangguk faham.
Dengan perlahan Yoongi membuka pintu. Setelah memastikan line clear, dia melangkah keluar, diikuti dengan SinB dan Seokjin.
***
Taehyung's POV
Keadaan dah semalam suram. Elektrik pula terputus. Kami hanya diterangi bulan yang tak berapa nak terang.
Aku pandang Jungkook. Dia duduk bersandar pada meja. Eunha dan Yerin bersandar satu sama lain.
Tiba-tiba Yerin berdiri, dia pegang perut.
"Kau kenapa?" soalku.
"Taehyung, aku rasa aku kena gastrik." ujar Yerin, muka dia menahan sakit.
Kenapa lah time ni juga?
"Kau dapat tahan tak lagi?"
Dia menggeleng. Aduh mana nak cari ubat masa macam ni.
"Kau ada bawa ubat tak?"
Yerin menggeleng.
"Tak perlu ubat. Perut aku kosong, tulah dapat gastrik."
"Jadi kau nak makanan lah ni?"
Yerin mengangguk.
Pulak!
Aku bangunkan Jungkook.
"Kenapa?" ujar Jungkook usai tersedar.
"Yerin sakit perut. Kita kena gerak cari makanan." aku kata.
"Hah tu masalah dia, biarlah dia." Jungkook mengeluh.
"Kau ni kan, kita kena lah tolong. Buang lah ego tu sikit."
Aku berdiri.
"Kalau kau tak nak bantu, kau tinggal kat sini dengan Eunha."
Aku kira-kira dah nak keluar bersama Yerin.
"Eh tak nak. Aku join sekali." ujar Jungkook, diapun berdiri sama.
Kami berempat segera mendekati pintu.
Zombie-zombie tu masih ada kat situ lah pula.
Kantin pula tak jauh dari sini. Beberapa langkah je lagi.
Terus aku teringat yang Yoongi kata zombie-zombie tu serang bila diorang nampak kami.
Muncul idea.
Langsir warna hitam milik pengetua aku ambil,
Peduli lah dia marah, kut-kut dia pun dah jadi sebahagian dari mayat hidup tu.
"Kau nak buat apa dengan langsir ni?" soal Jungkook.
"Kita jalan pakai langsir ni. Zombie tu kan serang kita kalau diorang nampak. Kalau kita berselindung guna kain hitam ni diorang takkan cam. Lagipun kat luar tu gelap."
Jungkook hanya mengangguk faham.
Kami berempat menyorok bawah kain hitam tu. Lepas tu keluar dengan perlahan.
Zombie-zombie tu tak kejar kami.
Fuhh selamat!
Destinasi seterusnya, kantin sekolah.
***
Yerin's POV
Sampai je dekat dapur kantin, aku terus bongkar makanan dalam peti sejuk. Nasib tempat ni kosong.
Tapi gelap, menyeramkan.
"Kau cari je apa-apa benda yang boleh dimakan." kata Taehyung
Dia dan Jungkook mengawal keadaan sekeliling.
Eunha pula entah cari apa.
Hah jumpa epal! Apa lagi terus lah masuk dalam mulut.
"Korang mari sini kejap." ujar Eunha sambil tengok sesuatu.
Kami bertiga segera mendekati dia.
"Korang kenal tak apa benda ni?" soal Eunha.
Aku tengok benda yang dia tunjuk tu,
Ada beberapa tong di sudut kantin, tong tu ada tanda bahan kimia.
Kejap.
Aku macam kenal tanda ni.
Aku dekati tong tu.
"Wei jangan sentuh, bahaya." Taehyung bagi amaran.
Aku tak sentuh pun, just nak tahu apa benda ni.
Toksik. Penyakit. Kotor. Wabak
Mata aku membulat, ya Tuhan! Benda ni. Benda yang viral baru-baru ni kat benua eropah!
Buat apa benda ni ada kat sini?
Aku menutup mulut lepastu berundur.
Eunha pegang aku yang hampir rebah.
"Kenapa Yerin?" soal mereka serentak.
"Ni..ni kan bahan kimia yang..yang boleh..datangkan wabak. Si..siapa yang bertanggungjawab bawa benda ni masuk sini?" aku kata tersekat-sekat.
Mereka bertiga terkejut.
Tiba-tiba aku teringat tentang perbualan seseorang semasa aku pergi tandas pagi tadi.
"Bos, saya dah lakukan apa yang bos suruh. Semuanya lancar."
Dah sah! Orang tu lah dalang disebalik semua ni.
"Tak guna. Nampaknya ada orang yang cuba sabotaj sekolah kita." marah Jungkook.
Diam seketika.
"Aku yakin bahan kimia ni semua lah yang menyebabkan pelajar-pelajar kat sekolah ni jadi zombie. Dan aku rasa diorang letak bahan ni dalam makanan tengahari tadi."
Aku buat statement. Aku pandang dekat diorang bertiga. Setau aku diorang bertiga ni pun ada makan dekat kantin juga tengahari tadi.
Aku mulai menjauh dari mereka.
"Apesal kau menjauh ni?" soal Taehyung.
"Korang ada makan makanan kantin tadi kan?" aku soal, mulai ragu-ragu.
"Mana ada! Kami tak sempat makan pun." ujar Jungkook.
Aku pandang Eunha.
"Aku tak makan, kalau tak percaya tanya Jungkook." dia jeling Jungkook.
"Betul ni?" aku soal inginkan kepastian.
"Ya! Kalau ada, dah lama kami jadi zombie." kata Taehyung.
Aku melepaskan nafas lega.
-----
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top