Part 4
Yoongi's POV
"Hyung dia dah dijangkit!" jerit Taehyung.
Aku pantas mendongak,
Aku dah agak Yoona tu dah kena jangkit, Seokjin je keras kepala tak nak dengar cakap aku. Sekarang tengok siapa susah.
"Ambil senjata, kita keluar dari sini."
Aku kata kat Namjoon, Jimin dan Jungkook.
Zombie-zombie yang berada di luar mulai menolak-nolak pintu apabila terdengar bunyi bising dari bilik ni.
"Nak..nak buat apa ni?" soal Jimin panik.
"Kita kena keluar ikut pintu belakang, pintu depan dah tak selamat." aku arah.
"Tapi pintu belakang terkunci." kata Hoseok.
"Pecahkan pintu tu, biar aku dan Taehyung alihkan perhatian zombie kat pintu depan. Yang lelaki tolong jaga perempuan." aku kata seraya menuju ke pintu depan bersama Taehyung.
Aku dan Taehyung mengalihkan beberapa meja di hadapan pintu untuk menahan daripada pintu dibuka.
Aku pandang Seokjin, dia masih bersama Yoona.
"Jin! Dia dah kena jangkit, kau mesti bunuh dia sekarang!" aku kata sambil cuba menahan pintu.
"Aku tak boleh, aku tak sanggup bunuh dia." kata Seokjin sambil menangis.
"Aku faham tapi dia bukan lagi Yoona yang kau kenal, dia tu zombie! Sedarlah!"
"Aku kata tak boleh, tak boleh lah!" Seokjin menjerit kat aku.
Keras kepala.
Aku pandang sekeliling, ada tali atas meja guru. Idea muncul.
"Taehyung, kau tahan pintu ni kejap."
Dengan pantas aku ambil tali tu,
Aku ikat tangan dan kaki Yoona.
"Apa kau cuba buat ni?" tanya Seokjin.
"Kau nak dia makan kau ke? Kalau kau tak sanggup bunuh, biar dia terikat macam ni." aku kata, Seokjin hanya diam.
"Woi pintu dah buka!" Jimin jerit kat kami.
***
Author's POV
"Woi pintu dah buka!" jerit Jimin.
Mereka segera keluar dari kelas tersebut,
Yoongi menarik tangan Seokjin, lelaki itu kelihatan berat hati untuk meninggalkan Yoona yang sudah menjadi zombie.
Sebaik sahaja mereka keluar,
Zombie-zombie yang berada di pintu depan tadi mengejar mereka.
Dengan pantas mereka melarikan diri.
Nasib tidak menyebelahi mereka apabila kelihatan lebih ramai mayat hidup berkeliaran di hadapan mereka.
"Tangga!" jerit Jungkook yang mengetuai pasukan itu.
Dia memukul kepala zombie yang menghalang jalan untuk ke tangga.
Setelah zombie itu tidak lagi bergerak. Mereka menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.
Tingkat bawah,
"Shit lebih ramai!" kata Yoongi.
"Huwaaaarghh!"
Mereka terdengar bunyi dari tangga,
"Diorang dah dekat." ujar Yerin.
"Takde pilihan, kita kena lawan. Capai apa je benda keras." arah Yoongi.
Jungkook, Jimin dan Namjoon yang sudah mempunyai senjata sedia terus memukul zombie-zombie yang mendekati mereka.
Tiba-tiba zombie dari tingkat atas mulai berpusu-pusu turun.
Semua panik.
"Lari!!!!"
Semua mereka berlari tanpa hala tuju. Ada yang ke kiri, ada yang ke kanan. Apa yang pasti mereka semua telah terpisah.
***
Jungkook's POV
Aku lari setelah melihat lebih ramai zombie datang, Taehyung, Yerin dan Eunha turut lari bersama aku sementara yang lain entah lari ke mana.
Kami berhenti di sebuah bilik kosong untuk bersembunyi.
Bilik pengetua.
Laju tanganku mengunci pintu.
Taehyung segera menolak sofa ke pintu agar pintu dapat ditahan.
Kami berempat duduk kepenatan.
"Nyaris tadi." ujar ku lega.
"Korang semua okey ke?" soal Taehyung.
Dia pandang aku, aku mengangguk.
Dia pandang Yerin dan Eunha, mereka juga mengangguk.
"Ottoke? Kita semua dah terpisah." kata Eunha, nafasnya tersekat-sekat.
"Kau jangan risau, aku yakin mereka semua okey." aku kata kat dia.
Dia menangis, Yerin peluk dia erat.
Pertama kali aku tengok Eunha menangis macam tu.
Dia nampak manja sangat. Berbeza bila dia marah.
Hmm, apa aku fikir ni?
Sedar Jungkook, sedar!
Aku mengalihkan pandangan dari dia.
Taehyung yang sedang berdiri ku pandang.
Dia seperti sedang tercari-cari sesuatu.
"Kau cari apa?"
"Senjata. Mana tau diorang serang kita."
Aku angguk faham.
***
Umji's POV
Aku dan Yuju berhenti di tandas. Kami masuk cubicle paling hujung dan cepat-cepat kunci.
Masa terpisah tadi, aku, Yuju, Hoseok dan Jimin lari bersama. Tapi dalam perjalanan tiba-tiba zombie attack kami, lepastu kami pun terpisah. Aku dan Yuju lari bersama sementara Hoseok dan Jimin aku dah tak tau mereka pergi mana.
"Umji, andai kata hari ni kita jadi sebahagian dari makhluk tu aku nak kau tau yang aku sayang sangat dengan kau." Yuju peluk aku,
Aku peluk dia balik,
"Akupun sama, dan akupun sebenarnya nak kau tau yang aku ni dah lama sangat nak lihat kau tanpa bang." aku menangis,
"Alah kau ni, ke situ pula. Aku takkan potong bang aku ni. Walau jadi zombie sekalipun aku tetap nak ada bang."
Dah apa yang kami mengarut ni?
Tapi betul lah! Aku tak nak jadi zombie T^T
***
Jimin's POV
Kami mengintai disebalik cermin bilik seni.
Nasib tempat ni selamat.
Aku pandang Hoseok, air mata dia tak berhenti mengalir dari tadi.
"Dah lah, jangan la nangis lagi."
"Sebenarnya aku dah tak tahan nak terkencing."
Pulak!
"Macam mana nak pergi tandas masa-masa macam ni? Kau boleh tahan lagi tak?" soalku. Hoseok menggeleng.
Nak tak nak, terpaksa keluar juga. Aku takkan biarkan Hoseok melepas kat sini.
Nak mati terhidu bau hancing nanti.
Aku pandang sekeliling bilik tu,
Tiba-tiba terpandang cat dan berus.
Hah!
"Hoseok, aku ada idea!"
***
Yuju's POV
"Apa lagi yang kau nak cakap kat aku?" aku soal Umji.
Dah hampir setengah jam juga kami kat sini. Akhirnya kami terduduk kepenatan.
"Sebenarnya kan, aku dah lama simpan rahsia ni tapi kalau aku bagitau, aku takut kau ketawakan aku." ujar Umji.
"Rahsia apa? Bagitau je lah, aku tak ketawa."
"Janji?"
"Ya janji." kami buat pinky promise.
"Sebenarnya, aku err ada perasaan kat Jimin."
"OMG biar betul?" aku terkejut sambil menutup mulut.
Tak sangka pula dalam diam Umji ada perasaan pada Jimin. Betul lah orang cakap, jangan terlalu benci nanti lama-lama jadi suka.
"Sejak bila? Ni mesti kes asyik gaduh lepastu dah terjatuh suka kan?" aku usik dia.
Muka dia merah tahan malu.
Tengok sempat lagi kitaorang bergossip time-time virus zombie sedang menyerang.
Typical perempuan, gossip tak ingat dunia.
"Huwaaarghh!"
Kami tersentak bila terdengar bunyi zombie masuk tandas luar. Nasib kami kat dalam ni.
"Apa kita nak buat?" soal Umji, dia dah mula menangis lagi.
Tuhan tolong lah jangan biarkan zombie tu jumpa kami.
Entah macam mana, tangan aku boleh pula tertekan flush. Apa lagi, kedengaran lah bunyi air menyimbah.
Aku dan Umji berpandangan!
Mati.
Pintu ditolak dari luar, sangat kuat sampai kunci terpatah. Kuat betul zombie tu.
Seketika terpancul muka Jimin dan Hoseok yang dah bertukar jadi zombie.
"Arrrghhhhhh!" aku dan Umji menjerit.
Muka diorang penuh darah, begitu juga dengan baju.
Aku tutup mata,
"Hoseok, aku minta maaf kalau ada salah. Tolong lah jangan makan kami!" ujarku. Tidak berani hendak bertentangan mata dengan diorang.
"Ya aku pun sama. Maafkan aku Jimin. Aku nak bagitau kau sebenarnya aku suka kat kau. Jangan makan kami!" ujar Umji.
Ceh time Jimin dah jadi zombie baru nak luahkan perasaan. Dah terlambat lah.
***
SinB's POV
"Aku dah cakap, dia tu kena jangkit! Kau tetap keras kepala. Kau tengok sekarang ni kita semua dah terpisah!" Yoongi marah kat Seokjin.
"Yelah tapi kau tak perlulah marah kat aku. Aku mengaku aku silap-"
"Sudah! Jangan bising, nanti zombie-zombie tu dengar macam mana?" aku menyampuk.
Yoongi pun satu, kalau dia marah macam tu pun bukannya boleh ubah keadaan.
Panas baran tak tentu pasal.
Aku jeling Yoongi.
"Apa jeling-jeling?" soal Yoongi.
"Apa tak puas hati?" aku balas.
"Unnie sudah lah." Sowon tarik aku. Kalau bukan sebab Sowon dah lama aku bagi penumbuk kat muka mamat ni.
Aku duduk atas sofa yang tersedia.
Bilik cleaner ni terlalu kecil untuk kami berlima.
Ku pandang Yoongi, Seokjin dan Namjoon yang sedang duduk diam seribu bahasa.
Jam ku pandang,
7:50 PM
Lagi 10 minit nak malam, matahari pun dah tak kelihatan.
Kenapa lambat sangat masa berlalu.
Aku raup muka.
"Unnie, awak ok ke?" soal Sowon.
"Unnie ok, jangan risau." balasku.
Aku pandang Yoongi.
Tak pernah aku nampak dia seserabut ni. Sebelum ni dia nampak tenang dan swag je.
"Unnie tengok Yoongi oppa ke?" Sowon soal. Aku mengangguk.
"Unnie risau dengan dia?"
"Ya Sowon. Unnie tak pernah nampak dia serabut macam tu."
"Boleh saya tanya unnie sesuatu?"
"Tanya lah."
"Unnie suka Yoongi oppa?"
Aku diam.
Hah budak ni, semua rahsia aku dia nak tahu.
Tapi,
Yang sebenarnya,
Aku memang dah lama simpan perasaan dekat Yoongi.
Cuma,
Aku takut nak luahkan,
Takut dia tak ada perasaan yang sama dekat aku.
Jadi cukuplah sebagai kawan.
Kawan yang selalu ada untuk dia.
-----
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top