Part 2

Yuju's POV

Lepas tukar baju, aku keluar dari tandas.

Kawan-kawan aku semua dah siap tukar baju.

Buat apa tukar baju? Sebab uniform sekolah kami dah kotor sebab 'berperang' tadi.

"Jom lah." aku kata kat diorang.

Kami keluar dari tandas.

Aku pandang jam, lagi sejam nak pulang tapi kami kena hadiri kelas denda. Apalah nasib.

"Aku lapar lah." ujar Sowon.

"Akupun lapar juga."

Macam mana tak lapar, masa rehat tadi tak sempat makan langsung. Semuanya sebab mamat-mamat BTS tu lah.

"Jom beli kat kantin luar." Eunha bagi cadangan.

Kami semua setuju, maklumlah satu kepala.

"Tak nak panggil Yerin ke?"

"Tak payah lah. Nanti kalau kita masuk kelas ada cikgu, confirm cikgu tak kasi kita kebenaran keluar."

Betul juga. Ahh biar la Yerin tu, yang penting perut kena isi hehe.

***

Jimin's POV

Ringg!!!

Loceng pulang berbunyi.

Aku punyalah excited nak balik, tiba-tiba teringat yang aku kena stay untuk kelas denda.

Aish terbatal niat nak main game.

Aku masukkan semua barang-barang dalam beg.

"Jom lah guys." aku panggil Taehyung, Jungkook, Namjoon dan Hoseok.

"Aku pun kena pergi juga ke?" soal Hoseok.

"Amboi kau dah terlibat tadi, kenalah join juga." balas Namjoon.

Kami keluar dari kelas lepas selesai kemas barang.

Time dalam perjalanan ke detention room. Kami nampak ramai pelajar termasuk guru berkumpul kat satu tempat.

Kami pun menyibuk nak tahu juga.

Aku nampak 2 orang pelajar sedang terbaring macam kena sawan? Atau memang sawan? Mulut mereka keluar buih.

Sawan lah tu.

"Kenapa tu?" soal Jungkook.

"Entah, sawan mungkin." aku balas.

"Dah lah abaikan je. Jom jalan." kata Taehyung, dia blah tinggalkan kami.

Aku pandang 2 pelajar lelaki tu. Mata diorang terbeliak dan merah.

Aku dah mula rasa seram sejuk,

Macam ada sesuatu tak kena.

Tapi aku buang perasaan tu jauh-jauh.

***

Sowon's POV

Kami berlima masuk dalam detention room. Nasib mamat-mamat menyakitkan hati tu belum ada.

Kami ambil tempat duduk masing-masing.

"Yerin, kau ada tengok tak cerita Love Whisper semalam?"

"Ada! Pelakon dia Kim Sojung tu cute sangat kan? Aku suka betul tengok muka dia."

"A'ah lepastu lakonan dia pula mantap." aku buat thumb up.

Tiba-tiba pintu dihempas dari luar.

Terpancar lah wajah-wajah lelaki yang buat hidup kami tak senang.

Baru je sekejap nak tenang, dah muncul si pemusnah-pemusnah ni.

Muncul pula wajah Encik Cha kat belakang diorang.

"Okey semua ambil tempat duduk." ujar Encik Cha.

Kami pun macam biasa lah. Diorang sebelah kiri dan kami sebelah kanan.

"Hmm rasanya saya dah ajar kan macam mana kedudukan yang sepatutnya?"

Alah berkira lah orang tua ni.

"Sowon duduk sebelah Namjoon, Yerin sebelah Taehyung, Eunha sebelah Jungkook, Yuju sebelah Hoseok dan Umji sebelah Jimin. Tupun nak kena ajar lagi ke?"

Tanpa banyak songeh, kami pun pindah tempat duduk.

Aku duduk sebelah Namjoon.

Mamat ni kadang-kadang okey, kadang-kadang pandai datang gila.

Lepastu semua yang dia pegang musnah. Macam box pencil aku hari tu, dia pegang terus rosak zip. Hairan.

"Okay kita mulakan sesi kaunseling. Saya akan edarkan artikel mengenai 'Cara-cara nak berbaik dengan musuh'." Encik Cha edarkan beberapa keping kertas.

Dia ingat kami ni budak-budak ke?

Dia ingat dengan bagi kertas ni berkesan ke nak pulihkan hubungan kami macam anjing dan kucing ni?

"Gariskan point yang penting dan saya akan soal kamu sorang-sorang."

Aku keluarkan box pencil aku, aku jauhkan sikit dari Namjoon.

Aku pun mula tulis apa yang patut.

"Er Sowon, boleh pinjam pen?"

Aku toleh Namjoon.

"Kau pergi sekolah tak bawa pen ke?"

"Alah pinjam lah kejap. Pen aku hilang."

Aku hanya menggeleng. Aku hulurkan sebatang pen kat dia.

***

Namjoon's POV

Sowon hulurkan aku pen.

"Nanti aku bagi lah balik, jangan risau." aku yakin kan dia.

Aku tekan hujung pen tu untuk keluarkan mata pen. Tapi tak keluar-keluar lah pula. Aku tekan kuat sikit. Tetap juga tak nak keluar.

Akhirnya aku hentak lagi kuat, mata pen tu tercabut.

Alamak! Aku ni dah kena sumpah ke? Asal tiba-tiba rosak ni?

Aku pandang Sowon yang sibuk menulis.

Dengan perlahan-lahan aku bagi balik pen tu kat dia.

Dia ambil pen tu, harap dia tak perasan.

Diam kejap...

"Woi apa kau dah buat dengan pen aku?!" Sowon jerit,

Ahh dia perasan lah pula.

"Eh pen tu memang dah macam tu lah. Bukan aku yang rosakkan." aku mendalih.

"Sebelum kau pinjam, pen ni elok je. Kau ni memang lah si pemusnah!"

"Sowon dan Namjoon! Apa bising-bising ni? Dalam kelas denda pun masih nak bergaduh lagi?!" Encik Cha tegur kami.

"Dia rosakkan pen saya!"

"Mana ada, kalau pen murah memang lah cepat rosak."

"Sudah! Kamu dua ni memang lah tak boleh bertemu. Saya nak kamu minta maaf sekarang juga." ujar Encik Cha.

Kalau bab minta maaf ni aku okey je, si Sowon yang ego ni je tak okey.

Dia silangkan tangan.

"Sowon cepat min-" ayat Encik Cha terganggu dengan bunyi telefon dia.

"Tunggu!" kata Encik Cha lalu mengangkat panggilan telefon.

Aku pandang Sowon, dia jeling aku. Huh macam lawa sangat nak jeling-jeling orang.

***

Hoseok's POV

Aku rasa pelik bila tengok riak wajah Encik Cha masa bercakap dengan telefon dia.

Wajah dia nampak terkejut. Ada yang tak kena ke?

"Okey saya turun sekarang." aku terdengar Encik Cha cakap. Lepastu dia matikan telefon.

Dia pandang kami,

"Dengar sini kamu semua, saya ada hal nak diuruskan. Saya tinggalkan kamu sekejap. Nanti saya datang balik. Buat kerja yang saya suruh tu." Encik Cha bergegas kemas barang dia.

"Saya kunci pintu supaya kamu semua tak keluar." dia kata dengan tegas sebelum keluar.

Kali terakhir kami masuk sini, dia pergi tandas, kami menyelinap keluar. Mungkin dia takut perkara tu berulang lagi kut.

"Hmmp!"

Semua orang lepaskan keluhan berat.

"Blah kau!" Yuju suruh aku pergi tempat lain.

"Kau ingat aku nak sangat duduk sebelah kau? Makan tahi lah." aku cakap sebelum pergi dekat geng-geng aku.

"Guys, aku rasa ada sesuatu yang tak kena lah." Jimin mulakan perbualan.

"Ya aku pun sama. Aku tengok muka Encik Cha tadi macam serius je." kataku.

"Ah korang ni, lek lah. Semuanya okey je." ujar Taehyung sambil main game kat telefon.

"Alah menyesal aku tak bawa phone hari ni." Jungkook mengeluh.

"Kau tu sedar lah sikit, tak lama lagi nak menghadap ujian."

"Takpe, aku kan pandai so confirm lulus ujian." Jungkook sengih.

Yakin betul budak ni.

***

Yerin's POV

Aku letak kepala atas meja lepas Encik Cha keluar.

Memang mengantuk tahap kritikal dah ni.

Aku cuba pejam kan mata. Peduli lah musuh sebelah, buat macam tak wujud je lah.

Tiba-tiba kami terdengar suara orang menjerit dari luar kelas. Aku terbangun. Mengacau betul lah.

"Bunyi apa tu? Macam barang-barang pecah pun ada aku dengar." ujar Umji. Kami berdiri untuk menuju ke pintu. Sebelum sempat sampai pintu, geng BTS tolak kami ke tepi, diorang terlebih dahulu tengok permandangan luar kelas dari sebalik cermin kecil pada pintu.

"Apa diorang buat tu? Kenapa banyak darah?" ujar Hoseok.

Perhatian aku tertarik.

Aku tolak diorang pula ke tepi.

Terkejut aku bila nampak pelajar-pelajar sedang berlari tak tentu arah. Macam orang gila.

"Perhatian kepada semua pelajar dan guru-guru, anda semua diminta untuk tinggalkan bangunan sekolah sekarang juga! Saya ulang, tinggalkan bangunan sekarang juga! Kerana satu virus telah tersebar. Pintu pagar sekolah akan ditutup bagi mengelakkan virus tersebar di luar. Saya harap anda semua keluar dengan selamat tanpa terjangkit."

Kami semua tersentak mendengar pengumuman melalui speaker,

"Apa yang dah berlaku? Apa maksud dia virus?" aku soal, dah mulai panik.

Tapi satu orang pun tak jawab.

"Tengok kat bawah sana!" ujar Eunha, dia tunjuk sesuatu kat luar tingkap kelas.

Kami semua pergi ke arah dia.

Semua orang sedang berpusu-pusu keluar dari sekolah. Sesetengah orang pula sedang menggila, mereka gigit beberapa orang. Tak lama kemudian, orang yang digigit tu bertukar jadi makhluk seperti yang menggigit tu.

"Tak! Tak mungkin!" jerit Jimin. Semua pandangan diberi ke arah dia.

"Jimin, kau tau ke kenapa diorang macam tu?" soal Namjoon.

"Aku rasa diorang semua dah..dah bertukar jadi ZOMBIE!" Jimin kata tersekat-sekat.

Zombie? Takkan lah! Aku ingat benda tu tak wujud.

-----

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top