Part 10 - Ending

Author's POV

3:00 AM

Keadaan sunyai sepi, hanya kedengaran bunyi zombie dari luar sedang memburu mangsa.

Tiba-tiba kedengaran bunyi helicopter dari luar bangunan sekolah.

Yoongi orang pertama terbangun.

Dia menggosok matanya.

***

Yoongi's POV

Aku terjaga setelah mendengar enjin helicopter, aku menggosok mata.

Hah pasukan penyelamat dah sampai!

Aku bangunkan mereka satu per satu.

Taehyung bangun terlebih dahulu diikuti dengan Jungkook, Jimin dan semua orang.

"Hyung, penyelamat dah sampai?" soal Jungkook teruja.

Aku mengangguk.

Disaat ini, bunyi tu lah yang kami nanti-nantikan.

"Perhatian kepada sesiapa yang masih selamat, sila pergi ke rooftop dan naik helicopter yang telah disediakan. Ulang sekali lagi, sila pergi ke rooftop dan naik helicopter yang disediakan!"

"Shit! Kenapa diorang tak masuk je?" aku meramas rambut dan mengeluh berat.

Nampaknya perjalanan kami masih belum berakhir.

Aku pandang mereka semua.

"Destinasi terakhir kita, rooftop." ujarku.

Mereka semua berdiri.

"Come on guys, we can make it." kata Jungkook lalu kami semua bersorak.

***

Taehyung's POV

Aku mengintai ke luar kelas. Zombie-zombie tu masih ada.

Kami hanya perlu lepasi satu tingkat dan lepastu rooftop.

Aku menarik nafas panjang.

Seperti biasa strategi kena atur.

Yoongi dan aku akan keluar terlebih dahulu.

Aku baling kayu pergi hujung, zombie-zombie tu macam biasa lah, mereka kejar bunyi tu.

"Jalan." aku bagi arahan dekat yang lain.

Jungkook, Jimin dan Hoseok leading kat depan diikuti dengan Yerin, Yuju, Sowon, Umji, SinB dan Eunha.

Aku dan Yoongi ikut mereka dari belakang.

Beberapa langkah lagi sampai tangga.

***

Yuju's POV

Aku jalan perlahan-lahan pergi ke tangga.

Aku tak sangka tak lama lagi kami akan keluar dari sini. Tak sabar!

Beberapa langkah lagi,

"Huwaaarghhh."

Tiba-tiba beberapa zombie muncul dari depan. Entah dari mana aku pun tak tahu.

Aku terjerit.

Jungkook, Jimin dan Hoseok yang berada di depan pantas memukul zombie-zombie tu.

Aku dan ahli perempuan yang lain berundur.

"Lari naik pi atas, biar kami halang zombie ni!" jerit Jungkook.

Kami berlima mengangguk faham lalu berlari menuju ke tangga.

SinB unnie naik ke tangga dulu, diikuti dengan Yerin, Eunha, Sowon dan Umji hadapan aku, aku paling belakang.

"Arghhh!" aku menjerit kerana seekor zombie menarik kaki aku.

"Umji tolong aku!" jeritku sebab masa tu hanya Umji je yang aku nampak.

Umji pandang tepat kat dalam mata aku.

Aku betul-betul perlukan pertolongan sekarang.

"Umji tolong aku." aku menangis.

"Yuju, maafkan aku."

***

Umji's POV

Aku naik tangga, Yuju berada di belakang aku.

"Arghhh!" aku terdengar Yuju menjerit.

Aku pandang belakang, dia diserang zombie dan cuba nak lepas dari zombie tu. Aku berdiri kaku.

"Umji tolong aku!" jerit Yuju.

Aku diam,

Aku sakit hati bila dapat tahu Jimin suka dia. Tapi, Yuju, dia kawan aku.

Aku..

"Umji tolong aku." aku nampak dia menangis.

"Yuju, maafkan aku."

Aku tendang kepala zombie tu. Lepastu aku tarik tangan Yuju. Dia terlepas dari zombie tu.

Yuju berdiri, dia tarik tangan aku untuk lari bersama tapi,

Kaki aku kena gigit.

Aku rebah,

"Umji!!!" aku dengar Yuju teriak.

Serentak tu Jimin datang memukul zombie yang gigit aku.

Yuju mendapatkan aku. Dia peluk aku.

"Yuju, maafkan aku sebab tak layan kau tadi. Aku..aku sebenarnya cemburu se..bab Jimin kata di..a suka kau. Kau tau kan ya..ng aku sa..yang dia? A..ku nak ka..u bahagia kan dia. Aku harap lepas..korang keluar da..ri sini, korang..berdua ak..an hidup bahagia..bersama." aku berkata terputus-putus. Aku dapat rasakan virus tu dah jangkit salur darah aku.

"Umji, kau okey ke?" Jimin pandang aku lepas dia bunuh zombie tadi.

"Jimin, jagakan Yuju baik-baik untuk aku." aku tersenyum lalu memandang Yuju yang sedang menangis teresak-esak.

"Kau ni manja betul lah, cry baby." aku kata kat Yuju.

Lepastu aku batuk darah.

"Aku sayang kau Umji, aku akan ingat kau sampai bila-bila." itu kata-kata terakhir yang aku dengar dari mulut Yuju sebelum semuanya bertukar hitam.

***

Jimin's POV

Badan Umji bertukar kebiru-biruan. Aku segera menarik tangan Yuju untuk tinggalkan tempat ni.

"Lari cepat!" arahku. Kami berdua pun meluru ke tingkat atas. Taehyung dan lain-lain berada di belakang kami.

Sampai tingkat atas,

Hah tinggal satu tangga dan kami free!

"Sini!" teriak Yerin dari jauh. Aku dan Yuju segera mendapatkan Yerin.

Yerin tunjukkan jalan untuk pergi ke rooftop. Kami naik tangga tu dan pintu dibuka.

Bunyi helicopter semakin jelas kedengaran.

"Mana yang lain?" soal SinB

"Masih dekat bawah. Umji dah kena jangkit." jawabku.

Serta merta Sowon, Eunha dan Yerin menangis.

"Kamu semua diarahkan untuk masuk ke helicopter sekarang juga!" salah seorang tentera penyelamat bagi arahan.

Yerin, Eunha, Sowon dan Yuju segera masuk ke dalam perut helicopter tu, berat hati mereka untuk meninggalkan kawan-kawan yang lain.

Sementara SinB masih memandang ke arah pintu masuk,

"SinB noona, noona perlu naik heli sekarang." arahku.

"Tak sampai diorang Yoongi datang." dia berkeras.

***

SinB's POV

"SinB noona, noona perlu baik heli sekarang." arah Jimin.

"Tak sampai diorang Yoongi datang." ujarku risau.

Pandangan ku masih pada pintu rooftop.

Aku rasa lega bila nampak Taehyung, Jungkook dan Hoseok muncul dari pintu tu.

Tapi kelibat Yoongi aku tak nampak. Mana dia?

Please Yoongi, please muncul.

Jimin menarik tangan aku.

Aku menepis kasar.

Aku berlari ke arah pintu,

"Yoongi mana?" soalku.

"Setau aku Yoongi hyung ada kat belakang kami tadi." ujar Jungkook.

Ugh!

Aku pantas beredar keluar dari rooftop sekolah.

***

Yoongi's POV

Aku, Taehyung, Jungkook dan Hoseok terperangkap. Mayat hidup di hadapan kami melebihi jumlah kami.

Pintu rooftop hanya beberapa langkah sahaja lagi dari sini.

Kami berusaha melawan zombi-zombi tersebut.

Semua zombie rebah selepas beberapa minit bertarung,

Taehyung, Jungkook dan Hoseok terlebih dahulu jalan meninggalkan aku.

Tangga ke rooftop aku pijak,

Akhirnya! Semua kesengsaraan akan tamat.

"Huwarrgggg!"

Tiba-tiba aku terdengar bunyi zombie dari belakang aku,

"Yoongi!" sebelum sempat aku toleh belakang, aku ditolak kuat ke tepi. Aku terjatuh.

Otak aku cuba memproses apa yang berlaku sekarang,

Aku nampak SinB kena gigit dengan makhluk pelahap tu.

Aku tersentak, mata aku membulat. SinB cuba selamatkan aku dari diterkam, tapi dia pula digigit.

"SinB!!!!" jeritku. Aku berdiri dan memukul kepala zombie tu, dengan sekali pukul je zombie tu dah rebah.

Aku meletakkan kepala SinB atas paha kanan ku.

Air mata aku tak dapat tahan. SinB dah kena jangkit.

"Yoongi. Maafkan aku sebab tinggalkan kau." ujar SinB, wajahnya mulai berubah.

"SinB kenapa kau selamatkan aku?! Kalau kau tak tolak aku tadi, kau takkan dijangkit!!"

"Dan biarkan kau digigit? Aku takkan biarkan tu berlaku. Kau mesti teruskan hidup."

SinB pegang tangan aku,

"Tapi kau dah janji takkan tinggalkan aku." air mata aku mengalir deras.

"Yoongi, aku dah lama nak cakap ni tapi aku takut. Aku sebenarnya suka kau sejak dulu lagi, tapi aku tak bagitau kau sebab tak nak persahabatan kita hancur. Aku akan sayang kau selamanya Yoongi." ujar SinB, dia batuk darah.

"Aku pun dah lama simpan perasaan kat kau lah! Kenapa kau ni penakut sangat tak nak bagitau? Kalau kau bagitau dah lama kita hidup bahagia."

"Eh salah kan aku pula. Kau tu yang patut bagitau dulu sebab kau lelaki."

Dia pukul lengan aku.

Aku hanya tersenyum.

"Ta..pi semua dah lambat Yoongi. Aku akan bertukar jadi makhluk tu. Aku harap kau sentiasa gembira."

Aku hanya mengangguk. Badan SinB ku peluk erat.

"Kau lah sahabat dan cinta pertama aku. Aku akan ingat kau sampai bila-bila."

Aku menangis teresak-esak, sekarang dua sahabat baik aku dah pergi.

"Yoongi hyung cepat!" tegur Taehyung dari tangga rooftop.

Aku melepaskan pelukan dan meninggalkan SinB yang sudah pun bertukar menjadi zombie.

***

Author's POV

Kesemua mereka yang selamat menaiki helicopter.

Masing-masing diam seribu bahasa. Dalam hati menyimpan kesedihan yang sememangnya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

"We made it." Taehyung bersuara, dia tersenyum pahit.

Mereka semua memandang Taehyung. Wajah masing-masing mengukir senyuman penuh makna.

Lalu semua pandangan dialihkan ke arah BigHit High School yang semakin jauh dari pandangan.

Daripada 13 orang hanya 9 yang terselamat.

Kenangan hitam ini akan sentiasa tersemat dalam ingatan masing-masing.

***

Taehyung's POV

Aku duduk di halaman luar rumah. Cola disebelah ku teguk sedikit.

Sudah sebulan sejak kejadian hitam tu berlalu.

BigHit High School telah ditutup dan diletupkan agar semua zombie tu tidak berkeliaran.

Kehilangan Namjoon amat terkesan dalam hidup aku.

Mujur rakan yang lain selamat.

Sejak dari peristiwa tu, BTS dan GFriend menjadi kawan dan hubungan kami sangat rapat. Beberapa orang dari kami berpindah ke sekolah yang sama.

Seminggu lalu Jimin ajak Yuju couple dan Yuju setuju.

Jungkook dan Eunha pula menyimpan perasaan yang sama tapi masing-masing takut nak luahkan, kesudahannya diorang hanya teman tapi mesra.

Hoseok pula masih berusaha nak pikat hati adik Yuju.

Sowon, dia pindah ke sekolah seni untuk mengejar impiannya jadi penyanyi. Kadang-kadang dia akan lawat kami kat sini.

Yoongi hyung? Dia pindah ke luar negara. Katanya nak sambung belajar di sana dan nak lupakan semua kenangan pahit di korea ni. Aku harap dia kembali lagi ke sini suatu hari nanti.

Aku dan Yerin? Macam biasalah, kami masih bergaduh, tapi gaduh manja je. Dia dapat jumpa ibu bapa dia seminggu selepas tragedi hitam tu. Dan aku? Aku dapat sentuh hati dia. Cehhh.

Perlahan air mataku jatuh dan mengukir sebuah senyuman yang penuh makna.

TAMAT

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top