MAW - got a kiss from bangtan?!
MAKANAN yang dimasak kim seokjin itu diguis-guis sambil termenung jauh.
Dia keliru dengan keadaan sekarang.
Dia ..manusia atau sebaliknya?
Patut ke dia menyamar sebagai bidadari seperti yang dikatakan mereka?
Kalau dia beri tahu yang sebenarnya dia muncul disini disebabkan wish nya itu apakah riaksi bangtan ? Pasti dia terlihat gila sekarang atau lebih tepat mungkin mereka menganggap dia adalah sasaeng walhal dia hanyalah army yang tidak terlalu obses dengan idolnya .
Dia membuat wish itupun disebabkan hidupnya yang sengsara kesunyian dan dia juga tidak menyangka hajat nya termakbul untuk kali pertama dalam hidup .
Sangat mustahil bukan ?
Atau sebenarnya dia sedang bermimpi sekarang ni ?
" Cik bidadari termenung jauh nampak "
Tegur kim seokjin menyentakkan dia .
Jihyo tersengih samar.
Tiada selera pula dia akibat termenung jauh tadi.
" Omo wait ! Cik bidadari tak makan makanan manusia ke ?! " Menyedari itu kim seokjin menekup mulut .
Ahli bangtan yang lain juga turut memandang jihyo.
Jihyo tertunduk .
Entah apalah yang dia patut jawab sekarang .
" Sebenarnya ..saya "
Bibir diketap, cuba menyusun kata-kata
" Saya apa ? " Soal jungkook tidak sabar .
Dia sudahlah tak tenang kalau orang cakap tak habis ni, nasib yang bercakap ni cik bidadari .
Jihyo mengeluh pelan sebelum menyambung kata-katanya.
" Sebenarnya saya bukannya bidadari atau apa tapi saya cuma manusia biasa..saya tau mustahil tapi saya nak cakap yang saya berada disini disebabkan hajat saya yang termakbul oleh tuhan "
Jelas jihyo, matanya memandang satu persatu ahli bangtan dengan rasa bersalah .
" Mengarut! Kan aku dah agak dah kau pasti sasaeng kitaorang pastu kau guna ilmu hitam kononnya bercahaya macam bidadari kan! "
Tuduhan melulu min yoongi .
Jihyo menunduk
" Lantaklah awak semua nak percaya atau tak ..tapi itulah kenyataannya.
Kalau awak nak saya pergi sekarang pun boleh ...maafkan saya sebab menganggu "
Ujar jihyo lemah, baru sahaja dia menginjak untuk pergi .
Kim namjoon bersuara.
Lelaki itu menghadap jihyo .
Bahu jihyo dipegangnya lembut
" Sebelum tu apa hajat kau yang terakhir? Kami akan tunaikan ..but untuk tinggal bersama kami..maaf tak boleh "
Tidak mahu gadis itu dikecam oleh fans nya nanti sekiranya mengetahui gadis itu tinggal bersama bangtan .
Jihyo menarik nafas dalam.
" Boleh saya nak err.."
Pipinya merona merah .
Dia tahu permintaan ni gila tapi !
Ni kan peluang satu-satunya yang dia ada! Lepastu mungkin dia takkan jumpa dah bangtan atau mungkin bangtan tidak akan melanyaninya seperti sekarang atas faktor mereka adalah seorang artis yang terkenal dan hanyalah seorang peminat yang digelar army .
" Boleh saya nak kiss d—dari semua ?" Sambung jihyo mendapat pandangan bangtan .
Mereka saling berbalas pandangan.
" What the hell— " mencarut yoongi.
Tidak pernah dia beri mana -mana first kissnya pada orang lain melainkan ibu dan ayahnya .
Namjoon tersenyum kecil sebelum mengangguk .
" Baik, kami akan tunaikan "
Jawab namjoon.
Drastik jihyo mengangkat kepalanya dengan teruja .
Bangtan yang lain juga okay dengan permintaan itu namun tidak pada yoongi .
Jejaka itu masih lagi keras kepala .
" Korang jelah aku taknak " jawabnya mendapat jelingan bangtan .
Yoongi mengeluh sebelum menurut juga dengan permintaan gadis asing itu .
Bangtan mula berdiri dihadapan jihyo.
Bersedia untuk memberikan ciuman untuk menunaikan hajat gadis itu .
Jihyo menutup matanya rapat.
Dimulakan dengan jeon jungkook mengambil tempat di pipi jihyo.
Dilabuhkan ciumannya disitu .
Seterusnya kim taehyung mengambil bahagian di dagu .
Hampir terbeliak bangtan terkejut fikirkan dibibir .
Dan ciuman itu berlalu hinggalah giliran min yoongi .
Lelaki itu dengan malu-malu kucing mencapai tangan jihyo.
Dilabuhkan ciumannya disitu .
Jihyo tersenyum .
Biarlah nak kata dia miang atau apa asalkan harini dia rasakan dia adalah army yang paling berjaya tika ini !
Jihyo membuka matanya dengan linangan air mata .
Perit untuk ditelan yang untuk sehari ini dia berjumpa bangtan dan dia juga akan meninggalkan mereka secepat ini .
" Bye-bye semua "
Jihyo melambai sebelum berlari keluar dari rumah bangtan .
Tepat waktunya dia keluar .
Badannya terasa lemah.
Matanya mulai kabur sendiri .
" A-apa ?"
Kakinya lemah tidak mampu berdiri tegak.
Matanya mulai tertutup sebelum dia rebah disitu .
TO BE CONTINUE...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top