CHAPTER 13
Setelah berjam jam flight akhirnya mereka tiba di destinasi iaitu thailand.
"Sawadikap khap kun kap makan ikan siakapppp omo thailandeu!" Jerit Hoseok teruja.
"Weh Namjoon pegang jap beg aku ni! Aku nak selifieeee !" Seokjin membaling bagasi nya begitu sahaja tetapi dengan pantas Namjoon menyambutnya. Apalah nasib.
"Jungkook,hyung awak semua pakai mask. Kenapa awak degil tanak pakai eh. Dah lah asyik ikut je saya pergi mana! Nanti kalau dis— apa tu discard? Dispath? Ha entahlah. Kalau dorang tangkap kita kan susah dah" bebel Yui panjang sambil cuba mengikatkan rambut kerana panas.
"Rilekslah. Dekat Thailand fans aku tak ramai."
Yui hanya meng ooo kan sahaja.
"Yang kau ni dah kenapa nak ikat rambut? Kau tak nampak polis miang tu pandang kau semacam? Tanggal." Jungkook menarik getah ikatan pada rambut yui yang panjang.
"Heyyyyy! saya panas lah Jungkook..." Yui cuba merampas semula getah rambutnya itu.
"No! Dah masuk cepat! Ada scan barang tu." arah Jungkook menolak Yui ke hadapan. Kau sabar jela Yui.
*****************
Yui pov
"S̄wạs̄dī txn chêā kruṇā lb xupkrṇ̒ thậngh̄md k̄hxng khuṇ" petugas pemeriksa itu mula memberi arahan kepada aku. Lah bahasa apa pulak kau pakai ni.
"Err . I dunt understand t-thailand. Can we....english?" Soal aku satu persatu cuba translate. Dah lah english aku fail time pititeri dulu !
"Oh okay. Btw put your bag here for scan." Kata petugas lelaki itu. Aku hanya mengikuti sahaja arahannya.
Sewaktu aku menolak bagasi aku ke dalam mesin scan itu lengan aku terasa seperti dipegang oleh seseorang.
"Wait...can you go inside there with your bag too? Because i want to scan your body too honey" kata petugas lelaki itu sambil mengenyitkan mata sebelahnya dan membuat muka ghairah terhadap bahagian baju aku.
Aku menundukkan kepala untuk memandang baju aku. Gulp. Menyesal aku tak pakai jaket tebal tadi.
"w-what? er hehe , need to go! Bye bye!" Aku ingin melangkah pergi namun ditarik kasar oleh lelaki itu semula.
"honey—
"Excuse me? Who are you to talking with my wife?" suara seseorang menyapa gegendang telinga aku. Gosh , tak kisahlah siapa pon dia ni tetapi aku bersyukur sebab ada orang selamatkan aku.
"w-wife?" Soal petugas itu sambil terkulat kulat meninggalkan kami.
Tau kau takut!!
"j-jimin?" Aku menegurnya dahulu.
"yui ah, neo gwenchana?" Soalnya prihatin sambil membelek belek lengan aku.
"n-nae—
"ihhh Kenapa muka kau merah?" Jimin tersenyum nakal sambil memandang aku.
Aku terus memegang pipi aku. Yaish time ni lah aku nak blushing bagai.
"a-aa-aniya! Saya p-panas je kot.. btw gomawo jimin shi sebab selamatkan saya dari lelaki miang keladi tu!" Aku bow ke arah nya terus ke luar untuk mengambil bag aku yang telah di scan.
"Chankaman! Aku ikut kau. Nanti apa apa jadi susah pula.. Jungkook tu pon satu , kemana dia pergi? Bukan tadi dia ada dengan kau ke?" Soal Jimin sambil menolong aku mengangkut bagasi.
Em mamat tu entah hilang kemana.
"mollayo. Biarlah dia. Muak juga saya tengok muka dia je muncul HAHAHA em" sejujurnya aku dah tercari cari Jungkook daripada tadi. Tengok belakang je dah lesap arnab tu.
Jimin hanya tergelak sahaja apabila mendengar aku gelak. Ala macam korang tengok bangtan tv tapi takde subttitle lah. Tak faham apa dorang kata tapi bila dorang gelak ikut je sekaki gelak HAHAHA hm.
"Jom ikut aku cuba mesin patung tu. hyung line lama lagi tu still check passport." Jimin menarik tangan aku ke arah suatu tempat.
Oh ni mesin tarik macam cangkul tu. kalau lucky dapat lah patung. Tapi aku syak mesin ni nak kena main 30 kali baru dapat pft—
KEDEBUSH!!
"Omg! Tak percaya siot aku dapat tarik HOHOHO." Jerit Jimin riang apabila dia dapat menarik sebuah patung kumamon itu.
Mulut aku ternganga luas. Mesin macam ni memang pilih kasih ke hape!? Aku cuba dekat 50 kali haritu tak dapat dapat inikan jimeng sekali je dah dapat—
Unbelievebubble.
"Daebak! Comelnya kumamon tu eiii. Saya nak boleh tak" aku cuba mengambil kumamon itu tetapi dengan pantas jimin mengelak.
"Nope! Ini untuk hyung kesayangan aku . Yoongi hyung hehe." Sengih Jimin. Yoonmin shipper raise your hand!!!
"kau punya turn pulak! Kau kena cuba and sini sini aku tolong. Tangan bertuah ni tau hohoho" eh riak pulak seketul jimin ni.
Aku mula mendekati mesin itu dan memegang tombol pemutar nya.
"Ready?" Jimin menyinsingkan lengan bajunya sedikit.
Aku mula menggerakkan tombol pemegang itu perlahan. Tiba tiba satu tangan melingkari genggaman tangan aku di pemegang itu.
Aku memandang pantulan daripada cermin lutsinar di hadapan aku dannnnn
Damnnnn! Jimin berada sangat dekat di belakang aku. Deruan nafas dia..
Jantung aku seolah olah terhenti.
"jimin—
"Main benda ni nak kena ada teknik. Kau salah cara ni. Just follow step aku." Jimin mula menggerakkan tombol itu dan tangan aku mengikutinya sahaja.
Tanpa aku sedar ada seseorang yang memerhatikan gerak geri kami.
*********************
"So , room ni memang cukup cukup je untuk kita. Aku dengan jin hyung , yoongi dengan jimin , taehyung dengan jhope dan ada lagi dua room size besar untuk Jungkook dan Yui. Kami faham Yui perlukan privasi." Arah Namjoon kepada kami semua.
"Eleh habis Jungkook tu, dia nak dapat privasi buat apa je" yoongi membantah kerana tak puas hati dapat room dua orang.
"Ala leklah hyung! Tak suka ke roommate dengan aku." Jimin mencebik geram apabila mendapat jelingan sahaja daripada Yoongi . Tsk.
" biar je Jungkook dalam room sorang. Dia tu dahlah tidur kaki menguak,memang patut pon lah dapat room besar." Kata Jhope menurunkan sunglassesnya.
"Okay dah bersurai guys! Malam ni turun balik dekat lobby utama. Ada dinner." Mereka mula mengangkat bagasi dan menuju ke arah lif.
Aku hanya memandang Jungkook yang susah payah bawa sampai 3 bagasi. Kau bawa apa je siottt
"Nak saya tolong? Saya ada 1 je kena bawa ni , meh saya tolong angkatkan awak punya satu—
"Tak payah. Aku boleh angkat sendiri." Katanya dingin dan meninggalkan aku tanpa menoleh sedikit pon.
Dah kenapa jungkook ni? Datang angin monsun agaknya.
Ah lantaklah! Buat apa fikir pasal dia. Baik aku fikir tentang room aku nanti. Omg bathtub im coming!!
************************
Aku mengapai tuala dan melilitkan di tubuh badan aku. Aih leganya dapat mandi air panas. Satu lagi tuala aku gunakan untuk mengelap rambutku.
"I dont wanna be somebody,just wanna be me!" Aku menyanyikan serangkap lirik lagu wannabe itzy itu sambil melangkah keluar bilik mandi riang.
BBUK!!
Aku memandang ke arah bunyi itu. Hotel ni berhantu ke!? Aku hanya mengagahkan diri dan melangkah ke arah katil aku. Ya aku yakin bunyi tu datang dari sini!
Aku memandang lelaki yang berada di tepi katil sambil menumbuk dan melenyekkan patung mesin aku bersama jimin petang tadi itu sebelum aku menjerit hebat.
"YAH JEON JUNGKOOK!!!! EII BYUNTAE KAU KELUAR SEKARANG!!!!" Aku melibas libas kepalanya menggunakan tuala yang aku buat keringkan rambut tadi dengan kuat.
Saat ini aku dah tak kisah pasal patung tu tapi , Kau dah kenapa masuk bilik orang tanpa beri salam!!?
"Yah! Akh— sakitlah bodoh!" Marah Jungkook sambil menepis tangan aku. Eh dia pula yang marah kita.
kemarahan aku hampir mendidih. Tinggal tunggu nak meletus je.
"Jungkook. Baik awak keluar dari bilik ni sekarang sebelum saya kerat awak bagi anjing kurap dekat bawah tadi makan!" Jerit aku lantang di hadapannya. Langsir yang berdekatan aku capai untuk menutup sedikit bahu aku yang terdedah.
"Chill. Pakai jelah baju tu. aku pandang belakang." Kata Jungkook tenang sambil memusingkan badannya ke arah yang bertentangan dengan aku.
Wah! Senang lah kau kata!!!
BAMMM!!!!
"Michin namja!!!!" Aku terus mencapai baju yang tersusun elok di penjuru katil itu dan menghempaskan pintu tandas kuat untuk menunjukkan betapa gerammmmm nya aku!
Jungkook hanya gelak terkekek kekek disitu dan itu cukup membuatkan aku annoying.
***************************
Aku memandang jungkook yang memandang aku. Ewah nak lumba pandangan mata siapa paling tajam ke apa ni?
"Boleh saya tanya kenapa awak masuk bilik saya tanpa kebenaran?" Aku mula bersuara memecahkan kesunyian.
"Pintu kau tak lock. Memang sengaja nak meng alukan orang tak dikenali masuk ke apa?" Soal Jungkook serius. Okay jujur aku seram dengan muka serius dia tu. aku baru teringat yang aku takde lock pintu tadi.
"Em— straight to the point jelah eh. Awak nak apa datang sini?" Soal aku semula.
"Tolong aku ikat tie ni. Aku tak pandai lah." Jungkook menghulurkan sehelai tie berwarna hitam putih itu kepada aku.
"Lahh itu jeke? Kenapa awak tak suruh hyung hyung awak je tolong"
"Aku ketuk pintu masing masing buat bodoh walaupun mereka memang dah bodoh..." kata jungkook dengan muka bengangnya.Sempat lagi kau mengutuk ya.
"Hm yela meh sini saya pakaikan!" Aku mula melilitkan tie itu di lehernya.
"umh— k-kau! Nak bunuh aku ke apa !? Ikat tu bagi longgar lah."
"Hehe. sebenarnya saya tak pandai ikatkan tie lah hehehehe" sengih aku seperti kerang busuk.
"Pabo. Senang je—
Dia mula menarik tangan aku sambil mengikuti tangannya melilitkan tie itu dengan lembut. Jantung aku berdetak sakan lalu . Otak aku dah mula memainkan lagu euphoria. Oh my—
"Siap! Benda senang pon tak tahu. Kau pakai baju apa ni? Kita nak pergi dinner besar tau. Takkanlah kau nak pakai hoodie labuh macam ni je." Bebel Jungkook seperti tidak percaya dengan pakaian aku yang amat ringkas.
Em aku tak tau pulak dinner besar besaran. Dahlah tak bawa dress—
"Pakai ni. Aku tau kau tak bawa dress." Jungkook menarik tangan aku dan meletakkan sebuah kotak di atas telapak tangan aku.
"Jungkook—
"Jangan banyak cerita. Dah bye! Aku tunggu dekat bawah!" Dia terus lari meninggalkan aku sendirian. Mata aku terkelip kelip blur daripada tadi.
Wait a minute... kenapa dia suruh aku pakaikan tie tapi dia sendiri yang ajar aku balik? Dasar jeon jebon hanat!
Aku membuka balutan kotak itu dan menarik keluar sebuah dress berwarna kuning cerah itu. Cantik! Brand mahal siott.
Tag harga yang belum ditanggalkan itu aku tanggalkan. Eh jungkook ni sengaja nak berlagak kaya ke em.
Aku memandang dress itu tak berkelip. Patut ke aku pakai??
Tbc
Maaf lama tak apdet ㅠ_ㅠ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top