Maalik Hughes - Bab 11
"ELENA," tegur Maalik sejurus melihat kelibat Elena yang duduk tegak di atas sofa seperti 3 malam yang lalu. Usai membersihkan diri dia terus mencari gadis itu.
Elena berpaling memandang Maalik yang sedang menuju ke arahnya. Satu jelingan diberikan sebagai tanda tidak puas hati kerana Maalik menolak untuk berbincang dengannya malam tadi.
"Dah sarapan?"
Bibir atas dan bawah ditekan rapat, enggan menjawab soalan Maalik.
Lama Maalik memandang wajah cemberut Elena sebelum dia mengintai ke arah dapur. Sepi ruang itu tanpa kehadiran sesiapa. Kak Sofi juga tidak lagi datang memasak di dapur rumahnya atas permintaan dia sendiri. Semuanya telah kembali kepada keadaan asal kecuali Elena.
"Tunggu sekejap I buatkan sarapan untuk you." Maalik terus berlalu ke dapur meninggalkan Elena yang menarik bantal kecil empat segi ke dalam pelukan.
Beberapa ketika Maalik muncul membawa dulang berisi 2 biji muk dan sepinggan roti bakar. Diletakkan di atas meja kopi di hadapan Elena. Segala gerak-gerinya langsung tidak diendahkan gadis itu. Masih mogok untuk bersuara.
Melihat Elena yang masih keras di situ, Maalik menolak ke tepi dulang berisi makanan itu tadi. Lalu dia duduk berhadapan dengan Elena, di atas meja kopi itu.
"You takkan makan selagi kita tak bincang, kan?"
Kata-kata Maalik berjaya menarik perhatian Elena. Dipandang Maalik dengan hujung mata sambil menantikan kata-kata lelaki itu yang seterusnya.
"Where should we start?" Maalik menegakkan badan dengan kedua belah tangan naik melintang di dada.
"Dari mula." Elena turut menegakkan badan untuk berhadapan dengan Maalik. "Tuan cakap saya pengsan. Macam mana tuan boleh tahu saya dekat mana? Macam mana tuan boleh berada bersama saya sewaktu saya pengsan? Tuan intip saya?"
"Let's skip that one."
"Kenapa?" soal Elena dengan nada yang sedikit meninggi. Mula geram dengan Maalik yang sesuka hati tidak mahu menjawab soalan dia. Jadi untuk apakah lelaki itu bertanya dari mana hendak mula?
"You pengsan dalam teksi, jadi I buat keputusan untuk bawa you balik ke sini dan dapatkan rawatan dengan doktor I." Maalik mula bercerita tanpa mengendahkan soalan Elena.
"Tapi kenapa balik ke sini? Kenapa tak..."
"Sebab I nak jaga you," potong Maalik membuatkan Elena terdiam.
"Pakaian you semua Meen dan Alex dah ambil dari rumah you."
Itu Elena tahu kerana almari di dalam bilik yang dihuninya itu penuh dengan pakaiannya sendiri.
"Meen juga yang tukar pakaian you malam tu. You demam panas dan doktor nasihatkan supaya lap badan you dengan kain basah."
Wajah Elena mula berubah warna.
"Jangan risau, Meen yang buat semua tu, bukan I."
Jelas riak lega pada wajah Elena.
"Sekarang saya dah sihat dan tuan tak perlu jaga saya lagi dah. Saya nak balik ke rumah saya sendiri."
Maalik menggeleng dan gelengannya itu membuatkan Elena mula tidak berpuas hati.
"Saya kena balik. Entah macam mana keadaan rumah saya sekarang dan saya perlu bekerja. Tolonglah faham. Ini dah 4 hari saya tak masuk kerja, entah-entah dah kena buang."
Berkerut kening Elena memikirkan tentang masalah yang bakal dia hadapi. Sudahlah hutang sewa rumah masih belum terbayar, sekarang dia terpaksa berdepan dengan kemungkinan dia dibuang kerja pula. Ini semua Maalik punya pasal. Sangat menyusahkan.
"I dah hantar surat berhenti kerja bagi pihak you."
"Apa???" Spontan Elena bangun berdiri di hadapan Maalik. Tangan kiri naik mencekak pinggang manakala tangan kanan naik menggaru kepala. Serabut!
"Eee... apa yang tuan dah buat ni? Tuan dah menyusahkan saya, tahu tak!"
Maalik diam memandang Elena yang merusuh dalam diam. Habis berserabai rambut gadis itu setelah dikacau oleh tangannya sendiri.
"Kenapa kerja dekat situ?"
Pergerakan Elena terhenti.
"Kenapa tak pergi kuliah? Kenapa tak belajar?"
Elena menjeling dan mendengus geram.
"Tak payah sibuklah." Duduk dihempaskan kembali ke sofa dengan menghadap ke arah tingkap kaca. Kedua belah kaki dinaikkan dan dipeluk kemas kedua lututnya itu. Sesekali dia menggigit kuku sendiri sambil melayan fikiran yang sarat memikirkan tentang pelbagai masalah.
Lama Maalik diam memerhatikan segala gerak laku Elena. Pertama kali dia melihat Elena resah begitu dan baru dia tahu tabiat gadis itu yang suka menggigit kuku apabila sedang keresahan.
"Apa yang dah jadi pada you, Elena?"
"Tak ada apa-apa yang jadi pun."
"Habis tu, kenapa tak belajar?"
"Tuan jangan sibuk, boleh tak? Soal hidup saya tak ada kaitan pun dengan tuan." Elena memandang Maalik dengan hujung mata garangnya itu.
"I tahu apa yang terjadi pada you, Elena."
Kening Elena mula bertaut. Kurang faham dengan maksud kata-kata Maalik itu.
"I tahu semuanya tentang you. Tak ada waris, kereta kena tarik, sewa rumah tertunggak. Tak cukup duit untuk sambung belajar. Everything, Elena. I know everything about you."
Mata Elena sedikit mengecil.
"Tuan intip saya? Apa tujuan tuan buat semua tu? Apa yang tuan tak puas hati sangat dengan saya?" Elena bergerak untuk berdepan dengan Maalik.
"Tuan marah sebab saya pernah cakap tuan ni bapak ayam? Jadi tuan berdendam dengan saya?"
Maalik tunduk menongkat siku pada lutut. Secara tidak langsung merapatkan jarak antara dia dengan Elena membuatkan Elena terundur ke belakang. Terus tersandar pada sofa yang didudukinya itu.
"I cari you."
Kening Elena mula berkerut.
"Kenapa tuan cari saya?" soalnya lagi dengan nada yang masih keras. Masih kurang senang dengan apa yang telah Maalik lakukan kepadanya.
"Because I want you."
Elena terdiam. Sepi suasana seperti waktu juga turut terhenti. Tiada kata yang mampu dia lafazkan saat mendengar pengakuan lelaki itu. Adakah benar atau hanya pancingan untuk terus mengurungnya di sini?
Maalik kembali tegak lalu dulang yang berisi makanan itu tadi ditarik ke atas riba. Muk berisi air coklat yang telah suam dihulurkan kepada Elena.
"Minum, isi perut tu dulu."
Dengan wajah yang berkerut Elena menyambut huluran Maalik. Minuman dicecap dengan mata yang tidak lepas memandang Maalik dengan pandangan curiga. Kenapa lelaki itu mahukan dia? Pasti ada sebabnya juga, kan?
"You tak perlu kerja lagi, Elena. Tinggal di sini dengan I dan I akan selesaikan semuanya. Your house, your car and your studies."
"Uhuk... uhuk..." Muk di tangannya dihulur kasar ke arah Maalik. Sakit pangkal hidungnya kerana tersedak.
"Tuan ingat saya ni perempuan simpanan tuan ke? Nak berlagak jadi sugar daddy pula?" marah Elena dengan hidung yang kembang kempis.
"Kalau I nak jadikan you perempuan simpanan, dah lama I sentuh you."
Spontan Elena bergerak ke hujung sofa dengan memeluk kemas kedua lututnya.
Maalik menarik nafas dalam. Semua yang dia perkatakan sepertinya salah pada pendengaran gadis itu. Ada saja yang tidak kena antara mereka berdua. Kalau ikutkan akal fikiran yang waras, malas dia nak melayan semua ini. Tetapi hati dia berkeras mahukan Elena berada di sisi.
"Eat your breakfast. I nak keluar." Maalik bangun dan terus berlalu meninggalkan Elena di situ.
"MASUK BILIK I, Meen."
Tercengang Meen melihat Maalik yang berjalan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Bingung dia seketika apabila bosnya itu tiba-tiba muncul di pejabat. Semalam Maalik juga berpesan yang dia tidak masuk ofis hari ini. IPad dicapai dan Meen terus masuk ke dalam bilik bosnya.
"Selamat pagi, bos."
Maalik angguk.
"Duduk. I ada perkara nak bincang dengan you."
Meen duduk dengan tangan yang ligat bergerak di atas skrin tablet.
"Turn that off. I don't want to talk about work."
Sekali lagi Meen tercengang. Namun tangannya tetap bergerak membuat apa yang disuruh oleh Maalik.
"You tahu tentang Elena, kan?"
"Tahu, bos."
"You tahu yang dia masih berada di penthouse I?"
"Tahu, bos." Dalam hati pelbagai soalan yang Meen ingin tanyakan kepada bosnya itu tetapi semuanya disimpan sendiri. Bimbang kalau Maalik tidak senang dengan pertanyaannya itu nanti.
"I need your help." Maalik bergerak merapati meja. "I tak tahu nak buat apa dengan Elena. She's too stubborn. Asyik lawan cakap I."
Spontan kening Meen terangkat. Bibir bawah dikemam bagi menahan tawa yang ingin terhambur.
"Apa yang perlu I buat Meen supaya dia dengar cakap I?" soal Maalik dengan wajah yang serius.
Meen berdeham bagi menangkan diri sendiri yang hampir melepaskan tawa. Tidak pernah bosnya kerisauan begini. Malah tidak pernah Maalik resah memikirkan tentang mana-mana gadis. Tetapi semuanya berubah kerana seorang gadis yang bernama Elena.
"Boleh I tanya satu soalan?"
"Shoot."
"Kenapa bos bawa Elena balik ke penthouse? Bos suka dia?"
"Yes, I do," jawab Maalik tanpa teragak-agak. Badan disandarkan ke belakang.
"Jadi bos buat semua ni sebab bos sukakan dia?"
"Yes Meen," jawab Maalik dengan nada bosan. Berapa kali harus dia mengaku baru Meen nak faham?
"Bos beritahu dia atau tak yang you sukakan dia?"
"I cakap I nak dia tapi dia tak percaya. Dia asyik cakap yang I bapak ayamlah, nak jadi sugar daddy dialah. So ridiculous!"
Meen terdiam. Ikut hati nak saja dia tepuk dahi sendiri. Ataupun tepuk dahi bosnya itu.
"I yakin yang bos ikhlas sukakan dia..."
"Of course I am," potong Maalik.
"Tapi cara bos ni tak betul."
"Maksud you?"
Meen tegakkan badan dengan iPad di atas riba.
"Bos ambil dia bawa balik ke penthouse dalam keadaan dia tak sedar. Lepas tu kurung dia dekat situ. Macam penculik. Mestilah dia marah dan fikir yang bukan-bukan tentang you."
"I suka dia, Meen. I nak bantu dia dan I nak jaga dia. I tak boleh tengok orang yang I suka hidup susah macam tu. She's with me now and I won't let her go just like that. I takut kalau I lepaskan, I takkan dapat dia semula." Maalik menghela nafas perlahan. Meja diketuk dengan hujung jari.
"Kalau macam tu bos kenalah jelaskan semuanya kepada dia. Jangan biarkan dia terus meragui bos macam ni."
Maalik diam. Bagaimana dia mahu jelaskan semuanya apabila setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya salah pada pendengaran Elena.
"Dan kalau you betul-betul suka dan nak jaga dia, marry her."
Mata Maalik mula mengecil manakala Meen pula angguk mengiakan kata-katanya.
"Kahwin dengan dia, bos. Lebih senang untuk you jaga dia nanti. Lagipun sampai bila you nak tinggal berdua dengan dia macam tu? She's a Muslim, tak elok tinggal berdua dengan lelaki tanpa ikatan macam tu. Kalau you suka dia, sayang dia dan cinta dia..." Sengaja ditekankan perkataan cinta dan sayang itu. "You kena jaga maruah dia sebagai wanita Muslim." Dalam hati banyak lagi yang Meen ingin perkatakan, tetapi bimbang kalau Maalik berkecil hati pula dengan kata-katanya itu nanti.
PINTU BILIK Elena diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian ia dibuka dari dalam. Terpampang wajah masam Elena dengan rambut yang disanggul gaya simple bun. Buat beberapa ketika Maalik diam memandang wajah cemberut di hadapannya itu.
"Yes? Dah sedia nak hantar saya balik?" soal Elena dengan nada sinis.
Maalik mula menayangkan wajah serius.
"Ikut I."
Elena mengekori Maalik dengan kedua belah tangan membelit badan sendiri. Mereka masuk ke dalam lif dan terus naik ke tingkat paling atas.
Saat pintu lif terbuka, pandangan mata Elena mula dihiasi dengan pemandangan malam yang sangat indah. Jelas kelihatan bintang yang bersinar di dada langit. Cahaya neon pada bangunan pencakar langit juga turut sama menerangi malam mereka. Terpegun Elena memandang pemandangan malam yang sangat indah itu.
"Duduk," arah Maalik yang sudah melabuhkan duduk di kerusi berhampiran kolam renang.
Duduk dilabuhkan berhadapan dengan Maalik. Mata Elena mula meliar memandang persekitaran. Kemudian matanya tertarik untuk memandang permukaan kolam yang tenang tanpa kocakan. This is so unexpected.
Manakala mata Maalik tidak lepas daripada memandang wajah Elena.
"I buat semua ini sebab I sukakan you, Elena."
Zap! Elena memandang tepat ke wajah Maalik.
"Dan I tak sanggup nak tengok orang yang I suka hidup susah. Sebab itu I bawa you ke sini. I want to protect you and I want to take care of you. Mungkin caranya salah, tapi I ikhlas nak jaga you."
"Tapi saya tak sukakan tuan." Elena menggeleng.
"I tahu dan I akan buat you sukakan I nanti."
Nafas dihela perlahan. Maalik memang tak akan berputus asa dan Elena sudah mula merasa penat untuk terus berhadapan dengan semua ini.
"Tolong hantar saya balik, tuan. Saya tak nak terus tinggal dekat sini."
"No, I can't. I takkan lepaskan you, Elena."
"Sampai bila tuan nak kurung saya dekat sini?" Mata dipejam dan apabila dibuka, jelas matanya sudah mula basah.
"Stay with me, Elena."
"Mana boleh. Tuan tahu tak salah tinggal berdua tanpa ikatan macam ni? Nasib duduk penthouse mewah. Kalau duduk rumah flat dah lama kena tangkap basah agaknya."
"Kita kahwin."
Elena terdiam.
"Let's get married, Elena. I akan jaga you seumur hidup I."
Lamaran daripada CEO Hughes Corporation dan berada di atas rooftop sambil ditemani cahaya bintang yang bertaburan di langit, sungguh Elena rasa mahu pengsan.
*** BOLEH DAPATKAN DI PASARAN ATAU DI KEDAI-KEDAI BUKU BERHAMPIRAN ANDA. BOLEH JUGA HUBUNGI @ WHATSAPP NO DI BAWAH ***
019-3729676 (CIK SHIDA) / 013-4888095 (KAK PEAH)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top