5: Beli

50 votes + 40 comments

Seoyun memandang ke arah kertas peperiksaannya yang sudah ditanda oleh gurunya.

96%

Dia sudah belajar dengan baik, apa lagi yang cikgunya tidak puas hati?

Seoyun berdiri lalu berjalan mendekati meja gurunya.

"Cikgu, soalan ni, jawapan saya boleh diterima, kenapa cikgu tanda salah?" soal Seoyun dan sebenarnya dia boleh agak apa jawapan yang cikgunya akan beri.

"Saya cuma tanda betul untuk jawapan yang sama dengan skema pemarkahan" balas cikgunya.

"Cikgu! Naehee, Shinhae dan Na-ri mereka bertiga dapat markah penuh. Maksudnya mereka tiru jawapan skema lah kan?!" akhirnya suara Seoyun meninggi.

Bukannya dia tidak tahu, budak bertiga itu dapat jawapan bocor dan sebelum peperiksaan mereka hanya menghafalnya. Hanya sebab ibu bapa mereka mampu membayar cara kotor ini. Bukan boleh jadi sebab untuknya memperolehi markah penuh.

Nombor 4! Nombor 4!

Dia yang sepatutnya dapat tempat pertama! tidak adil mereka bertiga dapat tempat teratas padahal mereka meniru!

"Yah, Seoyun" suara Naehee memanggilnya.

Seoyun berpaling kebelakang memandang ke arah tempat duduk Naehee.

"Kau ni, bisinglah" kata Naehee.

Satu kelas sekarang sedang memandang ke arahnya.

Iya, itulah nasib Seoyun, walaupun sejauh mana dia cuba mendapatkan keadilan di sekolah ini. Semuanya masih sama. Naehee tetap akan menjadi pilihan pelajar dan guru disekolah ini.

Sekolah yang mempunyai semua pelajar perempuaan ini. Sangat, toksik.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV❤

"Berapa awak nak jual sekolah ni?" soal Jungkook yang duduk di atas sofa di bilik pejabat pengetua sekolah itu sambil kakinya disilangkan.

"A-apa encik?" soal pengetua sekolah itu.

"Saya tanya, berapa awak nak jual sekolah ni?" soal Jungkook.

Dia sangat marah. Sangat, sangat, marah sekarang ini.

Daripada melihat Seoyun dibuli di hadapan pintu pagar dan tentang markah peperiksaan yang sepatutnya dapat markah lebih baik, dan paling dia tidak dapat terima makanannya di ambil oleh pelajar lain ketika di kantin.

Wah, ini semua memang melampau.

Jungkook melemparkan sehelai cek kosong ke muka pengetua sekolah tersebut.

"Tulis, berapa banyak, encik nak, saya bayar" kata Jungkook sambil memberikan pandangan yang tajam.

Prinsip hidupnya cuma satu, dia akan melindungi seluruh ahli keluarganya tidak kira apa yang berlaku dan Seoyun sudah menjadi Jeon Seoyun maka dia juga merupaka  ahli keluarga yang perlu Jeon Jungkook lindungi.

☆☆☆☆

Seoyun menghela nafas perlahan sambil berjalan keluar daripada pintu bangunan sekolahnya.

Dia melihat hujan turun dari langit. Sekali lagi, Seoyun mengeluh. Dia tidak bawa payung hari ini.

Seoyun sudah bersedia untuk berlari di dalam keadaan hujan dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk menutup dahinya, selagi dia boleh lihat sekeliling, tidak menjadi masalah jika baju, kepala atau begnya basah.

"Hei!" satu suara garau menegurnya. Bukan itu sahaja, kolar baju sekolahnya turut ditarik.

"A-awak?" terkejut Seoyun melihat Jeon Jungkook berada di belakangnya.

"Iya, saya ni, ayah awak yang hensem" balas Jungkook.

"Tunggu kejap, Encik Kang pergi ambil payung" kata Jungkook sambil menarik Seoyun untuk ke belakang.

"Oh.. ok" balas Seoyun sambil menunduk memandang lantai.

"Urm, apa awak buat dekat dalam sekolah saya?" soal Seoyun. Jungkook boleh saja tunggu di luar pintu pagar tak perlu susah-susah masuk ke dalam.

"Oh tak, saya memang ada benda nak bincang dengan pengetua" balas Jungkook.

"Pasal apa?" soal Seoyun.

"Adalah" balas Jungkook. Dia tidak mahu meneruskan perbualan itu lagi.

"Tu, encik Kang dah sampai" kata Jungkook sambil jarinya dihalakan ke arah lelaki tua yang sedang berlari mendekati mereka berdua.

"Maaf lambat Tuan Muda dan cik muda" kata Encik Kang.

"Tak apa, kita ada 24 jam sejari, 25 minit tak menjadi masalah" kata Jungkook sambil menepuk bahu Encik Kang.

Seoyun dapat merasakan aura Jungkook sedang berubah. Bukan gembira, tetapi aura protective. Ada sesuatu berlaku ke tadi?

☆☆☆☆

Seoyun hanya kekal senyap di dalam kereta. Tidak ada sesiapa yang bersuara dari tadi. Ini sungguh tidak selesa. Radio pun tidak dibuka!

"Urm, awak, saya nak tanya--"

"Kalau awak boleh design pakaian sekolah sendiri, awak nak pakai style yang macam mana?" Jeon Jungkook terlebih dahulu menyoalnya.

"Ah, saya tak pasti" balas Seoyun. Apa yang patut dia balas dengan soalan itu? Kedai baju pun dia baru pergi sekali seumur hidup itu pun dengan Jungkook. Sebelum ini pakaiannya dapat daripada yang orang dermakan.

"Kita pergi shopping mall, sekarang" kata Jungkook lalu terus pemandu peribadi milik Jungkook itu membuat satu pusingan ke kiri.

☆☆☆☆

"Yang mana lagi awak suka?" putih ke kuning?" soal Jungkook sambil memegang dua helai blazers di tangannya.

"Atau awak lagi suka yang warna biru tua?" soal Jungkook sambil mengambil lagi sehelai blazer lagi.

"Yang ni macam lagi cantik" kata Seoyun sambil menyentuh blazer yang berwarna putih itu.

"Ah, ya! betul! baru nampak awak macam dari keluarga yang kaya" kata Jungkook sambil melemparkan blazer lain ke lantai lalu dia terus mengambil yang berwarna putih itu.

Jangan cakap, pekerja di kedai baju itu terus mengutip dengan laju baju-baju di atas lantai itu.

"Oh, maaf, saya terlebih excited, sampai terjatuhkan baju-baju ni" kata Jungkook sambil meminta maaf kepada mereka.

"Jangan risau, saya bayarkan semua sekali" katanya lagi.

Tiba-tiba pekerja itu semua menunduk seolah-olah ada orang yang sangat hebat mendekati mereka. Bukan menunduk ke arah Jungkook, tetapi ke arah seorang lelaki sedikit berumur.

"Ah, Tuan muda Jeon, kenapa tak bagitahu nak datang?" soal lelaki itu. Ringkasnya, lelaki itu pemilik kedai pakaian sekolah ternama ini.

"Oh, tak, saya rasa pakaian sekolah Se-rim high school tu macam bosan. Jadi saya datang sini nak custom sendiri ikut keselesaan anak angkat saya" kata Jungkook sambil memperkenalkan Seoyun sebagai anaknya.

"Oh, anak Tuan muda pun sekolah dekat situ?" soal Pemilik kedai itu.

Jungkook mengangguk perlahan. Ini memang rancangannya. Misi membalas dendam untuk Seoyun!

"Seoyun kenal tak anak pak cik? Han Naehee" katanya.

Tipulah Seoyun tidak terkejut apabila mendengar nama itu, perlahan-lahan dia mengangguk.

"Pak cik harap kamu berdua boleh berkawan baik dengan dia memandangkan ayah kamu dengan pak cik dah berkawan lama" kata lelaki itu.

"Iya betul, kalau mereka tak berbaik, terpaksalah kita putus kan hubungan, betul?" soal Jungkook kepada Encik Han.

Dia tidak kisah hilang satu partner, tiada apa-apa kesan buruk pun kepadanya memandangkan hartanya masih banyak lagi.

Cuma harta Encik Han, pasti akan terjejas.

Dan Jeon Jungkook tidak kisah kehilangan Encik Han demi Jeon Seoyun.

"Oh ya, saya dengar yang Tuan Muda beli sekolah tu? betul ke?" soal Encik Han.

"Wah, cepat betul berita tersebar" balas Jungkook sambil tersenyum kepada Encik Han.

Hampir gugur jantung Seoyun apabila mendengar perkataan 'beli' itu. Baru dia tahu mengapa Jungkook datang ke sekolahnya tadi.

"Oh ya, Seoyun, untuk baju kemeja pula awak nak yang mana? lengan pendek ke panjang?" soal Jungkook sambil mengambil beberapa helai baju.

"Jangan risau, anggap je saya beli sekolah awak ni sempena hadiah hari bapa" balas Jungkook.

Eh, Apa ni?

Sekarang baru Seoyun tahu bahawa kuasa Jungkook amat besar di dalam bidang perniagaan. Semua orang menghormatinya dan dia sudah sah menjadi

Pewaris harta keluarga Jeon. Ini bukan berita baik, ini berita menakutkan!


TBC

Selamat hari daddy gais.

HGAHAHAHAHA btw, aku enjoy betul tulis cerita ni, boleh buat sesuka hati sebab semua benda Jungkook boleh buat, tak payah fikir fikir pasal kesan sampingan. Yas, seya akan update dengan lebih kerap.

Let's go gais! dapat kan target then aku update HUEHUEHEU

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top