3: Cari
40 votes + 30 comments
Seoyun masih mendiamkan diri sejak dia berada di dalam kereta Jeon Jungkook. Tangannya tidak berhenti membelai bulu kucing miliknya itu.
Setelah beberapa hari perbicaraan di mahkamah berlangsung, Jeon Jungkook mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap gadis yang muda 4 tahun darinya.
"Urm, saya Jeon Jungkook" kata Jungkook sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan gadis itu.
"Seoyun" balasnya.
"Baiklah, jadi mulai hari ni awak dah masuk keluarga Jeon, tahniah awak berjaya jadi salah seorang manusia terkaya di negara ini,mulai hari ini" kata Jeon Jungkook.
"Jujur sajalah, awak ambil saya jadi anak angkat sebab awak nak Nongbu je kan? lepas tu apa rancangan awak? buang saya tepi jalan?" soal Seoyun. Bukannya dia tidak tahu yang lelaki itu mahukan kucingnya!
"Ok saya jujur, saya memang nak kucing awak. Tapi saya masih hormat awak jadi saya tak culik pun kucing awak. Sebab saya ni baik, saya buat keputusan untuk jaga awak dan kucing awak" balas Jungkook.
"Ah, awak sama saja macam orang lain, pentingkan diri sendiri" kata Seoyun.
Akibat Jungkook tidak tahan dituduh sebegitu, akhirnya dia menarik lengan Seoyun agar mendekatinya.
Sungguh rapat, sehinggakan Seoyun dapat tahu yang Jeon Jungkook makan sup ayam waktu sarapan tadi.
"Saya, tak kejam. Saya dah ada hak penjagaan sepenuhnya terhadap awak. Jadi, makan,minum, keperluan awak semua saya tanggung" kata Jungkook lalu dia kembali menolak Seoyun menjauhinya.
"Jadi, kalau awak nak beli apa-apa, bagitahu saya, semua saya bayar. Awak nak sambung belajar dekat mana, bagitahu saya, saya tanggung. Awak nak beli rumah, awak nak terus buka kedai sendiri? nak buat jenama sendiri? nak bina bangunan sendiri? bagitahu saya, saya tanggung semua kosnya" sambung Jungkook lagi.
"Huh, macamlah awak ada banyak duit sangat nak tanggung saya" kata Seoyun.
"Hei!" suara Jungkook meninggi akibat geram.
"Awak kerja apa? gaji berapa?" soal Seoyun.
Terkelu lidah Jungkook. Dia mana pernah kerja! gaji pun tak ada kerana dia melabur saham, duitnya semua datang daripada faedah yang dia dapat dan bangunan yang dia beli, duit sewa yang orang bayar dan juga hotel yang dia miliki dan juga-- terlalu banyak untuk disenaraikan!
"T-tak, saya tak ada kerja" balas Jungkook.
"Habis tu mana awak dapat duit? entah-entah awak ni lintah darat. Oh mai goat!" Seoyun mula berfikir bukan-bukan.
"Hei! Hei! Hei!" mana ada! saya tak buat kerja haram eh!" balas Jungkook.
Tiba-tiba perbualan hangat mereka terganggu kerana kereta milik Jungkook itu sudah sampai ke detinasi.
"Tuan, sudah sampai" kata pemandunya.
Jungkook mengehela nafas perlahan lalu keluar daripada kereta itu begitu juga dengan Seoyun. Manakala Nongbu ditinggalkan di dalam kereta bersama pemandu Jungkook kerana haiwan tidak dibenarkan masuk.
"Ni rumah awak ke?" soal Seoyun kepada Jungkook.
"Ni pusat membeli belah, lah, awak tak pernah datang ke?" soal Jungkook.
Perlahan-lahan gadis itu menggeleng. Duduk di rumah anak yatim sejak kecil satu alasan mengapa dia tidak pernah ke sini.
"Oh ok, jadi kalau macam tu, saya ada nasihat untuk awak" kata Jungkook.
"Apa dia?" soal Seoyun.
"Jangan tersesat, pegang tangan saya" kata Jungkook.
"Eish, apa ni" balas Seoyun.
"Eh, saya cakap betul ni, kalau tak nanti saya jamin awak tersesat sebab tempat ni besar, awak pula tak pernah datang" kata Jungkook bersama wajah seriusnya.
"Tak nak lah, saya ni bukannya budak-budak lagi" Seoyun menolaknya.
"Suka hati awaklah" balas Jungkook lalu dia mula berjalan meninggalkan Seoyun.
Seoyun mengejar langkah bapa angkatnya supaya tidak ketinggalan.
"Kita nak buat apa dekat sini?" soal Seoyun.
"Nak cari barang-barang awaklah" balas Jungkook.
"Ha?" Seoyun keliru.
"Pakaian awak, barang-barang peribadi awak, dan barang-barang untuk bilik awak. Sebab rumah saya tak ada barang-barang perempuan, jadi kita kenalah beli" balas Jungkook.
"Tak apalah, pakaian yang saya bawa tu boleh pakai lagilah" balas Seoyun.
"Mana boleh, saya dah jadi penjaga awak, saya kenalah sediakan yang terbaik" balas Jungkook lalu berjalan masuk ke sebuah kedai pakaian wanita.
Seoyun cepat-cepat mengejar langkah Jungkook.
"Pilih lah awak nak apa" kata Jungkook kepada gadis itu.
"Apa-apa je?" soalnya dan Jungkook mengangguk lalu dia mengambil tempat duduk yang disediakan di dalam kedai itu.
Seoyun tersenyum teruja lalu dia mula memilih baju dan bergerak menuju ke arah bilik persalinan.
Belum sempat Jungkook mengeluarkan telefon bimbitnya Seoyun terlebih dahulu keluar daripada bilik persalinan lalu dia meletakkan semula baju itu di tempat asalnya.
"Wae?" soal Jungkook.
"Mahal sangat" bisik Seoyun lalu menarik Jungkook supaya keluar daripada kedai itu.
Jungkook menghela nafas berat
"Saya boleh bayarlah" balasnya.
"Saya tak nak yang mahal sangat" kata Seoyun lalu dia berjalan keluar daripada kedai itu kerana tidak selesa dengan kedai itu.
Jungkook hanya melihat Seoyun pergi meninggalkan kedai itu.
Lalu terus Jungkook memanggil wanita yang merupakan pekerja di kedai itu.
"Bungkus semua baju yang dia ambil tadi, saya bayar" kata Jungkook.
☆☆☆☆
Setelah selesai pembayaran, Jungkook melangkah keluar dari kedai itu lalu dia mencari kelibat Seoyun
"Seoyun?" panggil Jungkook sambil tercari-cari dimanakah gadis itu berada.
"Aish, ni lah kenapa saya suruh awak pegang tangan saya tadi" kata Jungkook.
Kerana dia pernah hilang di pusat membeli belah ketika kali pertama datang dengan ibunya sewaktu kecil dulu . Sebab itulah dia memberikan nasihat kepada Seoyun agar memegang tangannya.
Tengok! sekarang dah hilang! baru jadi ayah angkat tak sampai sehari, dah hilang dah anak Jeon Jungkook. Macam mana nak cari ni? telefon bimbit pun belum sempat beli lagi untuk Seoyun.
Tiba-tiba bunyi speaker di pusat membeli belah itu membuatkan Jeon Jungkook menumpukan perhatiannya.
"Perhatian, kami mencari penjaga kepada Seoyun, diminta penjaga Seoyun hadir ke kaunter kanak-kanak hilang untuk mengambil Seoyun pulang ke rumah"
Aduhaii..
TBC
Cerita ni tak berat sangat duh, seronok betul kalau aku tulis time busy HSHSHS
Again, time busy. Homework banyak sempat lagi aku update.
Apa-apa pun aku suka plot cerita nii, ringan jee seronok nak tuliss HUEHUEH.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top