2: Anak

40 votes + 30 comments

"Tuan muda, tolong bawa bertenang" kata pembantu lelaki itu.

"Kemas baju sekarang!" teriak Jungkook dengan nada yang tinggi.

Jeon Jungkook mula mengemas baju-bajunya untuk dimasukkan ke dalam beg bajunya.

"Tuan muda nak pergi ke mana?" soal lelaki tua itu.

"Rumah nenek" kata Jungkook.

"Kenapa? bukan ke lagi selamat kalau duduk dekat rumah je?" soal lelaki itu lagi.

"Saya akan mati harini, saya nak pergi ucapkan selamat tinggal dekat semua keluarga saya" kata Jungkook.

"Urm, tuan muda, itu cuma ramalan, bukannya pasti akan terjadi" lelaki itu memberi nasihat kepada Jungkook.

"Ingat tak tahun lepas yang saya hampir mati akibat di hempap dengan besi bila tiba-tiba gempa bumi berlaku. Tu semua sebab waktu pagi, kita terjumpa kucing hitam" kata Jungkook.

"T-tapi tuan--"

"Kemas sekarang, saya sementara tengah bersiap sedia mental untuk mati di usia 23 tahun ini" kata Jungkook sambil mencapai kalung bertuahnya yang terletak di atas tilamnya.

"Tuan muda, percayalah kata saya, tu cuma ramalan, tak perlu percaya sangat" pujuk lelaki tua itu lagi.

"Oh ya! saya perlu tulis wasiat untuk pembahagian harta-harta saya" Jungkook terus-menerus membuat rancangan supaya dapat mati dengan tenang.

"Saya nak mati dekat tepi pantai"

"Ah, sebelum mati saya nak makan ayam goreng"

"Tuan muda, tolong bawa bertenang" kata lelaki tua itu dengan penuh prihatin.

☆☆☆☆

Kereta milik keluarga Jeon bergerak dengan kelajuan normal di atas jalan raya untuk menuju ke rumah neneknya.

"Ah, nampaknya lepas ni, tak ada pewaris keluarga Jeon" Jungkook yang berada ditempat duduk belakang mula mengeluh kecil sambil menyandarkan kepalanya pada cermin tingkap kereta itu.

"Tuan muda.." lelaki tua itu sudah penat memberitahu Jungkook bahawa semuanya kan baik baik sahaja walaupun ada pinggan pecah yang dikatakan akan membawa nasib malang.

Tiba-tiba sahaja kereta mewah itu membrek secara mengejut membuatkan Jungkook hampir terjatuh daripada tempat duduknya.

"T-tuan, maaf ada kucing dekat depan tadi, tu yang berhenti" kata pemandu kereta itu.

Belum sempat Jungkook mengatakan apa-apa, tiba-tiba sahaja sebuah papan tanda iklan jatuh betul-betul di hadapan kereta itu.

Tipulah jika mereka tidak terkejut. Kalau kereta tidak berhenti tadi, papan tanda tersebut akan menghempap kereta mereka.Pengakhirannya mereka akan mati bersama.

Jeon Jungkook keluar daripada perut kereta sementara pembantunya mendail pihak bomba untuk melaporkan hal ini.

Jeon Jungkook mencari kelibat kucing yang melintas tadi. Adakah kucing itu mati akibat dihempap oleh papan tanda tersebut.

"Meow" perlahan-lahan kucing itu keluar dari bawah kereta Jeon Jungkook.

Sah! Jeon Jungkook sepatutnya mati tadi, tetapi kucing itu telah menyelamatkannya daripada nasib buruk itu. Kucing itu membawa nasib baik!

Baru sahaja Jungkook ingin menyentuh kucing comel itu. Kucing itu terlebih dahulu berlari meninggalkan Jungkook.

"Tunggu!" jerit Jungkook sambil mengejar kucing itu.

Si pembantu lelaki yang baru sahaja selesai mendail pihak berkuasa, terus meloncat keluar daripada kereta sebaik sahaja melihat Tuan Muda berlari menjauhinya.

"Tuan muda!" lelaki berumur itu pantas mengejar langkah Jungkook walupun dirinya sendiri tidak segagah mana.

☆☆☆☆

Seoyun POV💚

"Nongbu-ah, meow, meow" Seoyun mencari kucingnya yang selalunya menunggunya dipagar utama sehingga habis waktu sekolah.

"Nongbuuu!" nada suaranya bertukar ceria sebaik sahaja melihat kucing berbulu putih itu sedang berlari ke arahnya.

Seoyun memeluk kucing itu sebaik sahaja dia mendekati dirinya,

Apa yang mengejutkan, ada seorang jejaka yang turut berlari ke arahnya.

"N-ni k-kucing awak ke?" soal lelaki itu sambil tercungap-cungap mencari nafas.

"Iya,kucing saya, kenapa? dia ada rosakkan pasu bunga encik ke?" soal Seoyun, risau besar jika kucing itu menimbulkan sebarang masalah.

"Bukan, saya nak beli kucing awak" kata Jungkook tanpa beralas.

"Eh! mana boleh! ni kucing saya" kata Seoyun.

"Saya akan bayar berapa saja yang awak nak, 1 juta? 2 juta? 5 juta?" Jungkook memberikan tawarannya.

"Kucing ni satu-satunya keluarga saya, saya tak akan jual dia" kata Seoyun dengan nada yang serius.

"Tolonglah, saya perlukan kucing tu untuk pastikan nasib saya sentiasa baik" kata Jungkook.

"Apa awak mengarut ni? ni kucing saya, kalau awak nak, langkah mayat saya dulu" kata Seoyun.

"Tapi mak saya kata tak baik langkah mayat orang" kata Jungkook.

"Kalau macam tu, tak boleh lah ambil kucing saya" balas Seoyun lalu mengeratkan pelukkannya dengan kucing itu.

"Ni kucing saya" kata Seoyun lalu berjalan meninggalkan jejaka itu.

 Jeon Jungkook POV💚

"T-tuan muda" kata pembantunya yang baru sahaja berlari mengejar langkah Jungkook.

Sepasang mata milik Jungkook masih memerhatikan kelibat Seoyun yang berjalan melintasi jalan raya.

"Cari maklumat tentang perempuan tu, saya akan buat apa sahaja untuk dapatkan kucing tu" kata Jungkook sambil jarinya dihalakan ke arah Seoyun yang sedang berjalan.

"Nama dia Seoyun" kata Jungkook. Nasib baik dia sempat melihat tanda nama milik gadis itu.

☆☆☆☆

Seoyun POV💚

Gadis itu membersihkan selimutnya sebelum bergerak meninggalkan bilik tidur dan pergi ke dewan makan.

"Seoyun-ah" suara wanita yang sedikit berumur memanggilnya.

"Oh, omma" Seoyun menyambut sapaannya dengan penuh ceria. Wanita yang digelar omma oleh semua anak-anak yatim di sini itu merupakan penjaga yang paling disayangi ramai jika dibandingkan dengan penjaga yang lain.

"Ketua penjaga nak jumpa Seoyun dekat pejabat" kata wanita itu sambil tersenyum.

"K-kenapa?" soal Seoyun  kerana dia dapat merasakan seperti dirinya akan dikeluarkan cepat dari sini.

Tinggal lagi beberapa bulan lagi untuk dia mencapai umur 19, tolonglah beri dia peluang untuk tinggal disini sehingga waktu itu. Rumah sewa pun dia masih belum jumpa lagi.

"Ada orang nak adopt Seoyun" kata wanita itu yang membuatkan Seoyun dua kali ganda lebih terkejut.

Biasanya, orang akan ambil kana-kanak untuk dijadikan anak angkat. Kenapa tiba-tiba dirinya yang sudah hampir mencecah dewasa ini pula yang dipilih?

☆☆☆☆

Seoyun berjalan menuju ke arah pejabat dengan penuh perasaan berdebar-debar.

Ttok.. Ttok..

Dia mengetuk pintu sebelum melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat itu.

"Seoyun, perkenalkan ini encik Jeon Jungkook dia nak ambil kamu sebagai anak angkat" kata ketua Penjaga sebaik sahaja Seoyun melangkah masuk ke dalam.

Alangkah terkejutnya lelaki itu ialah lelaki yang dia bertengkar tentang Nongbu pada waktu semalam.

"Urmm, hai, Seoyun, jadi sekarang saya ialah ayah angkat awak" kata Jungkook sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan gadis itu.

"Kejap, maksudnya saya perlu  jadi anak angkat awak?"

TBC

Jujur jelah, cerita ni, cliche dan mengarut HSHSHSH seteghess jap

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top