(5)

Semenjak dari hari itu, sebaik sahaja waktu pulang tiba, Blaze pasti akan terus ke bilik guru untuk bertemu dengan Gempa untuk belajar subjek yang dia lemah secara individu. Walaupun kelas mereka sentiasa berakhir sehingga pukul 5 petang, namun keduanya langsung tidak pernah berasa kelelahan.
"Baiklah, Blaze. Untuk subjek sejarah kamu ni. Cikgu perasan yang kamu banyak tertukar dengan beberapa isi dari tajuk lain dengan tajuk lain. Untuk mengasahkan lagi ingatan kamu tu. Cikgu nak kamu buat macam ni.. "

Gempa sentiasa mengajar dengan baik dan sabar. Walau kadang-kadang Blaze suka usiknya dengan menggodanya namun Gempa akan menepisnya tanpa perasaan.

Berita tentang kelas Blaze dan Gempa yang diadakan secara individu itu kebanyakannya ramai yang menyokong dan bersetuju kerana asalkan mereka tidak melakukannya di luar pengawasan maka mereka akan selamat.

Namun dalam diam ternyata ada juga yang tidak berpuas hati!

SKIP TIME

Sebaik sahaja jam tepat menunjukkan pukul 5 petang, Gempa dan Blaze terus pulang ke rumah.

Blaze berjalan ke arah garaj basikal yang kini semakin kerap dia pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Alasannya adalah dia mahu sampai awal ke sekolah supaya extra kelasnya pada waktu pagi dapat dilakukan bersama Gempa. Dan itu tidak menjadi masalah sama sekali.

Dalam Blaze mahu menaiki basikalnya, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

"Ah, aku lupa pula nak tanya waktu hujung minggu nanti aku boleh tak ke rumah Gempa! Aish, baik pergi tanya sekarang! "

Dan tanpa membuang masa, Blaze terus turun semula dari basikalnya dan berlari menuju ke arah garaj kereta yang berada tidak jauh dari garaj basikal.

SKIP TIME

Gempa menghampiri keretanya lalu menekan butang yang ada pada kunci kereta itu bagi membukanya. Dalam Gempa sedang berjalan mendekati keretanya, dia tidak sedar bahawa ada seseorang sedang berjalan menghampirinya.

Gempa menyimpan buku dan barangnya di bahagian belakang keretanya lalu menutupnya. Dalam Gempa baru sahaja hendak melangkah, tiba-tiba dirinya ditarik ke belakang sambil mulutnya di tekup oleh tangan seseorang.

"Mmpph!! "

Gempa berang dengan keadaannya namun dia cepat bertindak. Dia terus menyiku perut orang yang bertindak untuk menculiknya itu. Dia berjaya membuatkan orang itu melepaskannya dan berundur ke belakang. Gempa tidak membuang masa lalu dia terus menghadap ke arah orang tadi dan diberikan satu sepakan penalti ke dahi orang itu yang membuatkannya jatuh tersungkur di atas tanah.

Gempa merenung tajam orang itu dan cuba melihat wajahnya. Sebaik sahaja dia dapat mengenal pasti orang itu, terus dirinya tercengang.

"Cikgu Halilintar?! "

"Arrghh... Sstt... "

Cikgu disiplin yang terkenal dengan kebengisannya kini terduduk sambil menahan rasa sakitnya. Gempa tidak berani untuk mendekatkan dirinya jadi dia hanya mampu memandang sahaja. Namun di sebalik tatapanya, masih terdapat beribu persoalan dan penyesalan serta simpati.

"A-apa yang cikgu buat ni?! Cikgu mahu culik saya?! "

"Urghh... Tch! Bukan culiklah! Aku cuma nak bawa kau ke suatu tempat sahaja! "

"Suatu tempat? Habis kenapa cikgu bertindak macam tu?! Cikgu boleh buatkan ramai orang salah faham tahu tak?! Apa yang cikgu nak?! "

"Haih... Aku nak kau menjauh dari Blaze."

Tercengang Gempa jadinya apabila dia mendengar kata-kata guru di hadapannya itu. Jantungnya serta-merta berdegup tidak keruan.

"A-apa yang cikgu mengarut ni..? Kenapa saya harus berbuat demikian?! Blaze itu anak murid saya! "

"Dan kau pasti tahu yang budak tu suka dekat kau, kan? "

Gempa diam. Dia tidak dapat menafikan hal tersebut kerana memang sudah jelas Blaze memang menunjukkan rasa sukanya terhadap Gempa. Namum pada masa yang sama Gempa juga tidak mahu terlalu berharap.

"Jadi? Kalau aku suka dekat Gempa apa masalahnya dengan kau? "

Serentak Halilintar dan Gempa berpaling ke arah dinding yang berada di belakang garaj kereta. Dapat dilihat Blaze duduk bersandar di dinding keras tersebut beserta senyuman sinisnya.

Halilintar mendengus.

"Kamu tahu kan yang hubungan antara guru dan murid amatlah tidak dibenarkan! Jadi, cikgu nak kamu berhenti mempunyai perasaan dengan cikgu kamu ni! "

"Tsk! Suka hati akulah! Aku nak suka cikgu ke, nenek kau ke, guard perempuan yang duduk sebelah jalan tar ke, apa masalahnya dengan kau?! "

"Kamu sudah melanggar peraturan, Blaze! Kamu tidak boleh ada perasaan macam tu!! "

Blaze mengetap giginya bagi mengawal rasa amarahnya. Jujur saja jika diikutkan hati dia mahu sahaja memberikan satu tumbukan kepada cikgu disiplinnya itu. Namun dia masih ingat akan peraturan sekolah. Jadi dia terpaksa bersabar.

"Baik kamu lupakan Cikgu Gempa, Blaze! Anggap sajalah bahawa pertemuan kamu dan cikgu kamu ini langsung tidak pernah berlaku! Tidak lama lagi cikgu kamu pun akan kembali ke IPG nya semula! Dan kamu juga harus fokus pada SPM kamu! "

Blaze menundukkan wajahnya kesal. Dia tidak tahu harus membantah apa lagi. Dia mahu mempertahankan haknya namun dia tidak boleh pentingkan dirinya sendiri buat masa sekarang. Teruk padahnya nanti!

Halilintar kembali menoleh ke arah Gempa.

"Cikgu, saya selaku guru disiplin akan ambil tindakan sekerasnya jika cikgu pun melanggar peraturan. Pihak sekolah tidak ingin malu hanya kerana hubungan kamu berdua. Sila ingat, sekolah adalah tempat belajar dan hubungan yang ada hanyalah guru dan murid sahaja. Tidak boleh lebih. Biarlah ia cinta sejati sekalipun. Dan... Maafkan saya tentang hal tadi. Saya terlalu terikut perasaan bagi menjalankan tugas saya. "

Gempa mengangguk faham. Dia tidak tahu harus macam mana sekarang. Dirinya bagai tersepit di antara hak kebaikannya sendiri dan kebaikan orang lain. Dia tidak pernah menghadapi situasi sebegini jadi dia buntu harus bagaimana lagi.

Halilintar bertindak untuk meninggalkan mereka berdua sendirian dan segera pulang. Kini hanya tinggal mereka berdua sahaja.

"Cikgu.. "

Gempa memandang wajah Blaze dengan pandangan terkejut dan sedih apabila dia mendengar Blaze pertama kali memanggilnya dengan panggilan formal.

"Saya... Akan belajar bersungguh-sungguh. Jadi... Cikgu dah tak perlu ajar saya lagi. "

Blaze menundukkan kepalanya lalu segera berlari pergi meninggalkan Gempa sendirian. Gempa membuka pintu keretanya dan dia segera duduk dj bahagian pemandu. Dia meletakkan dahinya pada pengemudi kenderaan diselang helaan nafas kecewa.

Tidak lama kemudian, Gempa pun menangis dalam kekecewaan. Perasaannya kini mula bercampur-baur. Namun dalam dirinya yang kacau itu, barulah dia sedarkan sesuatu.

"Aku... Dah sukakan Blaze... "

SKIP TIME

Blaze mengayuh basikalnya sehingga tiba ke rumah. Dia menghempaskan basikalnya dengan kasar sehingga membuatkan kedua ibu bapanya terkejut.

"Blaze? Kenapa dengan kamu ni? "

"Macam mana pelajaran kamu hari ini? Semua baik? "

Blaze mendiamkan diri di hadapan ibu bapanya. Nampaknya mereka sudah merisaukannya.

"Blaze, ceritakan kepada mak dan ayah, ya? Kamu ada masalah ke? "

Blaze memandang raut wajah kedua ibu bapanya yang jelas merisaukannya itu. Blaze menoleh ke arah ayahnya.

"Ayah... Blaze akan jadi pengusaha ladang seperti yang ayah nak."

Kini wajah kedua ibubapanya tersenyum senang. Mereka berdua segera memeluk anak tunggal mereka dengan penuh rasa gembira.

"Terima kasih, Blaze! Kamu memang anak yang baik! "

Ayah Blaze menepuk-nepuk belakang Blaze. Tidak lama selepas itu mereka pun meleraikan pelukan.

"Tapi sebelum itu... Blaze ada syarat. "

"Syarat? "

Ibubapa Blaze saling berpandangan antara satu sama lain dengan kerutan di dahi.

"Blaze... Nak kahwin. "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top