(1)

"BOBOIBOY BLAZE!!! MANA KAU NAK LARI?!!! "

Jeritan nyaring dari suara seseorang memecah kesunyian yang ada di sekitar kawasan sekolah menengah itu. Sesiapa yang baru pertama kali mendengar jeritan itu pasti akan terkejut dan sangkakan bahawa ada guruh yang sedang berdentum. Namun ia sama sekali tidak menjadil hal bagi para penghuni sekolah menegah tersebut kerana mereka sudah terbiasa dengan jeritan itu.

Jeritan tadi berasal dari seorang guru disiplin yang amat terkenal dengan ketegasannya. Siapa lagi kalau bukan Halilintar? Seorang cikgu yang sememangnya tegas mengalahkan pengetua dan garang mengalahkan singa! Dan nampaknya kali ini ada seseorang yang telah mengejutkan sanga tersebut.

"Wahahaahha!!! Lari cepat weeyy!! "

Ah, baru je nak sebut. Itulah dia. Seorang pelajar lelaki yang sudah cukup terkenal di dalam dunia sekolah menegah itu. Boboiboy Blaze. Dia sudah terkenal di kalangan pelajar dan guru sekolah itu kerana tingkahnya yang nakal dan suka mengganggu orang lain. Bersamanya, Taufan dan Thorn ialah kawan baiknya. Mereka bertiga sering digelar Trio Trouble Maker kerana hanya mereka yang sering menimbulkan huru-hara dan kekecohan di sekolah tersebut. Dan kuat mereka ialah Blaze sendiri.

Nampaknya kali ini mereka bertiga sudah membuat cikgu disiplin mereka mengamuk! Entah apalah yang mereka sudah lakukan itu.

"Huff... Huff... Penat weyh. Rehat jom. "

Blaze mengheret tangan 2 sahabatnya dan mereka bertiga pun menuju ke arah belakang bangunan pentadbiran lalu mereka melabuhkan punggung masing-masing di atas lantai bersimen itu. Masing-masing menarik nafas dengan keadaan tercungap-cungap kerana kelelahan berlari tadi.

"Huff... Nampaknya misi kita berjaya lagi, Blaze. "

Taufan menoleh ke arah Blaze sambil tersenyum senang. Manakala Blaze sudah tertawa puas hati.

"Hahaha! Betul tu! Puas hati aku tengok muka Cikgu Jalan Tar tu bengang. "

Mengimbas kembali akan wajah cikgu disiplin mereka yang kemerahan dan bengang dengan perangai mereka bertiga, terus mereka tertawakannya.

"Tapi... Takpe ke kita buat macam tu, Blaze? Nanti cikgu adu dekat mak ayah kau macam mana? "

Thorn bertanya bagi cuba memastikan risiko perbuatan mereka tadi.

"Alah, aku bukannya nak kacau dia saja-saja. Lagipun korang tak perasan ke? Cikgu Jalan Tar tu asyik monyok je memanjang. Tak salah lah kan kalau aku saja nak ubah mood dia? "

"Hahahah! Aku setuju! Dia punya monyok tu dan macam jalan tar je aku tengok! "

"Hahaahha! Kaann!! "

Mereke bertiga terus menyambung sesi mentertawakan cikgu disiplin mereka. Tidak sedar akan bala yang bakal menimpa, mereka terus berada dalam keadaan sebegitu sehinggalah datangnya satu aura aneh.

"Ouhh... Kat sini korang, huh? "

Tersontak mereka bertiga kerana terkejut. Dengan perlahan-lahan, mereka bertiga menoleh lalu teserlah wajah cikgu disiplin mereka iaitu Cikgu Halilintar.

"Alamak! Cikgu?! "

"Korang takkan dapat lari lagi!!!"

"WAAAAAA!!! AMPUNKAN KAMI CIKGU!!!!"

BOOOOOMMM!!!

SKIP TIME

"Haish... Tak pasal-pasal kita kena balik lambat... "

Blaze memuncungkan bibirnya kerana protes. Manakala Taufan dan Thorn sudah berdiam diri kerana cukup lelah didenda untuk mencuci kelas mereka dan 3 tandas di bangunan kelas mereka secara bergilir-gilir. Masing-masing memikul beg sekolah mereka dengan wajah yang kepenatan.

"Huhu.. Terlepas nak layan drama Kau Tunggu Aku di Kutub Utara. "

Taufan mengangis penuh penyesalan kerana terlepas drama kesukaannya manakala Thorn hanya mengangguk sahaja.

"Ckh! Tak guna Cikgu Jalan Tar tu! Tengoklah nanti kalau sia badmood ke apa, aku tak nak tolong! "

"Tapi... Kan dia tak minta pun? Kau je yang terlebih-lebih nak tolong."

"Suka hatilah! "

Taufan dan Thorn hanya terkekeh-kekeh ketawa melihat telatah Blaze. Dalam mereka sedang menuju keluar dari pagar sekolah, tiba-tiba sebuah kereta yang asing masuk ke dalam perkarangan sekolah tersebut.

"Eik? Sejak bila cikgu-cikgu kita ada kereta macam ni? "

Blaze yang sememangnya sudah hafal dengan semua jenis kereta milik cikgu-cikgunya di sekolah memandang kereta tadi dengan hairan.

"Entah. Abaikan jelah. Jom balik cepat! "

"Hmm... Aku nak siasat lah! Korang balik lah dulu! Jumpa esok! "

"Eh, Blaze?! "

Belum sempat Taufan mahu menghentikan Blaze, remaja itu sudah lari memasuki perkarangan sekolah semula. Akhirnya Taufan berputus asa dan dia bersama Thorn pulang ke rumah masing-masing bersama-sama.

SKIP TIME

Kembali ke situasi Blaze, dia sedang sibuk mengintai seseorang yang bakal keluar dari kereta tersebut. Dalam lebih kurang beberapa minit menunggu, akhirnya orang itu keluar.

Seketika Blaze terpana dengan seorang gadis yang bersurai rambut berwarna hitam pekat dan berparas belakang sedang keluar dari perut kereta tersebut. Gadis itu mengenakan blouse paras lutut yang berwarna kuning kecoklatan dan di tangannya terdapat beberapa folio bersaiz A4.

Gadis itu menutup pintu kereta tadi dengan baik sebelum dia menguncinya. Setelah memastikan pintu keretanya dikunci dengan sempurna, gadis itu pun meletakkan folio tadi di atas bumbung keretanya dan berniat untuk mengikat rambutnya terlebih dahulu.

"Wooiii!! Priittt!!! Priiittt!! "

Terkejut gadis tadi apabila dia terdengar suara jeritan seseorang yang tiba-tiba menerpa. Matanya ligat mencari kelibat sesiapa atau lebih tepatnya siapa yang membuat bunyi tadi. Dan akhirnya gadis itu ternampak susuk tubuh Blaze sedang berjalan menghampirinya dengan tegas sekali.

Blaze berhenti di hadapan gadis itu.

"Hmph! Siapa kamu ni? "

"Aaa... S-saya Gempa. Bakal cikgu praktikal di sini. "

"Siapa suruh kamu datang ke sini pada waktu begini? "

"Eerrr... Sebab saya memang diarahkan untuk ke sini pada waktu ni. K-kenapa ya? "

Gadis bernama Gempa tadi memandang ke arah Blaze dengan gugup dan takut. Yelah, muka Blaze macam nak membaham sahaja Gempa nampaknya!

"Apa yang kamu cuba buat tadi hah?! "

Terkejut Gempa apabila dijerkah tiba-tiba oleh Blaze. Namun dia dengan penuh hati-hati menjawabnya.

"S-saya nak ikat rambut saja. A-ada masalah ke? "

"Ckh! Bukannya takde masalah! Tapi salah! Rambut kamu dah cukup cantik tau tak?! Buat apa nak ikat lagi, hah?! "

Terkebil-kebil wajah Gempa selepas mendengar kata-kata Blaze tadi. Apa?

"Aaa.. Ekhem! A-awak ni siapa? "

"Aku? Nama aku Boboiboy Blaze. Tapi kau boleh panggil aku Blaze je. Nampak cool, kan? "

Gempa menggeleng kecil dengan Blaze yang seolah-olah sedang bongkak itu.

"Haih... Blaze. Kamu ni student sekolah ini, kan? "

Blaze mengangguk acuh tak acuh.

"Blaze, kamu tak belajar ke adab dan tatasusila bersama orang lebih tua? Saya ni 5 tahun lagi tua dari awak tau? "

Gempa memandang tegas ke arah Blaze. Namun Blaze hanya memperdulikannya sahaja.

"Aku tak kisah. Cuma apa yang aku kisah... "

Tangan Blaze serta-merta terangkat dan menghampiri ke arah Gempa. Dan secara tak langsung dia pun terus merampas pengikat rambut milik Gempa dari tuan empunya.

"Apa-?! Hey!! Bagi balik! "

Gempa cuba merampas semula pengikat rambut miliknya namun sebaik sahaja dia mendekati Blaze, remaja itu pun terus memeluk pinggang Gempa yang membuatkan gadis itu tersontak kaget dan mukanya secara automatik berubah kemerahan.

Blaze mengukirkan senyuman nakalnya di saat mata mereka saling bersatu.

"Cikgu, cikgu sedar tak yang cikgu dah ambil hati aku, hm? "

"A-apa..?! "

Gempa mengetap giginya terkejut. Terus kaku dirinya apabila mendengar ungkapan kata-kata dari Blaze. Seolah-olah dia agak sukar untuk menerima apa yang sudah dia dengar dari gegendang telinganya sendiri. Wajah Gempa serta-merta bertukar merah.

"S-sudah! Apa yang kamu mengarut ni?! Lepaskan cikgu! "

"Tak nak~ Cikgu ni comel sangat rasa macam nak gomol je pipi aku dan cikgu."

"Jangan mimpilah Blaze! Sudah! Lepaskan cikgu! "

Blaze hanya ketawakan Gempa sembari melepaskan pelukannya pada Gempa. Gempa yang akhirnya terlepas dari pelukan menjengkelkan Blaze hanya mampu merengus kesak sambil membetulkan keadaan bajunya yang mula selekeh. Tatapan jelingan Gempa pada Blaze masih tidak berganjak.

Blaze hanya tersenyum melihat keadaan kacau Gempa.

"Baiklah cikgu. Aku malas nak habiskan masa keemasan aku dengan cikgu lama-lama. Sebab nanti kita boleh sambung lepas kahwin. Apa-apapun, selamat datang ke titik terakhir zaman bujang cikgu. Nanti aku hantarkan rombongan meminang, ya? Cikgu just bagi aku alamat rumah je. Cau~ kalau rindu just call me~"

Blaze pun terus beredar dari situ meninggalkan Gempa sendirian. Gempa mengembangkan pipinya dan memuncungkan bibirnya geram.

"Heish! Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi aku jumpa orang macam ni! Mintak-mintak jangan aku jumpa dia dah lepasni. Hmph! "

Gempa membetulkan rambutnya yang mula berserabai. Dan seketika kemudian dia baru tersedar sesuatu. Dia melihat sekelilingnya dan tidak lama kemudian nafasnya naik turun sambil matanya membutang geram.

"Aaarghh!!! Dia ambil pengikat rambut aku!!!! "












Hambar? Yes akak tahu. 😂😂🔥
Saja nak menghiburkan hati. Btw cerita ni pendek je. Berapa chapter je. Uwu And sudah complete, so enjoy! 💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top