L.Y.M.L-6
Telefonku berdering membuat aku sedar dari buaian mimpi. Aku capai telefonku di meja sebelah katilku. Dengan mata yang tak mampu dibuka.
Aku tengok skrin telefon dan tengok jam walaupun telefonku berdering. Aku terkejut nombor chanyeol call aku.
Aku terus duduk dan gosok mata tengok skrin semula.
Adakah ini mimpi. Tapi realiti. Chanyeol call aku.
Mungkin dia salah nombor.
Akhirnya telefonku berhenti berdering. Aku tengok jam telefon baru pukul 3 pagi.
Mesti dia tertekan call nombor aku.
Aku rebah ke katil balik dan pejamkan mata.
Tak mungkin dia call yeoja macam aku.
Telefonku bergetar dan berdering. Aku duduk kembali dan tengok skrin telefon.
Chanyeol lagi??
Jariku nak tekan tapi hati aku tak mahu.
Aku tekan dan letak telefon aku di telinga aku.
Aku diam..
"Eunji?? "
"......."
"Boleh kau datang sini tak?? "
"Motif?? "
"Tak ada teman aku sekarang jadi.. "
"Aku sibuk"
"Maaf ganggu kau malam-malam macam ni"
"Nae"
Panggilan tersebut di matikan. Aku tengok skrin telefon dan tampar pipi aku sendiri.
Ishhhhh kau ni kenapa eunji. Kau pun nak jadi kejam macam dia ke??
Tak. Tak
Aku tak nak jadi kejam macam dia.
***********
Akhirnya aku sampai hospital. Lenguh lutut aku jalan. Teksilah tak nak ambil.
Tak pelah janji sampai juga hospital ni.
Aku nampak baekhyun keluar. Aku berhenti melangkah.
"Eunji?? Kau buat apa kat sini?? "
"Chanyeol kata.. Tak ada orang teman dia"
Dia gelak dan geleng.
"Aku dari tadi temankan dia"
"What?? "
"Ye aku dari tadi teman dia. Tapi kau sayang juga kat dia kan"
"Sape aku?? Noooo"
"Kaulah sape lagi kat sini?? Kita dua je. Kau tak payah nak cover lagilah. "
"Dahlah kau pergi masuk bilik wad nombor 14 Chanyeol ada kat dalam tu"
"Kau nak pergi mana?? "
"Ermm laparlah kau nak kirim apa² tak?? "
"La-"
"Latte okay"
Baekhyun terus pergi. Aku dah senyum dan geleng kepala aku. Aku tolak pintu hospital dan cari bilik wad nombor 14.
Aku tengok cermin bilik itu. Chanyeol tengah main telefon.
Mesti dia chat mesej gf dia. Yelah budak hot kan siapa je yang tak nak jadi gf dia.
Tapi aku tak nak.
Yeke?? Entahlah. Kenapa aku sibuk pasal dia. Lantaklah dia nak chat gf ke yeoja-yeoja lain ke?? Bukan hal aku.
Aku tolak pintu bilik wad tersebut. Pantas chanyeol toleh dan offkan telefon dia.
Aku melangkah perlahan-lahan ke arah dia.
"Aku ingatkan ka-"
"Aku datang sekejap je. Lagipun kau tipu aku, kau kata kau sorang² kat sini. Habis itu baekhyun itu apa?? "
"Aku nak tengok kau sayangkan aku ke tak?? "
"Aku tak sayang kau"
"Tapi kau datang untuk aku"
Aku jeling dia dan rasa menyesal datang kat sini. Nak balik tapi kaki lenguh lagi.
Ni semua salah si capang ni!!!
"Eunji?? "
Dia pegang lengan aku.
"Arghh"
Aku kerut dahiku.
"Luka petang tadi ke?? "
Aku tarik tangan aku tapi dia kuatkan pegangannya.
"Sikit jelah tak teruk macam kau"
Dia nak selak lengan aku ke atas tapi aku halang.
"Tak payahlah tak teruk pun"
"Biarlah lagipun salah aku kan"
"Aku kata tak payah"
Aku tarik tangan aku.
"Kau benci aku ke?? "
Aku diam dan pandang dia.
"Aku tanya ni kau benc-"
"Kau ke aku yang benci kau?? "
Aku beranikan bersuara.
"Aku.. "
"Aku apa?? "
"Aku cintakan kau Eunji"
Aku terkedu bila dia kata begitu. Betul ke apa yang aku dengar. Adakah dia tipu aku lagi.
"Bagus lakonan kau Chanyeol "
"Lakonan?? "
"Yeah lakonan"
"Aku serius eunji ya-"
"Tak payah kata kalau kau masih nak tipu aku"
Dia pegang tangan aku.
"Lepaskan akulah Chanyeol "
"Aku tak tipu kali ni Eunji"
"Kau lupa ke apa yang kau buat kat aku?? "
Entah mengapa mataku mula berkaca. Aku bodoh nak jatuhkan air mata depan dia.
Chanyeol nak lapkan air mataku tapi aku tepis.
"Jangan sentuh yeoja yang cuba goda kau"
Aku tegas berkata.
"Eunji "
"Lepaskan aku chanyeol "aku tarik tanganku dari genggamannya.
Dia tarik aku kasar dan pegang pipiku. Bibir dia mendarat di bibirku.
Aku terkedu. Aku tolak dia kuat dan lerai kiss tadi.
"Aku benci kau Park Chanyeol!! "
Aku kesat air mataku dan tolak pintu wad bilik keluar dari situ. Terus berlari keluar hospital.
Baekhyun ternampak aku. Tapi aku tak peduli, aku teruskan lari tanpa henti.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top