💗✂️ : TWELVE
Pang!
.
.
.
Terteleng wajah cantik Bella akibat tamparan 'kasih sayang' dari Yeon , si rakan baiknya .
Kepala ku tergeleng-geleng kecil tanda tidak percaya dengan perubahan drastik Bella . Hanya kerana seorang lelaki , dia menjadi begini ? Kenapa aku tidak tahu sisi Bella yang ini ?
“Aku tak sangka kau sanggup cakap aku macam tu , Bella . Fine, kau nak sangat Tae kan ? Kau ambiklah dia tu bawak masuk kubur . Mulai hari ni , kita bukan kawan lagi”
Aku tamatkan persahabatan ku dengan Bella , hanya kerana seorang lelaki yang tak pasti .
“Kau perempuan tak tahu malu! Aku menyesal lindungi kau dari lelaki yang dahagakan kau , kalau aku tahu kau macam ni dahlama aku suruh semua lelaki rosakkan kau!Perempuan murah!”
"Lee Yeon Seo ! Jaga mulut kau"
Entah dari mana Tae Hyung muncul bersama Ji Won di belakang nya . Melihat Bella masih memegang pipinya yang pijar , Tae Hyung menangkap yang aku baru sahaja selesai melempang 'teman wanita' nya .
"Kau buat apa dengan Bella , hmm?" Dingin . Serta merta badan ku sejuk . Kali ini memang tamat riwayat aku.
"Aku tanya kau buat apa dengan Bella!? Jawab!" Bergema suara Tae Hyung di pelosok perpustakaan . Bahu ku terhinjut kuat . Aku dengar suara Ji Won menyebut nama Tae Hyung dengan perlahan , mungkin hendak membantu hantikan Tae Hyung .
"Dia tampar saya ,Tae Hyung. Dia kata saya murah,dia nak lelaki rogol saya.Saya takut. Dia kata saya perampas" Bella bersuara . Sengaja suaranya di lenggok supaya kedengaran manja . Aku sudah mengerutkan kening.
Hello perempuan , tu lelaki aku okay
“Takkan sampai nak menampar anak orang, Yeon? Apa nak jadi dengan awak ni?” Tae Hyung memandang aku atas bawah , seolah-olah jijik dengan aku. Sakitnya hati aku ni tak dapat digambarkan macam mana.
"Dia layak dapat penampar dari saya. Perempuan tak tahu malu, tak kenang budi, bodoh, murah!" Tambahku lagi.
"Kau"
Aku tergamam
"Kau yang murah, tak tahu malu. Aku menyesal bercinta dengan kau. Mulai hari ini, kita putus. Jom Bell" Untuk kesekian kali aku terkesima.
Aku, Lee Yeon Seo yang bercinta dengan Tae Hyung putus disebabkan Bella yang menganggu. Ditambah lagi Bella sahabat baik aku. Wah, cerita apa kah ini?
Aku menangis, menangis dalam diam sambil mata mengiringi langkah kaki sepasang kekasih yang secocok sepadan keluar dari perpustakaan.
Sejurus mereka keluar, aku terduduk di lantai ditemani Ji Won. Mengenang perlakuan Tae Hyung dan Bella yang sungguh, aku tidak percaya itu mereka.
People change '))
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top