7
.
.
.
Pagi ini, punyalah semangat aku bangun awal. Kononnya nak siapkan sarapan special untuk Jungkook, Seokjin dan Yoongi.
Lepas cuma basuh muka dan gosok gigi, langkah terus aku atur ke ruang tamu. Perlahan-lahan langkah aku terhenti bila melihat ruang tamu yang kosong.
Seingat aku malam tadi, Seokjin dengan Yoongi tidur dekat ruang tamu tapi pagi ni yang ada hanyalah perabot di ruang tamu yang tersusun rapi. Bantal dan selimut yang aku sediakan untuk mereka juga diletak rapi di atas sofa.
Dia orang dah pergi ke?
Maksudnya,..
Jungkook pun dah pergi?
Terus langkah aku atur ke bilik tamu, tak tunggu lama terus tombol pintu aku pulas sebelum daun pintu aku tolak.
Terlihat bahagian katil yang cukup rapi, bantal tersusun elok, begitu juga selimut dan cadar katil, sama seperti saat bilik ini tidak berpenghuni.
Dia dah pergi, tanpa sempat aku mengucapkan selamat tinggal padanya.
Kini hidup aku kembali kosong dan sunyi, sama seperti dulu.
.
.
.
Macam biasalah, bila petang tak buat apa-apa, aku dah macam budak rempit duduk melepak tepi pantai usyar awek. Dengan telefon di tangan, mata aku memerhati budak-budak yang seronok main pasir dekat depan sana.
Seronok jadi budak-budak, tak ada masalah hidup. Menyesal nak cepat besar. Itulah manusia, nasib baik aku tapir.
Tengah aku bermonolog sendiri di atas batu belah batu bertangkup ni, telefon aku mula berdangdut hebat dalam genggaman aku, ada orang call.
Tak tunggu lama, terus aku tengok nama si pemanggil di skrin telefon.
Abe Jin (bukan iblis)
Abang Seokjin call aku? Wah, bukan selalu ni. Sekali dalam sejuta! Tertekan kut.
Tak nak abang Seokjin stress lama-lama, aku angkatlah call dia.
"Abang!" Panggilku ceria dan dapat aku dengar tawanya di talian sana. Fuh, sungguh mengancam bagi mereka yang dah lama menjanda!
"Kenapa call Yerim ni? Ada barang tertinggal ke?" Tanyaku seraya duduk bersila.
"Taklah, saja call. Yerim okay? Maaflah semalam kami pergi tak cakap dulu dengan Yerim."
Aku hanya tersenyum hambar seraya menggeleng perlahan.
"Tak apalah. Okay je. Jungkook dah okay?"
Entah kenapa dalam banyak-banyak soalan, itu juga yang aku tanya. Nampak sangat ke yang aku peduli pasal dia?
"Okay dah, siap dah masuk kerja hari ni."
"Hah?! Baru dua hari lepas kena tembak dah masuk kerja?! Patutnya dia kena banyak rehatlah. Kalau jahitan dekat luka dia terbuka macam mana?!"
"Yerim, kalau nak bebel, bebel dekat Jungkook, jangan dekat abang." Usik Seokjin dengan getaran tawanya perlahan buatkan aku tersedar sebelum aku tersengih malu.
"Risaukan Jungkook ya?" Usiknya lagi buatkan aku mencebik tapi rasa panas je muka ni.
"Memang taklah." Balasku yakin buatkan Seokjin tergelak lagi.
"Jangan risaulah, dekat sini ramai yang jaga dia. Abang pun ada, boleh jagakan dia untuk Yerim."
Tergelak aku bila Seokjin tak habis-habis mengusik aku dan sejujurnya aku lega dengar pesanan dia. Tahu yang Jungkook dijaga rapi di bawah perlindungannya.
"Jungkook tengah buat apa?" Tanyaku, dasar tak malu. Dari tadi nama dia je meniti dekat bibir aku ni! Aku ni sebenarnya dah kenapa?!
"Tengah meeting."
Uish, meeting. Projek billion-billion ke tu? Agak-agak dia kerja apa eh? CEO ke macam hero-hero drama melayu? Tak pun mafia? Uish, mengerikan!
"Abang tak join?" Tanya aku, dalam diam nak cungkil maklumat dia orang ni kerja apa. Kut-kut rezeki aku dapat tahu.
"Abang tak terlibat."
"Meeting pasal apa—"
"Sorry, Yerim. Abang betul-betul tak boleh bagitahu. Cuba lain kali ya?"
Tersengih aku bila last-last tu sempat dia menyakat aku!
"By the way, ada apa-apa jadi ke dekat Jungkook time dekat Busan haritu yang abang tak tahu?"
Tanyanya agak serius buatkan dahi aku ikut berkerut, ikut serius sekali.
"Tak ada apa pun, kenapa?"
"Hmm, pelik.."
"Apa yang pelik?" Tanya aku ingin tahu.
"Yerim nak tahu tak, Jungkook time balik je dari Busan haritu, tiba-tiba je dia panggil abang 'hyung'. Menganga kejap abang tengok dia. Kut-kut salah bawa balik orang."
Tergelak aku dengar cerita Seokjin sebelum senyuman nipis terukir di bibirku.
Jungkook dengar cakap aku..
"Lepas tu dia cakap, hujung bulan ni dia bagi abang cuti."
Semakin lebar senyumanku. Dia betul-betul dengar cakap aku!
"Ha! Baguslah macam tu! Hujung bulan ni Yerim graduate, bolehlah abang datang tengok Yerim!" Balasku teruja dan dapat aku dengar tawanya perlahan.
"Alright, untuk Yerim, abang balik hujung bulan ni. Tak sabar nak tengok adik kesayangan abang ni graduate."
Tersenyum aku mendengar kata-katanya yang dirasakan cukup ikhlas. Terharu. Dari dulu, dia menganggap aku bagaikan adik kandungnya sendiri.
"Okaylah, Yerim. Abang kena pergi ni, Jungkook dah panggil. Nanti kita borak lagi ya?"
"Hmm, yalah." Balasku dengan tawa. Tak harap apa, memang tak rasa dia akan call lagi lepas ni. Ni pun kira nasib je ni dia call aku.
"Tak nak abang sampaikan salam sayang ke rindu Yerim dekat Jungkook ?" Usiknya buatkan aku mencebik.
"Tak rindu punlah!" Balas aku geram mengundang tawanya.
"Okaylah, Yerim. Abang pergi dulu. Bye. Apa-apa contact je abang. Tak cukup duit ke apa, cakap je."
Terasa bersalah betul bila dia cakap macam ni. Macam dia sugar daddy aku pula tiap bulan transfer duit dekat aku! Aku pulak goyang kaki tepi pantai ni haihh!
Esok juga aku try cari kerja sementara tunggu graduate ni.
"Bye."
Sepatah dia mengucapkan selamat tinggal dan belum sempat aku balas apa-apa, Seokjin dah matikan call.
Aku mengeluh sebelum aku kembali ceria bila teringat yang Seokjin akan datang masa graduation day aku nanti!
Harapnya dia bawa Jungkook sekali, eh menyempat! Sedarlah diri tu Yerim, kau siapa sampai Jungkook nak mencemar duli datang tengok kau graduate?
"Lepas tu dia cakap, hujung bulan ni dia bagi abang cuti."
Terus mati senyuman aku bila teringat ayat Seokjin tadi.
Jungkook bagi Seokjin cuti?
Kiranya Jungkook bos Seokjin ke?
Eh, peninglah! Dia orang jual jamu kut!
.
.
.
Sedangkan setahun tu pun rasa bagaikan pantas berlalu, apalah sangat tunggu sampai hujung bulan, macam seminggu je rasa dia.
Know, know hari ni aku dah graduate. Dari pagi sampailah aku dah naik pentas ni, aku tak nampak-nampak lagi bayang Seokjin.
Manalah dia ni?
Rasanya malam tadi aku dah share location uni aku dekat mana, maklumlah dia pun tak pernah jejak kaki dekat uni aku ni.
Sesat ke? Huaaa! Entah benua mana dia pergi ni sampai sesat!
Aku mula gelabah, kecewa pun ada bila nama aku mula dipanggil. Sampailah giliran aku untuk naik ke atas pentas dengan penuh perasaan bangga.
Masa dirasakan lambat berlalu saat aku mula menapak di atas pentas, mata aku kini tertumpu pada susuk dekan yang sedang tersenyum kepada aku dengan degree certificate folder milikku ada di dalam genggamannya.
Walaupun rasa cukup sebak saat yang lain punya ibu bapa dan keluarga yang menjadi saksi kegemilangan mereka, aku meraikan kejayaan aku ini sendirian.
Dengan mata yang berair, aku cuba untuk tersenyum kepada dekan. Sempat aku menunduk hormat kepada dekan sebelum selangkah aku mendekatinya lalu sesi bergambar pun dimulakan saat tangan aku menyambut huluran dekan, memegang hujung fail degree certificate milikku.
Demi gambar yang cantik untuk tatatapan anak-anak di masa depan nanti, senyuman manis aku ukirkan walaupun berlinang teruk air mata aku.
.
.
.
Turun saja dari pentas, panahan mata aku masih tertumpu pada tempat duduk di tengah-tengah dewan utama ini yang dipenuhi dengan rata-rata ahli keluarga dan kenalan para graduan.
Sedikit hampa saat susuk tubuh Seokjin masih tak aku kesan di mana-mana. Kini aku berdiri betul-betul di bawah hujung pentas, menggenggam erat folder degree aku.
Kawan-kawan aku yang lain sibuk tangkap gambar dengan family dia orang sementara aku sendirian di sini.
Ah, tak apalah. Aku selfie jelah sendiri, bagi Seokjin gambar aku dengan pakej caption gambar memaki hamun dia, tak puas hati dia tak datang!
Telefon pintar aku keluarkan dari poket jubah sebelum kamera aku buka. Tak tunggu lama, terus aku selfie sendiri. Macam-macam gayalah aku buat dan dah tentu-tentu file degree tu kena melekat dekat pipi aku, show off sikit!
Ikutkan hati nak je aku posing baring dekat lantai.
Kali ni teringin nak tangkap gambar aku full body sambil peluk file degree tapi tak tahu nak minta tolong siapa. Akhirnya terkebil-kebil kejap aku tengok keliling. Haih, yang lain pun sibuk tangkap gambar.
"Nak aku tolong?"
Terus aku menoleh saat datang suara seseorang menyapaku dari belakang.
Terkedu aku bila tengok siapa yang ada dekat belakang aku sekarang.
Dengan berkemeja putih tanpa tali leher dan berseluar slack serta berkasut kulit, dia nampak..
Handsome.
Dia..
Jungkook..
Walaupun dia pakai sunglasses sekarang ni, dapat aku rasakan tatapan matanya tertumpu tepat padaku.
Dua butang atas baju kemejanya dibiarkan terbuka dengan lengan bajunya dilipat hingga paras siku mendedahkan jam Rolex di pergelangan tangan kirinya, macam curi-curi masa time lunch hour dia je untung datang tengok aku?
Tersenyum aku bila tengok anak patung character 'Snowball', arnab dalam cerita 'Secret Life Of Pets' dan sejambak bunga rose merah di tangannya.
Dia bawa untuk aku ke? Tak padan dengan muka kerek dia tengah tayang sekarang.
"Apa senyum-senyum?" Tanyanya buatkan aku tergelak.
Malulah tu!
.
.
.
Double update!💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top