32

.
.
.

"Mulai hari ni, kau duduk sini. Maaflah buat masa ni, ni je aku boleh kasi kau."

Menganga kejap aku dengar dia minta maaf. Maaf apa kalau dah satu penthouse dia kasi aku?!

"Tak ada ke orang sewa apartment murah ke bilik murah dekat sini? Ini mewah sangat buat sayalah, Kook." Tuturku perlahan di depan pintu ni.

Rasa segan je nak masuk walaupun sebelum ni pernah je aku masuk guest house ni, tempat aku menginap masa mula-mula datang Seoul beberapa hari lepas.

"Tak ada. Dah masuk." Selamba dia bersuara seraya langkahnya diatur meninggalkan aku dengan segala beg pakaianku dibawanya.

Nak tak nak, terpaksalah aku mengikuti langkahnya.

"Aku letak beg ni dekat sini dulu, nanti kau bawa masuklah dalam bilik tidur kau. Ini bilik tidur kau, master bedroom dalam rumah ni."

Sepertinya hendak menjaga privasi aku, barang dan beg pakaianku hanya diletakkan di luar master bedroom rumah ini yang sebentar lagi bakal menjadi bilik tidur tetapku untuk entah berapa lama aku pun tak pasti.

"Rasanya tak ada apa sangat kau nak prepare dalam rumah ni sebab memang semua dah well-prepared. Tandas, bilik mandi, dapur pun kau dah boleh cari sendiri kan? Ke nak aku tunjuk satu-satu lagi?"

"Eh, tak payah!" Laju aku menjawab. Sudah-sudahlah tu aku nak menyusahkan dia. Penat drive tadi pun aku rasa dia masih lagi terasa.

Dia hanya mengangguk sekali.

"Kalau ada apa-apa call je aku tak pun Jimin." Tuturnya lagi dan aku hanya mengangguk.

Sejujurnya banyak yang aku ingin sampaikan pada dia. Hanya ucapan 'terima kasih' rasanya tak cukup untuk aku balas semua jasa dia buat aku.

"Tapi aku lagi prefer kalau kau call aku je." Dengan muka kerek dia menambah buatkan aku spontan tersenyum.

"Tapi kalau dah emergency nak buat macam mana kan?" Sambungnya lagi, nak cover line lah tu!

.
.
.

Sehari sudah aku duduk sini seorang diri dan aku mula merasakan bosan yang amat! Jungkook pun tak ada datang melawat aku. Jimin pun langsung tak nampak batang hidung. Faham, diorang pun ada kerja masing-masing.

Cakap soal kerja. Pagi tadi baru je aku cari dan mohon kerja baru, semoga adalah rezeki dekat sini. Sementara tunggu panggilan kerja, ada baiknya juga aku buat kerja sambilan kan? Daripada aku mereput dalam bilik macam ni.

Bosan di bilik, aku ke ruang tamu pula. Tengok Netflix dekat ruang tamu sampai tertidur balik, lifeless sungguh!

Sampailah masuk waktu petang, loceng rumah berbunyi, memberitahu aku adanya seseorang datang bertandang ke sini.

Tak tahu lagi siapa tapi aku dah teruja. Tak nak nampak beria tapi sesungguhnya aku memang mengharapkan seseorang datang.

Ya, dia.

Jungkook.

Terus langkah aku atur ke pintu utama rumah. Senyuman lebar terukir di bibir. Sempat aku tengok siapa yang berada di depan pintu tika ini pada skrin LED yang terletak di tepi pintu.

Perlahan-lahan senyuman aku mengedur tika melihat penghantar makanan sudah berdiri tegak di depan pintu dengan bungkusan makanan di tangan.

.
.
.

Gimbap, Tteok-bokki, Gimmari (crispy seaweed noodle rolls), itulah makanan yang dihantar untuk aku tadi. Mula-mula tadi konon tak nak makan, koyaklah kononnya sebab orang yang aku harapkan datang tengok aku hari ni tapi tak datang-datang.

Tapi tulah, nama pun perempuan. Tiba-tiba je aku tengah enak melantak dekat depan TV ni. Tak tahan siot bau dia, mengancam teruk. Aku pun apa lagi, pepatah melayu, rezeki jangan ditolak.

Tengah aku enak-enak makan depan TV ni, telefon aku rancak bergetar atas meja minta diangkat.

Tersenyum aku bila melihat contact number 'Snowball🐰' memancar-mancar pada skrin telefon aku. Tanpa menunggu lama, panggilannya aku angkat.

"Dah habis kerja ke?" Dasar tak tahu malu. Sebaik saja panggilan telefon antara kami terhubung, akulah yang pertama bersuara. Nampak sangat kau tunggu dia call kau, Yerim!

Terdengar desahan nafasnya di sana, pastinya dia sedang tersenyum atau mungkin juga menahan tawa.

"Belum. Busy sikit hari ni. Sorry."

"Sebab?" Soalku bila dia tiba-tiba meminta maaf.

"Tak datang tengok kau hari ni."

Senyuman halus terukir di bibirku.

"Tak apalah. Saya faham awak busy."

Dapat aku dengar lagi desahan nafasnya. Membayangkan senyuman saja sudah cukup buatkan aku turut sama tersenyum.

"Dah makan?"

"Tengah makan."

"Sedap?"

"Sedap."

Dah agak dah, mesti dia yang order makanan ni semua untuk aku.

"Kalau aku cakap aku dekat depan pintu rumah kau sekarang ni, kau suka?"

"Ha?"

Terus duduk tegak aku dengar soalan dia. Beberapa detik, aku menoleh melihat pintu.

"Awak dekat depan ke?!" Soalku separuh menjerit, entah terkejut ke teruja.

Akhirnya, tercetus juga tawanya menyapa halwa telingaku.

"Haah, bukalah pintu."

Tak pasal-pasal senyuman aku melebar. Tanpa menunggu lama, terus aku bangun dari terus duduk bersila di tengah-tengah ruang tamu ini.

Sampai saja di depan pintu, daun pintu aku buka, membiarkan sendiri tatapan mata aku ini bertaut pada sepasang matanya yang sedang tersenyum di depan aku.

Hampir saja aku meluru ke arahnya, ingin memeluknya dan dapat aku lihat dia turut sama hendak melangkah setapak ke depan menghampiri aku namun pantas dia mengundur kembali. Masing-masing tersengih malu.

"Rindu sangat ni." Usiknya buatkan tawaku tercetus.

"Masuklah!" Ceria aku mempelawa seraya ke tepi, memberi ruangnya untuk masuk.

Dia hanya mengangguk seraya langkahnya diatur memasuki rumah. Pintu rumah aku tutup kembali sebelum langkah aku atur bersamanya ke dalam.

Dapat aku lihat tangannya yang penuh dengan bahan-bahan untuk memasak.

"Awak beli barang dapur ke?" Soalku, berbasa-basi dan dia mengangguk. Langkah kami atur sama memasuki dapur.

"Haah. Aku lupa peti ais rumah ni kosong. Kesian kau lapar. Sarapan tak pagi tadi?" Soalnya seraya menghampiri peti sejuk.

Lalu tanpa kekok, selamba dia menyusun barang di dalam peti sejuk.

"Makan, order food delivery." Balasku sambil tersengih.

Terangguk-angguk dia. Beberapa detik sibuk di depan peti sejuk, setelah selesai langkahnya diatur semula menghampiri aku yang hanya memerhatinya di meja makan sejak tadi.

Handsome betul dia dengan pakaian formal, kemeja dan seluar slack macam ni walaupun tanpa neck tie dengan lengan baju yang dah siap-siap dilipat hingga ke paras siku. Nampak sangat balik kerja terus datang sini.

"Awak dah makan?" Soalku dan dia hanya menggeleng perlahan.

"Tak sempat makan."

Kesiannya. Wajahnya yang tampak tenang namun tersembunyi raut keletihan itu aku tatap lama.

"Awak masih simpan pakaian lebih dekat sini kan? Pergilah mandi, rehat sekejap. Saya masakkan untuk awak."

Dapat aku lihat air mukanya yang tadi tampak lesu dan letih mula terlihat segar tika mendengar pelawaanku. Senyuman tak dapat aku tahan melihat reaksinya sekarang. Comel! Dengan sepasang matanya yang tampak bersinar tika menatapku sekarang.

"Tak apa ke?"

Tawa tak dapat aku tahan tika mendengar soalannya.

"Inikan rumah awak, you're free to do anything."

.
.
.

Setelah menghidangkan Spaghetti Bolognese Meatballs buatanku di atas meja dan semua perkakas dapur sudah aku basuh dan kemas, langkah aku atur ke tingkat atas, nak panggil Jungkook untuk turun makan.

Pintu biliknya aku ketuk. Sekali, dua kali, tiga kali, masih sepi.

"Jungkook." Panggilku, tak perlahan sangat untuk dia dengar, tak kuat sangat sampai jiran sebelah dengar tapi masih sunyi.

Akhirnya aku buat keputusan untuk masuk sendiri. Perlahan-lahan tombol pintu aku genggam lalu aku putar, daun pintu aku tolak perlahan.

"Jungkook, saya masuk ni.." Tuturku namun kali ini lebih perlahan berbanding tadi.

Punyalah gelap bilik ni, langkah aku hanya berbantukan cahaya dari luar bilik. Pintu bilik aku biarkan terbuka dan dapat aku lihat dirinya sedang tertidur di atas katil.

Langkah aku atur perlahan menghampirinya sebelum aku berdiri di hujung katil, memerhati lenanya.

Comel.

Posisi tidurnya baring mengiring dengan kedua-dua telapak tangannya disatukan lalu diletakkan di bawah kepalanya. Sopan betul! Dahlah pakai kain pelekat, kiyot!

Tak sampai hati pula hendak mengganggu lenanya yang jelas nyenyak  kerana badannya yang kepenatan.

Dengan senyap dan penuh berhati-hati, selimut di hujung kakinya aku tarik naik, menyelimuti tubuhnya hingga ke bahu.

Dengan tubuh aku masih di dalam posisi menunduk, wajahnya aku tatap dalam jarak dekat. Melihat wajahnya yang tenang cukup buatkan aku turut merasa tenang. Seperti tadi, melihat wajahnya yang kepenatan, tak semena-mena aku rasa ingin mengambil alih semua rasa lelahnya.

"Tidurlah.. Nanti awak bangun, kita makan. Good night, Jungkook.."

"Terima kasih sebab sudi jaga saya.."

"Macam mana awak jaga saya, macam itulah saya akan cuba jaga awak.."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top