29

.
.
.

"Awak ni beli untuk jiran sebelah rumah awak sekali ke?"

"Asal tanya aku macam tu?"

"Banyak gila awak beli! Awak ingat saya tukar baju setiap kali saya kentut ke?"

Tergelak dia dengar soalan aku.

"Yerim sayang, lelaki tak suka tau kalau perempuan pertikaikan barang yang dia bagi. Aku dah bagi, pakai jelah."

Aku tayang muka tak puas hati, pandang dia atas, bawah. Sumpah kalau bercakap dengan dia ni, memang jaranglah aku nak menang.

"Berat?" Soalnya bila tengok aku terkedek-kedek bawa beg kertas yang penuh dengan pakaian aku, kiri kanan penuh tangan.

"Aku dah cakap biar aku yang bawa, berlagak." Sindirnya lagi namun pada masa yang sama tanpa disuruh, tangannya menarik tali beg kertas di tanganku, membawanya untukku.

"Tak apa, saya boleh bawa sendiri. Cukuplah awak belanja saya semua ni tadi. Eh hutang, nanti cukup bulan saya bayar balik—"

"Tak payah nak mengada-ngada. Sekali aku hempuk kau pakai beg-beg ni, apa pun tak dapat nanti."

Amboi, gurau kasar nampak?

"Kau duduk dekat kerusi sana kejap. Aku nak pergi letak barang-barang ni dekat kereta kejap. Lepas tu kita pergi beli barang dapur dengan keperluan kau yang lain."

"Kalau nak saya ikut awak pun boleh."

"Ingat nak pergi tandas time sekolah ke, nak pergi ramai-ramai? Tak payah, buat penat kau je nanti. Duduk je situ. Jangan pergi tempat lain pula."

Tak habis-habis perli orang tau dia ni!

Akhirnya aku hanya menurut. Masing-masing mula membawa haluan sendiri. Dia ke parking lot, aku ke bangku berhampiran.

.
.
.

"Kau pergi cari barang-barang kau, aku pergi cari barang dapur."

"Barang saya apa je eh?"

"Tak kan tu pun nak aku fikir? Belilah sikat, towel, berus gigi, sabun, syampu, bra dengan spender pun kau belum beli. Aduh kau ni, Yerim. Itu pun nak aku ingatkan ke?"

Rasa nak bertukar jadi belut lepas tu menyelit celah-celah manusia, lari jauh dari sini! Huaa!!

"Okay fine." Balas aku pendek sebelum aku terus mendesup pergi.

"Wait."

Tak jadi aku nak lari pecut bila suara dia sepatah namun cukup dominan menghentikan langkah aku. Terus aku toleh, pandang dia yang rupanya sudah mengatur langkah menghampiri aku sambil menolak troli yang masih kosong tak berisi.

"Kita cari sama-sama jelah." Tuturnya tanpa memandang aku, langkahnya turut sama diatur meninggalkan aku. Cepat-cepat aku ikut dia.

"Tak apalah, saya boleh cari sendiri—"

"Hmm, yelah tu. Percaya sangat."

Lembut dia memerli aku. Perli pun lembut eh? Tak pasal-pasal aku tersengih.

"Jungkook, nak tanya boleh?"

"Ikut suka kaulah."

Tergelak aku dengar jawapan pasrah dia. Macam tahu-tahu je kalau dia cakap tak boleh pun, memang aku tanya jugak.

"Bila saya boleh balik Busan?"

Kepala aku angkatkan bila soalan aku dibiarkan tergantung lama. Muka tenang dia yang lurus melihat depan aku tatap.

"Kenapa? Tak suka duduk sini dengan aku?"

"Bukan macam tu. Saya cuma, nak tahu.. Yalah, saya pun ada kerja saya juga dekat sana. Rumah saya pula macam mana dekat sana? Yoonji pun saya tak tahu apa khabar. Abang Seokjin pula, lagilah saya tak tahu macam mana keadaan dia.."

Tuturku perlahan tanpa memandangnya. Rasa serabut dengan life sendiri kembali menghimpit dada.

"Saya tak faham kenapa tiba-tiba Abang Seokjin tak bagi saya balik.. Lepas tu tiba-tiba muncul pula awak bawa saya ke sini.. Apa yang jadi sebenarnya? Tak rasa ke yang saya pun berhak tahu? Saya bukannya anak patung atau anak kucing yang awak boleh bawa ke hulu ke hilir sesuka hati tanpa penjelasan."

Tanpa jeda, segala isi hati aku yang aku pendam dari semalam, semua aku luahkan pada dia dan dia hanya diam. Akhirnya tunduk juga dia melihat aku bila aku tak lepas dari merenungnya.

.
.
.

"Merajuk lagi dengan aku?"

Soalnya setelah lima belas minit dia biarkan aku jadi tugu negara dekat kerusi penumpang sebelah dia ni. Dari tadi kami dalam kereta, dia pun cuma diam bila aku tunjuk perasaan, lancarkan perang bisu dengan dia.

Ini semua gara-gara dia tak jawab soalan aku tadi. Tapi dah nama pun Jungkook. Sia-sia jelah rasa merajuk dengan dia sekarang ni.

"Kan aku dah cakap, sampai masanya nanti, kau akan tahu juga."

Dengan posisi tangan masih berpeluk tubuh dan kepala yang macam dah nak terpusing ke belakang sebab beria tengok tingkap, aku masih mendiamkan diri.

"Suit yourself lah Yerim."

Diikuti dengan sebaris ayat itu, terdengar pintu kereta dibuka sebelum dia dengan tanpa rasa bersalahnya, tinggalkan aku sendirian dalam kereta. Terus aku toleh bila pintu kereta sudah ditutup rapat.

Dia tinggalkan aku macam tu je?!

Dari side mirror kereta, dapat aku tengok dia masuk semula dalam mall.

Huaa!! Nak buat-buat lemaslah aku dalam kereta dia ni biar viral!

.
.
.

Hampir 20 minit menunggu, dapat aku lihat susuk tubuh Jungkook melangkah keluar dari mall dengan tangan kosong. Dah tu dia masuk balik tadi buat apa? Berak?

Menyesal aku tak ikut je firasat aku tadi untuk larikan diri, naik grab ke teksi!

Muka ketat aku tayang sambil berpeluk tubuh balik bila pintu kereta dibuka. Panahan mata aku lempar jauh-jauh keluar dari kereta bila dia mula mengambil tempat duduk di sebelah aku.

Nervous tiba-tiba bila terdengar pintu kereta kembali ditutup, mengingatkan aku yang aku kini hanya berdua dengannya di dalam kereta.

"Nah."

Dasar Yerim benak, laju pula aku toleh bila dia hulurkan sesuatu pada aku.

Dua keping kertas.

Tiket wayang.

"Apa ni?"

"Tiket wayanglah, tak kan wedding card kita pulak."

Elelele, macam tak ada benda lain dia nak perli!

"Buat apa beli?" Soalku jual mahal sambil pandang luar tingkap balik.

"Mana ada aku beli. Aku terjumpa dekat sinki tandas tadi."

Macamlah aku nak percaya?!

"Jom tengok, tak tengok rugi."

Senyuman aku tahan.

Dia ni tak boleh nak sweet sikit ke? Nak ajak aku tengok wayang, cakap jelah!

"Kalau tak, aku koyakkan je—"

"Awak gila ke?!" Soalku laju seraya pantas menggenggam tangannya tika dia mula acah-acah nak koyakkan tiket wayang tu.

Tersengih dia bila berjaya memancing aku.

"Kalau nak ajak tengok wayang, cakap jelah. Tak payah nak reka cerita jumpa tiket tepi sinki tandaslah apalah, dah basi tahu." Bebelku. Padahal nak cover line. Pada masa yang sama tangan dah tarik tiket wayang dari tangan dia.

Tergelak dia tengok reaksi aku.

"Sayang, jom tengok wayang nak?"

.
.
.

"Suka tak?"

"Suka gila! Kelakar namampus cerita tadi! Paling kelakar orang depan siap terkentut time gelak!" Cerita aku dengan tawa yang masih berbaki. Naik semput aku dibuatnya.

Dia pula hanya memerhati aku dengan senyuman.

"Tadi bukan main jual mahal, tengoklah sekarang siapa yang happy?" Soalnya buatkan aku tersengih.

"Dah tak merajuk dengan aku?" Tanyanya dan aku hanya tersenyum hambar seraya menggeleng.

"Maaf sebab tak dapat bagi kau jawapan sekarang, aku langsung tak ada niat nak buat kau sedih."

Tersentuh tika kata-katanya itu menyapaku, dirasakan luhur dari hatinya.

Dengan senyuman aku, menggeleng lagi.

"Tak apa. Oh, awak ajak saya tengok wayang ni semata-mata nak pujuk sayalah eh?" Usikku, tak mahu suasana hambar di antara kami berterusan.

"Perasan. Dahlah jom." Balasnya pendek seraya mengatur langkah meninggalkan aku mengundang tawaku, pada masa yang sama langkah turut aku atur seiring dengannya.

"Awak rasa best tak cerita tadi?"

"Entah, aku tak tengok sangat pun cerita tadi."

"Lah awak sibuk buat apa tadi?"

"Sibuk tengok kau gelak."

Lain macam.

"Sorry lah, saya kalau gelak memang macam cipan sikit. Mesti awak terganggu en, sorry."

"No lah, aku suka tengok reaction kau setiap kali kau tengok something. You're so fun and entertaining to watch. You're full of emotion. Apa yang kau rasa, itulah yang kau tunjuk. Comel."

Dia cakap aku comel ke?

Terus aku buat-buat sibuk pandang tempat lain. Mulalah adrenaline aku ni melonjak naik, teruja. Aku punya adrenaline rush sekarang ni, panjat KLCC pun mampu.

"Oh awak nak cakap saya tak cantiklah?" Soalku, saja menukar topik.

"Maksud kau?"

"Yalah, selalu orang puji comel dekat perempuan tak cantik je, nak jaga hati kan?"

"Kan aku pernah cakap dekat kau, pujian 'cantik' aku hanya untuk bakal isteri aku."

"Kalau dia tak cantik macam mana?"

Tergelak dia dengar soalan aku.

"Siapa kata dia tak cantik?"

"Oh,.. Awak dah jumpa bakal isteri awak ke?"

Baru aku tersedar yang selama ni, aku tak tahu pun yang dia dah berpunya atau belum.

Tersentap hati bila dengan tenangnya mengangguk.

"Dah." Balasnya yakin buatkan aku sesak nafas sendiri. Sedih ke aku?

"Tapi dia belum tahu."

Berkerut dahi aku tika mendengar sambungan katanya.

"Maksud awak?"

"Dia belum tahu yang aku sukakan dia,.. sayangkan dia,.. cintakan dia.."

Mungkin kata-kata itu, ingin sekali dia ucapkan pada si 'dia' tapi entah kenapa tatapan matanya buat aku pada ketika ini, seolah-olah akulah 'dia'..

"Kenapa tak terus-terang saja pada dia?"

Dapat aku lihat senyuman hambar terukir pada bibirnya.

"Mungkin dia akan lebih bahagia kalau bukan dengan aku.. Cukuplah segala air mata dan luka dia disebabkan aku dulu.."

Di hujung katanya, dapat aku lihat dengan jelas tubir matanya yang mula sarat dengan genangan air mata.

.
.
.

"Lepas letak barang kau dekat bilik, jumpa aku dekat ruang tamu. Ada benda aku nak bincang sikit dengan kau."

Seperti yang dia pesan, lepas letak barang yang aku beli tadi dekat bilik tidur, langkah aku atur semula ke ruang tamu. Nervous pula bila tengok Jungkook dah tunggu aku dekat ruang tamu.

Sementara menunggu dapat aku lihat dirinya sibuk dengan urusan kerjanya di dalam iPad kesayangannya. Malam-malam macam ni pun dia masih utamakan kerja dia. Workaholic sungguh.

"Duduk."

Tanpa mengangkat muka, sepatah dia memberi arahan, macam tahu-tahu saja aku sudah ada di tepinya. Lantas aku mengambil tempat duduk di sebelahnya, satu sofa dengannya namun selang satu tempat duduk darinya.

Bila punggung sudah aku henyakkan di atas sofa, barulah iPad di tangannya ditutup lalu diletakkan di antara kami sebelum kepalanya diangkat, berbalas renungan mata denganku.

"Aku nak kau berhenti kerja."

Membulat mata aku mendengar sebaris ayatnya yang jelas, berbaur arahan untukku. Dia siapa nak arah-arahkan aku? Suami aku?

"Cari kerja dekat sini, stay sini terus, tak perlu balik Busan lagi."

"Senang awak cakap kan? Awak nampak saya ni macam bodoh sangat ke nak ikut je cakap awak? Kenapa pula saya nak kena dengar cakap awak?"

"Ini untuk kebaikan awak, Yerim."

"Untuk kebaikan saya? Untuk apa awak bawa saya ke sini pun saya tak tahu. Cuba awak terus-terang dengan saya apa yang semua orang sembunyikan dari saya sekarang ni? Susah sangat ke?"

"Yerim—"

"Saya nak balik Busan, malam ni juga."

"Boleh tak jangan degil sangat? Ingat aku suka-suka ke nak bawa kau sampai ke sini? Kau bukannya sesiapa pun bagi aku, aku sendiri tak tahulah kenapa aku nak menyusahkan hidup aku dengan jaga perempuan degil macam kau?"

Tersentap tika mendengar rungutannya yang meluncur laju terlepas dari belahan bibirnya. Ditambah dengan  kerutan di dahinya tika merenung aku sekarang, jelaslah dia sedang marahkan aku.

Tanpa kata, lantas aku bangun dari terus duduk di sebelahnya. Terdengar keluhan nafasnya perlahan.

"Yerim.."

Terdengar suaranya perlahan memanggil namaku namun tanpa menghiraukan renungan matanya padaku, langkah aku atur meninggalkannya.

.
.
.

Jam digital di skrin telefon pintar sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Sempat aku menilik waktu di skrin telefon untuk kali yang terakhir sebelum telefon pintar aku sumbat masuk ke dalam tote bag. Setelah memastikan dompet turut sama ada di dalam beg, tali tote bag aku tarik naik ke atas bahu. Tidak lupa juga botol air kesayangan aku di atas meja berhampiran katil aku capai.

Senyap-senyap pintu bilik tidur ini aku buka. Seperti yang aku jangka, suasana di luar bilik sunyi sepi dan malap, hanya lampu di sisi kanan dan kiri televisyen dari ruang tamu menjadi sumber cahaya.

Sesenyap mungkin aku melangkah keluar dari bilik, memastikan aku tidak meninggalkan sebarang kesan mahupun bunyi. Setelah itu, dengan berhati-hati pintu bilik aku tutup seperlahan mungkin walaupun akhirnya terhasil juga bunyi walau seperlahan mungkin.

Setelah itu, terhincut-hincut aku melangkah di atas lantai melepasi ruang tamu.

Tick!

Mengeras satu badan bila tiba-tiba saja satu ruang tamu ni terang-benderang menunjukkan seisinya. Dari jauh, dapat aku lihat seorang lelaki sedang elok berdiri tegap di hadapan pintu rumah, dekatnya juga dengan suis utama lampu rumah ini.

Tahulah aku dia yang buka lampu tadi, maknanya juga dari tadilah dia perhati aku jadi 'pencuri' dalam gelap.

Dia.

Jungkook.

Elok saja dia berdiri sambil berpeluk tubuh, merenung aku dengan tatapan dinginnya. Gayanya nak marah aku tapi kena sabar.

"Nak pergi mana?"

Meremang tatkala suara garaunya bergema memenuhi ruang tamu ini, menyapa perlahan deria pendengaranku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top