26
.
.
.
[3 BULAN KEMUDIAN]
Minggu ini bermulalah kerja shift malam aku. Shift yang paling aku menyampah sekali nak hadap tapi demi sesuap aiskrim llaollao, aku tadah jelah.
Tengah aku bersiap-siap hendak ke hospital, macam biasalah, tanpa salam terus Yoonji rempuh masuk bilik tidur aku. Nasib baik dah lengkap beruniform dah aku sekarang ni. Kalau tak dah tak pasal-pasal kena tangkap banjir dengan dia.
"Uii, cantiklah awek malam ni!"
"Diam." Sepatah aku membalas namun cukup buatkan dia tergelak besar seraya selamba badak dia baring dekat atas katil aku.
"Nak apa?" Soal aku, masih sibuk ke hulu ke hilir cari stokin.
"Aku nak bagitahu kau something."
"Ha, apa dia?" Tanya aku lagi. Kali ni aku sibuk selongkar almari. Mana pergilah stokin aku ni?!
"Esok aku ingat nak balik Daegu. Mak, bapak aku dah membebel dah dekat aku, dah lama tak nampak aku katanya. Aku pun sebenarnya malas nak balik au tapi tulah, kalau dah mak aku buka cerita serupa penceramah kem motivasi, katanya jangan sampai balik-balik nanti banyak selipar depan rumah, van jenazah parking tepi, baru aku nak balik. Haih, give up jugalah aku."
Tergelak aku dengar cerita dia. Pada masa yang sama, jumpa juga stokin aku. Dengan sisa tawa yang masih berbaki, langkah aku atur menghampirinya dengan stokin di tangan sebelum aku duduk di depannya.
"Ha, balik jelah wei. Kesian parents kau, diorang pun mesti rindu gila dengan kau. Kau nak stay sana berapa hari?" Soalku seraya menyarungkan stokin ke kaki.
"Tiga hari macam tu, boleh?"
"Kenapalah nak kena tanya aku? Boleh jelah."
"Taklah, aku risaukan kau. Sorang-sorang dekat rumah nanti."
Tergelak aku dengar pengakuannya tapi dalam diam, tersentuh juga aku. Tahu yang Yoonji ikhlas peduli tentang aku.
"Aku okay jelah. Lagi pun aku bukannya selalu ada dekat rumah. Sebelum kau duduk sini pun, aku memang duduk sendiri kan? Tak jadi apa punlah. Okay je. Jangan risaulah."
Tersenyum dia mendengar jawapan aku.
"Tapi serisau-risau aku dekat kau pun, ada yang lagi risaukan kau tau." Dalam nada mengusik, Yoonji bersuara buatkan dahi aku berkerut keliru.
"Siapa jelah yang nak risaukan aku?"
"Tuan."
.
.
.
Habis saja shift malam aku, terus aku kafe hospital yang terletaknya dekat dengan bahagian lobi. Sebelum balik, elok aku sarapan dulu, hilangkan dulu rasa ngantuk aku ni.
Bahaya sungguh balik naik scooter nanti dengan mengantuk tak hilang lagi, silap-silap masuk berita aku esok pagi. Kena langgar lari dengan lori milo, tachod.
Sampai saja di kafe, aku hanya memilih beberapa jenis roti untuk mengisi perut dengan hot chocolate sebagai minuman.
Setelah pesanan aku siap, barulah aku mengambil tempat, duduk sekejap di meja yang terletaknya di ruangan tepi kafe ini. Telefon pintar aku keluarkan dari poket uniform.
<Yoonji👮🏻♀️
Yerim
Aku dah sampai rumah mak bapak aku
Kau tahu tak terkejut aku tadi
Sampai-sampai banyak selipar depan rumah aku
😭😭
Aku ingat siapalah yang menghadap ilahi
Sekali mak aku buat makan-makan
😭🦶
Tergelak aku baca chat dari Yoonji sebelum lincah saja jari-jemari aku membalas mesejnya. Namun perlahan-lahan senyuman aku hilang, jari-jemari aku juga lambat-lambat terhenti di atas skrin saat hati kuat merasakan yang diri aku kini sedang diperhati.
Terus aku angkat kepala, pandang depan, tepatnya lurus ke arah yang aku cukup yakin, dari mana datangnya bahang panahan mata yang memerhatiku tadi namun tiada siapa pula di situ. Adanya hanya beberapa manusia yang lalu-lalang di situ.
Perasaan aku je kut. Haih, dah ngantuk sangat aku ni.
.
.
.
Sampai je rumah, lepas mandi terus aku terjun bebas ke atas katil. Tidur punya tidur, know-know dah petang. Cepatnya lah! Kejap lagi dah kena siap-siap kerja balik. Cepat-cepatlah jumpa jodoh orang kaya, CEO pun jadilah.
Tengah aku bermalas-malasan dekat katil ni, dapat aku dengar sendiri perut aku yang berbunyi, minta diisi. Yalah, last aku makan pagi tadi, makan roti je pula tu. Patutlah perut aku ni mogok lagu syahdu minta diisi.
Tapi sumpah malas nak masak. Nak order grab food pun malas. Rasa nak sambung tidur je, tapi lapar. Macam mana eh? Elok mati jelah, Yerim.
Baru je aku nak pejamkan mata balik, segar biji mata aku bila dengar loceng rumah berbunyi dua tiga kali.
Aduh, siapa pula datang ni?!
Mata aku pejamkan, dua tiga kali fikir nak bangun ke tidak dari katil ni sebelum akhirnya aku mengeluh.
Dengan mata yang masih terpejam, ontot masih aku seret juga menuruni katil. Malas betullah!
.
.
.
Buka saja pintu, terpacak seorang abang food panda di depan aku. Wah, jatuh dari langit ke abang ni? Macam tahu-tahu saja aku tengah lapar. Ke aku masih mimpi ni?
"Cik Yerim ya?"
"Ya, saya. Ada apa ya?"
"Ni, makanan Cik."
"Eh, saya tak ada order makanan pun."
Tachod! Siapa pulak yang pesankan makanan untuk aku ni?! Tak kan aku order pakai niat terus dapat?
"Tak tahulah saya, Cik. Cik ambil jelah, ya? Banyak ni, sedap-sedap pula tu. Kalau Cik tak nak, saya bawa balik."
"Eh, janganlah. Saya pun lapar juga."
Tergelak abang food panda depan aku ni sebelum akhirnya, bertukar tangan juga bungkusan makanan tu ke tangan aku.
"Ada nak kena bayar apa-apa ke?"
"Eh, tak ada, tak ada. Semua dah ada orang bayar."
Siapalah yang buat charity hari, hari Jumaat macam ni? Macam tahu-tahu je aku ni memang anak yatim piatu.
"Terima kasih ya."
"Sama-sama."
Bila abang food panda tu hilang dengan asap,asap motor dia sekali, terus aku tutup pintu, kunci. Bungkusan makanan tu aku letakkan sekejap di meja dekat ruang tamu sebelum aku berlari masuk ke dalam bilik tidur.
Telefon pintar di atas katil aku ambil lalu nombor Yoonji aku dail.
"Yoonji!"
"Ha gapo?!"
"Ada orang order food online untuk aku weh! Takutlah! Nak aku buang ke tak eh makanan tu?! Tapi aku lapar!"
Dapat aku dengar getaran tawa Yoonji di talian sana.
"Makan jelah weh, jangan risau. Aku tahu siapa yang orderkan untuk kau. Serius, kau makan je."
Sambil itu langkah aku atur keluar dari bilik. Bungkusan makanan yang masih terletak elok di atas meja di ruang tamu aku hampiri.
"Yeke? Siapa? Tak nak aku makan kalau tak kenal. Mana tahu dia dah kangkang semua makanan aku ni. Dah jadi Family Mart kangkang."
Baru aku perasan tulisan Family Mart di luar plastik bungkusan makanan tu. Sekali lagi, tawa Yoonji tercetus.
"Kau ni kan. Makan jelah. Aku tahu kau lapar. Aku yang order kan. Aku tahu time-time macam ni mesti kau baru bangun tidur, baru sibuk nak cari makanan."
Dengar je penjelasan Yoonji, spontan bibir aku mengukirkan senyuman. Kali ni tanpa ragu-ragu bungkusan makanan itu aku ambil lalu aku bawa ke dapur.
"Betul eh kau yang order kan?!"
"Iya, aku!"
"Yeay, thank you!! Nanti kau balik aku belanja Kinder Joy dua ketul."
.
.
.
Dengan hati yang tak rela nak berbakti pada masyarakat, langkah aku atur berat keluar dari rumah. Setelah pintu rumah aku kunci rapi, langkah aku atur malas menuju ke garaj.
Mengeluh aku bila melihat scooter sakti aku. Sungguhlah tak rela nak ke hospital hari ni. Rasa nak resign sekarang juga!
Helmet yang aku sangkutkan di cermin sisi scooter aku capai lalu aku sarungkan ke atas kepala.
Sambil tangan sibuk memasang klip sambungan antara tali helmet aku ni, mata aku mengawasi sekeliling.
Sehinggalah panahan mata aku tertumpu tepat pada susuk tubuh seorang lelaki yang terlihat cukup tenang dan santai mengambil angin senja di tepi pantai sana.
Macam kenal.
Sumpah kenal.
Jungkook.
Walaupun hanya belakang tubuhnya saja yang dapat aku lihat tapi aku cukup yakin itu dia.
Dia buat apa dekat sini?
Tapi betul ke itu dia?
Entah-entah imaginasi aku je sebab rindu sangat dekat dia.
Sekejap.
Siapa pulak yang rindukan dia?!
Kalau betul pun itu dia, lantak dialah! Bukannya dia peduli pasal aku pun!
Tiga bulan tak jumpa, tiga bulan juga dia tak tanya khabar aku. Tapi dengan Yoonji, elok pula balas mesej itu ini.
Menyampah aku! Sama je macam sebelum ni. Umpama pisang berbuah dua kali, sejarah berulang kembali!
Lelaki yang seakan-akan Jungkook tu aku jeling tajam sebelum aku naik ke atas scooter.
Tongkat scooter aku naikkan menggunakan kaki, tote bag dan botol air aku letak di dalam bakul. Kunci motor aku masukkan ke dalam tempatnya lalu aku putar.
Button start scooter aku tekan lalu dengan gaya nak merempit, handle scooter aku pulas geram, nasib tak melompat motor ni sebab pulas kuat sangat.
Kalau Jungkook dekat depan mata ni, dah lama aku langgar!
.
.
.
Tak tahan ngantuk punya pasal, langkah aku atur keluar dari wad menuju ke vending machine yang letaknya di koridor luar hospital.
Sempat aku tengok ada kerusi roda kosong lalu tepi aku, malas nak layan. Nak minta aku belanja air jugalah tu!
Minuman caffeine jadi pilihan hati untuk menghilangkan ngantuk. Penutup tin aku buka seraya mengambil tempat duduk di bangku berhampiran mesin air.
Baru seteguk, dua aku minum, dapat aku rasakan getaran hebat di dalam poket uniform aku. Telefon pintar yang memang aku letak di dalam situ aku seluk keluar.
Abang Seokjin
Berkerut dahi aku melihat nama pemanggil itu. Mana taknya, sudah lama dia tak hubungi aku. Chat aku pun tidak. Kalau dulu adalah sebulan sekali, ini tak langsung.
Tiba-tiba pula dada dirasakan berdebar sendiri. Dengan debaran di dada, panggilan telefon itu aku angkat.
"Yerim."
Meremang seluruh tubuh saat mendengar suaranya yang kedengaran cukup berat, dapat aku dengar juga nafasnya yang turun naik.
"Abang Seokjin okay?"
"Okay.. Yerim dekat mana?" Dapat aku tangkap nada cemas di dalam suaranya yang cuba disembunyikan dari aku.
"Dekat hospital, kerja shift malam, kenapa abang?" Soalku seraya duduk tegak, tin air aku letakkan di sisi, mula tak tenang.
"Thank god.."
Dapat aku dengar dirinya berbisik perlahan, nafasnya dihembus penuh lega buatkan dahi aku makin berkerut-kerut.
"Yerim jangan balik dulu ya? Duduk je situ sampai abang bagitahu, okay?"
"Ha? Kenapa?" Soalku laju, pelik sungguh. Bikin suspen.
"Abang tak boleh explain sekarang, Yerim tunggu je situ sampai ada yang jemput Yerim. Tapi tolong, jangan balik rumah kita dulu. Yerim jaga diri baik-baik ya? Jangan contact abang sampai abang contact Yerim dulu. Abang minta maaf—"
Belum sempat dia menghabiskan kata, panggilan terputus begitu saja bagaikan dipaksa. Terkedu aku di sini.
Telefon aku bawa ke depan muka. Menggigil saja rasa tangan ini. Baru saja hujung jari aku hendak mendail semula nombor telefonnya, lantas terbantut niatku tika teringat pesanannya.
"Jangan contact abang sampai abang contact Yerim dulu."
Makin kuat detakan jantung, resah dan risaukan dia yang sudah aku anggap seperti abang kandung aku sendiri.
Nak buat apa ni? Call polis?
Polis? Ha polis!
Lantas nombor telefon Yoonji aku dail.
.
.
.
"Macam mana kalau dia kena culik? Aku risaulah. Patut ke aku buat report polis?"
"Better jangan dulu, tak cukup 24 jam lagi. Bukti pun tak cukup. Silap-silap masuk lokap kau japgi, alasan sebab kau buat report palsu."
"Sabar dulu. Buat masa ni kau dengar je cakap abang kau. Jangan balik rumah dulu. Duduk je hospital tu diam-diam. Kejap lagi aku on the way balik sana, aku ambil kau dekat hospital. Tunggu je aku dekat situ, okay?"
"Aku risau apa-apa jadi dekat abang aku.."
"Jangan risaulah, tak ada apa-apa tu. Entah-entah topup dia habis ke apa, kau je overthinking."
Mengeluh sendiri aku. Setelah mengucapkan selamat tinggal, panggilan telefon antara aku dengan Yoonji aku putuskan. Hilang terus ngantuk aku.
Ikutkan hati, nak saja aku pergi cari Abang Seokjin sekarang tapi dekat mana?
Tin air kopi yang masih berbaki separuh aku ambil sebelum aku bangun. Telefon pintar aku masukkan semula ke dalam poket uniform seraya kepala aku angkatkan, siap sedia hendak masuk semula ke dalam wad.
Sebaik saja kepala aku tolehkan ke sisi kananku, seluruh tubuhku dirasakan mengeras. Hampir tidak percaya dengan siapa yang sedang berbalas renungan mata denganku sekarang.
Dia.
Jungkook.
Sedang mengatur langkah menghampiri aku dengan Jimin setia mengikuti langkahnya dari belakang.
Setiap langkahnya, tak pernah lepas renungan matanya padaku. Mungkin tiada senyuman di bibirnya, namun renungan matanya seolah-olah menyapaku dalam diam, cukup lembut pada pertemuan semula kami ini.
Memberi ruang buat Jungkook berbicara sendirian dengan aku, Jimin terlebih dahulu berhenti, berdiri tidak jauh dari aku sementara Jungkook semakin menghampiri aku.
Sehinggalah susuk tegap Jungkook berdiri tepat di hadapan aku, menutupiku dengan bayang-bayangnya, barulah aku mengangkat muka, membalas tatapan matanya yang kadangkala buatkan aku berdebar sendiri.
Sudah lama aku tak berjumpa dengannya dan malam ini, saat aku dapat menatap sendiri sepasang matanya, barulah aku sedar, betapa aku merindukannya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top