24
.
.
.
"Jungkook."
"Apa lagi?"
"Kalau saya jadi cacing kan, awak masih nak kawan dengan saya?"
Dia mengeluh lagi. Gayanya kejap lagi aku bakal disepak keluar dari kereta.
"Kau ni kan, kalau aku dah tinggal tepi jalan ni baru nak diam agaknya."
Aku jeling dia. Tulah, siapa suruh tak bagi aku buka radio? Kan dah bosan!
"Kalau makwe awak jadi cacing, awak masih sayang dia?"
"Baik kau diam sebelum aku sepak kau keluar."
Bibir aku ketap, tahan gelak sebenarnya. Comel pula dia ni kalau tahan ngamuk.
Terkebil-kebil aku tengok luar. Baru perasan yang kami mula memasuki kawasan pedalaman, macam kampung pun ya.
Apa yang menarik perhatian aku, adanya pantai tidak jauh disepanjang tepi kanan jalan ni dengan rumah-rumah kampung di sisi kiri jalan ni yang menghadapnya ke situ.
Cantiknya pantai yang ini, mengalahkan pantai depan rumah aku. Airnya tampak jernih dengan pasirnya yang putih bersih.
"Macam tak pernah tengok pantai je. Rumah punyalah menghadap pantai."
Terus kena jelingan maut dari aku.
"Saya memang suka pantailah."
"Ya? Siapa tanya? Aku ke?"
Eee, menyirapnyalah aku dengan dia ni!
Niat nak ajak dia gaduh lama sikit tapi mati terus niat tu bila dia mula hidupkan signal kereta ke kiri, tandanya kami sudah sampai ke destinasi.
Panjang leher aku melihat sekeliling halaman rumah yang baru kami masuki tika ini.
"Rumah siapa ni?" Soalku dengan kepala masih terjenguk-jenguk tengok luar.
"Nenek aku."
"Haha! Lawaknya!" Spontan aku gelak, gelak sinis sebenarnya. Nak buat lawaklah tu!
Tapi macam tak je bila dia tayang muka beku dia sambil buka seat belt.
"Betul-betullah." Marahku tak puas hati.
"Betullah, nak aku main-main?" Soalnya pula sambil selamba bukakan seat belt aku. Berdebar sendiri aku bila dia dekatkan jarak kami, bauan tubuh dan minyak wanginya menyapa lembut deriaku.
Setelah itu, botol air di ribaku diambil lalu diletakkan ke kerusi belakang. Sekali lagi, dia duduk dengan separuh tubuhnya menghadap aku.
"Dah, jom turun."
"Kenapa kita datang sini?"
"Saja."
Amboi jawapan dia. Senang je kan?!
"Nenek awak garang tak?"
Tergelak dia dengar soalan aku. Apa yang aku perasan tentang dia. Dia jarang gelak tapi sekali gelak, manis sangat.
"Mana ada garang. Biasa je. Dahlah jom turun."
"Macam mana kalau nenek awak tak suka saya?"
"Kau nak kahwin dengan aku ke?"
"Ha?" Spontan aku memberi reaksi.
"Gaya kau tanya tu, macam kita nak pergi minta restu dari dia pula."
Aku pula yang terdiam. Betul juga cakap dia.
"Jangan risaulah. Kalau aku boleh suka kau, tak kan nenek aku tak boleh."
.
.
.
"Jungkook, tunggulah!"
Terkedek-kedek aku ikut langkah panjang dia menghampiri pintu rumah kampung yang terletak di hadapan kami tika ini.
Bahaya betullah nenek Jungkook ni, main biar macam tu je pintu rumah terbuka. Kut,kut ada pencuri ke babi hutan masuk, tak ke naya.
"Nenek! Kook dah balik ni!"
"Bagi salamlah!" Marahku bila selamba badak dia melalak depan pintu sambil buka kasut.
"Suka hatilah, rumah nenek aku." Balasnya sebelum kami sama-sama berbalas jelingan. Nak gaduh cakap!
"Bukalah kasut kau cepat." Arahnya bila sepasang kakinya sudah berkaki ayam, hanya tinggal stokin di kaki.
Tak balas apa, aku hanya menurut.
"Jungkook dah balik?"
Terangkat kepala aku bila suara lembut seorang wanita menyapa perlahan deria pendengaranku.
Tertujunya panahan mata aku sekarang ini pada wanita tua yang sedang mengatur langkah perlahan menghampiri aku dan Jungkook. Yakinlah aku yang ini nenek Jungkook.
Awet muda, tak sepertinya dimamah usia. Lembut saja raut wajahnya dengan senyuman tak lekang di bibir. Jauh beza dengan cucu dia yang sorang tu. Muka beku mengalahkan ais ketul.
Kini panahan sepasang mata tua itu beralih perlahan dari Jungkook tepatnya ke aku. Lebar senyumannya bila aku senyum untuknya.
"Yerim ya?" Ramah dia bertanya seraya menghampiri aku.
Halmeoni ni tengok nama aku dekat mangkuk dulu ke tadi sebelum aku datang? Aku syak Jungkook yang bagitahu. Entah apalah dia fitnah pasal aku dekat nenek dia ni.
"Ya, saya." Balas aku sambil tersengih malu. Sekali lagi nenek Jungkook tersenyum di depan aku sebelum tanpa diduga, tubuh aku dipeluk.
Terdiam aku. Hati disuntik satu perasaan tika berada di dalam pelukannya sekarang.
Sudah lama aku tak merasakan sentuhan penuh kasih sayang seperti ini.
Tak semena-mena hati diterpa rasa sebak sendiri.
.
.
.
Sporting betul halmeoni ni. Tak sampai sejam, aku dah rasa rapat dan selesa berbual dengannya.
Macam sekarang, elok saja kami masak sama-sama dekat dapur sambil berborak. Tapi last-last, aku masak sendiri sementara halmeoni duduk di meja makan. Memerhati aku sambil sesekali membantu apa yang patut dan memberi arahan pada aku.
Jungkook pula? Entah. Suka hati dia je letak aku dekat sini lepas tu pergi entah mana. Geram aku!
"Pandainya Yerim masak."
"Dah biasa masak dekat rumah sebab Yerim duduk sendiri tapi sekarang dah jarang masak sebab sibuk praktikal." Cerita aku di sinki ni, sibuk mencuci perkakas dapur yang sudah aku guna tadi.
Sesekali aku menoleh, memandang halmeoni yang ternyata masih setia memerhati aku. Tersenyum halmeoni tika mendengar jawapanku.
Setelah selesai membersihkan sinki, langkah aku atur ke meja makan sebelum aku mengambil tempat duduk di hadapan halmeoni.
"Yerim suka Jungkook?"
Terdiam aku bila dengar soalan yang satu itu. Dengan senyuman, cukup tenang halmeoni menunggu jawapan dari aku.
"Yerimlah satu-satunya perempuan yang dia pernah bawa ke sini jumpa halmeoni. Bila dah jumpa Yerim ni, baru halmeoni faham kenapa."
Sekali lagi aku hanya diam. Terkebil-kebil tak tahu nak kata apa. Akhirnya aku cuma senyum.
"Dari dulu, susah betul nak tengok Jungkook rapat dengan mana-mana perempuan, sampai naik risau halmeoni. Syukurlah sekarang dia dah ada Yerim. Jaga Jungkook elok-elok ya? Cucu halmeoni tu kalau dah sayang, sayang betul."
Sayang siapa?
Bahayalah ayat halmeoni ni, boleh buat orang syok sendiri!
"Ha, sembang apa ni? Mengutuk oranglah tu!"
Panjang umur, baru diseru, terkedek-kedek susuk tubuh tegapnya memasuki ruangan dapur ni dengan beg plastik berisi ais di tangan. Lah, beli ais rupanya tadi!
"Apalah kamu ni, dah bawa Yerim datang sini, kamu tinggal pula dia dekat sini!"
"Alah, tak kan tinggal sekejap dah rindu kut? Payahlah sayang ni. Abang keluar sekejap je sayang, tahanlah sikit."
Lah?!
Membulat mata aku bila selamba badak dia menggatal dengan aku depan halmeoni. Siap panggil aku 'sayang' lagi!
.
.
.
Seronok pula makan duduk bersila macam ni. Tak sesopan halmeoni yang duduk bersimpuh, aku duduk bersila sama dengan Jungkook.
"Cuba duduk elok-elok." Tegur Jungkook di telinga aku, sepertinya tak mahu halmeoni dengar sekali.
"Dah eloklah ni. Awak nak saya makan sambil baring ke?" Soal aku tak puas hati.
"Melawan, melawan. Cepit mulut tu nanti baru tahu. Kalau nak duduk macam ni sangat, lain kali pakai kain batik. Ke kau nak pinjam kain pelekat aku? Kau nak jenama apa? Gajah duduk? Gajah kencing berdiri semua aku ada."
Ha? Kain apa? Pelik-peliklah dia ni!
Kali ni dia mengeluh sebelum dia bertukar posisi, duduk betul-betul di tepi aku, turut sama menghadap halmeoni. Kalau tadi dia duduk di tengah-tengah antara aku dan halmeoni, sementara aku dan halmeoni duduk bertentangan mata.
"Kenapa duduk sebelah saya?" Soalku tak puas hati.
"Makan jelah. Banyak bunyi. Nah, makan sayur banyak sikit. Kau tu banyak lagi benda belum berkembang. Sel-sel otak, ketinggian, semua tak berkembang lagi, badan je kembang."
Kali ni dia masukkan tiga sudu lauk sayur ke atas pinggan aku. Halmeoni yang duduk di depan kami hanya tersenyum seraya menggeleng perlahan.
"Siapa kembang?"
"Kau."
"Awak nak cakap saya gemuk?"
"Perempuan, memang suka manipulate ayat lelaki."
"Awak ingat saya kambing ke nak makan sayur banyak-banyak?"
"Rupa tu dah ada, lagi-lagi bila kau sengih nampak aku."
"Halmeoni, tengok Jungkook!"
"Sudah, jangan selalu gaduh. Kahwin nanti."
"Kalau macam tu, kena kerap gaduh ni, nek."
Selamba dia memberi komen buatkan mata aku membulat. Selamba dia sambung makan tanpa pedulikan aku.
Pelik-pelik tau dia ni!
"Halmeoni, lepas makan ni Yerim nak jalan-jalan, pergi tengok pantai dekat depan sana boleh?"
"Tak boleh."
Orang lain yang aku tanya, orang lain yang sibuk menjawab. Terus aku toleh, tenung geram Jungkook.
"Kan dah selalu tengok pantai, tak bosan ke?"
"Tak."
"Tak boleh."
"Kalau saya masih nak pergi?"
"Aku tinggal kau dekat sini."
"Tak apalah, saya boleh je duduk sini dengan halmeoni. Kan halmeoni kan?"
Tersenyum halmeoni sebelum sporting saja halmeoni mengangguk, melayan kerenah aku.
"Amboi kau. Aku kata tak boleh, tak boleh. Kau tu dahlah suka buat benda pelik-pelik. Karang aku biarkan, tersangkut juga kau jap lagi dekat jala ikan depan sana tu."
"Yang awak lebih-lebih ni kenapa? Awak suami saya ke? Tak kan?"
Terdiam dia kena perli dengan aku. Muka tak puas hati betul aku tanya macam tu. Gayanya macam kalau tak ada halmeoni ni, dah lama aku dengan dia berguling-guling dekat sini sambil tarik-tarik rambut.
"Sudahlah, jangan gaduh-gaduh. Nanti tak jumpa, rindu."
Lain macam halmeoni ni!
.
.
.
Dari tadi seronok aku berbual dengan halmeoni dekat beranda rumah ni sambil makan buah. Buah Naga, Mangga, semua fav aku pula tu. Jungkook pula?
Macam biasalah, tinggalkan aku lagi lepas makan tadi. Geram je aku! Nasib baik aku ni senang buat kawan, dengan halmeoni pun boleh jadi.
Terkebil-kebil aku bila nampak Jungkook naik motor memasuki halaman rumah ni. Kelakar siot.
Rasa nak berguling tengok dia naik motor. Dahlah motor skuter makcik-makcik pergi pasar tu, kalah skuter aku! Aku syak dia pinjam skuter halmeoni.
Sepasang mata kami bertentangan bila dia berhentikan motor tepat di hadapan beranda.
"Jom." Ajaknya pada aku buatkan dahi aku berkerut.
"Nak pergi mana?"
"Paris, tengok Eiffel tower, nak ikut?" Perlinya buatkan aku mencebik geram. Sekali aku sepak, berguling dia jatuh motor japgi aku buat!
Halmeoni yang melihat hanya tersenyum seraya menggeleng perlahan.
"Kata nak jalan-jalan tadi. Jomlah aku bawa."
Berbunga-bunga hati, kembang setaman mengalahkan mangkuk jamban aku punya hati bila selamba dia bersuara, poyo. Dalam diam, dia peduli.
"Cepatlah, nak ikut tak?"
.
.
.
"Peluk aku."
"Ha?!"
"Pegang akulah, gila!"
Tergelak aku bila dia mula hilang sabar dengan aku. Manalah aku nak dengar dia cakap apa dekat atas motor ni. Dengan angin kuat namampus, dia ni pun bawa motor macam nak mati sama-sama!
Risau juga aku berguling atas jalan ni, pegang belakang motor pun dah rasa tak selamat mana, senyap-senyap sebelah tangan aku pegang hujung baju dia.
Terkedu aku bila dia selamba tarik tangan aku lalu dilingkarkan pada pinggangnya. Dari cermin sisi motor, aku cuba melihat riak wajahnya sekarang.
Apa yang aku lihat sekarang, dia sedang tersenyum, cukup halus. Sebelum dapat aku lihat dirinya mengetap bibir, menahan senyum. Alah, kiyot!
Tak pasal-pasal aku ikut sengih.
"Awak nak bawa saya pergi mana?!"
"Hah?!"
"Awak nak bawa saya gi mana?!"
"Oh, jumpa kawan aku jap!"
"Lelaki ke perempuan?!"
"Kenapa kalau perempuan?! Cemburu?!" Usiknya sambil tersengih. Geram pulak aku!
"Memang taklah!"
"Eleh! Tak apa, kita tengok nanti!"
Terus tak ada mood. Lagi sanggup aku tergolek dari terus peluk dia!
Tangan aku tarik dari terus melingkar pada pinggangnya. Pantulan imejnya di cermin sisi motor aku jeling geram dan dapat aku lihat dia turut sama melirik mata ke arah cermin, melihat pantulan imej aku di situ sambil menguntum senyum.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top