2

.
.
.

Kini aku dan Seokjin duduk berdua di dapur, mengisi perut kami dengan sandwich telur buatanku sambil berbual kosong. Maklumlah, dah masuk dua bulan tak jumpa.

Tapi dia tak pernah abaikan aku walaupun hakikatnya aku hanya adik tirinya.

Makan, minum aku, kos pengajian aku, even rumah yang aku duduk sekarang ini, semuanya di bawah tanggungannya. Tak terbalas rasanya hutang budi aku pada dia.

Ayah kandung aku meninggal dunia masa aku masih kecil lagi, kemalangan.

Berbeza pula nasib yang menimpa pada ibu kandung Seokjin. Meninggal dunia sebaik saja selepas melahirkannya.

Bila aku masuk sekolah menengah, barulah omma kahwin lain. Kahwin dengan ayah kandung Seokjin. Maka dapatlah aku abang ekspres, Kim Seokjin.

Sempatlah aku merasa kasih sayang yang lengkap dari seorang ayah dan ibu tapi tak sampai tiga tahun, mereka pula pergi meninggalkan aku dan Seokjin.

Tapi lepas tu, tak pula Seokjin halau aku dari rumah ni atau menganggap aku sebagai orang luar. Dijaganya aku macam adik kandung sendiri, sampailah sekarang.

"Macam mana study okay?" Tanyanya lagi, membuka topik baru dalam perbualan kami.

"Yerim dah habis study lah, abang. Baru minggu lepas habis final exam."

Hampir tercekik roti dia dibuatnya dengar jawapan aku. Tergelak aku tengok reaksi dia sekarang.

"Maaflah, abang tak tahu."

Aku hanya tersengih seraya menggeleng.

"Tak apalah, tahu abang sibuk."

Terlihat dirinya hanya tersenyum nipis saat mendengar balasanku.

Sejujurnya aku sendiri tak tahu Seokjin ni kerja apa tapi yang pasti jauh dari sini. Macam aku cakap, itu pun sekali-sekala je dia balik sini. Itu pun macam nak cukupkan syarat tengok aku. Kiranya dia masih ambil berat dan peduli dengan aku.

Chat aku pun sekali-sekala, itu pun cuma tanya duit ada lagi tak, okay tak aku dekat sini, tu je. Telefon aku? Memang taklah. Nampak sibuk betul.

"Abang dengan Jungkook kawan rapat ke?" Tanyaku, dari malam tadi rasa nak tahu.

"Rapatlah juga. Abang dah anggap dia macam adik abang sendiri, tapi tak tahulah dia, macam nak bertumbuk je tiap kali nampak abang."

Tergelak aku dengar jawapannya yang cukup selamba sebelum dia turut sama tersengih. Boleh nampak ketulusannya pada Jungkook.

"Hyung—"

Kini aku dan Seokjin serentak menoleh saat mendengar suara garau seseorang semakin menghampiri kami.

Ternyata Yoongi merangkap Dr.Min, doktor peribadi Jungkook sedang mengatur langkan menghampiri kami.

"Hi." Cukup santai dirinya menegurku dengan gummy smile comelnya diukirkan untukku sebelum langkahnya dihenti tepat di sisi Seokjin.

Tapi terus hilang senyuman dia bila matanya bertatapan dengan sepasang mata milik Seokjin. Aku perhati je bila Yoongi mula berbisik perlahan di telinga Seokjin yang dah tentu-tentu aku tak dengar sepatah haram.

Nak pula Seokjin sikit-sikit tengok aku. Membawang pasal aku ke dia orang ni?

Kali ni aku nampak Seokjin angguk sebelum dia pandang aku tepat.

"Yerim boleh bagi Jungkook makan kejap? Yerim ada buatkan Jungkook bubur kan?"

Bila Seokjin mention baru aku teringat, gigih aku pagi tadi bangun awal semata-mata nak buatkan bubur untuk Jungkook. Dah macam suami aku pulak yang sakit.

"Haah lah, Yerim lupa!"

Terlihat Seokjin tertawa melihat reaksi spontanku sebelum dia dan Yoongi hanya memerhati aku yang mula bergerak ke bahagian dapur gas, nak ambil bubur.

Sebenarnya aku pun memang nak lari dari dia orang. Tengok gaya dia orang pandang aku pun aku tahu, kewujudan aku di situ tika ini sangatlah tidak diundang. Macam ada perbincangan yang mereka harus lakukan tanpa kehadiran aku di situ.

Tak apalah, aku pun malas nak ambil tahu.

K tipu.

.
.
.

Selepas daun pintu bilik tamu aku tolak perlahan, berhati-hati langkah aku atur memasuki bilik itu sambil menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air kosong untuk pesakit terhormat.

Sempat juga Yoongi bagi ubat dekat aku tadi, suruh aku bagi Jungkook nanti lepas habis makin.

Dari ambang pintu, aku nampak Jungkook masih tidur di atas katil. Mungkin keadannya masih lemah.

Sampai saja di sisi katil, di tepinya yang masih memejamkan mata, cukup berhati-hati dulang tadi aku letakkan di atas meja bersebelahan katil.

Sempat aku mendongak, tengok pack darah yang elok tergantung di drip stand bersebelahan katil sebelum tanpa segan silu, perlahan-lahan aku mengambil tempat duduk di disinya di atas katil.

Kini mata aku tertumpu pada wajah Jungkook yang nampak lena di dalam tidurnya, tak seperti malam tadi. Terlihat cukup tenang, bagaikan bayi yang sedang nyenyak tidur.

Kali ni aku tunduk pula, terdetik di hati nak tengok luka di pinggang dia. Macam mana jahitan yang aku buat semalam? Okay ke tak? Terbuka ke atau masih bleeding?

Entahlah, padahal baru kenal malam tadi tapi aku punya selesa berada dekat dengan dia, sampai hilang malu aku sebagai perempuan. Tak tunggu lama, terus aku selak perlahan t-shirt dia ke atas.

Balutannya sudah ditukar, mesti Yoongi yang buat tadi. Baguslah. Tersenyum aku saat melihat balutan di pinggangnya yang masih bersih.

"Kau buat apa ni?"

Tersentak kejap aku bila suaranya menegurku, cukup perlahan tapi terkejut jugalah aku. Nasib baik tak terpicit luka dia.

Angkat je kepala, sepasang mata aku bertentangan dengan sepasang matanya yang merenungku cukup dingin.

Poyo betul muka dia time tengok aku sekarang.

Eleh, padahal semalam menangis depan aku. Tengok aku macam dah lama tak jumpa mak kat kampung.

"Saya cuma nak tengok luka awak dah okay ke belum."

"None of your business." Balasnya turut sama dingin seraya menurunkan semula t-shirtnya.

Fine. Ikut suka awaklah, Jungkook.

"Dr.Min suruh awak makan, isi perut dulu lepastu baru makan ubat. Jom makan?" Ajakku, macamlah dia ni member sekolah lama aku. Gaya macam ajak lepak mamak je aku ni.

"I have no appetite, just get out."

Halaunya seraya mula memejamkan mata kembali. Terbuka luas kejap mata aku.

Amboi mamat ni, dia ingat aku maid dia?

"Ini bukan pelawaan tapi arahan. Makan sesudu pun jadilah, asalkan awak makan ubat. Bukannya saya suruh awak melantak satu mangkuk, astu tambah lagi—"

Terdiam aku bila dia celikkan mata balik, merenung tepat anak mata aku.

"Kau ni memang banyak cakap ke?" Tanyanya. Dia ni tanya ke perli?

"Sikitlah. Taklah banyak mana tapi ramai juga patients saya cakap yang saya ni peramah—"

"Aku tak suka orang banyak cakap."

Lah. Sentap punya pasal, terdiam juga aku. Dia ni indirect nak cakap yang dia tak suka aku ke?

"Biarkan jelah bubur dengan ubat tu, nanti aku makan sendiri." Tuturnya lagi seraya mula memejamkan mata. Tak sudi betul tengok aku.

"Yalah tu, padahal tak makan pun nanti. Dah biasa dah dengar ayat macam ni dari patients yang tak nak makan ubat."

Sekali lagi dia celikkan mata. Matanya kini dikecilkan, merenungku geram. Agaknya kalau dia sihat, dah lama dia bangun, cekik aku.

"Iya, nanti aku makan." Balasnya pasrah namun cukup lembut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top