19

.
.
.

Dua bulan berlalu, itulah kali pertama dan terakhir aku berbual dengan Jungkook, walaupun hanya dalam panggilan telefon. Hampir dua bulan juga, aku langsung tak berhubung dengannya. Mesej tidak, telefon pun tidak.

Aku saja ke yang asyik teringatkan dia?

Tiap hari aku menunggu panggilan telefon atau sebaris mesej darinya tapi hampa, aku hanya mengharap sendiri.

Memalukan.

Yerim, jangan cakap kau rindukan dia.

Sedarlah diri tu. Entah-entah dia dah lupa kau dekat sini. Muka kau macam mana pun dia dah tak ingat, tertukar dengan penyu.

Kadang-kadang aku terdengar juga yang Yoonji berbual dengan Jungkook dekat telefon. Kadang-kadang pun aku perasan yang mereka berbalas mesej.

Geram?

Mestilah geram.

Kalau ada Jungkook depan mata aku ni, dah lama aku langgar dia pakai scooter pink panther aku! Langgar laju-laju!

Tak yang aku nak cemburu sangat ni kenapa? Sekejap. Bila masa pula aku cemburu?!

Sah aku dah gila!

Takut kejap lagi aku melekat dekat dinding bilik aku ni dengan cicak, ada baiknya aku keluar. Tengok TV dekat ruang tamu, lagi baik.

Snowball aku peluk erat, bawa sekali dengan aku ke ruang tamu. Dari jauh aku dah nampak Yoonji tengah sengih-sengih hadap phone dia, jari-jemarinya laju menaip, berbalas mesej dengan seseorang.

Jungkook lah tu!

Sempat aku jeling dia tapi aku tetap ambil tempat duduk dekat sebelah dia. Nampak saja aku, terus dia simpan phone dia namun senyuman bahagia masih terukir di bibirnya.

Menyampah!

Snowball aku peluk seraya panahan mata aku lurus, kasi tembus skrin TV dekat depan kami.

"Yerim."

"Hmm."

"Esok kau cuti kan?"

"Hmm."

"Aku pun cuti esok. Jom keluar esok, nak? Kita shopping sikit, makan-makan lepas tu tengok wayang. Nak tak?"

"Hmm."

Yoonji dah mula jengukkan kepala dia depan muka aku. Aku mencebik, pada masa yang sama jeling dia. Spontan dia tergelak.

"Kau kenapa?"

"Kau chat siapa tadi?" Tanya aku tanpa berfikir panjang, tak pandang dia pun. Yoonji diam, tenung aku pelik.

"Aku chat Tu— macam biasalah, aku chat Jungkook. Kenap— omg."

Terus aku toleh bila Yoonji tiba-tiba je ber-omg tepi aku. Lama aku biar dia tenung aku sebelum lambat-lambat dia tersengih.

"Kau cemburu ya?" Usiknya buatkan aku laju pandang depan balik.

Nampak sangat ke?

"Tak, mana ada." Balas aku yakin. Kali ni nak nampak lagi yakin, aku pandang dia. Dia masih sengih tengok aku.

"Yalah, kau cemburu!" Sekali lagi dia mengusik aku. Makin terasa bahang muka aku, macam kena curah dengan air suam!

"Mana adalah."

"Bagitahu Jungkook!" Kali ni dia keluarkan phone dia, siap sedia nak report dekat Jungkook.

"Janganlah, Yoonji!" Laju aku rempuh dia sambil tarik phone dia. Terbahak-bahak dia gelakkan aku sambil biarkan aku merampas phone dari tangannya.

"Aku dah agak dah! Kau pun suka Tuan kan?! I mean Jungkook!"

"Mana ada aku suka dia!"

"Eleh, mengaku jelah, Yerim. Tak ada siapa marah." Usiknya lagi dan akhirnya aku mengalah, jeling dia tak puas hati. Tergelak lagi dia tengok reaksi bengang aku.

"Penatlah aku tengok kau orang ni. Seorang ego nak mengaku, seorang lagi malu nak mengaku. Dahlah, kahwin jelah. Maleh aku!"

Tak habis-habis mengusik aku, ni makan dia!

Terus aku cubit peha dia buatkan dia dah macam anjing laut menggelupur sakit sambil mulut rancak mengaduh sakit.

"Sakitlah, Yerim!"

"Padan muka!"

Akhirnya kami masing-masing berbalas jelingan maut tapi last-last, tersengih juga dia. Apa lagilah yang dia nak mengusik aku ni?!

"Dah lama ke kau suka Tuan?"

"Asal kau panggil dia Tuan?"

"Alah, ayah aku kerja dengan family dialah. Ayah aku selalu panggil dia, Tuan. Aku pun dah terbiasa panggil dia Tuan."

Macam tu eh? Pelik.

"Ayah kau kerja apa?"

"Alah, nanti-nantilah cerita. Sekarang fokus kau dengan Jungkook. Bila nak kahwin?" Usiknya lagi. Baru je aku nak cubit peha dia lagi, laju dia mengelak sambil gelakkan aku.

"Kenapa tak bagitahu je Jungkook yang kau pun sukakan dia? Dia mesti happy kalau dia tahu cinta dia terbalas."

"Dia tak cintakan akulah." Balas aku malas.

"Mana kau tahu?" Gaya Inspektor Yoonji bertanya.

"Kau pula, mana kau tahu Jungkook cintakan aku?"

Yoonji mengeluh.

"Yerim, kau ni bodoh ke lembap?"

"Tak sama ke dua-dua tu?" Balasku buatkan Yoonji pejamkan mata, stress agaknya dengan aku.

"Yerim, dia dah lama bagi kau hint, tak kan kau tak perasan?" Tanya Yoonji lagi, cuba bersabar.

"Perasan apa?"

Yoonji pejamkan mata balik, kali ni aku rasa dia betul-betul tengah tahan diri dari cekik aku hidup-hidup.

"He's totally in love with you la, you idiot!"

.
.
.

Blouse biru cair aku sarungkan ke tubuh, dipadankan dengan baggy jeans. Rambut aku biarkan lepas. Asyik ikat rambut je, habis rosak rambut aku nanti.

Pakai sunscreen tu penting ya anak-anak.

Lepas oleskan sunscreen ke seluruh muka, aku touch up sikit muka aku ni dengan compact powder. Cukuplah tu. Cantik-cantik pun bukan ada yang nak tengok. Kesian, huhu.

Untuk sentuhan terakhir, lip tint merah jambu lembut aku oleskan sedikit ke bibir, biar nampak natural gituh.

Siap!

Bibir aku kemam-kemam sikit, nak ratakan lip tint di bibir seraya berdiri dari terus duduk di depan meja solek. Tote bag canvas putih kesayangan aku yang tergantung di tepi cermin aku ambil.

"Yerim! Cepatlah! Keluar dengan aku je pun! Macam nak dating pula kau ni!"

"Sabarlah!" Marahku seraya cepat-cepat menyemburkan minyak wangi berbau Vanilla ke tubuhku. Sedap bau dia, macam minta dimakan!

"Cepatlah!"

"Iya, iya! Nak keluarlah ni!"

Sempat aku capai botol Tupperware pink bersaiz kecil kesayangan aku di atas meja. Harus bawa air kosong ke mana-mana!

.
.
.

Lepas puas cuci mata, aku dengan Yoonji pun singgahlah makan dekat KFC. Apalah nak jadi dengan kami ni. Dekat rumah makan ramen, maggi memanjang. Bila makan dekat luar pula, makan KFC. Tak berkhasiat sungguh!

Macam biasalah, aku kalau makan dekat KFC, memang wajib order sekali cheesy wedges dia. Nasib baik ada. Kalau tak ada tadi, memang awal-awal aku panjat kaunter, mengamuk dekat situ sampai dapat!

Seronok rasanya dapat spent time berdua dengan Yoonji macam ni. Aku pun mana ada kawan rapat sangat. Tapi bila dengan Yoonji, aku rasa selesa sangat berkawan dengan dia. Sama-sama masuk air dengan aku.

Kadang-kadang gelak tak berbunyi aku berborak dengan dia, macam nak tergolek dari kerusi ni pun ada. Nasib baik tak tercekik kepak ayam aku dibuatnya.

Sekarang baru pukul dua petang, waktu tayangan movie yang kami tempah pula bakal bermula pukul tiga petang, berbaki satu jam lagi. Nampaknya memang waktu sejam ni kami isi dengan melepak sajalah dekat sini.

Selesai makan, masa yang berbaki setengah jam ini kami isi dengan berbual kosong. Masih tak berganjak dari tempat duduk kami.

Dah macam jadi tabiat aku sejak kebelakangan ini, tak habis-habis mata aku melirik pada telefon pintar aku sendiri di atas meja. Mengharapkan panggilan atau mesej dari seseorang.

"Tunggu Jungkook ke?"

Terus terangkat kepala aku bila Yoonji tiba-tiba bersuara. Tersengih dia bila tengok aku terkedu sendiri, terchiduk lah senang cerita.

"Mana ada." Balas aku yakin.

"Jangan nak tipu akulah. Aku tahu, kau tunggu Jungkook call kau kan?"

"Bukanlah. Aku tunggu abang Seokjin, abang tiri aku. Last dia contact aku bulan lepas, sebab tu aku risau."

Terus aku memberi alasan. Bukan alasan semata-mata ya, sememangnya fakta. Tapi sebenarnya memang aku tunggu Jungkook pun.. Sudah! Cukup! Ana tak mahu dengar lagi!

"Hmm, yelah tu." Yoonji membalas pasrah tapi senyuman dia jelaslah tengah mengusik aku. Geram!

Tiba-tiba saja telefon aku bergetar hebat di atas meja, menandakan ada panggilan masuk. Serta-merta mata aku dan Yoonji tertumpu pada skrin telefon aku.

Snowball🐰

Macam nak gila jantung aku berdegup, cukup laju sampaikan aku dapat merasakan  detakannya di dada.

Perut aku mula rasa tak selesa tapi aku tahu itu petanda yang aku tengah teruja, tandanya 'rama-rama' di dalam perut aku sedang mengepak riang.

"So sweet. Dah ada nickname untuk Tuan?" Usik Yoonji buatkan pipi aku panas dan membahang.

"Sibuklah." Balas aku seraya menjeling Yoonji geram. Tanpa menunggu lama, panggilan itu aku matikan seraya berdiri.

Tali tote bag aku tarik ke atas bahu seraya botol air pink kesayanganku aku masukkan ke dalam beg. Siap sedia hendak keluar dari premis KFC ini.

"Kenapa tak angkat call tu?" Tanya Yoonji pelik seraya turut sama bangun, meninggalkan meja kami tadi.

"Malas." Balas aku pendek. Padahal aku rasa berat hati, menyesal pun ada sebab awal-awal tolak panggilan tu.

Sebenarnya aku malu dengan Yoonji. Lagi pun, biar padan muka Jungkook! Dua bulan aku tunggu, baru hari ni dia nak call aku?

Kini aku dengan Yoonji mengatur langkah sama menuju ke bahagian escalator.

"Impressive."

Terus aku angkat kepala pandang Yoonji saat dirinya bersuara perlahan. Senyuman terukir di bibirnya. Pada masa yang sama kami sudah naik ke atas escalator.

"Apa yang impressive?"

"Kau je yang berani decline call dari Tuan. Siap letak nama snowball lagi. Semua orang tunduk hormat pada dia tau."

Eleh, tak takutlah! Jungkook je pun!

Aku jeling Yoonji seraya panahan mata aku lempar ke hadapan, bahagian atas escalator.

Berderau darah aku saat panahan mata aku jatuh pada belakang susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di bahagian paling hujung escalator di hadapanku tika ini.

Walaupun cap hitam tersarung di atas kepalanya dan hanya belakang tubuhnya yang memakai jaket hitam menjadi tatapan mata aku sekarang, aku tetap dapat mengecamnya.

Dia.

Jeon Jungkook.

Jantung aku mula berdegup laju, lebih laju dari tadi. Entah sebab aku terkejut dengan kehadirannya atau sebab aku merindukannya, teruja dengan kehadirannya..

Belakang susuk tubuhnya yang tegap itu aku renung lama sehinggalah dia hilang dari pandangan mata. Terasa hampa saat naik saja ke tingkat atas, dia tiada.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top